PELAWAT MAYA

Tuesday, November 17, 2009

SASTERA SIBER VS SASTERA KONVENSIONAL

Sastera siber vs sastera konvensional
Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahimrashiqah@bharian.com.my
BH/18.11.09

Faktor mudah dicapai dan kuasa penentu di tangan editor bukan penghalang KARYA sastera siber sering diperlekehkan kerana keupayaannya diterobosi sesiapa saja yang berminat untuk berkreativiti di dunia maya, ekoran ketiadaan proses saringan formal seperti yang berlaku terhadap karya sastera konvensional, sebelum berpeluang dibaca khalayak. Jika dulu pengarang kreatif terpaksa bergantung sepenuh kepada media arus perdana yang menyediakan ruangan Sastera seperti di Berita Harian, Utusan Malaysia, Dewan Sastera dan Dewan Budaya, tetapi kini mereka dengan mudah melihat cerpen dan puisi dapat dikongsi dengan pembaca, antaranya melalui di eSastera.com, tokeikedai.com dan baca.com.

Sama ada suka atau tidak, mutu sastera siber sentiasa dipertikaikan kerana proses penerbitannya mudah dan cepat akibat ketiadaan tapisan editor seperti laman konvensional, tanpa menafikan ia menjadi saluran pilihan bagi mengembangkan bakat kepada yang berminat serta bersungguh hati dalam dunia penulisan kreatif. Hakikat bahawa hayat sesebuah laman maya sastera, biasanya bersifat sementara dan tidak tahan lama kerana pelawat atau pembaca hanya berkunjung ke sesebuah laman web sekiranya ada sesuatu yang terkini, lalu sekiranya faktor ini kurang diberi perhatian, maka hayat laman sesawang itu tidak akan ke mana juga. Sungguhpun demikian, perkembangan sastera siber tidak mampu disekat akibat tolakan teknologi dalam era teknologi maklumat dan komunikasi memaksa ia diterima secara rela atau terpaksa kerana ia tidak mungkin dapat disekat sama sekali, jika pun ada pihak yang terus memandang sebagai karya kelas kedua.

Profesor Fakulti Kejuruteraan, Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Dr (Ir) Wan Abu Bakar Wan Abas, berkata budaya membaca maklumat melalui internet yang kini menjadi gaya hidup masyarakat antarabangsa mendorong perkembangan sastera siber. “Penerimaan masyarakat terhadap sastera siber menunjukkan perkembangan positif yang memberi nilai sastera siber setaraf dengan sastera konvensional, walaupun masih ada yang mempersoalkan mutu karya siber, apatah lagi ia didominasi golongan muda,” kata pengasas eSastera.com dan lebih dikenali sebagai Irwan. Beliau melihat sastera siber yang mula menjadi kegilaan golongan muda bukan sekadar wadah menyampaikan isu semasa, bahkan membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat menonjolkan bakat mereka tanpa sempadan, meskipun ada kalanya sastera siber dianggap membosankan. “Persoalan mutu karya tidak sewajarnya timbul kerana setiap karya tidak kira siber atau konvensional, ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Bagaimanapun sastera siber ada kelebihan kerana ia bersifat interaktif dan boleh menghubungkan penulis tempatan dan antarabangsa secara langsung bagi berkongsi idea dan kritikan,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Prof Wan Abu Bakar mengingatkan masyarakat bahawa bidang sastera penting dalam menentukan tinggi rendah sesuatu bangsa dan keraguan terhadap mutu sastera siber sewajarnya diketepikan kerana beliau percaya sastera siber mampu melonjakkan sastera dan bahasa Melayu lebih ke hadapan. Pensyarah Kesusasteraan Melayu Moden, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia, Dr Nik Rafidah Muhamad Affendi, pula menganggap mutu sesebuah karya bukan ditentukan sama ada ia ditulis di komputer atau di atas kertas, tetapi dipengaruhi kebijaksanaan penulis dalam mengungkapkan pemikiran secara kreatif. “Memang ada yang melihat sastera siber sebagai karya kelas kedua kerana ia lebih bebas dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat sehingga menjejaskan kualitinya, tetapi situasi ini juga kadangkala berlaku pada karya media arus perdana. “Sekiranya dilihat daripada satu sudut, tidak dapat dinafikan kebebasan berkarya dalam sastera siber lebih luas berbanding konvensional kerana tidak melalui pelbagai tapisan, tetapi serentak itu perlu diingat karya yang memenangi Hadiah eSastera.com turut melalui proses pemilihan teliti oleh pakar dalam bidang ini,” jelasnya. Bagi meningkatkan keyakinan pembaca terhadap mutu sastera siber, beliau menyarankan penulis sastera siber agar berusaha meneroka jsu kontemporari yang relevan, sesuai dengan situasi semasa selain memberi perhatian kepada seni bahasa, isi karya dan menawarkan kreativiti menarik agar lebih sistematik. “Pengarang perlu memberi perhatian mendalam terhadap aspek kreativiti kerana sekiranya ini wujud dalam sastera siber, maka tiada sebab mengapa karya sastera siber dianggap tidak bermutu.
Hakikatnya, tanggapan karya siber sebagai kelas kedua hanya tafsiran semata-mata kerana ia boleh berubah dari semasa ke semasa,” katanya.

Monday, November 9, 2009

Arisel BA dengan Aksara XXX:
Membuka minda pembaca

Pengulas: NAWAWEE MOHAMMAD

November 9, 2009

Pendahuluan

Sudah menjadi kelaziman apabila membaca mana-mana buku penulisan kreatif, terutama buku-buku sajak perseorangan penulis-penulis tanah air, saya selalu membuat catatan serta-merta di mana-mana ruangan kosong buku yang dibaca itu; mengenai sesuatu yang dapat dirasakan daripadanya; tentang pemikiran pengarangnya. Hal ini saya lakukan apabila terdapat mana-mana frasa atau ayat, atau mana-mana bahagian tertentu yang mempunyai wacana yang berjaya mengusik fikiran dan perasaan, sama ada berupa sentuhan yang membawa maksud positif atau sebaliknya; atau sekurang-kurang kesan daripada pembacaan secara takulan itu berjaya menyentuh minda saya sebagai pembacanya.

Begitu halnya yang telah berlaku ketika tiba pada halaman 22-23, apabila fikiran dan perasaan saya tersentuh dengan sajak yang berjudul “Gejala Orang KL (2)” daripada buku sajak Arisel BA, bertajuk Aksara XXX (2004), yang pernah dihadiahkan kepada saya dalam pertemuan pada Hari Puisi di Shah Alam; 17 Disember 2004 yang lalu.

Catatan Ringkas

Bertolak daripada sajak tersebut, lantas saya menulis sebuah catatan ringkas di bahagian dalam kulit depan buku itu, sebagaimana yang berikut:

“Membaca sajak-sajak di dalam antologi sajak Aksara XXX daripada koleksi sajak jenaka (sajen) 1998-2004 (2004) karya Arisel BA , saya fikir tiada pembaca yang kreatif tidak terusik dengan banyak sindiran dan sinisme jenaka yang berjaya mengusik minda, hinggá banyak rahsia yang jarang, malah tidak pernah terfikirkan telah dipamerkan penulis secara amat jenaka dan penuh kreatif (9 Oktober 2004)”

Tujuan sebenar catatan seperti ini, saya beranggapan bahawa ia sangat besar manfaatnya kepada saya sendiri sebagai penulis sajak; terutama untuk menilai kekuatan pemikiran dalam sesebuah buku sajak perseorangan penulis berkaitan apabila karya berkenaan dibaca sekali lagi. Di samping melalui catatan seumpama itu juga, saya kira akan memberi kesan pemahaman yang lebih jelas ke atas mana-mana bahagian, wacana, atau mana-mana pemikiran sajak di dalamnya.

Dengan demikian dipercayai pemikiran pengarang yang dikesan daripada wacana berkaitan daripada sesebuah sajak itu dapat disimpan dalam ingatan secara lebih berpanjangan. Apa lagi apabila sesebuah koleksi seumpama itu bertujuan dinilai untuk membuat sorotan dan dianalisiskan.

Beberapa kemungkinan yang saya gambarkan itu ternyata ada kesannya apabila membaca Aksara XXX dalam kesempatan waktu kali kedua yang lebih luas. Saya dapat merasakan sebahagian besar sajak jenaka pemikiran Arisel BA melalui buku tersebut sangat menarik untuk disorot dengan lebih mendalam.

Sebaliknya, menjadi satu kerja yang sangat payah saya kira, dan amat kekok untuk memaksa diri dan fikiran membuat sorotan ke atas mana-mana sajak karya penulis perseorangan khususnya, sekiranya fikiran dan perasaan sendiri tidak pernah tersentuh oleh mana-mana wacana daripada sajak-sajak itu, walaupun beberapa kali diulang membacanya.

Maksud saya, tiada paksaan yang boleh dilakukan dalam usaha mendekati mana-mana buku sajak perseorangan, atau dengan tujuan menyatakan simpati untuk memberi sanjungan dengan pandangan yang penuh positif.

Hal demikian lebih menjadi masalah lagi apabila berhadapan dengan sajak-sajak gelap yang diistilahkan sebagai sajak-sajak absurd, eksperimental, kabur dan seumpamanya, kerana sajak-sajak dalam kategori ini; sebahagian yang tergambar hanya aspek kreatif ketara lebih menonjol berbanding aspek pemahaman dan amanat dalaman yang hendak disampaikan penulisnya, dan yang boleh dimanfaatkan pembaca.

Kenyataan ini bukan bertujuan memperlekehkan sajak-sajak gelap, kabur, absurd, eksperimental dan seumpamanya yang berkembang di negara ini semenjak lama dulu, sebagai tidak bermutu. Sebaliknya sebagai pembaca, akan mengalami kesukaran untuk menterjemahkan semula dalam pengertian dan bahasa yang lebih mudah, di samping tidak mampu mengesani ketepatan maksudnya dengan baik.

Aksara XXX

Buku sajak Aksara XXX menghimpunkan sebanyak 73 buah sajak jenaka yang ditulis Arisel BA. dalam tempoh 17 tahun (1987-2004). Bukan satu kerja yang mudah untuk menghasilkan sejumlah sajak yang menjuruskan pada satu bentuk dan satu persoalan yang berjaya untuk menggeletek hati pembaca dengan unsur-unsur jenaka, sinis, mengejek, menyindir, lucu, lucah dan seumpamanya. Ia satu kerja yang memerlukan masa yang lama, daya kreatif yang tinggi dari segi pemerolehan idea, komitmen dan ketekunan yang konsistensi.

Maksud “Sajen”

Kosa kata “sajen” sebagai kata akronim daripada cantuman dua perkataan Melayu, iaitu “sajak” dan “jenaka”, walaupun sudah acap kali digunakan melalui wacana-wacana sastera di Malaysia sehingga ini, namun maksud “sajen” sebagai kata kependekan “sajak-sajak jenaka” belum lagi disenaraikan di dalam Kamus Dewan. Sebaliknya perkataan “sajen” yang telah diterima oleh kamus itu merupakan kata Jawa yang diertikan sebagai makanan dan lain-lain yang dijamukan kepada hantu, orang halus dan seumpamanya sebagai unsur persembahan. (lihat Kamus Dewan, Edisi Keempat, cetakan pertama: 2005: 1368)

Melalui tulisan ini, kata “sajen” tetap bermaksud dan merujuk kepada sajak-sajak jenaka. Malah, akhir-akhir ini di kalangan penggiat sastera; terutama para penulis sajak, perkataan “sajen” ini mulai dikenali dan digunakan menjadi satu kosa kata baru bahasa Melayu.

Gejala Orang KL ( 2)

Kembali memahami sajak “Gejala Orang KL (2)” yang disentuh dalam bahagian awal tulisan ini, hinggá memaksa saya membuat catatan sebagaimana di atas, ada baiknya maksud tersurat dan tersirat di dalamnya dapat dikongsikan dengan pembaca.

Sajak ini menyindir sikap seorang mantan negarawan bertaraf Datuk Sri; seorang ahli politik yang telah banyak berjaya kerana disokong isteri cantik tetapi ternyata curang.

Melalui pengakuan jujur isterinya dalam satu majlis ulang tahun ke-40 perkahwinan mereka berdua yang diadakan di sebuah restoran, untuk menyata dan membuktikan kejujuran tersebut setelah diminta berbuat demikian oleh suaminya, sang isteri lurus berterus terang mengakuinya. Sepanjang hidupnya menjadi isteri Datuk Sri berkenaan katanya, dia hanya tiga kali pernah berlaku curang.

Dengan pengakuan jujur dan berterus terang isterinya itu, menyebabkan suaminya Datuk Sri akhirnya jatuh pengsan apabila mendengar pengakuan yang terakhir. Melalui sajak tersebut, Arisel menggunakan banyak dialog antara dua watak yang diwujudkan; Datuk Sri dan Datin Sri. Walaupun kelihatan prosaik, tetapi mempunyai unsur naratif yang menarik hinggá pembaca berpeluang berimaginasi.

Akhirnya, pembaca dapat membuat kesimpulan dengan menerima kewajaran dan kemungkinan perlakuan jahat sang isteri itu boleh terjadi juga kepada lain-lain negarawan demi menyelamatkan pangkat, wang ringgit dan nyawa apabila benar-benar terdesak, tanpa memikirkan dosa pahala. Bagi pihak isteri pula amat bermurah hati demi untuk memastikan suami yang disayangi sentiasa mendapat kuasa dan sokongan dalam pemilihan.

Cuba hayati urutan peristiwa yang menyampaikan maksud yang tersirat di sebalik pengakuan jujur seorang isteri. Secara bersahaja pula Arisel membawa cerita, tetapi ternyata amat menyengat dan mengenakan seseorang:

……………………………..

Datin Sri berjelaslah pada malam ini,/
pernah tak Datin Sri berlaku curang denganku selama ini?”//
Datin Sri terkedu sekejap dan merenung jauh ke wajah suaminya,/
lalu berkata penuh kekesalan, “Ya Datuk Sri, aku mengaku/
pernah berlaku curang sebanyak tiga kali selama ini”//
“Tiga kali?” Datuk Sri terkejut beruk, tapi tidak marah,/
…………………………………………………………
“Bagaimana boleh terjadi tiga kali, Datin Sri?”//
………………………………………………….
“Datuk Sri ingatkah masa kita mula-mula kahwin,/
terus beli banglo mewah dan selang beberapa tahun,/
kita muflis hinggá banglo kita, bank hendak rampas”//
…………………………………………………..
“Ya aku ingat peristiwa itu” jawab Datuk Sri./
Datin Sri menyambung cerita, “Datuk Sri pasti ingat/
saya pergi jumpa pegawai bank malam itu juga, dan/
esoknya, bank tidak jadi merampas banglo kita,/
malah bagi tambah pinjaman Datuk Sri sambung berniaga”//
……………………………………………..
“Emmmmm, sukar aku menerima kenyataan ini, /
tapi aku maafkan kamu untuk masa depan kita jugak”
…………………………………………………
“Ingatkah Datuk Sri hampir maut sebab ketumbuhan dalam otak?”/
……………………………………………………
“Kalau begitu Datuk Sri pasti ingat saya pergi jumpa/
Doktor Pakar itu dan esoknya dia setuju buat pembedahan/
dan tidak dikenakan satu sen pun bayaran.”//
“Oh Datin Sri, walau perit hati ini mendengarkan,/
tapi aku tetap maafkan kamu demi masa depan kita jugak/
dan kerana kamu sayangkan aku jugak.”
“Kisah ketiga macam mana pulak?” kata Datuk Sri./
Datin Sri menundukkan wajahnya dan menjawab lemah,/
“Datuk Sri, ingatkah masa merebut Ketua Bahagian,
dan perlukan undi lima orang perwakilan dari satu cawangan…”//
………………………………………….
Datuk Sri pengsan di restoran itu juga.//”

Banyak lagi sajak lain dalam Aksara XXX yang tidak kurang berperanan menikam fikiran, perasaan dan mengusik pengalaman silam sejarah manusia Melayu di negara ini yang sesekali kelihatan bodoh, dungu dan nakal. Ada kala lebih cerdik daripada bangsa-bangsa lain di dunia nyata ini.

Melalui sajen “Melayu Menjana Prasangka” (hlm.6) berikut, terasa sinis tetapi mengajarkan, dapat dirasai dengan fikiran waras tentang Melayu; bangsa yang sangat banyak diprasangkakan sesama sebangsanya:

………………………………
Manusia Melayu di alaf baru/
masih menjana prasangka tidak menentu/
………………………….
Melayu beribadah diprasangka riak/
Melayu relaks diprasangka pemalas/
Melayu pakai baju baru diprasangka menunjuk/
Melayu pakai baju buruk diprasangka zuhud/
Melayu makan banyak diprasangka pelahap/
Melayu makan sedikit diprasangka diet/
Melayu perangai baik diprasangka buruk/
Melayu perangai jahat diprasangka baik.//
………………………………………….
Melayu selalu senyum diprasangka mengejek/
Melayu selalu wajah masam diprasangka merajuk/
Melayu bermuzakarah diprasangka mengumpat/
…………………………………….
percayalah, sesuatu benda yang dilihat,/
macam-macam rumusan boleh kita buat,/
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya/”

…………………………………

Deria Arisel sesekali sangat tajam dan kritis. Sewaktu isterinya mengomel tentang suasana rumahnya yang dipenuhi buku, hingga ke mana-mana pergerakannya di dalam rumah itu, pasti bertembung dengan buku, dan hidupnya sendiri sewaktu berada di rumah, hanya membaca buku, lantas idea kreatifnya menjawab:
………………………………
Heeee…sesekali aku mahu menjadi buku”/
Inilah rutiniti omelan isteriku.//
Dengan wajah penuh senyum aku menukas:
“Wah itu idea sangat bagus,/
kalau kamu jadi buku …aduhai imagis,/
nanti aku boleh membawa kamu ke pustaka/
dan menukarkannya dengan buku baru pula.”/
jawabku dengan bangga dan serius./
Isteriku diam, meradang, geram/
(“Buku dan Isteriku”:hlm.13)

Tentang silap faham dialek Melayu Negeri Sembilan, telah membawa bahana kepada pahlawan yang patuh kepada arah ketua secara membabi buta, tanpa menggunakan logik akal.

Melalui sajak “Sorang, Jang… Soranggg!” Arisel seperti memperbodohkan pahlawan Melayu ketika Melaka jatuh, dan sewaktu Hang Tuah sudah tidak ada lagi. Peristiwa berlaku antara Panglima Naning dan penyokongnya menentang serangan Portugis. Arisel menceritakan:
……………………………..
Di saat akhir tiba Penglima Naning dengan garang/
bersama anak buah mengamuk hampir Portugis kecundang.//
Malangnya, arahan perang Panglima Naning/dituruti pahlawan tanpa berfikir panjang/
”Sorang,Jang…..Sorang!” Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang.//
”Sorang Jang….Sorang!! Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang.//
”Sorang….Jang…Sorang”, seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang.//:………………………..
Akhirnya tinggal Panglima Naning seorang/
dia pun tertembak peluru meriam lalu tumbang/
………………………….
Episod di atas menggambarkan loghat daerah boleh menimbulkan salah faham, dan membawa padah. Panglima Naning yang mengetuai para pahlawannya memberi arahan dengan telor Negeri Sembilan, tetapi telah disalahfahamkan. Dia mengarah supaya “serang” musuh, disebutnya “sorangg!!”. Padahal, yang dimaksudkan ialah supaya “serang”.(sorang). Bukan “seorang”, sebagaimana yang difahami “seorang demi seorang” tampil ke depan. Akhirnya semua pahlawan harapan itu habis ditembak Portugis.

Melalui sajak “Kawan Makan Kawan” (hlm. 44), Arisel secara jenaka menyelitklan nasihat dan berfalsafah. Tulisnya:

……………………..
sajen ini bukan nak cari lawan/
sajen sekadar peringatkan sobat sekalian/
berhati-hati dengan sikap kawan-kawan/
pastikan jangan ada jadi gunting dalam lipatan./
……………………………..
Kawan aduhai kawan/
kita ingat orang dulu-dulu berpesan
“kawan berkawan, satu hari pasti jadi lawan”
“kawan berlawan, satu hari pasti jadi kawan”
……………………………..

Melalui sajak “EURO 2004” (hlm. 34) pula, terasa ada suatu kepintaran tersembunyi tetapi lucu mengenai pertanyaan; Mengapa perlawanan bola sepak itu 45 minit, tidak 30 minit untuk separuh masa pertama. Daripada sekian ramai para penonton yang sedang menonton perlawanan bola sepak itu, hanya seorang penonton yang yakin dan agak pintar memberi jawaban, sebagaimana dilukiskan Arisel berikut:

“Terdapat dua pasukan dalam setiap perlawanan/
dan ada 11 pemain lelaki setiap pasukan/
setiap pemain mempunyai “2 biji bola” dan/
membawanya setiap masa semasa bermain dalam padang.//
Jadi, jumlah kesemua bola dari dua pasukan ada 44 biji bola/
terdapat sebiji bola sepak yang digunakan di dalam perlawanan./
Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45.//”

Berdasarkan jawaban itu, pembaca seolah-olah diajak berfikir dan mencongak sendiri. Tenyata jumlahnya tepat, hingga akhirnya pembaca sajak itu sendiri terbahak-bahak ketawa dengan maksud yang tersirat sebalik kata-kata yang tersurat dalam sajen tersebut. Hal ini menampakkan kecerdasan fikiran yang diperolehi pembaca melalui hasil penulisan kreatif seperti itu. Malah banyak lagi idea yang boleh disajenkan jika penulis benar-benar peka dengan banyak peristiwa lucu yang memang wujud dari masa ke masa. Malah peristiwa-peristiwa itu boleh dijadikan bahan bacaan bersantai dan mampu meringankan fikiran, tetapi amat memanfaatkan jika diolah dalam bentuk sajen.

Kumpulan Sajak

Kumpulan sajak yang mengandungi 73 buah sajak ini dibahagikan dalam dua bahagian besar. Bahagian pertama di bawah judul Aksara XXX, dan bahagian kedua ialah “”Ini bukan Sajen, Tapi Puisi Naratif”. Bahagian pertama mengandungi 41 buah sajen, dan selebihnya ialah sajak-sajak naratif sebagaimana yang dimaksudkan Arisel dihimpunkan dalam bahagian kedua.

Kedua-dua bahagian buku tersebut, sajak-sajak yang mengisi ruangan kelihatan tidak seimbang segi bentuknya kerana masing-masing dituliskan tidak terlalu memperlihatkan unsur keindahan bunyi, tetapi mengutamakan mesej. Hal ini lebih ketara pada bentuk sajak-sajak bahagian pertama.

Manakala sajak-sajak dalam bahagian kedua, walaupun mengambil unsur bercerita, penulis lebih memperlihatkan keinginan untuk menimbulkan bentuknya yang tersendiri. Rata-rata sajak itu mengambil bentuk sajak eksperimen, sekalipun terlalu prosaik.

Sajak-sajak naratif ini juga di tangan Arisel kelihatan terlalu tidak seimbang dari segi bentuk, dan jumlah patah perkataan, kerana ia terdiri daripada sajak yang terdiri antara satu hingga 50 baris; iaitu antara sembilan hingga 500 perkataan untuk sebuah sajak. Satu jumlah yang ketara tidak seimbang. Walaupun memang janggal kelihatan, namun ia ternyata menjadi suatu keunikannya di tangan Arisel.

Sebuah sajak yang terdiri daripada hanya sebaris itu ialah “Membaca Ramadhan 1” (hlm. 64) berbunyi, “Malam ini aku menyita setahun terpalar di wajah”. Manakala sebuah sajak lain dalam bahagian ini, dan perlu dikongsikan pemikiran bersama pembaca ialah sajak “Membaca Ramadhan 2” (hlm.65), Arisel BA menulis:

“Gemersik suara anak-anak membaca al-Quran menghias langit Ramadhan/musim hujan, Kuantan, di Cenderawasih bebunga sena menguning/ berserakan di depan rumahku, dan mampukan aku menyita jelaga di/ wajah ini, mirip seperti impian semua Muslim, rasa nyaman dan aman,/ tiada ancaman…//

Kelemahan dan Saranan

Sebagai hasil penulisan kreatif yang lebih mementingkan pembentukan dan unsur kata yang puitis, Arisel BA kelihatan kurang memberi perhatian dalam pemilihan kata dan ungkapan-ungkapan puitis yang mampu menguatkan pernyataan maksud dalam sajak. Aspek tatabahasa; termasuk tanda bacaan, keseragaman ejaan bahasa Melayu yang disepakatkan, dan keseragaman ungkapan dan ayat, kurang diberi perhatian, di samping terdapat ungkapan lisan yang ketara tidak diseragamkan; misalnya “jugak” untuk “juga”, “pulak” untuk “:pula”, dan beberapa lagi.

Jika aspek-aspek yang kecil tetapi ketara memperlihatkan ketidakmahiran penulis dalam penguasaan bahasa yang menunjangi penghasilan sesebuah karya itu dapat diatasi, diyakini sajak-sajak berunsur jenaka yang mengisi halaman pertama antologi Aksara XXX ini akan lebih mantap, matang dan amat menari kerana dapat memanipulasikan banyak peristiwa lucu yang boleh menghibur dan menggeletek minda pembaca.

Hal ini memang amat disedari Arisel sebagaimana dalam pengakuan awal dengan mengingatkan supaya menghindari jenaka yang sensitif: “ Jangan melantunkan sajen yang bernafas jenaka tentang hal-hal yang sensitif. Jenaka tentang agama, bangsa, politik, seks melampau, merendah-rendahkan martabat rakan-rakan dengan kisah-kisah bodoh tanpa moral atau isu-isu sensitif lainnya sebaiknya dihindarkan. Ini boleh membahayakan diri anda sendiri sebagai pesajen. Anda akan dicap tidak tahu etika, asal-usul, kurang ilmu atau sekadar caper (cari perhatian).” (hlm.iv)

Untuk tujuan meningkatkan mutu sajak-sajak itu, adalah sangat baik kiranya teks Aksara XXX ini disemak semula jika antologi itu hendak diulang cetak, dan sebaik-baiknya jadikan cetak ulang tersebut sebagai edisi kedua; iaitu selepas diperbetulkan beberapa kecil yang dimaksudkan.

Kesimpulan

Sajak-sajak jenaka atau sajen, jika diberi perhatian serius dan konsistensi dalam usaha menghasilkannya, diyakini sajak jenis ini lebih manfaat berbanding pengembangan pemikiran dan penyuburan minda pembaca melalui pembacaan lain-lain jenis puisi Melayu seperti pantun, syair atau gurindam. Bakat dan pontensi yang ada pada Arisel BA untuk terus meneroka lebih banyak lagi idea-idea ke arah itu adalah sangat luas dan terbuka. Namun penulis ini seharusnya lebih bertanggungjawab dan peka supaya bahasa yang menunjangi sajak-sajak bernafaskan kejenakaan itu benar-benar kelihatan seimbang. Maksudnya, bukan mementingkan mesej semata-mata, tetapi keindahan bahasa juga hendaklah diberi perhatian . Dengan demikian, karya kreatif yang berkonsepkan sajen ini tidak mustahil mendapat pasaran yang meluas di arena sastera tanah air suatu hari kelak, insya-Allah, kerana mesejnya dalam lucu tetap mengajarkan.

Lampiran

“Gejala Orang KL (2)”

Malam itu Datuk Sri makan malam di restoran penuh romantak
Bagi menyambut ultah perkahwinan mereka ke-40 tahun
Datuk Sri mantan ahli politik yang pragmatik
Memulakan kisah nostalgia mereka suami isteri
Suka duka, susah senang bersama Datin Sri masih cantik.

“Datin Sri, selama kita kahwin, suka duka kita lalui,
Susah senang kita tempuhi, saya amat menyayangi kamu,
Tapi ada satu perkara asyik berputaran di benak ini
Dan selalu bertanya sendiri kadangkala bermimpi ngeri
Datin Sri berjelaslah pada malam ini,
Pernah tak Datin Sri berlaku curang denganku selama ini?

Datin Sri terkedu dan merenung jauh ke wajah suaminya,
Lalu berkata penuh kekesalan “Ya Datuk Sri aku mengaku
Pernah berlaku curang sebanyak tiga kali selama ini.”

“Tiga kali?” Datuk Sri terkejut beruk, tapi tidak marah,
Fikirkan sudah tua dan memang berniat memaafkan isterinya,
“ Bagaimana boleh terjadi tiga kali, Datin Sri?”

Perlahan isterinya membuka kisah cerita lama,
“Datuk Sri ingatkah masa kita mula-mula kahwin,
Terus beli banglo mewah dan selang beberapa tahun,
Kita muflis hingga banglo kita, bank hendak rampas.”

“Ya, aku ingat peristiwa itu” jawab Datuk Sri.
Datin Sri menyambung cerita, “Datuk Sri pasti ingat
Saya pergi jumpa pegawai bank malam itu juga, dan
Esoknya bank tidak jadi merampas banglo kita,
Malah bagi tambah pinjaman Datuk Sri sambung berniaga.”

“Emmmm, sukar aku menerima kenyataan ini,
Tapi aku maafkan kamu untuk masa depan kita jugak.”
Kata Datuk Sri, “Kali kedua pulak?”

“Ingatkah Datuk Sri hampir maut sebab ketumbuhan dalam otak?”
Isterinya menyambung cerita “Ya, aku ingat.” Jawab Datuk Sri,
“Kalau begitu Datuk Sri pasti ingat saya pergi jumpa
Doktor pakar itu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan
Dan tidak dikenakan satu sen pun bayaran.”

“Oh Datin Sri, walau perit hati ini mendengarkan,
Tapi aku tetap maafkan kamu demi masa depan kita jugak.
Dan kerana kamu sayangkan aku jugak.
“Kisah ketiga macam mana pulak?” kata Datuk Sri.
Datin Sri menundukkan wajahnya dan menjawab lemah,
“Datuk Sri, ingatkah masa merebut Ketua Bahagian
Dan perlukan undi lima orang perwakilan dari satu cawangan…”

Datuk Sri pengsan di restoran itu jugak..

Arisel BA
21 Disember 2003
Sanggar Cempaka, Kuantan Pahang.

“Sorang, jang… sorangg!”

Episod terakhir Kerajaan Melayu Melaka
Sekitar tahun 1511 dijadikan cerita
Laksamana Hang Tuah telah tua renta
Hanya menonton runtuh sebuah genta.

Setelah Sultan dan pembesar cabut lari ke Muar
Tinggal Hang Tuah menggigit jari menggetap bibir
Lalu dia juga menghilangkan diri
Melihat perwira Melayu bergelimpangan mati.

Apa tidaknya, senjata perwira Melayu kecundang
Hanya keris, tombak, panah dan pedang
Peluru bedil Portugis menembusi daging
Perwira Melayu akhirnya tewas dan tumbang.

Serangan meriam Portugis bagai halilintar merejam
Hampir ranap Kota Melaka diserang siang malam
Di saat akhir tiba Panglima Naning dengan garang
Bersama anak buah mengamuk hampir Portugis kecundang.

Malangnya, arahan perang Panglima Naning
Dituruti pahlawan tanpa berfikir panjang
“Sorang, Jang…..Soranggg…!”
Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang.

“Sorang, Jang….soranggg…!”
Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang
“Sorang, Jang…..soranggg…..”
Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang.
“Sorang, Jang…..Soranggg…..!”
Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang
“Sorang, Jang….Soranggg….!”
Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang

Akhirnya tinggal Panglima Naning seorang
Dia pun tertembak peluru meriam lalu tumbang
Portugis telah menawan Kota Melaka
Melayu sengsara lebih 450 tahun gerhana.

Arisel BA
1 Disember 2003
Kuantan, Pahang

Pengulas: NAWAWEE MOHAMMAD