PELAWAT MAYA

Sunday, November 21, 2010

PEPALIH MENANTU KOME?







PEPALIH MENANTU KOME?
Sajen Arisel Ba

Si Bujak Korporat KL akhirnya terpikat
Dengan nina desa hulu, bukannya dekat
Wajahnya mirip artis menggelentat
Bila borok suaranya goge, biroh sangat

Rombongan Si Bujak Korporat KL pun datang
Gadis-gadis menatang dua puluh tujuh dulang,
Setiba pengantin lelaki, sakan berbalas pantun
Wakil lelaki gagal jawab, lalu kena lantun

Bila mula acara akad nikah di serambi
Si Bujak Korporat KL melafaz 70 kali
Rupanya bebudak letak katak di bawah rumah
Berpeluh pengantin, Tok Bomoh berserapah

Lepas bersanding, joget bertandak sampai pagi
Dua mempelai bergegas ke bilik, ahhrrgh geli!
Hampir Subuh pengantin lelaki nak meronoh
Ke sungai melalui tanah kubur, takut leweh

Si Manis melenting bentang gebor di lantai
“ Aok meronoh aje atas gebor ni,
dan nanti kita bingkas pagi-pagi
bawak gebor basuh kat sungai”

Bila mempelai terjaga, mentari dah tinggi
Bergegas deme seronyih ke sungai nak mandi
Cepat MakMertua masuk bilik nak periksa
Cari petanda masih dara si nina bonda

Sambil memeriksa mata meliar, terhidu bau
Lalu lihat gebor bawah katil, dibuka dulu
Apa lagi Mak Mertua goge, satu desa tahu
“ Terberak aok nina, pepalih menantu kome?..”


12.11.2003 – 18.11.2010
Kuantan, Pahang

Saturday, November 13, 2010

ADUH MAK, SEKAKI!


ADUH MAK!, SEKAKI

Sajen Arisel Ba


Selepas majlis kahwin

Di desa pedalaman

Sekeluarga gegak gempita sekali

Gara-gara ‘Aduh Mak!, sekaki!


‘Begini ceritanya:

Si Leha bunga ranum sedesa

Berkahwin dengan Atan Perkasa

Si Atan, mantan perwira tugas di Bosnia


Apabila selesai kenduri sekampung

Dan tetamu telah pulang

Malam itu sekeluarga merai menantu

Selesai Isyak pengantin masuk beradu


Tiba-tiba terdengar jeritan si Leha:

“ Aduh Mak! Sekaki!…. “ jerit Si Leha

“ Ayah kamu enam inci aje!, untunglah”

“ Aduh Mak! Sekaki!… “ jerit Si Leha lagi


Si Leha meratap meluru keluar bilik

Ibunya terpinga, heran dan bertanya:

“ Kenapa? ganas sangat ke!, sabar”, pujuk ibunya

“ Tidak Mak! Abang ada satu kaki!”


23 April 2005

Kuantan, Pahang

CURI DENGAR

CURI DENGAR
Sajen: Arisel Ba

Jiran sebelah rumah, baru pindah,
namanya Jusoh mendiami rumah murah
Saban malam Jusoh berbual dengan isterinya
Suara jirannya bercakap ungkapan sama
Apabila jam dua belas malam suasana tenang
Suara jiran mula terdengar sedang bersembang
“ Munah, tanggal selipar, aku nak naik,”, seru suami
“ Basuh kaki dulu, baru naik, “ sampuk isteri
“ Bang Mat, makanan dah terhidang,” seru isteri
“ Buka tudung saji, amboi, berselera,” tukas suami

Aku buka cuping telinga cuba mengamati
Sepi hanya dengus nafas bagai pelumba lari

Sejam kemudian aku terdengar lagi suara jiran
“ Aku dah kenyang, nak basuh tangan,” kata suami
“ Munah pun nak pergi mandi, “ jawab isteri
Aku tercenung dan hairan karenah jiran

8 November 2010
Kuantan, Pahang