PELAWAT MAYA

Sunday, January 9, 2011

TUHAN: TUHE, TUHANG



TUHAN: TUHE, TUHANG
Sajen: Arisel Ba

Hari ini sekolah mula sesi belajar
Murid darjah satu semua sudah mendaftar
Hanya ada lapan tetapi bising bergegar
’Borok’ dialek Pahang bagi tiga murid di rumah
’Kecek’ dialek Klate bagi tiga murid di rumah
’Bual’ dialek Ganu bagi dua murid di rumah

Selepas waktu rehat masuk seorang guru
Bertubuh gemuk pendek tak cukup lima kaki
Kepala botak silau cahaya boleh buat cermin
Di dagu berjanggut lagak alim dan warak
Sebab mulut berkumat-kamit, tasbih di jemari

” Selamat pagi, murid-murid,”
Sambil mata guru mengimbas muridnya
” Selamat pagi, cikgu,”
Suara lapan murid membingitkan bilik

Cikgu menuturkan, ” Rukun Pertama:
Kepercayaan Kepada Tuhan, ” sambil di eja:
K.e.p.e.r.c.a.y.a.a.n. K.e.p.a.d.a T.u.h.a.n

Cikgu meminta murid barisan depan menyebut:
”Kepercayaan Kepada Tuhan...”

Cikgu meminta murid barisan tengah menyebut:
”Kepercaya’e Kepado Tuhe...”

Cikgu meminta murid barisan belakang menyebut:
”Kepercayaang Kepade Tuhang...”

Tiba-tiba berbunyi siren sekolah
Guru keluar dari bilik darjah
sekejap senyum, sekejap gelisah
sambil melangkah rasa serba salah

3 Januari 2011
Kuantan, Pahang

No comments:

Post a Comment