PELAWAT MAYA

Sunday, January 9, 2011

AZAM 2011




AZAM 2011


: Retrospeksi Diri


Sajak: Arisel Ba

Ya ALLAH, ini doa aku sesudah aku berzikir memuji membesarkan zat ALLAH, dan tatkala aku mencetak azam tahun 2011, aku masih memikirkan usia semakin singkat, nafas semakin semput, tubuh semakin renta, gigi semakin luruh, mata semakin rabun, telinga semakin pekak, adakah kurniaan dan rahmat daripada ALLAH atau sekadar petunjuk?, dan bila aku menulis sajak perihal diri, aku menjadi gelisah resah ilu sepi dan vakum kerana dosa kepada ALLAH berada di depan mata, sedang rahmat dan pahala dari ALLAH membuatkan aku tidak sesekali ponteng solat, dan biar apa pun terjadi aku tetap berusaha tiga kali lipat bagi mendapatkan keampunan dari ALLAH.



1 Januari 2011 Tranum,Raub, Pahang

MERANTAU ITU IBADAH


MERANTAU ITU IBADAH
Sajak: Arisel Ba

Berkeras leher berhujah menegak basah benang
Dalam merungkaikan salasilah dan akar warisan
Mencari asal usul Orang Melayu Rao:
Dari manakah sebenarnya mereka itu datang
Adakah sisa perjuangan Empayar Rao, India
Atau pelarian daripada pembunuhan etnik Champa?
Beribu tahun merentasi pancaroba peradaban zaman

Puluhan debat ratusan hujah diterima disanggah
Ribuan teori tamadun etnik rupa bangsa di tafsir
Realitinya: Orang Melayu Rao dari lereng Bukit Barisan
Berakit buluh bukit dari hulu Batang Rokan
Bagai pahlawan pedang terhunus di tangan
Sundang panjang tersisip di pinggang kanan
Badik Rao tersisip di pinggang kiri
Merempuh jeram tajam tebing berliku
Sampai ke muara Batang Rokan, menerpa lautan
Memperkasa falsafah Orang Melayu Rao:
’ Merantau itu ibadah, mencuba nasib di tempat baru”

Setelah lama aku keliru membaca nasab
Mentafsir hujah daripada pengisahan dan seminar
Aku pun bertemu asal usul di Mapattunggul
Termenung di Jambatan Asyik aku tidak keliru
Mengingatkan aku balada Sekondak Hati:

” Sekondak Hati, melinteh tibo dari seborang membawo hati, dongen tangisan, berbalut luko
Sekondak Hati, jiwonyo gigih lalu merantau meninggal kampuung, sanak saudaro jauh di mato
Sekondak Hati, membuko tanah, karangen baru merodah donai, menyuluh arah jalen berliku merantau laei, mencubo nasib, di tompek lain dongen harapen, anak cucunyo, hidup bahgio
Kami yang ado, tak melupoken pengorbanenmu Sekondak Hati, jasomu totop aken dikonang
Sekondak Hati, membuko tanah, karangen baru merodah donai, menyuluh arah jalen berliku duhai anakku, ingetlah dikau asal usul mu mengalir darah di tubuh diko, Seko ndak Hati”

Akhirnya aku mengingat dan menghafal:
Gulai Asam Keli, Gulai Pisang Muda,
Gulai Pucuk Paku, Gulai Rebung Buluh,
Gulai Rebus Rao, Goreng Sepat Ronggeng,
Serabai, Kelamai, Sambal Rom, Sambal Hitam
Adalah makanan pusaka dari Mapattunggul,
Padang Nunang, Padang Metinggi, Langsat Kodok,
Tarung-Tarung, Tanjung Betong, Tanjung Alai,
Padang Gelugor, Bonjol, Lubuk Sikaping, Panti,
Lougo, Lubuk Layang, diserap kepada warisan ku


5 – 6 Januari 2011
Kuantan, Pahang

IKLAN CARI SUAMI


IKLAN CARI SUAMI
Sajen: Arisel Ba

Seorang gadis seusia 40-an
Masih bujang trang tang tang
Pamer iklan di laman sosial fesbok
Perlukan suami, dengan pensyaratan:

-Bukan seorang yang mata keranjang
-Bukan seorang yang ringan tangan
-Bertanggungjawab, patuh, setia, penyayang
-Plus fizikal dan emosinya: JANTAN
Sebulan kemudian tanpa diduga
Datang seorang lelaki tua
Berkerusi roda berkondisi payah
Dia membalun keras pintu rumah
“Maaf”, kata lelaki tua itu
“Apakah adik manis pamer iklan di fesbok?
Mahu berkahwin dengan JANTAN!”“Betul, ohya, kamu mahu melamar saya?
Apakah kamu ada kriteria itu?” kata si gadis“ Ya.. aku tidak mungkin mata kerajang
Kerana kedua belah mata ku rabun
Aku juga tidak ringan tangan
Kerana kedua tangan ku kudung”.
Kata lelaki tua itu sepenuh harapan
Tanya si gadis lagi dengan yakin,
“Apa kamu mampu bertanggung jawab?”

“Apakah adik manis tidak melihat,
Aku datang dengan kerusi roda
Untuk berjumpa kamu?, “ kata lelaki tuaGadis itu mengomel sendirian,
Dia yakin kriteria terakhirnya
Pasti lelaki tua gagal menepatinya.
“Baiklah, apakah kamu JANTAN?”,
Soal si gadis dengan senyum sinis
“Kamu jangan cuba menghina ku,
Kamu jangan perlecehan OKU
Sejak dilahirkan nama ku: JANTAN
Kamu fikir aku ketuk pintu rumah
Menggunakan apa?, aku guna ini!”,
Sambil dagunya mengangguk ke bawah

“Tidak….tidak”, jerit gadis itu
Lalu menutup pintu rumahnya

JANTAN terkedu dan hairan
Lalu beredar dengan penuh tanda tanya

1 Januari 2011,
Kuantan, Pahang

TUHAN: TUHE, TUHANG



TUHAN: TUHE, TUHANG
Sajen: Arisel Ba

Hari ini sekolah mula sesi belajar
Murid darjah satu semua sudah mendaftar
Hanya ada lapan tetapi bising bergegar
’Borok’ dialek Pahang bagi tiga murid di rumah
’Kecek’ dialek Klate bagi tiga murid di rumah
’Bual’ dialek Ganu bagi dua murid di rumah

Selepas waktu rehat masuk seorang guru
Bertubuh gemuk pendek tak cukup lima kaki
Kepala botak silau cahaya boleh buat cermin
Di dagu berjanggut lagak alim dan warak
Sebab mulut berkumat-kamit, tasbih di jemari

” Selamat pagi, murid-murid,”
Sambil mata guru mengimbas muridnya
” Selamat pagi, cikgu,”
Suara lapan murid membingitkan bilik

Cikgu menuturkan, ” Rukun Pertama:
Kepercayaan Kepada Tuhan, ” sambil di eja:
K.e.p.e.r.c.a.y.a.a.n. K.e.p.a.d.a T.u.h.a.n

Cikgu meminta murid barisan depan menyebut:
”Kepercayaan Kepada Tuhan...”

Cikgu meminta murid barisan tengah menyebut:
”Kepercaya’e Kepado Tuhe...”

Cikgu meminta murid barisan belakang menyebut:
”Kepercayaang Kepade Tuhang...”

Tiba-tiba berbunyi siren sekolah
Guru keluar dari bilik darjah
sekejap senyum, sekejap gelisah
sambil melangkah rasa serba salah

3 Januari 2011
Kuantan, Pahang