PELAWAT MAYA

Saturday, March 26, 2011

MEMUKAT KARYA PUISI e.sastera.com / Komuniti Penyair FEBRUARI 2011



MEMUKAT KARYA PUISI e.sastera.com / Komuniti Penyair FEBRUARI 2011

Oleh
Puzi Hadi



SEJUMLAH 188 (Januari 2011: 154) buah puisi terpapar di e.sastera.com / Penyair (Lihat: Lampiran I) oleh 48 (Januari 2011: 55) penyair siber Malaysia (Lihat: Lampiran II), sepanjang Februari 2011, iaitu purata 6.7 (Januari 2011: 4.9) buah puisi setiap hari. Jika disemak kira statistik hariannya, bilangan puisinya seperti berikut:

HB

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

JAN

7

6

7

5

5

3

3

3

3

3

7

5

4

4

4

5

3

6

4

4

6

4

2

4

8

6

6

7

6

8

6

FEB

6

11

8

5

6

6

8

5

6

8

6

8

7

8

9

11

10

7

8

9

5

5

4

4

2

4

4

8

-

-

-



PENGENALAN

TANGGAL 1 Februari 2011, portal e.sastera.com / komuniti Penyair dijelmai paling awal oleh penyair siber, mansor a.hamid dengan puisi “RISALAH ORANG TERCINTA” pada jam 6:21:03 AM. Berikutnya, sepanjang 28 hari untuk bulan Februari ini hadir 48 penyair siber dengan 188 puisi pelbagai wacana dipersembah secara kreatif dan inovatif (sama ada puisi siber dan/atau puisi siber primitif). Puisi terakhir bulan Februari ditutup oleh citranalis (Kuala Lumpur) dengan “Engkaukah itu II” pada Isnin, 28 Februari 2011 jam 11:33:15 PM.


PENYAIR SIBER DAN PUISI DALAM BULAN FEBRUARI 2011

ABDULHALIM

Penyair abdulhalim (Kedah) dalam puisi “LENGKING ANEH” ini aneh kepada mereka yang pertikai novel Interlok karya Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussain. Tapi turut aneh tiada sura sumbang kepada selambak buku lainnya oleh para pengrang di bumi India yang mengungkap isu pariah. Perlukah penulis memaklumkan melalui‘Pengenalan’ adanya unsur enjambement dalam puisinya itu?

ABDULLAHJONES



Tajuk puisi pertama abdullahjones (Pahang), “Jenaka ambigues solleh bin sonapi kepada isterinya yang berambut merah dan berseluar ketat sebelum beliau tidur berdengkur setelah mereka mereka bersenggama” bernada seksual bersempena Hari Kekasih. Namun ianya bergaya humor bila tajuknya sendiri di dahului “Jenaka ambigues…” untuk diberi pelbagai tafsiran seadanya. Cumanya disengajakah abdullahjones menjadikan perkataan khas dijadikan biasa (jenaka?), contohnya: solleh bin sonapi, tuhan (tiga kali) dan nurulain.

Namun puisi keduanya, “puisi sengaja mencari pasal” dalam dua stanza yang boleh digabung dalam satu stanza. Puisi menarik ada moralnya ini disudah dengan: ‘lupa hati kadang / ada di tumit’.

AHKARIM



Penyair Kedah, ahkarim mengungkap perihal maruah bangsa dalam puisi “DARI KENYIT DORSETT” dengan perulangan anafora ‘Di sinilah ada …’, ‘Ada…’, ‘Di sini juga…’ serta ‘Dan dari sinilah…’ (baris pertama, kedua, tiga dan empat pada stanza I, II dan III). Puisi bersahaja ini sebenarnya membawa anjakan aksara iaitu ‘tuan’ (stanza I) kepada ‘ketuanan’ (stanza II) dan diakhiri ‘maruah tergadai’ (stanza III) dalam membicara isu semasa ketuanan orang Melayu.

ALIFFMUSTAKIM

Penyair aliffmustakim (Pulau Pinang) melalui puisi “BERONTAK” menyentuh insiden rusuhan pilihan raya mahasiswa IPTA yang difahami melalui lampiran foto pintu cermin di pejabat TNC Universiti Putra Malaysia (UPM) yang pecah.

Kata ‘pengenalan’ untuk adindanya yang teraniaya, Tengku Ismail boleh diletak sebagai persona di bawah judul puisi. Kenapa dalam puisinya sebagai ‘tengku’ (seharusnya: Tengku) dan ‘ku tahu’ (seharusnya: kutahu)?

AMK BATU




Tema Hari Kekasih terasa dalam puisi “Dialah Cinderella, Dialah Juliet” oleh amk batu (Kuala Lumpur). Tajuk yang cantik untuk mencari sosok tubuh Cenderella dan Juliet tapi hilang dalam teks puisi. Hari Kekasih yang indah itu (tapi tertolak di sisi agama Islam!) bercampur aduk kisah ‘Mungkin…’ (stanza I), ‘Terjawab kini…’ (stanza II), ‘Tersebutlah alkisah…’ (stanza III), ‘Malah ini benar…’ (stanza IV), ‘Kalau dulu…’ (stanza V) iaitu antara gabungan pelbagai kisah ceria-duka, moden-mitos, benar-palsu sehingga hilang fokus puisinya. Dalam puisi kedua, “Intermisi buat kendiri” mengambil kata oleh bolero (?) tapi ayat puisi selanjutnya tidak diberi pengikat kata.

AMOHDFAHMI

Rakaman peribadi amohdfahmi (Sarawak) mengiringi perpisahan ayah mertuanya dalam “Buat kali terakhir (al-Fatihah buat ayah mertua, seperi bin Pawi)”. Kita pun bersedekah al-Fatihah moga Allah SWT merahmatinya.

ANBAKRI



SAS anbakri mengehuhkan “HuH !” dan persidangan “Tiga burung di sidang penghulu”. Puisi protes “HuH !” meminjam suasana tegang para demostran di dataran Tahrir, Mesir tapi ada sinis untuk pemenang Hadiah Nobel Keamanan serta mantan Ketua Pemeriksa Nuklear PBB yang berlagak juara rakyat: ‘Albaradei HuH ! / maaf; telingaku sudah tuli’. Tentunya telinga rakyat Mesir bukannya anbakri.

ANINA SAHAL

Calon penyair muda, anina sahal (Selangor) kali pertama menjengah e.sastera.com menghadiahkan tujuh puisi. Dua puisi bertema peribadi dalam “DOSA APAKAH AKU???” dan “AKU ADALAH AKU”; puisi perkasihan “AKU TAK BISA MENANGIS LAGI”, puisi kerohanian “MENCARI CINTA NYA DALAM CINTA”; puisi renungan “PENATNYA AKU. (YA ALLAH)”; puisi kekeluargaan “UNTUK LELAKI BERGELAR SUAMI DAN AYAH”; dan, puisi tokoh “TINTA RINDU BUAT AYAH”.

Dalam puisi “DOSA…” bersifat penulisan puisi amatur yang perlu pembaikan. Perulangan baris-baris: ‘Dosa apakah / Yang aku lakukan / Sehingga beratnya …’ (dalam stanza I, II dan III); serta perulangan baris-baris: ‘Dosa apakah yang aku… / Sehingga begini… / Bagaikan … / Apakah ini … / Seperti …’ (dalam stanza IV) tidak berkesan memperkuatkan mesej tapi sebaliknya terlalu merintih.

Begitu juga perulangan baris dalam puisi “AKU ADALAH AKU” disertai oleh kesilapan ejaan yang perlu disedari penyair: hidup ku / kehidupan ku / jalan ku (dalam stanza II) dan, diri ku / kaki ku / simpati mu / melainkan NYA (dalam stanza III). Kesdilapan ejaan terus berlaku dalam puisi “AKU TAK BISA MENANGIS LAGI” iaitu: kata-kata mu / jantung ku (dlam stanza I), cinta mu / hati ku / jantung ku (pada stanza II), setia mu cinta mu / kerana mu / setia mu / lelaki mu (di stanza III).

Satu lagi alasan untuk anina sahal meningkatkan kualiti puisinya pada masa hadapan ialah belajar menulis puisi pendek berbanding puisi panjangnya yang sedia ada. Belajar untuk mengedit draf puisi yang telah siap sehingga berpuas hati untuk diterjah ke e.sastera.com.

ARISELBA



Penyair Pahang, ariselba menyumbang tiga puisi “BERCERITA SUNGAI PAHANG DAN PASIRNYA”, “BUKAN SEKADAR ALAMAT” dan “INMEMORIUM BADARUDDIN MZ” . Gaya menarik naratif dialog antara sungai dan pasir dalam “BERCERITA SUNGAI PAHANG…” beri kelainan berpuisi di e.sastera.com untuk dicontohi. Puisi kerohanian “BUKAN SEKADAR…” bergaya prose poem hubungan antara manusia-Tuhan Maha Esa. Dan terakhir, puisi “INMEMORIUM…” mengenang gemulah rakan karibnya Badaruddin MZ di Kuala Lipis, Pahang (meninggal 12 April 2008) dari sisi lain iaitu menguliti buku Relong karya allahyarham.

AZMI RAHMAN

Tiga prose poem dari penyair azmi rahman (Kedah) iaitu “LELAKI DI KAMAR”, “MALAM; HARI LAHIR SEORANG LELAKI” dan “DEMOKRASI REVOLUSI DI ATAS PETA DEMOKRASI”. Puisi pertama “LELAKI DI KAMAR” menghimbau keinginan seorang lelaki (azmirahman?) melayari semula kamar pengantin – sebuah pelabuhan malam – sambil mengenangi – ghairah cinta – untuk menguliti – ros merah di dalam vas. Tapi segalanya nihil!

Puisi kedua, “MALAM; HARI LAHIR SEORANG LELAKI” menghimbau hari kelahiran azmi rahman dengan imej-imej ikan, sekuntum bunga dan bintang-bintang. Namun ada iringan lima doa perbadi – ucapan, kad ucapan, jambangan bunga, hembusan nafas serta kesyukuran.

Dan puisi ketiganya, “DEMOKRASI REVOLUSI DI ATAS PETA DEMOKRASI” amat kental penampilannya menyelusuri kehadiran domino revolusi di Timur Tengah – Ah, ini revolusi bukan revolusi kuno. Ini revolusi berteknologi lidah siber …’; namun tersirat seperti mana kejadian gunung berapi meletus atau juga gempa bumi.

BRIRASA


Zaidinabadi (kiri) dan Brirasa (kanan)

Sentuhan brirasa (Kedah) lewat lima puisi mencabar membacanya, iaitu “Membaca Tragedi Taman Peribadi”, “Ini Bukan Sajak Blues Untukmu, Johanna”, “kunci (ii)”, “Sajak Dari Lubuk Hujung Permatang” dan “Ketika Pilihanraya”.

Puisi protes universal sifatnya (tanpa perlu merujuk isu Timur Tengah) dalam “Membaca Tragedi Taman Peribadi” dengan gandingan ‘taman harmonis’ dan ‘taman peribadi’ mengelak klise jika semata-mata perulangan ‘taman peribadi’ seperti tercatat pada tajuknya.

Kembali kepada dilema dalaman tanah air, brirasa melalui puisi “Ini Bukan Sajak Blues Untukmu, Johanna” secara sinis mengambil desa marhaen bagi dianjak (‘Transisikan tamadun desa kami’) yang melalui: ‘cerita gelisah dan luka / … / … terdera oleh mulus janji siasah // … terpinggir.

Puisi absurdisme “Kunci (ii)” suatu percubaan oleh brirasa. Stanza I, II dan separuh pertama stanza III berdiri sendiri untuk dikejutkan oleh separuh kedua stanza III dan stanza IV – ‘mungkinkah dia menunggu di situ / tetapi siapa yang ditunggu? // engkaukah?’

Hanya brirasa menampilkan isu pilihan raya (berbanding enam puisi pada Januari 2011) bagi Februari, “Ketika pilihanraya”. Namun puisi pilihan rayanya bersifat terbuka bukan untuk Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, DUN Merlimau atau DUN Kerdau. Sisi pandangannya kepada pilihan raya bernada sini, protes sehinggalah mengadu: ‘Tuhan / hukum meraka yang celupar / mencabar jan ji agong-Mu’. Eh, brirasa ada kesilapan kecil ejaan: Pilihanraya / yb / meraka / agong-MU.

Hidup dan kehidupan tidak selalunya cerah untuk direnungi atau ‘… tersengguk / menghakimi perasaan …’ dalam puisi si pengail-pengumpan ikan, “Sajak dari Lubuk Hujung Permatang”.

CITRANALIS

Anak Kedah menetap di Kuala Lumpur, citranalis mengungkapkan serangkap puisi pendek “Engkaukah itu”. Puisi ini boleh dipasarkan dalam bentuk poster kerana ungkapannya mendekati madah yang mengujakan para kekasih. Puisi kedua, “Engkaukah itu II” (kesinambungan puisi “Engkaukah itu”) mempunyai susun atur ayat bebas dan menarik serta ungkapan di luar keterpaksaan.

CIUNG WINARA SINGAPURA


Dari Singapura, penyair Ciung Winara Singapura menggarap pelbagai tema daripada sejumlah 19 buah puisinya (berbanding tiga puisi bagi Januari 2011). Tema perkasihan dalam puisi “EPILOG CINTA LUKA”; alam tumbuhan pada dua puisi iaitu “POKOK” dan “TERATAI HANYUT KE HUJUNG RINDU”; persuratan dengan empat puisi iaitu “PENA”, “DUNIA PERSURATAN”, “KU MENULIS SELAGI TERDAYA” dan, “TERIMA KASIH”; aspek sejarah pada “DERITA TAMADUN DALAM SEJARAH”; perihal tokoh dalam dua puisi iaitu “DURHAKA” dan “Sajak Imam Bukhari r.a”; bernada protes melalui “KEMELUT MANUSIA GILA PERANG”; semangat perjuangan dalam dua puisi iaitu“MUJAHIDAH SEJATI” dan “LESTARI TAMINGSARI”; unsur kerohanian tergambar dalam tiga puisi iaitu “DOA”, “TUGU” dan “MASIH ADA SINAR”; perihal moral dalam “ATAS NAMA KEANGKUHAN” dan “AMUK’; dan, kekeluargaan dalam “LUAHAN HATI ADIKKU MELATI PESONA BUAT SYIFA”.

Dari hari ke hari, puisi-puisi karya Ciung Winara Singapura (CWS) menampakkan kematangan mendadak. Namun kuantiti yang banyak ini memerlukan masa untuk diulas secara mendalam oleh sesiapapun. Adalah lebih baik penyair sendiri membaca semula semua karya dan membuat kritikan kendiri. Tentunya CWS akan tertawa sendirian puisi yang mantap dan puisi yang kendur kualitinya.

Sebuah nasihat saya untuk CWSmengenal diri dalamannya memfokus beberapa tema secara khusus bagi diabadikan dalam puisi-puisinya sebagai identiti kehadiran CWS di persada puisi e.sastera.com dan seterus di peta puisi tanah air. Kita menantikan puisi-puisi pendek yang lebih padat pemikiran berbanding puisi panjang sekadar luahan emosi secara polos.

DAHNA



Penyair Kedah, Dahna meraikan Tahun Baru Cina dalam puisi “CHEONGSAM UNTUK ARFAH LEE”. Puisi bercorak budaya Malaysia dari penyair tanah air (Melayu) kurang diterokai dalam konteks integrasi perpaduan kaum. Kehadiran puisi “CHEONGSAM…” mengisah keakuran serta penantian seorang ibu kepada anaknya Arfah Lee (saudara baru muslimah) kembali ke rumah sempena Tahun Baru Cina.

Berkisah orang paling dekat di hatinya, iaitu ibu dalam dua puisi “KATA IBU ( I ) : TENTANG ITU” dan “KATA IBU ( II ) : TENTANG ITU”. Intro puisi stanza I dalam puisi “KATA IBU (I)…” dan “KATA IBU (II)…” saling bersamaan: ‘kata ibu, malam hanya sepenggal lagi / menghamili benih siang / lalu menetaskan mimpi / di retak waktu’. Ini sedikit tanda tanya, apakah tujuan penyair melakukannya?

Rakaman hari lahirnya dengan “MENYUSUN PUISI DI MEJA HARI LAHIR” sebagai ‘Hari ini adalah syurga’ tentunya bak kain putih masih berserba putih. Dan terakhir mendekati dirinya dalam puisi dan, puisi dalam dirinya melalui “PUISI ITU AKU”. Puisi ini mendapat sorotan daripada azizi zabidi dalam artikel sastera e.sastera.com, “Apresiasi Sajak – Puisi Itu Aku (Sdr Dahna)” keluaran 24 Februari 2011. Jika dr.irwan mengambil senario gelagat deklamasi puisi pada puisi “Sebaris Penyair, Sepadang Penonton, Sebatalion Malaikat” maka, Dahna menyentuh aspek penulisan puisi dari sisi unik kelahiran seorang bayi.

DR.IRWAN

Dr.irwan dan Hasimah

Founder e.sastera.com, dr.irwan menzahirkan dua buah puisi, “Kita Kini Warga Dunia” dan “Sebaris Penyair, Sepadang Penonton, Sebatalion Malaikat”. Puisi pertama membawa konotasi global village maha sempit:

‘… sekangkang kera
sendawa di barat terdengar di timur
kentut di selatan terbau di utara’ (stanza I).

Hal-hal sendawa dan kentut tentunya bergejala negatif ini sukar untuk dikaitkan dengan maksud stanza II yang berciri kebaikan iaitu: ‘Tuhan letakkan agamanya di situ’ untuk mengajak kepada satu perjuangan, ‘ini masa bersingsing lengan, bersingsing lenganlah kita / apa pilihan yang kita ada?’. Secara peribadi puisi ini ada kekuatan seandainya gejala negatif (sendawa dan kentut) diadun dengan unsur positif dan negatif, misalnya: ketawa … / tangisan … atau, suka … / duka …

Puisi kedua paling memikat, “Sebaris Penyair …” berkaitan gelagat deklamator puisi. Karya ini sebuah abstrak kaedah baca puisi secara holistik, menggantikan pembentangan sebuah kertas kerja atau kaedah latihan mendeklamasi puisi (stanza I, II, III, IV dan V). Paling istimewa ialah stanza VI yang sering diabai pendeklamator (ataukah teralpa!) gelagat mereka turut diperhati oleh:

Sebatalion malaikat hadir bersama
hadir mentafsir pancaran hati.

EROSS

Calon penyair muda eross (Kelantan) menyumbang empat buah puisi iaitu “gelora” (tema peribadi); “Penentangan” (tema protes); “kepada menteri bohong” (tema protes); dan, “sebuah tanya” (tema renungan). Dalam puisi “gelora’ terlalu banyak aksara ‘aku/ku’ iaitu lapan kali sebagai pembaziran. Seterusnya tanda baca seruan (!) yang dijarakkan menjadilah – maju ! / mati ! – sepatutnya, maju! / mati!

Kelemahan ini terus berlaku dalam puisi “Penentangan” – suria !! / menerjang !! – sepatutnya, suria!! / menerjang!! Juga perulangan perkataan ‘kami’ (sebanyak 15 kali). Nasihat saya, penyair harus pandai mengedit draf pertama puisi dengan mengesan kelemahan (jika ada) dan memikir teknik penyampaian yang berkesan.

Puisi ketiga, “kepada menteri bohong” huruf besar di setiap awak baris tidak berkesan kerana mencacat kesinambungan puisi serta panjang-pendek ayat perlu diselaraskan agartersusun penyampaiannya. Dan terakhir, puisi “sebuah Tanya” menurun darjat ‘Tuhan’ sebagai ‘tuhan’ (dalam stanza I dan V) dan ejaan ‘ku harus // ku iseng’ sepatutnya ‘kuharus // kuiseng’. Apapun selamat datang ke e.sastera.com.

EZIZ SHUKMAN

Penyair Selangor, eziz shukman dengan lapan puisi pelbagai tema. Puisi “Serangkai Rindu Di Bibirmu” bersempena perayaan Tahun Baru Cina. Penyair bereksperimen sebuah stanza dibahagi kepada beberapa rangkap. Stanza I terbahagi empat rangkap yang perlu dibaca selari sehingga menemui tanda noktah. Stanza II berdiri sendiri. Dan stanza III terdiri tiga rangkap seperti mana stanza I.

Puisi untuk rakyat Mesir, “Syair Darah Merah Di Langit Kelabu (Buat Rakyat Mesir)” mempunyai struktur penulisan seperti mana puisi “Serangkai Tindu…”. Puisi “Gelung Buru Di Atas Titian Waktu” bernada protes kerohanian. Himbauan nostalgia zaman kanak-kanaknya kembali dalam puisi “Kapal Kertas Hanyut Dalam Jaga Tidur Dalam Mimpi”, ikut ada kesilapan ejaan: puashati / irihati /airmata / dihilris. Judul klise “HARI KEKASIH” tidak menjadi masalah sekali gus menarik perhatian berkaitan hari Kekasih yang difahami ramai. Penyair menyampaikan mesej secara berhemah untuk pasangan kekasih melihatnya dari sisi kerohanian.

Rasa kasih buat ibu terungkap dalam puisi “sekeping surat”. Kemudian berpindah tentang alam haiwan melalui puisi “Merak Emas”. Dan eziz shukman kembali kepada puisi kerohanian yang lazim ditulisnya iaitu “Perjalanan Malam.”.

HAIZAMOLEK


Haizamolek (Selangor) membawa lima puisi (berbanding 14 buah pada januari 2011) iaitu “Sarat Terbang”, “Sarat Berkuasa”, “Kain Pelikat Lagi”, “Nyawa Di Hujung Tanduk” dan “Mengajak ke Musala”.

Puisi “Sarat Berkuasa” mendalami dilema sosial di Malaysia dengan pelbagai gelagat menakutkan. Budaya orang Melayu berkain pelikat ke masjid dan lain-lain tapi ironinya tidak ada kilang kain pelikat di Malaysia dalam puisi “Kain Pelikat Lagi”. Nada protes dalam “Nyawa Di Hujung Tanduk” tentang karenah sosial semasa berserba negatif. Setidaknya Haizamolek mahu melapangkan kita dengan “MENGAJAK KE Musala” melalui pesanan puisi kala ada kelompangan kita berziarah ke masjid.

HASIMAH

Co-founder e.sastera.com, has1mah menyemai tiga puisi iaitu “AKU MENGEJAR AKU”, “HOSNI MUBARAK PERLU GENTAR” dan “SEBESAR-BESAR RASA”.

Ya ada monolognya pada puisi pertama, “AKU MENGEJAR AKU” dalam mencari hemah berkomunikasi iaitu mengawal kata-kata, iaitu banyak berkata atau lebar bercerita serta becok bersuara boleh mewajah buruknya empunya diri. Penyair menyedarinya lalu memohon kemaafan namun ianya berlarutan: puisi seperti menjauh dariku. dariku. / Dariku / Dariku. dan rajuk menjauh meninggalkanku.

Ya has1mah tidak mahu terlepas peluang bersama gelombang revolusi rakyat Mesir melalui puisi “HOSNI MUBARAK PERLU GENTAR” dengan sisi penceritaan menarik pada kata kunci – mimpi. Puisi ini ditulis pada hari terakhir Presiden Hosni Mubarak di takhta diktator 32 tahun (Jumaat, 11 Februari 2011).Tiga stanza terakhir begitu dramatik kesan teater untuk Hosni Mubarak:

Tatkala mu terjaga
tegak berdiri di sisi. Hosni
muncul Hosni di sini !

Berbekal bismillah nama Allah di bibir pejuang kental
leher Hosni kau penggal !

Aduhai, serupa merah darahnya dengan sekalian kita.

Sempena Maulidu Rasul, has1mah berpuisi “SEBESAR-BESAR RASA” iaitu tidak sekadar meyalami hari kelahiran nabi SAW tapi turut menyalami anugerah Allah SWT kepada Baginda SAW iaitu kitab suci al-Quran untuk umatnya.

JUARIAH

Penyair Terengganu, Juariah membawa kisah tokoh kecil terlepas pandang iaitu tukang beca dalam puisi “Kayuhanmu untukku”. Puisi ini terlalu ekonomikal iaitu tiga ke empat patah perkataan dalam satu barisnya (pada stanza I dan II) dan enam ke tujuh perkataan dalam satu baris ayat (stanza III). Cuba elak guna huruf besar di awal baris kedua dan seterusnya.

KALAMUTIARA



Kalamutiara (kiri), Dr.irwan (tengah), Nimoiz TY (kanan)

SAS Kalamutiara menyambut Maulidur Rasul dalam puisi “itu cinta amat luar biasa” dengan pautan khat – Muhammad SAW – tanpa ujaran puisi, di situlah keindahan yang menusuk jiwa manusia. Puisi keduanya kisah Timur Tengah khususnya untuk para syuhada di dua negara bersimbolik – Dataran Tahriri & Dataran Permata – melalui puisi “menanam benih”,

KAMAL SUJAK

Kamal Sujak (Selangor) menampilkan enam puisi pelbagai tema. Dua puisi berkaitan isu benua Afrika iaitu “PEMIMPIN (PERINGATAN DI TUNISIA DAN MESIR)” dan “BENDASING”; isu Interlok didalami dalam “DOA SETITIS TINTA SEORANG SASTERAWAN”; isu bahasa Melayu dalam “KITA TELAH MEMBENARKAN KEBIADABAN”; perihal alam dalam “GETAR HUJAN DAN LUMPUR”; dan, rasa simpati untuk pesakit Muhammad Hairuman Miskon, 22 tahun, yang kudung kedua-dua tangan dan kaki kiri akibat terkena renjatan eletrik ketika mengait buah sawit di Tanjung Karang, Selangor melalui “DARI TITIS AIR MATA TERAKHIRMU”.

Secara tegas menasihati (baca: amaran) pemimpin dalam serangkap puisi empat baris (“PEMIMPIN”) agar tidak leka membuat kesilapan mengelak kebangkitan rakyat di jalanan atau berdepan musibah. Semangat puisi “DOA SETITIS TINTA…” untuk mengubat duka Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussain. Sesekali saya bertanya, perlukah kita membuat pengakuan panjang menerusi ‘pengenalan’ seperti mana Kamal Sujak dalam sajaknya “KITA TELAH…” menyentuh kecelakaan bahasa Melayu sementelah menjadi tanggungjawab para penyair berbahasa Melayu.

KHALIL ZAINI


Terbukti Khalil Zaini (Kuala Lumpur) mahir berpuisi dalam “KOLEK YANG BERSENDIRI”, kisah pelaut di lautan selepas mengharung badai. Metafora menarik: dicincang angin (stanza I) / disinggung ombak / berlangitkan nafsu (stanza II) / menggoda dayungan / simpati air (stanza III).

LIFFALKH

Selamat datang untuk LIFFALKH, penyair baru berdaftar di e.sastera.com. Beliau mengutarakan puisi “AL-QURAN ATAU AL-QUR’AN” dalam menghurai sebutan yang betul. Adalah sedia maklum Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 1081) menggunakan entri ‘Quran’ iaitu kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan hidup manusia sama ada dunia mahupun akhirta. Ejaan al-Quran inilah diterima pakai yang standard bagi tulisan rumi.

MANSOR A.HAMID

Penyumbang puisi ketiga terbanyak selepas Ciung Winara Singapura (18 buah puisi) dan s.iqram (16) ialah penyair mansor a.hamid (kedah) dengan 15 buah puisi. Pengalaman berpuisi belia sejak tahun 1960-an meyakinkan kita kepada kematngan pengalaman untuk dikongsi bersama melalui karya puisi.

Kepelbagaian menu tema dihidangkan iaitu nostalgia dalam puisi “PADA KETIKA YANG LAIN”; persuratan melalui puisi “MANUSKRIP YANG KECICIRAN”; kerohanian pada puisi “PENANTIAN”; melihat sejarah pada puisi “EMBUN”; enam puisi berkaitan unsur alam iaitu “LUKISAN ALAM”, “WAKTU-WAKTU YANG TERPILIH”, “TANYA PADA MALAM”, “DAN AKU PUN MALAM”, “DAN, JIKA BESOK MASIH ADA” dan, “MALAM DAN SEKITARNYA”; isu sosial tercerna di puisi “ANTARA KOTA-KOTA PERISTIWA”; kisah tokoh dalam puisi “PERJALANAN”; dua puisi renungan iaitu “KEMARAU DI LEMBAH” dan “ANTARA PINTU PINTU”; sebuah puisi yang tidak jelas temanya iaitu “RISALAH ORANG TERCINTA”.

Di samping kepelbagaian tema seperti dinyatakan di atas, penyair mansor a.hamid lebih dekat mempamerkan imej-imej alam dalam puisinya. Dia akrab dengan semua unsur alam semula jadi di sekitar dirinya – bendang, rumput, bulan, matahari, senja, buah, siang, malam dan lain-lain – menunjangi teks puisi dalam sebarang tema. Ini memberikan kelainan berbanding Ciung Winara Singapura dan s.iqram di mana fokus alam lebih dimesrainya untuk menggambarkan peristiwa dalam puisi. Tentunya pengalaman CWS dan s.iqram berbeza daripada mansor a.hamid untuk dibanding secara total.

Ketaranya penampilan puisi mansor a.hamid mutakhir berbeza daripada karya puisi dalam e.sastera.com di peringkat awal. Mungkin dia mendapat kembali rentak berpuisi yang telah lama ditinggalkannya dahulu. Diakui sebuah pembicaraan mendalam diperlukan untuk melihat identiti mansor a.hamid dalam waktu terdekat. Salah satu tema yang dekat di hati peyair ialah mendendangkan keperihalan ‘malam’ dan ini elok dipertajamkan pada karya puisi selanjutnya. Apatah dibantu oleh tajuk-tajuk puisi yang menarik biar pun ada juga keakanan telah sedia ada, misalnya “KEMARAU DI LEMBAH” (judul antologi puisi/cerpen oleh penyair agam Malaysia, Kassim Ahmad).

MATSEMANGGOL

Penyair matsemanggol (Perak) berpuisi nada protes dalam “Sengketa” melihatkan ‘dunia kini’ yang asyik bersengketa dek hambatan harta dan kuasa. Diperhatikan garapan puisi kurang mantap, contohnya ‘Dunia kini,’ (baris 1, stanza I) ada tanda baca koma (,) tapi ‘Dunia kini’ (baris 1, stanza II) tanpa koma. Begitu juga, ‘Ada pihak berkata’ (baris 1, stanza III) berbeza ‘Ada pihak berkata..’ (baris 1, stanza IV) mempunya tanda baca dua titik (..). Ada kesilapan susunan ayat percakapan pada stanza III.

MAWARHALIS


Bersempena sambutan Maulidur Rasul, mawarhalis (Putraja) menyampai puisi “DOA NENDA” dari sisi lain iaitu monolog bersama cucu – semasa dan dewasa. Puisi serangkap ini boleh dibina dalam dua stanza mengasingkan monolog semasa (stanza I) dan monolog dewasa (stanza II).

Puisi keduanya, “Dalam Aku Termenung” meneruskan monolog mawahalis tentang wujud dirinya berpenuh tanda tanya. Sementelah hidup luaran yang bahagia, ‘zahirnya aku tampak bahagia’; tapi hidup dalaman diliputi sepi, ‘sepi menggamit rindu’.

MOKHTARAHMAN




Ada kelainan puisi mokhtarahman (Kedah) “AKULAH ANGIN” ini dengan puisi di bulan Januari 2011, iaitu “PAHALA vs SYAITAN”.

Puisi kali ini cuba memahami sifat alam yang sering kita abaikan dek terpesona isu-isu kehidupan yang rencam dan membosankan. Bagi mokhtarahman, angin usah disalah erti dengan dan badai dan taufan (Eh, kenapa ditulis typhoon!).

Angin bersifat mujarad hadirnya menyentuhi manusia dengan ramah, membuai manusia untuk kecapi tidur berayun mimpi, bermain mesra bersama alam tumbuhan, mengarak haluan awan dan kekadang memarakkan kebakaran. Stanza I berima akhir a/a/a/a: ‘… angin / … sopan / … typhoon / … kasihan’. Stanza II dan III berima kahir dalam bentuk a/b/a/b.

Puisi kedua mokhtarahman, “KEMBALIKAN AKU KE DUNIA” sesuatu yang jarang ditemui kerana penyair lebih fokus di hujung julai kehidupan. Daripada rasa insafnya kepada pengakhiran kehidupan manusia dan alam iaitu kiamat yang menghimpun kita di Padang Masyhar; mokhtarahman mengimpikan sebuah kelahiran kembali (rebirth), ‘”Tuhan kembalikan aku dunia, / untuk beribadat sepenuhnya.” (pada stanza VI).

MUSALMAH MESRA

Puisi “PENENANG JIWA” karya Musalmah Mesra (Kuala Lumpur) dekat dengan kita semua iaitu kekeluargaan, keibubapaan, persaudaraan yang terabai oleh kebanyakan kita dek gaya hidup moden yang melonggarkan ikatan tali silatulrahim. Dalam puisi ini Musalmah Mesra membuat anjakan makna dalam stanza I, II dan III iaitu, (diri)-teman-(kekasih)-suami isteri-ibu bapa-anak. Moral kekeluargaan yang baik terungkap pada stanza IV iaitu mengelak perpecahan via ‘perang saudara’. Anjakan makna ini ditingkatkan lagi meluas kepada Negara (dalam stanza V).

MUTIARA75


Tajuk puisi “Pencarian Jam 5 Pagi”oleh mutiara75 (Singapura) menakjubkan untuk mendekati puisinya. Ini satu cara untuk menangkap khalayak pembaca namun isi teks yang menentukan segalanya. Penggunaan tanda baca noktah berturutan (…) di akhir baris (pada stanza I, III, V dan VII) sekiranya berperanan atau ketepikan sahaja. Seterusnya penyair beri perhatian menyelaras huruf besar di awal ayat mengikut sistem yang lazim atau menolak kaedah sedia ada.

NFAIZAL




Sajak nfaizal (Kelantan) di bulan sambutan Hari Kekasih, “Sajak seorang playboy yang tiba-tiba terjatuhkan cintanya.” mengujakan. Betapa sucinya dia menghadiahkan, ‘sekuntum bunga yang tak pernah dipegang orang / tak sempat diciumi angin’. Anjakan sekuntum bunga itu ‘adalah seberkas kehidupan belum sempat / dilangkahi.’ begitu mengasyikkan.

NIMOIZTY





SAS nimoizty (Kelantan) berpuisi protes senario (Timur Tengah?) kala “Ketika Mereka Membakar Hutan-hutan Perasaan”. Kemahiran berpuisi di tangan nimoizty menggunakan perlambangan tersirat untuk menyurat getir perasaan rakyat tertindas. Kelangsungan puisi ini bersifat langsung dan universal.

NUR AIN HANIS



(dari kiri: Dahna, Kablam,
Nur Ain Hanis, Citranalis, Nordarus, Ruzy)

Penyair Kedah, nur ain hanis memilih “Aku Jua Ingin Menyepi”, sekiranya: ‘ … sepi itu indah’ (stanza I) dan menolak sekiranya “… rindu itu pedih’ (stanza II). Puisi keduanya sempena perayaan maulid, “HAKIKAT CINTA RASULULLAH” menzahirkan cintanya kepada junjungan besar Nabi SAW (dalam stanza I, II dan III) serta melihat jati diri Baginda yang pasrah diri kepada Allah SWT (stanza III).

PENA ROMANTIS

Penyair Selangor, pena romantis dengan empat puisi iaitu “HAKIKAT”, “HARGA SEBUAH KEMODENAN”, “MATAHATI, MENGAPA KAU BERLALU PERGI” dan “ULAR”. Penyampaian puisi “HAKIKAT” bersifat ringan seadanya bertukar kasar dalam puisi “HARGA…” dengan emosi kemarahan anak muda. Namun penyair kembali reda dalam “MATAHATI…” iaitu kesinambungan puisi “HAKIKAT” iaitu kehilangan kekasih kesekian lama kembali mengusik kalbunya. Tiba-tiba kita dikejutkan puisi “ULAR” tanpa dapat difahami mesej sebenar – hiss!

PUISI WATAN

Lima puisi dari penyair muda Kedah, puisi watan mencabar minda untuk memahaminya. Puisi bersifat peribadi dalam “suara merangkak getir”. Dua puisi berkaitan pergolakan Timur Tengah dalam “GELOJAK DI KOTA PIRAMID” dan “dersik malam sukma”. Sebuah puisi kerohaniannya kala “Menanti Syurga Tuhan” dan sebuah puisi lain berkaitan alam iaitu “senyuman padu mengusik gelora”.

Dua buah puisi oleh puisi watan, iaitu “suara merangkak getir” dan GELOJAK DI KOTA PIRAMID” dalam e.sastera.com ini dikekalkan bentuk asalnya bila diantologi puisi (jika diterbitkan). Bentuk puisi seperti ini jarang ditemui dalam mana-mana ruangan puisi sama ada majalah dan akhbar.

Puisi di tangan puisi watan kekadang ada kekaburan untuk difahami, misalnya dalam “dersik malam sukma” hanya difahami bila sampai ke baris akhir stanza III, ‘boneka antartuk’. Banyak kosa kata dan istilah yang jarang didengari muncul dalam puisi-puisinya serta frasa puisi yang banyak kejutan.

Puisi “senyuman padu mengusik gelora” meyakinkan kita puisi watan boleh berkarya dengan baik dan sempurna. Apapun puisi watan telah menapak untuk berlangkah jauh ke hadapan dalam peta puisi Malaysia.

PUZI HADI

Sambutan Hari Kusta Sedunia 2011 dirai oleh puzi hadi (Kedah) melalui puisi “AKUKU, KUSTA”. Penceritaan dilema pesakit yang menderita ini telah dibaca oleh pesakit kusta dalam majlis Hari Kusta Sedunia Peringkat Negeri Kedah di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 24 Februari yang lalu.

Rakyat Mesir bangun meneruskan domino revolusi rakyat Tunisia di bumi Afrika di awal tahun 2011. Penyair puzi hadi menghasilkan puisi protes “SEE I, AMERICA (BACA: CIA), “PRESIDEN HOSNI MUBARAK …” iaitu dialog agensi perisik Amerika Syarikat kepada bonekanya Presiden Hosni Mubarak.

Puisi ini dibaca dalam majlis Baca Puisi PENA di Rumah PENA pada malam 11 Februari iaitu kebetulan lewat malam yang sama Hosni Mubarak melarikan diri berpamitan takhta kepresidenan Mesir selama 32 tahun. Pada majlis yang sama dr.irwan membacakan puisi “Sejambak Tahi Ayam Buat Wanita Pertama” (tersiar dalam e.sastera.com pada 24 Januari 2011) untuk ‘pepuan’ FLOT (First Lady of Tunisia).

RAMYO722



Penyair ramy0722 (Kelantan) dan keluarga berdarmawisata ke sebuah pulau legenda tercatat dalam puisi “Tahun Baru Cina di Bumi Langkawi” dengan segala pro dan kontranya. Seterusnya meraikan Maulidur Rasul setiap 12 Rabi’ul Awal dengan dua buah puisi “Bila Selawat menerpa telinga” dan “Di hati tempatnya”. Puisi pertama bernada sinis dek ketiadaan penghayatan di jiwa manusia:

sedang sunnahnya dipandang sepi
sedang perintahnya tidak ditaati
sedang larangannya tiada peduli

Penghayatan sebenarnya terletak pada hati dengan bertakwa kepada Tuhan diungkap dalam puisi kedua “Di hati tempatnya” dengan prasyarat:

wahyu diamal
reda segala kurniaan
bekal hari kemudian.

Rentetan domino kebangkitan rakyat di Afrika dan Asia Barat mengilhamkan ramy0722 dalam dua puisi, iaitu “Selamat Pagi Tunisia, Mesir, Bahrain, Iran dan Libya” dan “Qardawi vs Gaddafi”.

RIA ASMIRA

Secara sederhana, ria smira (Johor) dalam “BARANGKALI ii” pada gelisah rakyat yang menghantar mesej tanpa jawapan yang pasti, membuahkan kemarahan. Puisi keduanya, “DI RUMAH-MU (2)” sambungan puisi terdahulu “DI RUMAH-MU” (dalam e.sastera.com pada 18 Januari 2011) bermasih dia mencari ketenangan di rumah Allah (sambil menyesali dek, ‘terpana pujukan duniawi!).

ROMZI AL-JOHORI

Selamat datang semula buat penyair romzi al-johori (Johor). Puisi reaksi “JANGAN DINYALA API TERPADAM” untuk pemimpin kanan Singapura, Lee Kuan Yew yang berlaku biadap kepada masyarakat Melayu jirannya, Malaysia. Puisi tanpa persona isu dalam teks dibantu memahaminya melalui foto wajah Singapura.

Puisi keduanya, “TITIK” mengajak kita tafakur jemputan satu perjalanan bernoktah iaitu titik kematian. Seterusnya banjir di selatan semenanjung menguji kesabaran dalam puisi “UJIAN INI” untuk ditangani dengan hati tenang. Puisi pendek “PENYESALAN TAK LAKU” lebih berkesan jika ditiadakan simile ‘bagai’ (baris pertama).

ROSLINA SHEIKH ABDULLAH

ROSLINA SHEIKH ABDULLAH (Pahang) menghasil 10 puisi (berbanding hanya dua buah pada januari 2011). Sebua puisi bercorak renungan dalam “MASA”; sebuah yang lain bersifat peribadi iaitu “PILIHANKU”; lima buah puisi berlatar perkasihan iaitu “STANZA CINTAMU”, “BUAT DIA YANG SERING TERUJI”, “SUARAMU”, “AKU SENANG SENDIRIAN” dan “AKU DAN PERASAAN”; dan mengungkap getir politi Timur Tengah dengan tiga puisi iaitu “SAJAK BUAT TUAN YANG BERKUASA”, “KAU YANG BERNAMA BESAR DENGAN MARUAH TERCALAR” dan “NAZAK SANG BONEKA”.

Selain bentu puisi “PILIHANKU” yang lazim dari ROSLINA SHEIKH ABDULLAH iaitu pendek serangkap puisi, mengesahkan dia boleh berpuisi secara lengkap. Begitu juga tema perkasihan sering didukungnya selama ini, mengesahkan dia boleh berpindah kepada tema-tema di luar diri mejangkau renungan , protes dan lain-lain. Ini akan diperhatikan dalam sajak-sajaknya pada masa hadapan.

RUDY_BLUEHIKARI

Tajuk “HIDUP” oleh Rudy_bluehikari (Jakarta, Indonesia) tidak puitis kelangsungan tidak hidup. Puisinya ada ciri puisi sains iaitu anatomi dan fisiologi – aorta, arteri, kapilari, vena (dalam stanza I) dan, jantung (stanza II) – cuba dikaitkan dengan khayali kepada Tuhan, bukannya dari hati atau kalbu.

S.IQRAM

Penyair Sabah kini menetap di Kuala Lumpur, s.iqram serancak penyair Ciung Winara Singapura di e.sastera.com berkarya puisi. Dia, kedua terbanyak dengan 17 buah puisi berbanding Ciung Winara Singapura dengan 18 buah puisi.

Kepelbagaian tema dibawa oleh s.iqram iaitu kerohanian dalam tiga puisi iaitu “aku adalah keAKUan”, “Ekstasi cinta” dan, “Subuh di Pulau Melaka”; isu revolusi Mesir dan politik Sudan dalam tiga puisi iaitu “Menyusun ayat2 dari aksara2 di Dataran Tahrir”, “Retak wajah peta Sudan” dan, “Kemanakah haluan angin”; himbauan nostalgia dalam puisi “Suatu ketika di kaki Kinabalu”; perayaan tahun baru Cina pada puisi “Limau mandarin dan angpau untuk Luqmanul Hakim”; perkasihan melalui dua puisi iaitu “Mengetuk pintu kenangan” dan, “Pengantin cinta”; sambutan maulid Nabi SAW dalam puisi “Maulid”; dan, lima puisi bertemakan alam iaitu “Bahasa angin”,“Seperti bulan…”, “Menanti kemarau bertandang”, “Tentang bulan itu lagi…” dan,“Bulan sabit itu…”.

Begitu ketara s.iqram berupaya menukilkan puisi panjang dan prosaik serta bergaya naratif. Kenapa tidak menukil puisi pendek dan ekonomikal aksara dan barisnya. Ini memerlukan ketabahan berfikir dengan kejap dan mantap di mana luahan perasaan perlu dikawal sebaik mungkin. Terdahulu saya nasihati penyair Ciung Winara Singapura untuk membataskan pemilihan tema bagi menghadirkan identiti kepenyairan jangka masa panjang dalam peta perpuisian.

Saya menyentuh sebilangan kecil puisi-puisi s.iqram untuk dimantapkan pada masa hadapan. Isu revolusi rakyat Mesir dalam puisi “Menyusun ayat2 dari aksara2 di Dataran Tahrir”, tanpa merujuk kepada facebook Kalamutiara (stanza I, IV dan V). Pemikiran dan pentafsiran peribadi dalam puisi harus ditekan sebaik tanpa terlalu bersandar pada pandangan orang lain. Pembaca mencari kepenyairan s.iqram dalam puisi-puisinya.

Seterusnya dalam puisi “Retak wajah peta Sudan”,“Kemanakah haluan angin” dan “Maulid” ada nada protes atau prosa naratif sehingga hilang semangat batas puisi yang sempurna. Tidak dinafikan teks puisi ini bersifat dokumentasi sejarah berbanding teks puisi bersifat universal untuk dimanfaatkan khalayak pembaca.

Namun masih ada beberapa puisi s.iqram yang saya sukai, misalnya “Suatu ketika di kaki Kinabalu” dan apa tah lagi puisi “Limau mandarin dan angpau untuk Luqmanul Hakim” membawa tema lokaliti, budaya dan sejarah Malaysia. Begitu juga puisi-puisi pendek bertemakan alam lebih berkesan, iaitu “Bahasa angin”,“Seperti bulan…”, “Menanti kemarau bertandang”, “Tentang bulan itu lagi…” dan,“Bulan sabit itu…”. Puisi terakhir s.iqram untuk Februari, sebuah puisi nostalgia menarik iaitu “Ingatan untuk sebuah kenangan” dengan format kebalikan pyramid menurus ke bawah. Imejnya yang sedikit daripada alam iaitu awan senja di tepi laut dan beburung camar amat mengesankan.

S.SYAHMI

Dua puisi oleh s.syahmi (Selangor) ialah “Lagu yang terhenti” dan “Kutafsir senyuman baru itu”. Puisi “Lagu yang terhenti” ada tiga gaya penulisan, iaiatu susun atur di tengah, dialog dan susun atur lazim. Sajak peribadi ini ada gangguan komunikasinya antara dua insan (stanza I, II dan III), bersedia memohon maaf (stanza IV) serta mendendangkan rasa hatinya (stanza V dan VI). Puisi kedua, “Kutafsir senyuman baru itu” meriangkan penyair (berbanding sajak pertama) yang menemui seseorang ber-’senyuman baru’ (stanza II) menggantikan seseorang ber-’senyum semalam’ (stanza I).

SARIKEISARAWAK

Karya puisi “Sahabatku” oleh sarikeisarawak (Kelantan) boleh dimantapkan dengan membuang baris-baris awal iaitu ‘Persahabatan’ (stanza I) dan ‘Sahabat’ (stanza II) kerana tajuknya sudah mewakili isi teks.

Rangkap stanza I banyak bermain huruf vokal ‘u’: ‘…mu aku terkedu / menyejukkan kalbu sayu / memeluk … tubuh lesu’, seperti mana dalam stanza III: ‘… rindu / … terpaku / … aku rindu / Tuhan … rindu pada-Mu / … seribu …’

SYAFIYAH

Penyair Johor, syafiyah dengan puisi “Aku ingin hidup” mengarakian tokoh pelaut yang hilang di laut ‘setinggi ombak ditempuh / alang mati tanpa berjuang’ yang tak terlawan serangan badai , ribut dan taufan. Puisi kedua, meninjau alam dengan “Melihatmu dari sisi” begitu menarik penyampaian.Seterus puisi “Dasar Akal Kerbau!” membawa kita ke pedalaman dengan kematian kerbau dan bangau termakan racun MSG. Penyair syafiyah perlu berhati dengan ejaan yang betul, contoh kesilapan ini: tiba tiba / tercungap cungap / lalang lalang / kadang kadang.

TABIR KHAIZURAN

Gema protes rakyat Mesir dilaungkan oleh tabir khaizuran (Selangor) dalam puisi “Gema Tahrir”. Dua baris pertama (stanza I) boleh disebariskan sebagai ‘Gema ini kusalut amarah bangsa’. Malah baris pertama (stanza III) iaitu ‘Dunia’ boleh dihilangkan kerana sedia terakam dalam baris pertama (stanza II) iaitu ‘Dengar-dengarkan wahai dunia’.

YAJUK


Penyair yajuk (Kelantan) gesit berpuisi dengan sembilan puisi. Kisah revolusi Timur tengah dalam tiga puisi iaitu “Yang Terperangkap Di dataran Tahrir”, “Tahniah Cinta” dan “Hati Batu”. Ketiga-tiga puisi ini berkata kunci aksara murni iaitu – cinta. Misalnya: Bangunlah cinta / Mundar man dir cinta / Terhuyung haying cinta / awas cinta / membuka laluan cinta (dalam “Ynag Terperangkap…”); Tahniah cinta / membuka laluan cinta / lalu berkembang kepak cinta (pada “Tahniah Cinta”); membelah retak cinta / kuburan cinta (dalam “Hatinya Batu”).

Rasa akrab kekeluargaan menerima orang baru dalam “Selamat Datang Wan Mohd Hadiff” berterusan mengulangan baris pertama ‘Selamat datang Wan Mohd Haniff’ (pada stanza I, II, III, VI dan V).Penyair berterusan menitipkan kewujudan Wan Mohd Haniff dalam kontek hubungan manusia-manusia dan, manusia-Tuhan.

Seterusnya mendekati alam semesta dan tumbuhan dalam tiga puisi iaitu “Merakam Senja”, “Kuintai Mentari Di Celah Daun” dan “Sayang Jelai Berangan”. Sambutan Maulid pada puisi “Al Amin, Cinta Telah Semakin Buta”. Dan terakhir berciri kerohanian dalam “Jelai Berangan Sudah Jadi Berangan-angan”.

Kesekian lama puisi-puisi yajuk berjatidiri susun atur di tengah dan panjang. Saya kepingin melihat yajuk mencuba bentuk puisi yang lazim serta sederhana pendek.

ZAIDINABADI

Serangkaian lapan puisi dialamatkan kepada Ina terus menghantui sepanjang Februari (berbanding lima puisi pada januari 2011). Tiap puisi bagai fragmen iaitu “INA, ANDAI MASIH BELUM ADA JAWAPAN”, “INA, KENAPA KAU MASIH BERTANGGUH?”, “INA, JANGAN KAUPALINGKAN MUKAMU”, “INA, KENAPA MASIH TERLALU SUKAR KAU UCAPKAN SEBARIS KALIMAT”, “INA, BENARKAH BULAN TIDAK SEINDAH DULU?”, “INA, DI SIANG INI AKU MENCARI BAYANGMU”, “MASIHKAH ADA SETIA?” dan “INA, BILAKAH WAKTU KITA BAKAL DISANDINGKAN?”.

Daripada fragmen tersebut, penyair terus berteka-teki: ‘ina, aku akan tetap menanti.’ (Puisi I) // ‘ina, kenapa kau masih bertangguh? ‘ (II) // ‘aku masih terus menunggumu.’ (III) // ‘di sini, aku merenung puncak gunung / dalam kabut gelisah’ (IV) // ‘datanglah dan bisikkan aku’ (V) // ‘ina, aku akan terus berdiri menantimu’ (VI) // ‘setiakah kau pada cinta?’ (VII) // dan, ‘aku ingin mengetuknya pintunya.’ (VIII). Wah sungguh teruja bertepu suspens sebuah pengakhiran yang masih dinantikan: INA.

ZAMZURI MUSTAPHA

Puisi serangkap “Mimpi” oleh Zamzuri Mustapha berdiri sebagai madah kecil.


SENARAI TEMA KARYA PUISI SIBER e.Sastera.com / Penyair – FEBRUARI 2011

I. Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Cai), 2011 – 4 buah

“CHEONGSAM UNTUK ARFAH LEE” (Dahna); “Serangkai Rindu Di Bibirmu” (eziz shukman); “Limau mandarin dan angpau untuk Luqmanul Hakim” (s.iqram); dan, “Tahun Baru Cina di Bumi Langkawi” (ramy0722).

II. Maulid Nabi SAW – 7 buah

“itu cinta amat luar biasa” (Kalamutiara); “Maulid” (s.iqram); “HAKIKAT CINTA RASULULLAH” (nur ain hanis); “DOA NENDA” (mawarhalis); “Bila Selawat menerpa telinga” (ramy0722); “SEBESAR-BESAR RASA” (has1mah); dan, “Al Amin, Cinta Telah Semakin Buta” (yajuk).

III. Serantau – 1 buah

“JANGAN DINYALA API TERPADAM” (romzi al-johori).

IV. Persuratan & Budaya Melayu – 8 buah

“KITA TELAH MEMBENARKAN KEBIADABAN” (Kamal Sujak); “MANUSKRIP YANG KECICIRAN” (mansor a.hamid); “PENA” (Ciung Winara Singapura); “DUNIA PERSURATAN” (Ciung Winara Singapura); “Kain Pelikat Lagi” (Haizamolek); “KU MENULIS SELAGI TERDAYA” (Ciung Winara Singapura); “Sebaris Penyair, Sepadang Penonton, Sebatalion Malaikat” (dr.irwan); “PUISI ITU AKU” (Dahna); dan, “TERIMA KASIH” (Ciung Winara Singapura).

V. Isu Novel Interlok – 2 buah

“DOA SETITIS TINTA SEORANG SASTERAWAN” (Kamal Sujak) dan, “LENGKING ANEH” (abdulhalim).

VI. Peristiwa Antarabangsa di Benua Afrika dan Timur Tengah – 22 buah

“PEMIMPIN (PERINGATAN DI TUNISIA DAN MESIR)” (Kamal Sujak); “Membaca Tragedi Taman Peribadi” (brirasa); “GELOJAK DI KOTA PIRAMID” (puisi watan); “SAJAK BUAT TUAN YANG BERKUASA” (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH); “Syair Darah Merah Di Langit Kelabu (Buat Rakyat Mesir)” (eziz shukman); “BENDASING” (Kamal Sujak); “DERITA TAMADUN DALAM SEJARAH” (Ciung Winara Singapura); “KAU YANG BERNAMA BESAR DENGAN MARUAH TERCALAR” (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH); “NAZAK SANG BONEKA” (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH); “Yang Terperangkap Di dataran Tahrir” (yajuk); “Menyusun ayat2 dari aksara2 di Dataran Tahrir” (s.iqram,); “dersik malam sukma” (puisi watan); “SEE I, AMERICA (BACA: CIA), “PRESIDEN HOSNI MUBARAK …” (puzi hadi); “HOSNI MUBARAK PERLU GENTAR” (has1mah); “Retak wajah peta Sudan” (s.iqram,); “Tahniah Cinta” (yajuk); “Selamat Pagi Tunisia, Mesir, Bahrain, Iran dan Libya” (ramy0722); “Gema Tahrir” (tabir khaizuran); “menanam benih” (Kalamutiara); “Kemanakah haluan angin” (s.iqram,); “DEMOKRASI REVOLUSI DI ATAS PETA DEMOKRASI” (azmi rahman); “Qardawi vs Gaddafi” (ramy0722); dan, “Hati Batu” (yajuk).

VII. Protes – 10 buah

“Ketika Mereka Membakar Hutan-hutan Perasaan” (nimoizty); “Ini Bukan Sajak Blues Untukmu, Johanna” (brirasa); “HARGA SEBUAH KEMODENAN” (pena romantis); “KEMELUT MANUSIA GILA PERANG” (Ciung Winara Singapura); “Nyawa Di Hujung Tanduk” (Haizamolek); “Gelung Buru Di Atas Titian Waktu” (eziz shukman); “Penentangan” (eross); “kepada menteri bohong” (eross); “HuH !” (anbakri); dan, “Sengketa” (matsemanggol).

VIII. Perjuangan – 3 buah

“Kita Kini Warga Dunia” (dr.irwan); “MUJAHIDAH SEJATI” (Ciung Winara Singapura); dan, “LESTARI TAMINGSARI” (Ciung Winara Singapura).

IX. Renungan – 11 buah

“MASA” (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH); “DARI KENYIT DORSETT” (ahkarim); “PENATNYA AKU. (YA ALLAH)” (anina sahal); “Dalam Aku Termenung” (mawarhalis); “KEMARAU DI LEMBAH” (mansor a.hamid); “sebuah tanya” (eross); “UJIAN INI” (romzi al-johori); “ANTARA PINTU PINTU” (mansor a.hamid); “HIDUP” (Rudy_bluehikari), “PENYESALAN TAK LAKU” (romzi al-johori); dan, “Intermisi buat kendiri” (amk batu).

X. Kerohanian – 18 buah

“aku adalah keAKUan” (s.iqram); “Ekstasi cinta” (s.iqram); “Subuh di Pulau Melaka” (s.iqram); “PENANTIAN” (mansor a.hamid); “MENCARI CINTA NYA DALAM CINTA” (anina sahal); “DI RUMAH-MU (2)” (ria asmira); “DOA” (Ciung Winara Singapura); “BUKAN SEKADAR ALAMAT” (ariselba); “TITIK” (romzi al-johori); “TUGU” (Ciung Winara Singapura); “Menanti Syurga Tuhan” (puisi watan); “Perjalanan Malam.” (eziz shukman); “MASIH ADA SINAR” (Ciung Winara Singapura); “Di hati tempatnya” (ramy0722); “Pencarian Jam 5 Pagi” (mutiara75); “Mengajak ke Musala” (Haizamolek), “AL-QURAN ATAU AL-QUR’AN” (LIFFALKH); “Jelai Berangan Jadi Berangan-angan” (yajuk); dan, “KEMBALIKAN AKU KE DUNIA” (mokhtarahman).

XI. Seputar Alam Semesta, Sekitar, Haiwan & Tumbuhan – 23 buah

“POKOK” (Ciung Winara Singapura); “GETAR HUJAN DAN LUMPUR” (Kamal Sujak); “AKULAH ANGIN” (mokhtarahman); “LUKISAN ALAM” (mansor a.hamid); “BERCERITA SUNGAI PAHANG DAN PASIRNYA” (ariselba); “WAKTU-WAKTU YANG TERPILIH” (mansor a.hamid); “Merakam Senja” (yajuk); “TERATAI HANYUT KE HUJUNG RINDU” (Ciung Winara Singapura); “Bahasa angin” (s.iqram); “Dasar Akal Kerbau!” (syafiyah,); “Merak Emas” (eziz shukman); “TANYA PADA MALAM” (mansor a.hamid); “Seperti bulan…” (s.iqram); “Kuintai Mentari Di Celah Daun” (yajuk); “Menanti kemarau bertandang” (s.iqram); “Tentang bulan itu lagi…” (s.iqram); “SUARAMU” (mansor a.hamid); “Sayang Jelai Berangan” (yajuk); “senyuman padu mengusik gelora” (puisi watan); “Bulan sabit itu…” (s.iqram); “DAN, JIKA BESOK MASIH ADA” (mansor a.hamid); Tiga burung di siding penghulu (anbakri); “MALAM DAN SEKITARNYA” (mansor a.hamid); dan, “Melihatmu dari sisi” (syafiyah).

XII. Nostalgia – 4 buah

“PADA KETIKA YANG LAIN” (mansor a.hamid); “Suatu ketika di kaki Kinabalu” (s.iqram); “Kapal Kertas Hanyut Dalam Jaga Tidur Dalam Mimpi” (eziz shukman); dan, “Ingatan untuk sebuah kenangan” (s.iqram).

XIII. Sejarah – 1 buah

“EMBUN” (mansor a.hamid).

XIV. Tokoh – 20 buah

“Kayuhanmu untukku” (Juariah); “DURHAKA” (Ciung Winara Singapura); “INA, ANDAI MASIH BELUM ADA JAWAPAN” (zaidinabadi); “INA, KENAPA KAU MASIH BERTANGGUH?” (zaidinabadi); “Aku ingin hidup” (syafiyah); “INA, JANGAN KAUPALINGKAN MUKAMU” (zaidinabadi); “KATA IBU ( I ) : TENTANG ITU” (Dahna); “PERJALANAN” (mansor a.hamid); “Sajak Imam Bukhari r.a” (Ciung Winara Singapura); “INA, KENAPA MASIH TERLALU SUKAR KAU UCAPKAN SEBARIS KALIMAT” (zaidinabadi); “sekeping surat” (eziz shukman); “KATA IBU ( II ) : TENTANG ITU” (Dahna); “kunci (ii)” (brirasa); “DARI TITIS AIR MATA TERAKHIRMU” (Kamal Sujak); “KOLEK YANG BERSENDIRI” (Khalil Zaini); “INA, BENARKAH BULAN TIDAK SEINDAH DULU?” (zaidinabadi); “TINTA RINDU BUAT AYAH” (anina sahal); “Sajak Dari Lubuk Hujung Permatang” (brirasa); “INA, DI SIANG INI AKU MENCARI BAYANGMU” (zaidinabadi); “MASIHKAH ADA SETIA?” (zaidinabadi); dan, “INA, BILAKAH WAKTU KITA BAKAL DISANDINGKAN?” (zaidinabadi).

XV. Kekeluargaan – 4 buah

“PENENANG JIWA” (Musalmah Mesra); “Selamat Datang Wan Mohd Hadiff” (yajuk); “UNTUK LELAKI BERGELAR SUAMI DAN AYAH” (anina sahal); dan, “LUAHAN HATI ADIKKU MELATI PESONA BUAT SYIFA” (Ciung Winara Singapura).

XVI. Peribadi – 8 buah

“Aku Jua Ingin Menyepi” (nur ain hanis); “suara merangkak getir” (puisi watan); “Lagu yang terhenti” (s.syahmi); “PILIHANKU” (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH); “DOSA APAKAH AKU???” (anina sahal); “AKU MENGEJAR AKU” (has1mah); “AKU ADALAH AKU” (anina sahal); “gelora” (eross); dan, “Sahabatku” (sarikeisarawak).

XVII. Perkasihan – 18 buah

“EPILOG CINTA LUKA” (Ciung Winara Singapura); “STANZA CINTAMU” (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH,); “Kutafsir senyuman baru itu” (s.syahmi); “HAKIKAT” (pena romantis); “LELAKI DI KAMAR” (azmi rahman); “BUAT DIA YANG SERING TERUJI” (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH); “AKU TAK BISA MENANGIS LAGI” (anina sahal,); “HARI KEKASIH” (eziz shukman); “Mengetuk pintu kenangan” (s.iqram); “MATAHATI, MENGAPA KAU BERLALU PERGI” (pena romantis); “Engkaukah itu” (citranalis);
“Jenaka ambigues solleh bin sonapi kepada isterinya yang berambut merah dan berseluar ketat sebelum beliau tidur berdengkur setelah mereka mereka bersenggama” (abdullahjones); “Pengantin cinta” (s.iqram); “SUARAMU” (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH,); “AKU SENANG SENDIRIAN” (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH); “AKU DAN PERASAAN” (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH); “Dialah Cinderella, Dialah Juliet” (amk batu); dan, “Sajak seorang playboy yang tiba-tiba terjatuhkan cintanya.” (nfaizal).

XVIII. Sosial – 3 buah

ria asmira, “BARANGKALI ii” (ria asmira); Haizamolek, “Sarat Berkuasa” (Haizamolek); dan, “ANTARA KOTA-KOTA PERISTIWA” (mansor a.hamid) .

XIX. Moral – 3 buah

“ATAS NAMA KEANGKUHAN” (Ciung Winara Singapura); “AMUK” (Ciung Winara Singapura); dan, “puisi sengaja mencari pasal” (abdullahjones).

XX. Hari Kelahiran – 2 buah

“MALAM; HARI LAHIR SEORANG LELAKI” (azmi rahman); dan, “MENYUSUN PUISI DI MEJA HARI LAHIR” (Dahna).

XXI. Gemulah – 2 buah

“INMEMORIUM BADARUDDIN MZ” (ariselba); dan, “Buat kali terakhir (al-fatihah buat ayah mertua, Seperi bin Pawi)” (amohdfahmi).

XXII. Kesihatan – 1 buah

“AKUKU, KUSTA” (puzi hadi).

XXIII. Mahasiswa – 1 buah

“BERONTAK” (ariselba).

XXIV. Pilihan Raya – 1 buah

“Ketika Pilihanraya” (Brirasa).

XXV. Anekdot dan Hal-hal Lain – 4 buah

“RISALAH ORANG TERCINTA” (mansor a.hamid); “Sarat Terbang” (Haizamolek); “Mimpi” (Zamzuri Mustapha); “ULAR” (pena romantis); dan, “Engkaukah itu II” (citranalis).


PENYAIR SIBER SEPANJANG FEBRUARI 2011

I. Mengikut Bilangan Puisi

KEGIGIHAN seramai 48 penyair siber berkarya 188 buah puisi dapat dikesani mengikut bilangan puisi secara individu (Lihat: Lampiran II), ialah:

• Ciung Winara Singapura (19 puisi)
• s.iqram (17)
• mansor a.hamid (15)
• ROSLINA SHEIKH ABDULLAH (10)
• yajuk (9)
• eziz shukman (8/6), zaidinabadi (8)
• anina sahal (7)
• Kamal Sujak (6)
• brirasa (5), Dahna (5), Haizamolek (5), puisi watan (5) dan, ramy0722 (5).
• eross (4), pena romantis (4) dan, romzi al-johori (4).
• ariselba (3), azmi rahman (3), has1mah (3) dan, syafiyah (3).
• abdullahjones (2), amk batu (2), anbakri (2), citranalis (2), dr.irwan (2), Kalamutiara (2), mawarhalis (2), mokhtarahman (2), nur ain hanis (2), puzi hadi (2), ria asmira (2) dan, s.syahmi (2).
• abdulhalim (1), ahkarim (1), aliffmustakim (1), amohdfahmi (1), Juariah (1), Khalil Zaini (1), LIFFALKH (1), matsemanggol (1), Musalmah Mesra (1), mutiara75 (1), nfaizal (1), nimoizty (1), Rudi_bluehikari (1), sarikeisarawak (1), tabir khaizuran (1) dan, Zamzuri Mustapha (1).

II. Mengikut Negeri

KEHADIRAN 48 penyair siber mewakili Malaysia, Singapura dan Indonesia (Lihat: Lampiran III) mengikut pecahan negeri, ialah:

• Kedah (10 penyair)
• Pulau Pinang (1)
• Kuala Lumpur (8)
• Selangor (7)
• Johor (3)
• Pahang (3)
• Terengganu (1)
• Kelantan (7)
• Singapura ( 2)
• Perak (1)
• Putrajaya (1)
• Sarawak (1)
• Indonesia (1)
• Tiada maklumat negeri (2)

III. Penyair Siber Baru (Februari 2011)

Kelangsungan itu diucapkan selamat datang kepada tiga calon penyair (berdaftar sepanjang Januari 2011), ke alam sastera siber, iaitu:

• anina sahal / Anina Sahal / Selangor / 8 Februari 2011
• eross / Mohd Mursyidah Ismail / Kelantan / 15 Februari 2011
• LIFFALKH / Zul Afkar Al-Husna Yusoff / 26 Februari 2011

IV. Penyair siber lama kembali masuk e.sastera.com / Februari 2011

• abdulhalim
• abdullahjones
• aliffmustakim
• amohdfahmi
• amk batu
• matsemanggol
• Musalmah Mesra
• mutiara75
• nimoisty
• nur ain hanis
• romzi al-johori
• Rudy_bluehikari
• syafiyah
• tabir khaizuran
• Zamzuri Mustapha


PENUTUP

Kupasrah artikel ini sebagai amal yang kecil untuk manfaat para penyair esastera.com. Moga Allah SWT sentiasa beri kekuatan minda dan rohani padaku. Namun segala kelemahan daripada diriku sendiri.


Lampiran I: KRONOLOGI KARYA PUISI e.sastera.com / Komuniti Penyair BULAN FEBRUARI 2011

1 FEBRUARI 2011 (SELASA)

1. mansor a.hamid, “RISALAH ORANG TERCINTA”, Selasa, 1 Februari 2011 6:21:03 AM.
2. Kamal Sujak, “PEMIMPIN (PERINGATAN DI TUNISIA DAN MESIR)”, Selasa, 1 Februari 2011 11:18:28 AM.
3. nimoizty, “Ketika Mereka Membakar Hutan-hutan Perasaan”, Selasa, 1 Februari 2011 11:38:46 AM.
4. brirasa, “Membaca Tragedi Taman Peribadi”, Selasa, 1 Februari 2011 2:56:51 PM.
5. s.iqram, “aku adalah keAKUan”, Selasa, 1 Februari 2011 4:04:05 PM.
6. nur ain hanis, “Aku Jua Ingin Menyepi”, Selasa, 1 Februari 2011 9:10:52 PM.

2 FEBRUARI 2011 (RABU)

7. puisi watan, “suara merangkak getir”, Rabu, 2 Februari 2011 12:20:35 AM.
8. Ciung Winara Singapura, “EPILOG CINTA LUKA”, Rabu, 2 Februari 2011 7:09:01 AM.
9. mansor a.hamid, “PADA KETIKA YANG LAIN”, Rabu, 2 Februari 2011 7:31:09 AM.
10. s.iqram, “Ekstasi cinta”, Rabu, 2 Februari 2011 9:26:10 AM.
11. Kamal Sujak, “DOA SETITIS TINTA SEORANG SASTERAWAN”, Rabu, 2 Februari 2011 11:58:52 AM.
12. romzi al-johori, “JANGAN DINYALA API TERPADAM”, Rabu, 2 Februari 2011 1:29:00 PM.
13. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “MASA”, Rabu, 2 Februari 2011 4:10:19 PM.
14. Haizamolek, “Sarat Terbang”, Rabu, 2 Februari 2011 4:58:55 PM.
15. s.syahmi, “Lagu yang terhenti”, Rabu, 2 Februari 2011 9:23:20 PM.
16. ria asmira, “BARANGKALI ii”, Rabu, 2 Februari 2011 10:08:35 PM.
17. Dahna, “CHEONGSAM UNTUK ARFAH LEE”, Rabu, 2 Februari 2011 11:28:11 PM.

3 FEBRUARI 2011 (KHAMIS)

18. Ciung Winara Singapura, “POKOK”, Khamis, 3 Februari 2011 1:46:18 AM.
19. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “PILIHANKU”, Khamis, 3 Februari 2011 10:14:03 AM.
20. puisi watan, “GELOJAK DI KOTA PIRAMID”, Khamis, 3 Februari 2011 11:17:33 AM.
21. Kamal Sujak, “KITA TELAH MEMBENARKAN KEBIADABAN”, Khamis, 3 Februari 2011 12:11:09 PM.
22. Juariah, “Kayuhanmu untukku”, Khamis, 3 Februari 2011 12:51:53 PM.
23. mansor a.hamid, “MANUSKRIP YANG KECICIRAN”, Khamis, 3 Februari 2011 12:59:43 PM.
24. eziz shukman, “Serangkai Rindu Di Bibirmu”, Khamis, 3 Februari 2011 3:58:16 PM.
25. Haizamolek, “Sarat Berkuasa”, Khamis, 3 Februari 2011 4:56:00 PM.

4 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)

26. Ciung Winara Singapura, “PENA”, Jumaat, 4 Februari 2011 4:46:44 AM.
27. s.iqram, “Subuh di Pulau Melaka”, Jumaat, 4 Februari 2011 7:20:44 AM.
28. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “STANZA CINTAMU”, Jumaat, 4 Februari 2011 10:01:25 AM.
29. dr.irwan, “Kita Kini Warga Dunia”, Jumaat, 4 Februari 2011 10:47:58 PM.
30. s.syahmi, “Kutafsir senyuman baru itu”, Jumaat, 4 Februari 2011 11:08:02 PM.

5 FEBRUARI 2011 (SABTU)

31. Ciung Winara Singapura, “DUNIA PERSURATAN”, Sabtu, 5 Februari 2011 4:06:49 AM.
32. mansor a.hamid, “PENANTIAN”, Sabtu, 5 Februari 2011 8:57:26 AM.
33. Musalmah Mesra, “PENENANG JIWA”, Sabtu, 5 Februari 2011 2:36:38 PM.
34. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “SAJAK BUAT TUAN YANG BERKUASA”, Sabtu, 5 Februari 2011 8:13:48 PM.
35. eziz shukman, “Syair Darah Merah Di Langit Kelabu (Buat Rakyat Mesir)”, Sabtu, 5 Februari 2011 10:36:19 PM.
36. Kamal Sujak, “BENDASING”, Sabtu, 5 Februari 2011 11:19:09 PM.

6 FEBRUARI 2011 (AHAD)

37. Ciung Winara Singapura, “DERITA TAMADUN DALAM SEJARAH”, Ahad, 6 Februari 2011 4:21:31 AM.
38. mansor a.hamid, “EMBUN”, Ahad, 6 Februari 2011 9:39:09 AM.
39. ahkarim, “DARI KENYIT DORSETT”, Ahad, 6 Februari 2011 10:28:58 AM.
40. pena romantis, “HAKIKAT”, Ahad, 6 Februari 2011 4:03:47 PM.
41. brirasa, “Ini Bukan Sajak Blues Untukmu, Johanna”, Ahad, 6 Februari 2011 9:43:07 PM.
42. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “KAU YANG BERNAMA BESAR DENGAN MARUAH TERCALAR”, Ahad, 6 Februari 2011 10:21:03 PM.

7 FEBRUARI 2011 (ISNIN)

43. Ciung Winara Singapura, “DURHAKA”, Isnin, 7 Februari 2011 7:36:05 AM.
44. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “NAZAK SANG BONEKA”, Isnin, 7 Februari 2011 2:31:23 PM.
45. zaidinabadi, “INA, ANDAI MASIH BELUM ADA JAWAPAN”, Isnin, 7 Februari 2011 3:00:10 PM.
46. pena romantis, “HARGA SEBUAH KEMODENAN”, Isnin, 7 Februari 2011 4:37:20 PM.
47. yajuk, “Yang Terperangkap Di dataran Tahrir”, Isnin, 7 Februari 2011 8:19:49 PM.
48. Kamal Sujak, “GETAR HUJAN DAN LUMPUR”, Isnin, 7 Februari 2011 8:24:42 PM.
49. s.iqram, “Menyusun ayat2 dari aksara2 di Dataran Tahrir”, Isnin, 7 Februari 2011 8:25:36 PM.
50. mokhtarahman, “AKULAH ANGIN”, Isnin, 7 Februari 2011 9:44:17 PM.

8 FEBRUARI 2011 (SELASA)

51. Haizamolek, “Kain Pelikat Lagi”, Selasa, 8 Februari 2011 12:28:18 AM.
52. Ciung Winara Singapura, “KEMELUT MANUSIA GILA PERANG”, Selasa, 8 Februari 2011 3:31:28 AM.
53. Haizamolek, “Nyawa Di Hujung Tanduk”, Selasa, 8 Februari 2011 8:16:13 AM.
54. mansor a.hamid, “LUKISAN ALAM”, Selasa, 8 Februari 2011 9:07:22 AM.
55. anina sahal, “DOSA APAKAH AKU???”, Selasa, 8 Februari 2011 8:15:28 PM.

9 FEBRUARI 2011 (RABU)

56. puisi watan, “dersik malam sukma”, Rabu, 9 Februari 2011 9:48:10 AM.
57. zaidinabadi, “INA, KENAPA KAU MASIH BERTANGGUH?”, Rabu, 9 Februari 2011 3:52:00 PM.
58. mansor a.hamid, “WAKTU-WAKTU YANG TERPILIH”, Rabu, 9 Februari 2011 4:34:50 PM.
59. eziz shukman, “Gelung Buru Di Atas Titian Waktu”, Rabu, 9 Februari 2011 8:56:21 PM.
60. yajuk, “Selamat Datang Wan Mohd Hadiff”, Rabu, 9 Februari 2011 8:58:59 PM.
61. azmi rahman, “LELAKI DI KAMAR”, Rabu, 9 Februari 2011 10:04:46 PM.

10 FEBRUARI 2011 (KHAMIS)

62. Ciung Winara Singapura, “MUJAHIDAH SEJATI”, Khamis, 10 Februari 2011 1:12:53 AM.
63. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “BUAT DIA YANG SERING TERUJI”, Khamis, 10 Februari 2011 9:15:56 AM.
64. anina sahal, “MENCARI CINTA NYA DALAM CINTA”, Khamis, 10 Februari 2011 10:40:00 AM.
65. has1mah, “AKU MENGEJAR AKU”, Khamis, 10 Februari 2011 12:23:42 PM.
66. s.iqram, “Suatu ketika di kaki Kinabalu”, Khamis, 10 Februari 2011 8:41:17 PM.
67. syafiyah, “Aku ingin hidup”, Khamis, 10 Februari 2011 8:45:30 PM.
68. eziz shukman, “Kapal Kertas Hanyut Dalam Jaga Tidur Dalam Mimpi”, Khamis, 10 Februari 2011 10:47:21 PM.
69. puzi hadi, “AKUKU, KUSTA”, Khamis, 10 Februari 2011 11:52:11 PM.

11 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)

70. ria asmira, “DI RUMAH-MU (2)”, Jumaat, 11 Februari 2011 1:25:10 AM.
71. mansor a.hamid, “ANTARA KOTA-KOTA PERISTIWA”, Jumaat, 11 Februari 2011 10:50:53 AM.
72. puzi hadi, “SEE I, AMERICA (BACA: CIA), “PRESIDEN HOSNI MUBARAK …”, Jumaat, 11 Februari 2011 11:39:19 AM.
73. ariselba, “BERCERITA SUNGAI PAHANG DAN PASIRNYA”, Jumaat, 11 Februari 2011 12:40:18 PM.
74. Ciung Winara Singapura, “DOA”, Jumaat, 11 Februari 2011 5:30:18 PM.
75. s.iqram, “Limau mandarin dan angpau untuk Luqmanul Hakim”, Jumaat, 11 Februari 2011 6:08:42 PM.

12 FEBRUARI 2011 (SABTU)

76. has1mah, “HOSNI MUBARAK PERLU GENTAR”, Sabtu, 12 Februari 2011 1:53:29 AM.
77. Ciung Winara Singapura, “KU MENULIS SELAGI TERDAYA”, Sabtu, 12 Februari 2011 1:57:15 AM.
78. ariselba, “BUKAN SEKADAR ALAMAT”, Sabtu, 12 Februari 2011 8:22:49 AM.
79. ramy0722, “Tahun Baru Cina di Bumi Langkawi”, Sabtu, 12 Februari 2011 8:59:18 AM.
80. dr.irwan, “Sebaris Penyair, Sepadang Penonton, Sebatalion Malaikat”, Sabtu, 12 Februari 2011 11:17:01 AM.
81. anina sahal, “AKU TAK BISA MENANGIS LAGI”, Sabtu, 12 Februari 2011 8:07:13 PM.
82. s.iqram, “Retak wajah peta Sudan”, Sabtu, 12 Februari 2011 10:21:51 PM.
83. eziz shukman, “HARI KEKASIH”, Sabtu, 12 Februari 2011 11:08:04 PM.

13 FEBRUARI 2011 (AHAD)

84. Ciung Winara Singapura, “ATAS NAMA KEANGKUHAN”, Ahad, 13 Februari 2011 3:59:19 AM.
85. yajuk, “Merakam Senja”, Ahad, 13 Februari 2011 7:18:06 AM.
86. s.iqram, “Mengetuk pintu kenangan”, Ahad, 13 Februari 2011 9:44:07 AM.
87. zaidinabadi, “INA, JANGAN KAUPALINGKAN MUKAMU”, Ahad, 13 Februari 2011 3:08:33 PM.
88. romzi al-johori, “TITIK”, Ahad, 13 Februari 2011 4:14:42 PM.
89. anina sahal, “AKU ADALAH AKU”, Ahad, 13 Februari 2011 10:16:30 PM.
90. Dahna, “KATA IBU ( I ) : TENTANG ITU”, Ahad, 13 Februari 2011 10:31:24 PM.

14 FEBRUARI (ISNIN)

91. pena romantis, “MATAHATI, MENGAPA KAU BERLALU PERGI”, Isnin, 14 Februari 2011 1:27:59 AM.
92. Ciung Winara Singapura, “TERATAI HANYUT KE HUJUNG RINDU”, Isnin, 14 Februari 2011 4:17:58 AM.
93. citranalis, “Engkaukah itu”, Isnin, 14 Februari 2011 9:54:00 AM.
94. anina sahal, “PENATNYA AKU. (YA ALLAH)”, Isnin, 14 Februari 2011 7:36:52 PM.
95. ariselba, “INMEMORIUM BADARUDDIN MZ”, Isnin, 14 Februari 2011 8:01:13 PM.
96. Kalamutiara, “itu cinta amat luar biasa”, Isnin, 14 Februari 2011 9:10:54 PM.
97. mansor a.hamid, “PERJALANAN”, Isnin, 14 Februari 2011 11:50:46 PM.
98. s.iqram, “Maulid”, Isnin, 14 Februari 2011 11:38:06 PM.

15 FEBRUARI 2011 (SELASA)

99. nur ain hanis, “HAKIKAT CINTA RASULULLAH”, Selasa, 15 Februari 2011 12:07:18 AM.
100. Ciung Winara Singapura, “TUGU”, Selasa, 15 Februari 2011 1:47:19 AM.
101. puisi watan, “Menanti Syurga Tuhan”, Selasa, 15 Februari 2011 12:06:47 PM.
102. mawarhalis, “DOA NENDA”, Selasa, 15 Februari 2011 2:12:02 PM.
103. anina sahal, “UNTUK LELAKI BERGELAR SUAMI DAN AYAH”, Selasa, 15 Februari 2011 3:08:39 PM.
104. abdullahjones, “Jenaka ambigues solleh bin sonapi kepada isterinya yang berambut merah dan berseluar ketat sebelum beliau tidur berdengkur setelah mereka mereka bersenggama”, Selasa, 15 Februari 2011 4:58:04 PM.
105. ramy0722, “Bila Selawat menerpa telinga”, Selasa, 15 Februari 2011 7:30:06 PM.
106. syafiyah, “Melihatmu dari sisi”, Selasa, 15 Februari 2011 7:42:38 PM.
107. yajuk, “Tahniah Cinta”, Selasa, 15 Februari 2011 11:16:49 PM.

16 FEBRUARI 2011 (RABU)

108. eross, “gelora”, Rabu, 16 Februari 2011 12:47:06 AM.
109. Ciung Winara Singapura, “Sajak Imam Bukhari r.a”, Rabu, 16 Februari 2011 3:08:53 AM.
110. s.iqram, “Bahasa angin”, Rabu, 16 Februari 2011 3:53:33 AM.
111. mawarhalis, “Dalam Aku Termenung”, Rabu, 16 Februari 2011 10:17:45 AM.
112. has1mah, “SEBESAR-BESAR RASA”, Rabu, 16 Februari 2011 11:04:28 AM.
113. mansor a.hamid, “KEMARAU DI LEMBAH”, Rabu, 16 Februari 2011 11:50:04 AM.
114. zaidinabadi, “INA, KENAPA MASIH TERLALU SUKAR KAU UCAPKAN SEBARIS KALIMAT”, Rabu, 16 Februari 2011 12:54:07 PM.
115. eross, “Penentangan”, Rabu, 16 Februari 2011 6:26:20 PM.
116. eziz shukman, “sekeping surat”, Rabu, 16 Februari 2011 7:14:45 PM.
117. azmi rahman, “MALAM; HARI LAHIR SEORANG LELAKI”, Rabu, 16 Februari 2011 9:20:56 PM.
118. Dahna, “KATA IBU ( II ) : TENTANG ITU”, Rabu, 16 Februari 2011 10:01:21 PM.

17 FEBRUARI 2011 (KHAMIS)

119. syafiyah, “Dasar Akal Kerbau!”, Khamis, 17 Februari 2011 2:34:11 AM.
120. eross. “kepada menteri bohong”, Khamis, 17 Februari 2011 3:59:28 AM.
121. Ciung Winara Singapura, “LUAHAN HATI ADIKKU MELATI PESONA BUAT SYIFA”, Khamis, 17 Februari 2011 4:11:16 AM.
122. eross, “sebuah tanya”, Khamis, 17 Februari 2011 7:08:03 AM.
123. ramy0722, “Selamat Pagi Tunisia, Mesir, Bahrain, Iran dan Libya”, Khamis, 17 Februari 2011 10:07:15 AM.
124. brirasa, “kunci (ii)”, Khamis, 17 Februari 2011 12:01:44 PM.
125. s.iqram, “Pengantin cinta”, Khamis, 17 Februari 2011 8:34:24 PM.
126. yajuk, “Al Amin, Cinta Telah Semakin Buta”, Khamis, 17 Februari 2011 9:36:36 PM.
127. Kamal Sujak, “DARI TITIS AIR MATA TERAKHIRMU”, Khamis, 17 Februari 2011 10:09:58 PM.
128. eziz shukman, “Merak Emas”, Khamis, 17 Februari 2011 10:36:11 PM.

18 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)

129. Ciung Winara Singapura, “AMUK”, Jumaat, 18 Februari 2011 1:40:25 AM.
130. Dahna, “MENYUSUN PUISI DI MEJA HARI LAHIR”, Jumaat, 18 Februari 2011 9:41:17 AM.
131. tabir khaizuran, “Gema Tahrir”, Jumaat, 18 Februari 2011 9:47:57 AM.
132. mansor a.hamid, “TANYA PADA MALAM”, Jumaat, 18 Februari 2011 11:00:17 AM.
133. Zamzuri Mustapha, “Mimpi”, Jumaat, 18 Februari 2011 4:15:01 PM.
134. s.iqram, “Seperti bulan…”, Jumaat, 18 Februari 2011 7:49:55 PM.
135. romzi al-johori, “UJIAN INI”, Jumaat, 18 Februari 2011 9:16:29 PM.

19 FEBRUARI 2011 (SABTU)

136. mansor a.hamid, “ANTARA PINTU PINTU”, Sabtu, 19 Februari 2011 12:33:52 AM.
137. Khalil Zaini, “KOLEK YANG BERSENDIRI”, Sabtu, 19 Februari 2011 2:02:32 AM.
138. Ciung Winara Singapura, “LESTARI TAMINGSARI”, Sabtu, 19 Februari 2011 2:06:19 AM.
139. abdulhalim, “LENGKING ANEH”, Sabtu, 19 Februari 2011 8:24:43 AM.
140. zaidinabadi, “INA, BENARKAH BULAN TIDAK SEINDAH DULU?”, Sabtu, 19 Februari 2011 10:48:56 AM.
141. yajuk, “Kuintai Mentari Di Celah Daun”, Sabtu, 19 Februari 2011 9:04:34 PM.
142. s.iqram, “Menanti kemarau bertandang”, Sabtu, 19 Februari 2011 9:16:33 PM.
143. eziz shukman, “Perjalanan Malam.”, Sabtu, 19 Februari 2011 11:48:41 PM.

20 FEBRUARI 2011 (AHAD)

144. Ciung Winara Singapura, “MASIH ADA SINAR”, Ahad, 20 Februari 2011 1:47:42 AM.
145. s.iqram, “Tentang bulan itu lagi…”, Ahad, 20 Februari 2011 6:15:03 AM.
146. anina sahal, “TINTA RINDU BUAT AYAH”, Ahad, 20 Februari 2011 9:55:11 AM.
147. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “SUARAMU”, Ahad, 20 Februari 2011 2:59:28 PM.
148. mansor a.hamid, “DAN AKU PUN MALAM”, Ahad, 20 Februari 2011 4:09:12 PM.
149. brirasa, “Sajak Dari Lubuk Hujung Permatang”, Ahad, 20 Februari 2011 9:32:17 PM.
150. ramy0722, “Di hati tempatnya”, Ahad, 20 Februari 2011 10:10:52 PM.
151. anbakri, “HuH !”, Ahad, 20 Februari 2011 10:54:45 PM.
152. Kalamutiara, “menanam benih”, Ahad, 20 Februari 2011 11:22:50 PM.

21 FEBRUARI 2011 (ISNIN)

153. zaidinabadi, “INA, DI SIANG INI AKU MENCARI BAYANGMU”, Isnin, 21 Februari 2011 11:17:30 AM.
154. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “AKU SENANG SENDIRIAN”, Isnin, 21 Februari 2011 1:43:01 PM.
155. s.iqram, “Kemanakah haluan angin”, Isnin, 21 Februari 2011 8:37:44 PM.
156. yajuk, “Sayang Jelai Berangan”, Isnin, 21 Februari 2011 8:45:48 PM.
157. Dahna, “PUISI ITU AKU”, Isnin, 21 Februari 2011 10:18:17 PM.

22 FEBRUARI 2011 (SELASA)

158. azmi rahman, “DEMOKRASI REVOLUSI DI ATAS PETA DEMOKRASI”, Selasa, 22 Februari 2011 12:51:56 AM.
159. mutiara75, “Pencarian Jam 5 Pagi”, Selasa, 22 Februari 2011 5:01:26 AM.
160. Haizamolek, “Mengajak ke Musala”, Selasa, 22 Februari 2011 1:20:09 PM.
161. puisi watan, “senyuman padu mengusik gelora”, Selasa, 22 Februari 2011 2:36:49 PM.
162. abdullahjones, “puisi sengaja mencari pasal”, Selasa, 22 Februari 2011 9:03:12 PM.

23 FEBRUARI 2011 (RABU)

163. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “AKU DAN PERASAAN”, Rabu, 23 Februari 2011 1:14:37 PM.
164. s.iqram, “Bulan sabit itu…”, Rabu, 23 Februari 2011 8:54:30 PM.
165. mansor a.hamid, “DAN, JIKA BESOK MASIH ADA”, Rabu, 23 Februari 2011 9:18:51 PM.
166. ramy0722, “Qardawi vs Gaddafi”, Rabu, 23 Februari 2011 11:36:19 PM.

24 FEBRUARI 2011 (KHAMIS)

167. sarikeisarawak, “Sahabatku”, Khamis, 24 Februari 2011 2:59:48 PM.
168. aliffmustakim, “BERONTAK”, Khamis, 24 Februari 2011 7:44:08 PM.
169. amk batu, “Dialah Cinderella, Dialah Juliet”, Khamis, 24 Februari 2011 9:34:53 PM.
170. Rudy_bluehikari, “HIDUP”, Khamis, 24 Februari 2011 10:18:50 PM.

25 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)

171. anbakri, “Tiga burung di siding penghulu”, Jumaat, 25 Februari 2011 4:06:06 PM.
172. romzi al-johori, “PENYESALAN TAK LAKU”, Jumaat, 25 Februari 2011 9:15:03 PM.

26 FEBRUARI 2011 (SABTU)

173. LIFFALKH, “AL-QURAN ATAU AL-QUR’AN”, Sabtu, 26 Februari 2011 11:03:39 AM.
174. matsemanggol, “Sengketa”, Sabtu, 26 Februari 2011 11:42:37 AM.
175. zaidinabadi, “MASIHKAH ADA SETIA?”, Sabtu, 26 Februari 2011 12:42:09 PM.
176. yajuk, “Jelai Berangan Sudah Jadi Berangan-angan”, Sabtu, 26 Februari 2011 9:19:20 PM.

27 FEBRUARI 2011 (AHAD)

177. mansor a.hamid, “MALAM DAN SEKITARNYA”, Ahad, 27 Februari 2011 9:24:20 AM.
178. zaidinabadi “INA, BILAKAH WAKTU KITA BAKAL DISANDINGKAN?”, Ahad, 27 Februari 2011 2:30:09 PM.
179. brirasa, “Ketika Pilihanraya”, Ahad, 27 Februari 2011 2:59:36 PM.
180. Ciung Winara Singapura, “TERIMA KASIH”, Ahad, 27 Februari 2011 11:02:08 PM.

28 FEBRUARI 2011 (ISNIN)

181. nfaizal, “Sajak seorang playboy yang tiba-tiba terjatuhkan cintanya”, Isnin, 28 Februari 2011 11:20:29 AM.
182. nfaizal, “Sajak seorang playboy yang tiba-tiba terjatuhkan cintanya”, Isnin, 28 Februari 2011 11:20:29 AM.
183. amohdfahmi, “Buat kali terakhir (al-Fatihah buat ayah mertua, seperi bin Pawi)”, Isnin, 28 Februari 2011 7:11:53 PM.
184. yajuk, “Hatinya Batu”, Isnin, 28 Februari 2011 7:34:29 PM.
185. s.iqram, “Ingatan untuk sebuah kenangan”, Isnin, 28 Februari 2011 8:08:56 PM.
186. mokhtarahman, “KEMBALIKAN AKU KE DUNIA”, Isnin, 28 Februari 2011 10:43:21 PM.
187. amk batu, “Intermisi buat kendiri”, Isnin, 28 Februari 2011 11:01:21 PM.
188. citranalis, “Engkaukah itu II”, Isnin, 28 Februari 2011 11:33:15 PM.


Lampiran II: SENARAI PENYAIR SIBER BULAN FEBRUARI 2011 (MENGIKUT ABJAD)

1. abdulhalim 2. abdullahjones 3. ahkarim 4. aliffmustakim 5. amk batu 6. amohdfahmi 7. anbakri 8. anina sahal 9. ariselba 10. azmi rahman
11. brirasa
12. citranalis 13. Ciung Winara Singapura
14. Dahna 15. dr.irwan
16. eziz shukman
17. Haizamolek 18. has1mah
19. Juariah
20. Kalamutiara 21. Kamal Sujak 22. Khalil Zaini
23. LIFFALKH
24. mansor a.hamid 25. matsemanggol 26. mawarhalis 27. mokhtarahman 28. Muslamah Mesra 29. mutiara75
30. nfaizal 31. nimoizty 32. nur ain hanis
33. pena romantis 34. puisi watan 35. puzi hadi
36. ramy0722 37. ria asmira 38. romzi al-johori 39. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH 40. Rudy_bluehikari
41. s.iqram 42. s.syahmi 43. sarikeisarawak 44. syafiyah
45. tabir khaizuran
46. yajuk
47. zaidinabadi 48. Zamzuri Mustapha


Lampiran III: SENARAI PENYAIR SIBER BULAN FEBUARI 2011 (MENGIKUT NEGERI)

KEDAH: abdulhalim, ahkarim, azmirahman, brirasa, Dahna, mansor a.hamid, mokhtarahman, nur ain hanis, puisi watan, puzi hadi dan zaidinabadi.
PULAU PINANG: aliffmustaki
PERAK: matsemanggol.
SELANGOR: anina sahal, eziz shukman, Haizamolek, Kamal Sujak, pena romantis, s.syahmi dan tabir khaizuran.
KUALA LUMPUR: amk batu, citranalis, dr.irwan, has1mah, Kalamutiara, Khalil Zaini, Musalmah Mesra dan s.iqram.
PUTRAJAYA: mawarhalis.
JOHOR: ria asmira, romzi al-johori dan syafiyah.
PAHANG: abdullahjones, ariselba dan ROSLINA SHEIKH ABDULLAH.
TERENGGANU: Juariah.
KELANTAN: anbakri, eross, nfaizal, nimoizty, ramy0722, sarikeisarawak dan yajuk.
SARAWAK: amohdfahmi.
SINGAPURA: Ciung Winara Singapura dan mutiara75.
INDONESIA: Rudy_bluehhikari.
TIADA MAKLUMAT NEGERI: LIFFALKH dan Zamzuri Mustapha.


Lampiran IV: PUISI SUKAR DIBACA SELEPAS DICETAK

• “Dialah Cinderella, Dialah Juliet” (amk batu)
• “LELAKI DI KAMAR” (azmi rahman)
• “MALAM; HARI LAHIR SEORANG LELAKI” (azmi rahman)
• “DOMINO REVOLUSI DI ATAS PETA DEMOKRASI” (azmi rahman)
• “Engkaukah itu II” (citranalis)
• “MASIH ADA SINAR” (Ciung Winara Singapura)
• “TERIMA KASIH” (Ciung Winara Singapura)
• “KEMBALIKAN AKU KE DUNIA” (mokhtarahman)
• “Sajak seorang playboy yang tiba-tiba terjatuhkan cintanya.” (nfaizal)
• “suara merangkak getir” (puisi watan)
• “dersik malam sukma” (puisi watan)
• “Menanti Syurga tuhan” (puisi watan)
• “senyuman padu mengusik gelora” (puisi watan)
• “aku adalah keAKUan” (s.iqram)
• “Retak wajah peta Sudah” (s.iqram)
• “Suatu ketika di kaki Kinabalu” (s.iqram)


e-Sastera.com MALAYSIA / 2 Februari 2011 – 1 Mac 2011

Sunday, February 6, 2011

TANGGAPAN KEAKTIFAN PENYAIR ESASTERA.COM JANUARI 2011


MENYINGKAP KARYA PUISI eSastera.com / Komuniti Penyair
BULAN JANUARI 2011Oleh Puzi HadiSEJUMLAH 154 buah puisi terpapar di eSastera.com/Penyair (Lihat: Lampiran I) oleh 55 penyair siber Malaysia (Lihat: Lampiran III), sepanjang Januari 2011, iaitu purata 4.9 buah puisi setiap hari. Jika disemak kira statistik hariannya, bilangan puisinya seperti berikut:


Januari
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31


Bil. Puisi
7
6
7
5
5
3
3
3
3
3
7
5
4
4
4
5
3
6
4
4
6
4
2
4
8
6
6
7
6
8
6
JANUARI biasanya sinonim kehadiran tahun Masihi yang baru. Ya kita melambai pergi tahun 2010 sekali gus melambai datang tahun 2011. Penyair siber Malaysia turut memberi pelbagai reaksi seperti mana lazim kehadiran Januari bagi tahun-tahun yang terdahulu. PERSOALAN
Bagi tanggal 1 Januari 2011, portal e.sastera.com / komuniti Penyair diterjah paling awal oleh penyair siber, Roslan Daud dengan puisi “BAYI SEPTEMBER” pada jam 12:46:04 AM.Berikutnya, sepanjang 31 hari untuk bulan Januari ini kepelbagaian persoalan diutarakan oleh para penyair siber melalui karya mereka (sama ada puisi siber dan/atau puisi siber primitif) dalam menyampai idea serta perasaan mereka. Pelbagai persoalan khusus mahu pun umum pada petak-petak kalendar sejumlah 31 hari tersebut yang menarik untuk diperulaskan. TERDAPAT enam isu khusus iaitu pertama, sambutan tahun baru 2011 (14 buah puisi); kedua, majlis Temucara E-Sastera Kedah @ 15 Januari 2011 (3); ketiga, pembakaran novel Interlok karangan Sasterawan Negra Dato’ Abdullah Hussain (14); keempat, isu antarabangsa pergolakan politik di Timur Tengah (3); kelima, isu pilihan raya kecil bagi DUN Tenang, Johor (6); dan keenam, suara protes bagi isu-isu dalaman Malaysia (5).Selanjutnya empat persoalan lain iaitu pertama, berkaitan kehidupan (empat buah puisi); kedua, renungan ringan kewujudan manusia (5); ketiga, hal-hal menjurus kerohanian (15); dan keempat, bersifat pemikiran tinggi iaitu filsafat (2).
Turut ada tiga hal kealaman disorot oleh penyair siber iaitu pertama, aspek alam (5); kedua, alam haiwan (4); dan ketiga, penceramaran alam (1).
Diikuti juga tiga tajuk menarik adalah pertama, nostalgia (5); kedua, sejarah tempatan (3); dan ketiga, budaya Malaysia (3). Hal-hal berkaitan hidup manusia dapat dibahagikan kepada enam fasal. Pertama, aspek kemanusiaan (sebuah puisi); kedua, penonjolan tokoh (16); ketiga, ciri kasih sayang (3); keempat, aspek peribadi (11); kelima, perkasihan (11); dan keenam, berkaitan moral dan sosial (3).
Terakhir, turut ada rencaman persoalan yang disimpulkan sebagai kumpulan anekdot dan hal-hal lain (17).Puisi terakhir bulan Januari ditutup oleh penyair siber Dahna dengan “PENJARAH SEJARAH” pada Isnin, 31 Januari 2011 jam 11:25:24 PM.ULASAN RAWAK KARYA PUISI SIBER e.Sastera.com / Penyair – JANUARI 2011I. Sambutan Tahun Baru Masihi, 2011 Sebanyak 14 buah puisi oleh 12 penyair mengangkat tema sambutan tahun baru Masihi, 2011, iaitu puisi-puisi berikut: “BAYI SEPTEMBER” (oleh Roslan Daud), “Selamat Datang Kejora” (kablam_22), “Azam 1.1.11” (dr.irwan), “Sabtu satu.satu. Satusatu” (has1mah), “BICARAKAH LAGI WAKTU ITU” (S. FATIMAH), “DUSTA PESTA TAHUN BARU” (Dahna), “sajak klise tahun baru satu satu satu satu” (mudin001), “LAPAN BELAS MUSIM BERKELANA DI DAERAH-MU” (seruling emas), “DEBAR OKTOBER 2011” (mansor a.hamid), “tiaga hari selepas satu satu satu satu” (mudin001), “lima hari selepas satu satu satu satu” (mudin001), “Derap Langkah 2011” (yajuk), “AZAM 2011” (ariselba) dan, “Meniti Azam” (citranalis).Dua penyair, Roslan Daud dan mansor a.hamid mempunyai pendekatan bersamaan menanggapi kesan negatif kegilaan malam Tahun Baru iaitu, kelahiran bayi luar nikah (‘Akulah anak si sial…’ menjelang September 2011 [kata Roslan]; ‘…kandungan pesta ‘happy new year’ menjelang Oktober 2011 [ujar mansor]). Tiga penyair lain – dr.irwan, has1mah, mudin001 – mentafsir nombor ajaib ‘1’ (satu) dengan pelbagai gaya menarik. Penyair dr.irwan membawa teknik eksperimen foto 11 bayi kepada tarikh 1.1.11 berkembang – 1Aku 1Adinda 11 Anak. Penyair has1mah mentafsirnya kepada aksara ‘satu.satu. SatuSatu’ yang jatuh pada hari Sabtu, tapi masih mahu mengingati Tuhan yang Esa. Dan, penyair mudin001 menterjemah aksara satu dalam tiga buah puisinya iaitu berkaitan hari pertama diikuti hari ketiga dan seterusnya hari yang kelima. Tidak dapat dipastikan adakah secara sedar, mudin001 lebih enak menulis perkataan tertentu dengan menulis gaya lama (seperti mana SAS Kalamutiara). Contohnya: tuan2 / pagi2 / pohon2 / anak2 (dalam sajak pertama); dijalan2 / diwarung2 (dalam sajak kedua); dan, anak2 / kata2 / jiran2 (dalam sajak ketiga). Puisi prosaik kerohanian, “LAPAN BELAS MUSIM BERKELANA DI DAERAH-MU” oleh seruling emas agak menarik, cumanya kesesuaian memaparkan foto dengan ucapan ‘Selamat tahun Baru 2011’.
Pelbagai tanggapan penyair terhadap klise sambutan Tahun Baru. Antaranya, ucapan selamat datang kepada kehadiran 2011 olerh kablam_22 melalui “Selamat Datang Kejora”. Penyair S. FATIMAH menyatakan bisikan salam penghijrahan lewat puisi “BICARAKAH LAGI WAKTU ITU”. Namun ada keraguannya kepada penyair Dahna iaitu adanya “DUSTA PESTA TAHUN BARU”.Sebaliknya, ada nilai positif sambutan Tahun Baru kepada penyair yajuk, “Derap Langkah 2011” kepada rakyat mahaen membaiki diri berbanding calendar 2010. Penyair citranalis dengan “Meniti Azam” menyambutnya penuh senyuman, impian, angan dan harapan berkobar. Dan teristimewa, penyair ariselba mendoakan kerahmatan kepada Ilahi melalui puisi prosaiknya, “AZAM 2011”.II. Temucara E-Sastera Kedah Bersama Founder eSastera.com Tiga penyair berbicara kesan selepas menyertai majlis Temu E-Sastera Kedah Bersama Founder eSastera.com di Jitra, Kedah pada 15 Januari 2011, lewat tiga buah puisi berikut: “Sepanjang jalan pulang” (oleh s.iqram), “DI HOTEL BUSTANI; JUGA TEMUCARA KEMANUSIAAN SALEHA” (azmi rahman) dan, “Belajar Menerima Seadanya” (Haizamolek).Penyair s.iqram menzahirkan kenangan dalam perjalanan pulang Jitra-Kuala Lumpur segala peristiwa atur cara Temucara E-Sastera Kedah dalam gaya naratif ataukah sebuah ‘cerpuisi’ (singkatan, cerpen-puisi). Kenangan yang sama dikongsi oleh penyair Haizamolek dalam gaya puisi yang lazim. Berbanding s.iqram, penyair azmi rahman lebih berkesan menghasilkan karya berbentuk prose poem (puisi prosa) ini, lebih difahaminya sebagai aliran puisi sedang berkembang di Barat ketika ini.III. Pembakaran Novel Interlok
INTERLOK, novel oleh Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussain menjadi polemik serta pembakaran gambar dan buku berkenaan, merangsang ketegasan suara 12 penyair melalui 13 buah puisi, iaitu: “Dang Wangi Jadi Saksi” (oleh Bukunota), “nuansa berulang kembali” (puisi watan), “Masih seperti asal” (Haizamolek), “MARAK DI API” (mansor a.hamid), “SEMUT HITAM MAHU JADI SEMUT API” (Khalil Zain), “Sebuah sajak etnik kreatif tentang inter-lokal” (nfaizal), “MEMBAKAR INTERLOKAL INTERLOK” (puzi hadi), “Yang Kubaca Adalah catatan Sejarah Hitam Bangsa” (yajuk), “Gelamai Bulan Gundu” (Haizamolek), “JANGAN BERDUKA, BUNG!” (ria asmira), “TIDAK MAHU KUWARISKAN DERITA DARAH INI”, KATANYA” (dr.irwan), “Kebenaran Yang Tak Didoakan” (brirasa), “KALIAN DI GELANGGANG (II): JELIRA INTERLOK” (azmi rahman) dan, “PENJARAH SEJARAH” (Dahna).Reaksi tegas para penyair siber Malaysia terhadap pembakaran novel Interlok ini amat ketara. Dimulai oleh penyair Bukunota (dalam e.sastera.com bth 11 januari 2011) dalam puisi “Dang Wangi Jadi Saksi” bila para teman sastera Melayu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. Penyair puisi watan dengan puisinya “nuansa berulang kembali” dengan anfora “biarlah kita …” sebanyak enam kali bagi menyatakan rasa sedihnya pembakaran novel dan gambar SN Dato’ Abdullah Hussain.Ini disusuli penyair Haizamolek dengan dua buah puisi, pertama, “Masih Seperti Asal” secara sinis kepada masyarakat India yang lupa daratan; dan kedua, “Gelamai Bulan Gundu” melihatkan gelagat mereka. Penyair mansor a.hamid turut mencelah dalam puisinya “MARAK DI API”. Secara satira, penyair Khalil Zaini memanusiakan (baca: mehaiwankan) mereka yang bertandang ke sini seperti tajuk puisinya “SEMUT HITAM MAHU JADI SEMUT API”. Tampil penyair nfaizal berpuisi sarkastik untuk mereka hayati melalui “Sebuah sajak etnik kreatif tentang inter-lokal”. Terjah penyair puzi hadi dengan puisinya “MEMBAKAR INTERLOKAL INTERLOK”. Bertolak latar sejarah, penyair yajuk mengajuk mereka dalam puisi “Yang Kubaca Adalah catatan Sejarah Hitam Bangsa”. Namun penyair ria asmira cuba menenangkan perasaan Abdullah Hussain melalui puisi “JANGAN BERDUKA, BUNG”. (Nota: Puisi ria asmira ini turut tersiar dalam Mingguan Malaysia, 30 Januari 2011).Founder dr.irwan mengambil sisi menarik bercerita kisah Wan (tentunya dr.irwan) dan rakannya Muthu melalui emel. Disusuli penyair brirasa bersama puisi “Kebenaran Yang Tak Didoakan” melalui plot-plot – Plot 1 / Plot 2 / Plot 3 / Ploit Yang Tergantung – kisah masyarakat plural yang tidurnya sebantal tapi tak semimpi. Penyair azmi rahman melalui prose poem “KALIAN DI GELANGGANG (II) : JELIRA INTERLOK”. Isu Interlok ini disudahi oleh penyair Dahna (dalam e.sastera.com bth 31 Januari 2011) dengan puisinya menjatuhkan hukuman kepada mereka yang membakar novel Interlok sebagai bertajuk puisi “PENJARAH SEJARAH”.IV. Peristiwa Antarabangsa Revolusi luar jangka di Timur Tengah, khususnya Tunisia menarik perhatian tiga penyair dalam tiga buah puisi ini: “TUNISIA, BERIKAN KAMI SEORANG PEMUDAMU” (oleh Khalil Zaini), “Sejambak Tahi Ayam Buat Wanita Pertama” (dr.irwan) dan, “basboosa – khabar di kawat yang terlewat” (Kalamutiara). Karya penyair Khalil Zaini, “TUNISIA…” menariknya terletak pada unsur rima akhir iaitu: … juang / … kepalang / … jalang / … undang (dalam stanza I); … bersih / … berlebih / … jadian / … ternakan / … Tuhan (stanza II); Tunisia / … paksa / … pemuda / kerana // … merata / … diperhamba (stanza III); Tunisia / … berbangga // … Hamka / … Al-Ghazali / … pemudi (stanza IV). Tapi garapannya kurang berkesan dek baris pertama ‘Kala buku paria kami dibakar’ mencari hubungkait Malaysia dengan Tunisia. Apakah Tunisia sebuah negara Islam baru? Benarkah pemikiran Hamka menguasai minda rakyat Tunisia?Selain Khalil, isu Tunisia dipuisikan oleh dr.irwan dan SAS kalamutiara. Secara sinis penyair dr.irwan memberi judul puisi mengkagetkan iaitu “Sejambak Tahi Ayam Buat Wanita Pertama”. Rupa-rupanya hadiah bunga simbolik untuk ‘pepuan‘ FLOT (First Lady of Tunisia, Leila Trabelsi) vs bunga melur lambang kebangkitan rakyat ke atas pemerintah kuku besi suaminya Zine El Abidine Ben Ali selama 23 tahun. Puisi karya SAS Kalamutiara, “basboosa – khabar di kawat yang terlewat” turut menarik, bila mana diakhiri dengan melenyapkan aksara: … jangan marahkan / angin / atau / awan / yang / lewat / sampai / kan / sal / a / m /. /. /. /. /. (dalam stanza X). Adalah kebiasaan Kalamutiara meringkaskan kata jamak: berharap2 / teragak2 / adik2 / malam2 / di mana2. Ini cuba diguna pakai oleh penyair mudin001.
V. Pilihan Raya DUN Tenang Pilihan raya kecil di Tenang, Johor pada 30 Januari 2011, sebagai scenario penting oleh lima penyair dengan enam buah puisi: “Suara Tenang Terpinggir” (oleh Haizamolek), “Menelan janji” (ramy0722), “Bulan Tenang” (mudin001), “HARAPAN DI TENANG” (mansor a.hamid), “Banjir Di Tenang” (yajuk) dan, “Kemenyan Di Tenang” (Haizamolek).Puisi sinis “Suara Tenang Terpinggir” daripada penyair Haizamolek adalah klise setiap kehadiran musim demam pilihan raya. Anekdot ramy0722 tentang pilihan raya yang bakal bersilih ganti dari Johor ke Selangor dank e Melaka, dalam puisi “Menelan janji”. Puisi “Bulan Tenang” daripada penyair mudin001 boleh diterjemah dalam pelbagai sisi sudut tafsiran, sama ada pilihan raya di Tenang dan juga, boleh sahaja kisah purnama malam.Puisi karya mansor a.hamid khusus untuk pilihan raya DUN Tenang, “HARAPAN DI TENANG” dengan bawaan penceritaan yang umum dan tidaknya riuh rendah melalui sebuah puisi berkempen. Suasana banjir semasa pilihan raya DUN Tenang menepati tajuk puisi penyair yajuk, iaitu “Banjir Di Tenang”. Anekdot dari penyair Haizamolek dalam puisi “Kemenyan Di Tenang” tentang para pengundi di DUN Tenang begitu mengujakan.VI. Protes Lima penyair dengan lima buah puisi bernada protes bagi pelbagai isu, iaitu: “Kitakah tuan?” (oleh hasmoramasnuri), “KALIAN DI GELANGGANG” (azmi rahman), “DOMINASI PERAKUS” (mdshahid_talib), “Londehkan Semua” (yajuk) dan, “Harapan yang masih terbengkalai” (s.iqram).Sesekali suasana semasa merusuhkan hati penyair untuk menyatakan marah mereka. Misalnya penyair hasmoramasnuri tercuit hatinya bila mana Tanah Melayunya (dia tidak menyatakan sebagai Malaysia) dikuasai pendatang yang berlagak tuan, melalui puisinya “Kitakah tuan?” begitu pesimis. Penyair azmi rahman secara sinis berkisah para pemimpin yang menggadai kuasa sedia ada melalui muslihat politik yang merugikan dalam puisi bergaya prose poem, “KALIAN DI GELANGGANG”. Kini berkeliaran manusia perakus material yang melupai Tuhan, ujar penyair mdshahid_talib dalam puisi “Dominasi Perakus”. Beliau disarankan tidak menggunakan huruf besar di awal perkataan setiap baris puisi, dan berhati-hati pemilihan kata dalam puisi, iaitu sama ada ‘intergrisi’ atau ‘intergriti’ dan, ataukah ‘integriti’. Penyair yajuk lebih terbuka dan berani protesnya dalam puisi “Londehkan Semua”. Puisi bergaya cerpuisi (cerpen-puisi) berkaitan projek perumahan terbengkalai dirasai kurang berkesan sebagai sebuah puisi protes yang langsung dan padu luahan marahnya.VII. Kehidupan Empat buah puisi oleh tiga penyair mengupas hal-hal kehidupan harian, dalam: “Demi Masa Ini” (oleh lexradz), “Denai Yang Kulalui” (yajuk), “Hitam putih hidup” (nfaizal) dan, “Semalam, kini dan nanti” (nfaizal).Kehidupan penuh ranjau yang dilalui untuk diinsafi sebaik mungkin dengan ingatan selalu kepada Ilahi, ujar penyair yajuk dalam puisi “Denai Yang kulalui”. Catatan pendek tentang amalan kebaikan-keburukan seseorang dalam puisi pendek tapi berkesan oleh penyair nfaizal, “Hitam putih hidup”. Puisi kedua daripada nfizal, “Semalam, kini dan nanti” lebih matang huraiannya sambil berpesan untuk berani menghadapi hari ini dan hari depan. (Nota: Administrator Penyair telah menanda bintang **** untuk puisi nfaizal, “Semalam, kini dan nanti”).Puisi “Demi Masa Ini” karya penyair lexradz masih ada ruang untuk perbaikan, meniadakan huruf besar di awal perkataan pada setiap baris dan penggunaan tanda (…) di hujung baris puisi.VIII. Renungan Perenungan tentang diri dan lain-lain oleh lima penyair dalam lima buah puisi, iaitu: “rakus dunia” (oleh pid rapied), “Maka kebenaran yang tinggal cuma…” (s.syahmi), “Dari dalam kaca” (ahkarim), “Burung besi adalah saksi” (mudin001) dan, “SIFIR PENYAIR” (mansor a.hamid).Kehadiran vokal ‘a’ setidaknya menyelamatkan puisi “Dari dalam kaca” karya penyair ahkarim, iaitu: matanya berkaca / melihat wajah di luar kaca / menjadi bayang semakin niskala.Pengalam di perut kapal terbang, penyairnya mudin001 merenung tingkah dan gelagat manusia dalam puisi “Burung besi adalah saksi”.Renungan ringan dan belum ampuh oleh penyair muda pid rapied dalam puisi “rakus dunia” di mana banyak menggunakan tanda (…) di antara perkataan dan di hujung setiap baris menandakan kehijauan bakat penyair. Percubaan menarik oleh penyair s.syahmi pada puisi “Maka kebenaran yang tinggal cuma…” memerlukan kejituan berpuisi untuk maju ke hadapan.IX. Kerohanian Nilai-nilai kerohanian dan keagamaan, disampaikan dalam 15 buah puisi oleh sepuluh penyair, adalah: “Aku mencari diriKu” (oleh Guriz_9229), “sayup rasian” (puisi watan), “Entah Ke Mana Aku Ingin Pergi” (salman_sulaiman), “Syahdad Kepada-Mu Rabb.” (eziz shukman), “DI RUMAH-MU” (ria asmira), “Sekeping Nota Buatmu Teman.” (eziz shukman), “Mantera cinta” (s.iqram), “Merah Bunga Di Laman Hujan.” (eziz shukman), “JIKA BESOK JUMAAT” (mansor a.hamid), “DI KANAN BULAN-MU ITU, MENJADIKAN AKU TERDIAM” (Dahna), “SENJA YANG MANIS” (ria asmira), “Salam Ukhuwah” (Ciung Winara Singapura), “ARAH” (mansor a.hamid), “PAHALA vs SYAITAN” (mokhtarahman) dan, “DALAM RENYAI HUJAN” (ria asmira).Penyair muda Gurilz_9229 dalam puisi “Aku mencari diriKu” perlu mengedit semula puisinya lantaran terlalu banyak perulangan kata: Ku / aku / Aku / aku / serta: mu / kamu, agar lebih tersusun indah dan bermakna seperti kemahuan penyair kepada tajuknya. Penyair Ciung Winara Singapura melalui puisi “Salam Ukhuwah”, boleh dimantapkan melalui gabungan beberapa baris kepada satu baris seperti mana bentuk puisi yang lazim.Penyair puisi watan membuktikan melalui puisi “sayup rasian” sebagai penyair berbakat besar, sayogia diperhati dalam kelompok penyair baru di e.sastera.com. Karyanya sekitar kematian, sebenarnya: lena sepanjangmu / masih tak berpenghujung. Berlawanan dengan penyair mansor a.hamid dalam puisi “ARAH” tentang makna kehidupan penuh berliku: Aku teras sesast dalam pembangunan / lemah aku mencari makna.Puisi kedua mansor a.hamid untuk seria menanti penghulu segala hari dalam puisi “JIKA BESOK JUMAAT”. Namun puisi mansor kurang mantap struktur ayatnya, berbanding puisi watan.Penyair ria asmira mendengar suara dalam puisi “DALAM RENYAI HUJAN” pada satu senja seperti mana puisi “SENJA YANG MANIS” untuk seterusnya singgah bersolat di masjid melalui puisi “DI RUMAH-MU”; sementara puisi “Mantera cinta” nukilan penyair s.iqram meratibkan 99 nama Ilahi. Seterusnya, penyair eziz shukman berpegang teguh kepada kalimah Allah dalam puisinya “Syahdah Kepada-Mu Rabb”.Mengingati Tuhan yang Esa, perkara pokok suntingan penyair Dahna dalam “DI KANAN BULAN-MU ITU, MERNJADIKAN AKU TERDIAM”. Sebuah kesetiaan kepada yang telah berpulang dengan berziarah kuburan dalam puisi “Sekeping Nota Buatmu Teman” oleh penyair eziz shukman. Puisi keduanya juga, eziz shukman melakar kekudusan di kuburan melalui puisi “Merah Bunga Di Laman Hujan”. Hasrat keinginan penyair salman_sulaiman untuk berada di dunia syurga melalui puisi “Entah Ke Mana Aku Ingin Pergi”. Namun di dunia kehidupan yang berencam ini ada ganjaran dan hambatan antara pahala dan dosa, melalui puisi karya mokhtarahman, “PAHALA vs SYAITAN”.X. Filsafat Dua penyair dengan dua buah puisi berbicara budaya tinggi atau filsafat, iaitu: “Sebatang Lilin” (oleh yajuk) dan, “SUNYI KE SEPI” (anbakri). Penyair yajuk memperihalkan bahan api simbolik cinta dalam puisi “Sebatang Lilin” dan penyair SAS anbakri mengungkap kisah sunyi merakani sepi dalam puisi “SUNYI KE SEPI”.XI. Seputar Alam Lima buah puisi oleh empat penyair berkisar tentang alam: “Tengkujuh januari ini” (oleh s.iqram), “Hujan ini” (ramy0722), “SIANG TANPA BULAN DAN MALAM TANPA MATAHARI” (zaidinabadi), “TAK USAH BERTANYA” (zaidin abadi) dan, “BULAN DI ATAS BARA” (Kamal Sujak).Kehadiran tengkujuh di bulan Januari, antara rhmat dan ragu itu ditanggapi penyair s.iqram dalam puisi “Tengkujuh januari ini”. Juga penyair ramy0722 dalam puisi “Hujan ini” tentang gelagat berpesta muda-mudi, peniaga gerai dan kesan sakit badan.Paradoks citra siang (matahari) dan malam (bulan) bertandatanya oleh penyair zaidinabadi dalam dua buah puisi, “SIANG TANPA BULAN DAN MALAM TANPA MATAHARI” dan “TAK USAH BERTANYA”. Penyair Kamal Sujak mengasapi bulan, “BULAN DI ATAS BARA” yang tajuknya mengingati kepada puisi penyair Indonesia, Situr Situmorang bertajuk Malam Lebaran dengan sebaris ayatnya “Bulan di atas kuburan.”XII. Alam Haiwan Dunia alam haiwan didekati oleh tiga penyair dalam empat buah puisi, seperti berikut: “DUNIA TAPIR” (oleh Kamal Sujak), “Merah Kuning” (Haizamolek), “Terbanglah Tinggi Dalam Keindahan Warnamu” (eziz shukman) dan, “Berdendang Lagu Merpati Putih” (eziz shukman). Kisah matinya sepasang tapir dilanggar lori di lebuh raya dibawa penyair Kamal Sujak dalam puisi “DUNIA TAPIR”. Sinisnya bagi Kamal, kita mengangkat tapir sebagai setem kenangan 2011 atau menjadi heboh menyelamatkan kepupusan tapir di youtube. Penyair Haizamolek berkelana ke Pulau Ketam menempah udang, sedangkan di rumahnya turut ada udang yang sama. Dua buah puisi menarik oleh penyair eziz shukman, kisah burung merpati putih dalam puisi “Berdendang Lagu Merpati Putih.” dan kisah rama-rama dalam “Terbanglah Tinggi Dalam Keindahan Warnamu.”.XIII. Pencemaran Alam Hanya sebuah puisi berkaitan isu pencemaran alam, iaitu “Dilema Berjalan di Malaysia” (oleh Khalil Zaini).XIV. Nostalgia Kenangan lampau empat penyair dalam lima buah puisi: “Musim Cinta: Terkenang” (oleh ramy0722), “SEKELUMIT KENANGAN LALU” (mansor a.hamid), “Rona-Rona Remaja” (hasmoramasnuri), “HANYA SECEBIS KENANGAN” (mansor a.hamid) dan, “Kembali” (zaitonmdtawil).Nostalgia membekaskan suka dan duka pengalaman yang terbawa sepanjang hayat. Penyair ramy0722 terkenangkan kisah cinta nan lalu dalam puisi “Musim cinta: Terkenang”. Penyair mansor a.hamid bernostalgia dalam dua buah puisi iaitu pertama, kisah di Pantai Merdeka dalam puisinya “SEKELUMIT KENANGAN LALU” dan kedua, kisah era kanak-kanak di sawah padi dalam “HANYA SECEBIS KENANGAN”. Penyair hasmoramasnuri dalam puisi “Rona-Rona remaja”, menghimbau warna silam remajanya dengan lamunan cinta yang berbeza kininya, cinta berdakwah. Calon penyair muda, zaitonmdtawil mengenang kembali ibu mentua dalam puisi “Kembali”. Dinasihati kepada zaitonmdtawil, tidak perlu huruf besar pada awal ayat pada setiap baris, ianya mengganggu kelancaran membaca puisi anda.XV. SejarahTiga penyair dengan tiga buah puisi mengangkat aspek sejarah lampau untuk dihargai dan direnungi, iaitu: “MERANTAU ITU IBADAH” (oleh ariselba), “SAUJANA RINDU” (ria asmira) dan, “Penjara Batu Berdinding Seribu Liku” (eziz shukman).Silam sejarah wajar dihayati sebagai pengikat jati diri dan mengekal budaya bangsa bertamadun. Penyair ariselba dalam puisi “MERANTAU ITU IBADAH” menyusuri susur galur orang Melayu Rao sehingga ke Sumatera. Kisah Johor Lama DI Kota Tinggi, Johor dalam puisi “SAUJANA RINDU” oleh penyair ria asmira. Penjara Pudu di Kuala Lumpur, memenjara seribu kenangan dalam galeri ingatan penyair eziz shukman dalam puisi “Penjara Batu Berdinding Seribu Liku”.XVI. Budaya Malaysia Budaya tempatan masyarakat Malaysia oleh dua penyair pada tiga buah puisi: “Timugon” (oleh s.iqram), “Menolak 1 Semberono” (Haizamolek) dan, “Mencari Tuhan di sebalik wajah Murugan” (s.iqram).Tema budaya Malaysia yang rencam jarang dan sukar diangkat tanpa menyelongkar khazanahnya. Terima kasih kepada kesungguhan penyair-penyair s.iqram dan Haizamolek. Budaya kaum Murut di Sabah diwarnai oleh penyair s.iqram dalam puisinya “Timugon”. Seterusnya s.iqram meluaskan ruang kepada antara Islam dan kepercayaan agama Hindu dalam puisdi “Mencari Tuhan di sebalik wajah Murugan”. Penyair Haizamolek mencari tengah dua kaum berlainan agama di Malaysia secara sinis dalam puisi “Menolak 1 Semberono”.XVII. Kemanusiaan Aspek kemanusiaan tercerna dalam sebuah puisi, “LAPAR DAN SABAR DAN GUSAR DAN NANAR” (oleh azmi rahman) berbentuk prose poem yang menarik garapan cerita, di antara manusia susah (yang lapar) dan manusia mewah (yang kenyang).XVIII. Tokoh Tanggapan pada tokoh berbagai kisah daripada 11 penyair dalam 13 buah puisi, iaitu: “Roman Lelaki Di Pantai Disember” (oleh brirasa), “SALEHA CUMA BERTANYA” (has1mah), “Camar putih dan doa pelaut” (s.iqram), “MALAM BASAH KUYUP” (mansor a.hamid), “Balada tukang sapu di kaki lima” (s.iqram), “DI ANTARA CAHAYA DAN API PELITA ITU, ADA RAHSIA DARI TAJAM RENUNGMU (AYAH)” (Dahna), “Tersungkur Sembah” (Haizamolek), “ADALAH KAU SEORANG WAK ITU” (Dahna), “Aku” (nfaizal), “DIA SEORANG PEMALU” (zaidinabadi), “HUJAN LOGAM DI MUSIM SEPI” (Kamal Sujak), “ANAK ALAM” (Ciung Winara Singapura), “Puisi Rindu Untuk Ibu” (puteri idayu laili), “INA, JAWABLAH PERTANYAANKU ITU” (zaidinabadi), “INA, AKU AKAN TERUS MENANTI” (zaidinabadi) dan, “Hidup dalam senyum” (sarikeisarawak).Puisi ”Roman Lelaki Di Pantai” karya penyair brirasa mengisah dunia pelayar lautan, menarik khususnya di bahagian ii: Johanna / aku mahu menjadi ikan / yang menulis sejarah nelayan. (Nota: Administrator Penyair menandakan bintang **** kepada puisi ini).
Puisi menarik lainnya ialah “Saleha Cuma Bertanya” nukilan penyair has1mah dan telah dideklamasi pada majlis Temucara E-Sastera Kedah di Hotel Bustani, Jitra pada 15 Januari 2011 di hadapan tuan tubuh iaitu cerpenis-penyair Saleha Ahmad yang berada di kerusi rodanya.Seperti mana brirasa, penyair s.iqram ikut berkisah dunia lautan dalam puisi “Camar putih dan doa pelaut”. Seterusnya s.iqram mengangkat figura tukang sapu dalam puisi “Balada tukang sapu di kaki lima”. Penyair Dahna pula menghimbau tentang ayahnya dalam “DI ANTARA CAHAYA DAN API PELITA, ADA RAHSIA DARI TAJAM RENUNGMU ( AYAH )” dan, kisah sedih warga emas dalam puisi keduanya “ADALAH KAU SEORANG WAK ITU”. Kerinduan kepada seorang ibu oleh penyair puteri idayu laili lewat puisi “Puisi Rindu Untuk Ibu” begitu melankolik suara puisinya dengan mengulangi sebutan ‘Ibu’ di setiap awalan stanza (stanza I hingga V).Kisah sedih seorang nenek terperangkap dalam banjir dan sedang sakit itu berakhir dengan kematian, dalam puisi “MALAM BASAH KUYUP” nukilan penyair mansor a.hamid. Dalam puisi “Tersungkur Sembah” oleh penyair Haizamolek secara sinis tentang seorang pemimpin yang jatuh ke bumi untuk kita insafi. Sebaliknya penyair Ciung Winara Singapura ketengahkan seorang pejuang kemanusiaan melalui puisi “ANAK ALAM”. Begitu juga, kisah seorang perwira dalam puisi “Hidup dalam senyum” garapan penyair sarikeisarawak. Penyair Kamal Sujak melalui puisi “HUJAN LOGAM DI MUSIM SEPI” pada kematian seorang bapa yang menyayatkan.Penyair nfaizal berekspreimen melalui puisi “Aku (untuk Chairil Anwar dan sajak-sajaknya)”. Terpulang kepada pembaca, khalayak sastera apatah lagi pengkritik puisi segi penerimaan masing-masing ke atas puisi nfaizal ini. Mungkinkah tajuk ini sebuah plagiarisme ataukah, disengajakan dek teruja kepada Chairil? Penyair agam Indonesia, Chairil Anwar (1922-1949) melahirkan puisi “Aku” (Mac 1943) yang jitu; berbanding puisi “Aku” (17 Januari 2011) cetusan nfaizal yang prosaik.Sebuah pencarian panjang baru bermula melalui tiga buah puisi oleh penyair zaidinabadi. Puisi pertama, “DIA SEORANG PEMALU”; kedua, “INA, JAWABLAH PERTANYAANKU ITU”; dan ketiga, “INA, AKU AKAN TERUS MENANTI”. Jika ianya dikembangkan dari semasa ke semasa dalam beberapa plot puisi akan lebih menarik untuk disempurnakan sebagai sebuah puisi panjang.XIX. Kasih Sayang Tiga penyair melalui tiga buah puisi berbicara aspek kasih sayang manusia: “Permata Bongsu” (oleh Roslan Daud), “CINTA – TANPA HUJUNG DAN SYARAT” (Kalamutiara) dan, “TERIMA KASIH AYAH DAN BONDA” (nmohd77).Rasa kasih sayang penyair Roslan Daud (sebagai permata bongsu) untuk ayah dan bondanya melalui puisi “Permata Bongsu” ini kurang berkesan dek susun atur berada di bahagian tengah dan langkau sebaris. Puisi penyair nmohd77, “TERIMA KASIH AYAH DAN BONDA” mempunyai susun atur yang lazim masih boleh diubah suai dengan menidakkan huruf besar di awal ayat setiap barisnya. Nampaknya karya SAS Kalamutiara, “CINTA – TANPA HUJUNG DAN SYARAT” mengatasi gubahan dua karya penyair muda, Roslan Daud dan nmohd77.XX. Peribadi Persoalan peribadi daripada 11 penyair dalam 11 buah puisi, iaitu: “Di Hujung Lautan” (oleh Al Ghazali Sulaiman), “khilaf” (Juariah), “TIADA LAIN YANG KUCARI, KAWAN” (salman_sulaiman), “PASRAH” (pena romantis), “sayang” (pid rapied), “Langkah” (wan may), “TIMBUNAN MIMPI YANG BERKELANA DI DAERAH FATAMORGANA” (seruling emas), “punah” (sarikeisarawak), “Desa Kuno yang Terbilang” (suci_ilhami), “API JIWA” (Ciung Winara Singapura), dan, “lihat dasar itu…temui pangkalnya~” (liana_lily).Kekuatan puisi penyair Al Ghazali Sulaiman, “Di Hujung Lautan” berada pada stanza I dan II, tapinya stanza III dan IV masih boleh diringkaskan. Penyair muda Juariah dengan puisi “khilaf” perlu membuang tanda koma (,) pada semua hujungan baris. Juga penyair pena romantis dalam puisi “PASRAH” mengecilkan huruf besar pada permulaan setiap baris; seperti mana penyair wan may dalam puisi “Langkah” dan penyair liana_lily kepada puisinya “lihat dasar itu…temui pangkalnya~”. Perlukah perulangan kata ‘sayang’ pada permulaan setiap stanza (stanza I hingga V) karya penyair pid rapied. Dalam karya “Desa Kuno yang Terbilang” oleh penyair suci_ilhami, selain guna huruf besar di awal baris disertai pula tanda koma (,) di hujung baris perlu dihindari. Karya penyair Ciung Winara Singapura dalam puisi “API JIWA” boleh diubah suai struktur iaitu mencantum beberapa baris kepada satu baris.Karya penyair salman_sulaiman dalam “TIADA LAIN YANG KUCARI, KAWAN” tidak menampakkan keperluan tanda (,) di akhir baris. Nampaknya, penyair seruling emas dengan puisi TIMBUNAN MIMPI YANG BERKELANA DI DAERAH FATAMORGANA” mengatasi puisi-puisi rakannya yang lain, dalam pelbagai segi sama ada struktur, unsur puisi apatah mesejnya.XXI. Perkasihan Sembilan penyair dalam 13 buah puisi menitikberatkan keintiman perkasihan: “SUARA TANPA WAJAH” (oleh azmi rahman), “c’est la vie” (Kalamutiara), “MULAI DARI HITUNGAN HARI INI” (dewipenyair), “OH ALANGKAH HIBANYA” (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH), “Bila cinta membisu” (ramy0722), “PASRAH SEORANG SUAMI” (pena romantis), “Kasihku seharum mawar” (mawarhalis), “KUNTUMAN CINTA DI TAMAN SYAHDU” (dangwangi), “KEBENARAN YANG DIDUSTAI” (pena romantis), “MATAHATI” (pena romantis) dan, “AKU MENANTI DI PANTAI KENANGAN” (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH).Penyair pena romantis dengan puisi “KEBENARAN YANG DIDUSTAI.” boleh memantapkan lagi puisi dari segi keseimbangan baris pendek (seperti stanza I) berbanding baris panjang (dalam stanza II dan III); serta menggunakan huruf kecil di awal setiap barisnya (termasuklah puisi kedua pena romantis, “MATAHATI” serta puisi ketiganya, “PASRAH SEORANG SUAMI”). Pesanan yang sama kepada penyair dangwangi melalui puisi “KUNTUMAN CINTA DI TAMAN SYAHDU”.Permulaan yang baik penyair dewipenyair dengan puisinya “MULAI DARI HITUNGAN HARI INI” untuk terus maju pada masa hadapan. Penyair ROSLINA SHEIKH ABDULLAH dengan dua buah puisi iaitu “OH ALANGKAH HIBANYA” mempunyai dua rangkap dan, “AKU MENANTIMU DI PANTAI KENANGAN” yang cuma serangkap puisi. Penyair ramy0722 dengan anekdot “Bila cinta membisu” menguja minda pembaca secara telus. Dan, penyair mawarhalis dengan puisi “Kasihku seharum mawar” turut mengujakan pembaca tentang kerinduan sebuah perkasihan.Turut hadir dua puisi istimewa sehubungan perkasihan, iaitu “SUARA TANPA WAJAH” karya penyair azmi rahman dan, “c’est la vie” oleh SAS Kalamutiara. Gaya puisi prose poem oleh azmi rahman ini menguji masa untuk diterima khalayak pembaca apatah pengkritik puisi tanah air. Sesekali puisi pendek daripada SAS Kalamutiara lebih bersahaja pengucapannya.XXII. Moral dan Sosial Tiga penyair dalam tiga buah puisi sehubungan aspek moral dan social, iaitu: “BUKAN RUANG UNTUKNYA, DI SINI” (oleh Dahna), “Tionghoa” (Haizamolek) dan, “Setubuhilah pelacur-pelacurmu, Kuala Lumpur” (nfaizal). Aspek moral sosial tidak dapat dipandang enteng dalam sebuah kehidupan yang menginginkan kebahagian masyarakat. Ini dibicarakan oleh penyair Dahna dalam puisi “BUKAN RUANG UNTUKNYA, DISINI” dan Haizamolek dalam puisi “Tionghoa”. Puisi ketiga, “Setubuhilah pelacur-pelacurmu, Kuala Lumpur” oleh penyair muda nfaizal mengingatkan unsur pengaruh daripada puisi penyair agam Indonesia, W S Rendra iaitu “Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta”.XXIII. Anekdot dan Hal-hal Lain Pelbagai rencah anekdot dan pelbagai hal-hal lain dipuisikan oleh 11 penyair dalam 17 buah puisi, iaitu: “Jannah (Sebuah sajak visual berbahasa Inggeris dari You Tube)” (oleh dr.irwan), “Donutku semakin enak” (ramy0722), “KALUT MATI RASA” (jihadinsan), “Rantai Mula Melibas” (Haizamolek), “Akan Aku” (muzasa), “MELEWATI TIKUNGAN KEBENARAN” (seruling emas), “CERMIN, REMBULAN KUNING, DAN TANAH LUMPUR” (seruling emas), “retak dalam wajah” (puisi watan), “Di Lahir Untuk Kegagalan” (Haizamolek),”Rahsia si mata lidi si hati biskut” (Ayu Jamilah), “Budaya Hoa Ha Ho ha – Tag mania” (has1mah), “Sebungkus Teh Tarik” (Haizamolek), “SONATA UNTUK ANAKKU” (dangwangi), “GURINDAM JANGAN LUPA” (mdshahid_talib), “Bersarapan Nasi (Lemak)” (Haizamolek), “NONTON NGANGKUNG LAGI BERMAKNA” (has1mah) dan, “Meneroka peneroka” (Haizamolek). Sajak berbahasa Inggeris “Jannah” dimuat turun daripada You Tube ke e.sastera.com oleh dr.irwan untuk meransang minda penyair siber akan karya siber penuh kreatif dan inovatif. Puisi berkategori anekdot ialah ramy0722 dan Haizamolek. Puisi “Donutku …” daripada ramy0722 dengan puisi “Donutku…”. Penyair Haizamolek amat akrab dan proaktif hal-hal biasa dalam hidup hariannya dan kita semua dalam lima buah puisi, iaitu “Bersarapan Nasi (Lemak)”, “Rantai Mula Melibas”, “Di lahir Untuk Kegagalan”, “Sebungkus Teh Tarik” dan “Meneroka peneroka” dengan lontaran sinis untuk difikir bersama untuk iktibar.GAYA PENULISAN
Calon penyair baru perlu meningkatkan kemahiran menulis puisi dalam karya masing-masing. Antaranya jihadinsan yang gemar menaip tanda koma (,) pada akhir setiap baris keseluruhan puisi. Begtiu pula penyair dangwangi meminati penitikan (…) di antara perkataan-perkataan dalam baris serta di akhir setiap baris puisi; sekali gus menampakkan wajah kepenyairan masih hijau dalam selok-belok menulis puisi. Penyair muzasa perlu ketepikan huruf besar di permulaan baris, iaitu baris kedua dan seterusnya dalam sebuah stanza; tidak menjadi kesalahan, tapi ia mengganggu kelancaran kesinambungan ayat puisi. Seperti mana ujaran dr.irwan, karya penyair mdshahid_talib, “Gurindan Jangan Lupa” lebih sesuai dimasukkan ke komuniti Sastera Tradisional. Calon penyair muda, puisi watan cuba berpuisi dalam “retak dan wajah” tapi tidak berbekas. Tidak dapat dipastikan pernyataan (ataukah puisi?) di dalam ruangan ‘Pengenalan” dalam dua buah puisi buah tangan penyair seruling emas, “Melewati …” dan “Cermin …” itu. Penyair Ayu Jamilah dinantikan perkembangan selanjutnya selepas puisi “Rahsia …”.Dua buah puisi, “Budaya Ho Ha Ho Ha – Tag Mania” dan “NONTON NGANGKUNG LAGI BERMAKNA” oleh penyair co-founder e.sastera.com, has1mah beri impak baru penulisan puisi mutakhir. Di kemudian hari, kedua buah puisi ini menjadi rujukan perihal gaya hidup moden semasa untuk diimbas kembali.PENYAIR SIBER SEPANJANG JANUARI 2011
I. Mengikut Bilangan PuisiKEGIGIHAN seramai 55 penyair siber berkarya 154 buah puisi dapat dikesani mengikut bilangan puisi secara individu (Lihat: Lampiran II), ialah:• Haizamolek (14 buah puisi).• mansor a.hamid (9).• s.iqram (8).• Dahna (6), eziz shukman (6) dan, yajuk (6).• azmi rahman (5), mudin001 (5), nfaizal (5), ramy0722 (5), ria asmira (5) dan, zaidinabadi (5). • dr.irwan (4), has1mah (4), pena romantis (4) dan, seruling emas (4).• Ciung Winara Singapura (3), Kalamutiara (3), Kamal Sujak (3), Khalil Zaini (3) dan, puisi watan (3).• ariselba (2), brirasa (2), dangwangi (2), hasmoramasnuri (2), mdshahid_talib (2), pid rapied (2), Roslan Daud (2), ROSLINA SHEIKH ABDULLAH (2), salman_sulaiman (2) dan, sarikeisarawak (2).• ahkarim (1), Al Ghazali Sulaiman (1), anbakri (1), Ayu Jamilah (1), Bukunota (1), citranalis (1), dewipenyair (1), Guriz_9229 (1), jihadinsan (1), Juariah (1), kablam_22 (1), lexradz (1), liana_lily (1), mawarhalis (1), mokhtarahman (1), muzasa (1), nmohd77 (1), puteri idayu laili (1), puzi hadi (1), S. FATIMAH (1), s.syahmi (1), suci_ilhami (1), wan may (1) dan, zaitonmdtawil (1).II. Mengikut NegeriKEHADIRAN 55 penyair siber mewakili Malaysia dan Singapura (Lihat: Lampiran IV) mengikut pecahan negeri, ialah: • Kedah (seramai 11 penyair).• Kuala Lumpur (10).• Kelantan (7).• Selangor (5).• Johor (4), Pahang (4) dan, Perak (4).• Melaka (2) dan, Terengganu (2).• Putrajaya (1), Sabah (1) dan, Singapura (1). • Tiada maklumat negeri (3).III. Penyair Siber BaruSEBAGAI makluman, portal e.sastera.com pada dateline jam 00.00.00 menjelang 1 Januari 2011 (atau 1.1.11) mempunyai keahlian 9,082 penyair siber yang menghasilkan sejumlah 14,822 buah sajak (dalam 989 halaman). Sepanjang tahun 2010 sahaja, terkumpul sejumlah 1,910 karya puisi tersiar dan, bertambah rancak sepanjang tahun 2011 nantinya.Kelangsungan itu diucapkan selamat datang kepada lapan calon penyair (berdaftar sepanjang Januari 2011), ke alam sastera siber, iaitu:• Juariah / Juariah Halmi / Terengganu / 1 Januari 2011• lexradz / Radzi Razak / 3 Januari 2011• pena romantis / Ahmad Syafie Mahyani / Selangor / 3 Januari 2011• dangwangi / Hasnah Ahmad / Pahang / 3 Januari 2011• jihadinsan / Siti Mariam Maimunah Ab Rahman / Johor / 4 Januari 2011• muzasa / Muhammad Zaid Md Salleh / Perak / 7 Januari 2011• Ciung Winara Singapura / Ciung Winara / Singapura / 28 Januari 2011• zaitonmdtawil / Zaiton Md Tawil / Melaka / 29 Januari 2011CADANGAN PUISI BERDAYA SAING MENGGAPAI BINTANG – BULAN JANUARI 2011• ahkarim, “Dari dalam kaca”.• anbakri, “SUNYI KE SEPI”.• ariselba, “MERANTAU ITU IBADAH”.• ariselba, “AZAM 2011”. • azmi rahman, “LAPAR DAN SABAR DAN GUSAR DAN NANAR”. • azmi rahman, “SUARA TANPA WAJAH”. • azmi rahman, “DI HOTEL BUSTANI; JUGA TEMUCARA KEMANUSIAAN SALEHA”. • azmi rahman, “KALIAN DI GELANGGANG”, dr.irwan, “Sejambak Tahi Ayam Buat Wanita Pertama”. • azmi rahman, “KALIAN DI GELANGGANG (II): JELIRA INTERLOK”.• brirasa, “Roman Lelaki Di Pantai Disember”. • brirasa, “Kebenaran Yang Tak Didoakan”. • Dahna, “PENJARAH SEJARAH”.• dr.irwan, “Azam 1.1.11”.• dr.irwan, “TIDAK MAHU KUWARISKAN DERITA DARAH INI”, KATANYA”. • eziz shukman, “Syahdad Kepada-Mu Rabb.”.• eziz shukman, “Merah Bunga Di Laman Hujan.”.• eziz shukman, “Terbanglah Tinggi Dalam Keindahan Warnamu”.• Haizamolek, “Suara Tenang Terpinggir”. • has1mah, “Sabtu satu.satu. Satusatu”. • has1mah, “SALEHA CUMA BERTANYA”.• has1mah, “Budaya Hoa Ha Ho ha – Tag mania”.• has1mah, “NONTON NGANGKUNG LAGI BERMAKNA”.• kablam_22, “Selamat Datang Kejora”.• Kalamutiara, “basboosa – khabar di kawat yang terlewat”.• Kamal Sujak, “HUJAN LOGAM DI MUSIM SEPI”, Selasa, 25 Januari 2011 5:03:36 PM.• Kamal Sujak, “BULAN DI ATAS BARA”.• Khalil Zaini, “SEMUT HITAM MAHU JADI SEMUT API”. • mansor a.hamid, “HANYA SECEBIS KENANGAN”.• nfaizal, “Semalam, kini dan nanti”.• ria asmira, “JANGAN BERDUKA, BUNG!”. • s.iqram, “Mencari Tuhan di sebalik wajah Murugan”.• salman_sulaiman, “Entah Ke Mana Aku Ingin Pergi”.• seruling emas, “TIMBUNAN MIMPI YANG BERKELANA DI DAERAH FATAMORGANA”.• yajuk, “Denai Yang Kulalui”.• zaidinabadi, “DIA SEORANG PEMALU”.• zaidinabadi, “INA, JAWABLAH PERTANYAANKU ITU”.• zaidinabadi, “INA, AKU AKAN TERUS MENANTI”.PENUTUPMAHA sempurna daripada Allah SWT dan, maha kekurangan daripada saya, puzi hadi. Lampiran I: KRONOLOGI KARYA PUISI e.sastera.com / Komuniti Penyair BULAN JANUARI 20111 JANUARI 2011 (SABTU)1. Roslan Daud, “BAYI SEPTEMBER”, Sabtu, 1 Januari 2011 12:46:04 AM.2. kablam_22, “Selamat Datang Kejora”, Sabtu, 1 Januari 2011 1:24:59 AM.3. dr.irwan, “Jannah (Sebuah sajak visual berbahasa Inggeris dari You Tube)”, Sabtu, 1 Januari 2011 9:09:30 AM.4. Roslan Daud, “Permata Bongsu”, Sabtu, 1 Januari 2011 11:21:05 AM.5. dr.irwan, “Azam 1.1.11”, Sabtu, 1 Januari 2011 10:15:09 PM.6. has1mah, “Sabtu satu.satu. Satusatu”, Sabtu, 1 Januari 2011 10:51:01 PM.7. Al Ghazali Sulaiman, “Di Hujung Lautan”, Sabtu, 1 Januari 2011 11:06:49 PM.2 JANUARI 2011 (AHAD)8. S. FATIMAH, “BICARAKAH LAGI WAKTU ITU”, Ahad, 2 Januari 2011 1:54:14 AM.9. Dahna, “DUSTA PESTA TAHUN BARU”, Ahad, 2 Januari 2011 10:28:09 AM.10. ramy0722, “Donutku semakin enak”, Ahad, 2 Januari 2011 10:50:55 AM.11. mudin001, “sajak klise tahun baru satu satu satu satu”, Ahad, 2 Januari 2011 2:05:43 PM.12. Kamal Sujak, “DUNIA TAPIR”, Ahad, 2 Januari 2011 9:27:38 PM.13. seruling emas, “LAPAN BELAS MUSDIM BERKELANA DI DAERAH-MU”, Ahad, 2 Januari 2011 11:51:41 PM.3 JANUARI 2011 (ISNIN)14. mansor a.hamid, “DEBAR OKTOBER 2011”, Isnin, 3 Januari 2011 1:22:15 AM.15. lexradz, “Demi Masa Ini”, Isnin, 3 Januari 2011 1:24:43 AM.16. Juariah, “khilaf”, Isnin, 3 Januari 2011 8:40:53 AM.17. mudin001, “tiaga hari selepas satu satu satu satu”, Isnin, 3 Januari 2011 1:23:40 PM.18. salman_sulaiman, “TIADA LAIN YANG KUCARI, KAWAN”, Isnin, 3 Januari 2011 6:57:17 PM.19. pena romantis, “PASRAH”, Isnin, 3 Januari 2011 11:28:41 PM.20. Khalil Zaini, “Dilema Berjalan di Malaysia”, Isnin, 3 Januari 2011 11:39:55 PM.4 JANUARI 2011 (SELASA)21. pid rapied, “sayang”, Selasa, 4 Januari 2011 1:36:30 AM.22. pid rapied, “rakus dunia”, Selasa, 4 Januari 2011 12:57:17 PM.23. s.iqram, “Tengkujuh januari ini”, Selasa, 4 Januari 2011 7:38:00 PM.24. ramy0722, “Musim Cinta: Terkenang”, Selasa, 4 Januari 2011 10:56:39 PM.25. azmi rahman, “LAPAR DAN SABAR DAN GUSAR DAN NANAR”, Selasa, 4 Januari 2011 11:53:09 PM.5 JANUARI 2011 (RABU)26. Kalamutiara, “CINTA – TANPA HUJUNG DAN SYARAT”, Rabu, 5 Januari 2011 2:17:09 AM.27. yajuk, “Denai Yang Kulalui”, Rabu, 5 Januari 2011 10:58:47 AM.28. mudin001, “lima hari selepas satu satu satu satu”, Rabu, 5 Januari 2011 11:32:05 AM.29. brirasa, “Roman Lelaki Di Pantai Disember”, Rabu, 5 Januari 2011 12:27:51 PM.30. has1mah, “SALEHA CUMA BERTANYA”, Rabu, 5 Januari 2011 2:23:10 PM.6 JANUARI 2011 (KHAMIS)31. Guriz_9229, “Aku mencaridiriKu”, Khamis, 6 Januari 2011 8:27:50 PM.32. Haizamolek, “Merah Kuning”, Khamis, 6 Januari 2011 11:03:43 PM.33. ariselba, “MERANTAU ITU IBADAH”, Khamis, 6 Januari 2011 11:51:02 PM.7 JANUARI 2011 (JUMAAT)34. jihadinsan, “KALUT MATI RASA”, Jumaat, 7 Januari 2011 3:08:02 PM.35. s.iqram, “Camar putih dan doa pelaut”, Jumaat, 7 Januari 2011 10:18:01 PM.36. puisi watan, “sayup rasian”, Jumaat, 7 Januari 2011 10:44:25 PM.8 JANUARI 2011 (SABTU)37. ramy0722, “Hujan ini”, Sabtu, 8 Januari 2011 10:58:03 AM.38. yajuk, “Derap Langkah 2011”, Sabtu, 8 Januari 2011 4:53:01 PM.39. ariselba, “AZAM 2011”, Sabtu, 8 Januari 2011 11:08:01 PM.9 JANUARI 2011 (AHAD)40. s.iqram, “Timugon”, Ahad, 9 Januari 2011 8:43:58 AM.41. zaidinabadi, “SIANG TANPA BULAN DAN MALAM TANPA MATAHARI”, Ahad, 9 Januari 2011 2:58:19 PM.42. mansor a.hamid, “MALAM BASAH KUYUP”, Ahad, 9 Januari 2011 10:22:58 PM.10 JANUARI 2011 (ISNIN)43. azmi rahman, “SUARA TANPA WAJAH”, Isnin, 10 Januari 2011 8:57:25 AM.44. Haizamolek, “Rantai Mula Melibas”, Isnin, 10 Januari 2011 9:31:30 AM.45. s.iqram, “Balada tukang sapu di kaki lima”, Isnin, 10 Januari 2011 9:31:48 PM.11 JANUARI 2011 (SELASA)46. Kalamutiara, “c’est la vie”, Selasa, 11 Januari 2011 1:22:25 AM.47. nfaizal, “Hitam putih hidup”, Selasa, 11 Januari 2011 1:43:01 AM.48. Bukunota, “Dang Wangi Jadi Saksi”, Selasa, 11 Januari 2011 10:13:17 AM.49. muzasa, “Akan Aku”, Selasa, 11 Januari 2011 7:51:43 PM.50. citranalis, “Meniti Azam”, Selasa, 11 Januari 2011 8:07:04 PM.51. puisi watan, “nuansa berulang kembali”, Selasa, 11 Januari 2011 9:39:34 PM.52. Dahna, “DI ANTARA CAHAYA DAN API PELITA ITU, ADA RAHSIA DARI TAJAM RENUNGMU (AYAH)”, Selasa, 11 Januari 2011 10:32:34 PM.12 JANUARI 2011 (RABU)53. Haizamolek, “Masih seperti asal”, Rabu, 12 Januari 2011 8:55:19 AM.54. mansor a.hamid, “MARAK DI API”, Rabu, 12 Januari 2011 8:56:24 AM.55. yajuk, “Sebatang Lilin”, Rabu, 12 Januari 2011 9:01:12 AM.56. Khalil Zaini, “SEMUT HITAM MAHU JADI SEMUT API”, Rabu, 12 Januari 2011 8:54:19 PM.57. anbakri, “SUNYI KE SEPI”, Rabu, 12 Januari 2011 9:57:45 PM.13 JANUARI 2011 (KHAMIS)58. seruling emas, “MELEWATI TIKUNGAN KEBENARAN”, Khamis, 13 Januari 2011 12:16:43 AM.59. Haizamolek, “Tersungkur Sembah”, Khamis, 13 Januari 2011 8:01:40 AM.60. Dahna, “ADALAH KAU SEORANG WAK ITU”, Khamis, 13 Januari 2011 6:39:23 PM.61. salman_sulaiman, “Entah Ke Mana Aku Ingin Pergi”, Khamis, 13 Januari 2011 6:52:45 PM.14 JANUARI (JUMAAT)62. ria asmira, “SAUJANA RINDU”, Jumaat, 14 Januari 2011 8:34:34 AM.63. seruling emas, “CERMIN, REMBULAN KUNING, DAN TANAH LUMPUR”, Jumaat, 14 Januari 2011 11:48:17 AM.64. nfaizal, “Sebuah sajak etnik kreatif tentang inter-lokal”, Jumaat, 14 Januari 2011 2:33:22 PM.65. wan may, “Langkah”, Jumaat, 14 Januari 2011 9:07:00 PM.15 JANUARI 2011 (SABTU)66. seruling emas, “TIMBUNAN MIMPI YANG BERKELANA DI DAERAH FATAMORGANA”, Sabtu, 15 Januari 2011 1:57:11 AM.67. Haizamolek, “Menolak 1 Semberono”, Sabtu, 15 Januari 2011 4:23:15 AM.68. puzi hadi, “MEMBAKAR INTERLOKAL INTERLOK”, Sabtu, 15 Januari 2011 7:48:09 AM.69. dewipenyair, “MULAI DARI HITUNGAN HARI INI”, Sabtu, 15 Januari 2011 10:18:50 PM.16 JANUARI 2011 (AHAD)70. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “OH ALANGKAH HIBANYA”, Ahad, 16 Januari 2011 12:26:19 AM.71. ramy0722, “Bila cinta membisu”, Ahad, 16 Januari 2011 12:30:52 AM.72. s.syahmi, “Maka kebenaran yang tinggal Cuma…”, Ahad, 16 Januari 2011 2:53:39 AM.73. eziz shukman, “Syahdad Kepada-Mu Rabb.”, Ahad, 16 Januari 2011 11:48:19 AM.74. yajuk, “Yang Kubaca Adalah catatan Sejarah Hitam Bangsa”, Ahad, 16 Januari 2011 7:58:28 PM.17 JANUARI 2011 (ISNIN)75. pena romantis, “PASRAH SEORANG SUAMI”, Isnin, 17 Januari 2011 12:13:35 AM.76. hasmoramasnuri, “Kitakah tuan?”, Isnin, 17 Januari 2011 12:18:41 AM.77. Haizamolek, “Gelamai Bulan Gundu”, Isnin, 17 Januari 2011 3:30:53 PM.18 JANUARI 2011 (SELASA)78. ria asmira, “DI RUMAH-MU”, Selasa, 18 Januari 2011 4:28:25 PM.79. s.iqram, “Sepanjang jalan pulang”, Isnin, 17 Januari 2011 5:37:42 PM.80. azmi rahman, “DI HOTEL BUSTANI; JUGA TEMUCARA KEMANUSIAAN SALEHA”, Selasa, 18 Januari 2011 3:06:45 AM.81. ria asmira, “JANGAN BERDUKA, BUNG!”, Selasa, 18 Januari 2011 11:44:19 AM.82. dr.irwan, “TIDAK MAHU KUWARISKAN DERITA DARAH INI”, KATANYA”, Selasa, 18 Januari 2011 5:44:50 PM.83. puisi watan, “retak dalam wajah”, Selasa, 18 Januari 2011 9:22:45 PM.19 JANUARI 2011 (RABU)84. Haizamolek, “Suara Tenang Terpinggir”, Rabu, 19 Januari 2011 8:11:58 AM.85. zaidinabadi, “TAK USAH BERTANYA”, Rabu, 19 Januari 2011 2:47:38 PM.86. ahkarim, “Dari dalam kaca”, Rabu, 19 Januari 2011 3:16:05 PM.87. nfaizal, “Aku”, Rabu, 19 Januari 2011 12:12:53 AM.20 JANUARI 2011 (KHAMIS)88. eziz shukman, “Sekeping Nota Buatmu Teman.”, Khamis, 20 Januari 2011 12:02:08 PM.89. s.iqram, “Mantera cinta”, Khamis, 20 Januari 2011 5:26:40 AM.90. eziz shukman, “Merah Bunga Di Laman Hujan.”, Khamis, 20 Januari 2011 10:40:39 PM.91. brirasa, “Kebenaran Yang Tak Didoakan”, Khamis, 20 Januari 2011 12:51:45 PM.21 JANUARI 2011 (JUMAAT)92. sarikeisarawak, “punah”, Jumaat, 21 Januari 2011 10:39:30 AM.93. Khalil Zaini, “TUNISIA, BERIKAN KAMI SEORANG PEMUDAMU”, Jumaat, 21 Januari 2011 3:33:17 PM.94. Haizamolek, “Di Lahir Untuk Kegagalan”, Jumaat, 21 Januari 2011 4:46:31 PM.95. Ayu Jamilah, ”Rahsia si mata lidi si hati biskut”, Jumaat, 21 Januari 2011 7:32:39 PM.96. azmi rahman, “KALIAN DI GELANGGANG”, Jumaat, 21 Januari 2011 9:03:28 PM.97. s.iqram, “Mencari Tuhan di sebalik wajah Murugan”, Jumaat, 21 Januari 2011 11:16:47 PM.22 JANUARI 2011 (SABTU)98. zaidinabadi, “DIA SEORANG PEMALU”, Sabtu, 22 Januari 2011 12:20:25 AM.99. mansor a.hamid, “JIKA BESOK JUMAAT”, Sabtu, 22 Januari 2011 7:37:18 AM.100. Dahna, “DI KANAN BULAN-MU ITU, MENJADIKAN AKU TERDIAM”, Sabtu, 22 Januari 2011 1:55;47 PM.101. ramy0722, “Menelan janji”, Sabtu, 22 Januari 2011 5:06:16 PM.23 JANUARI 2011 (AHAD)102. has1mah, “Budaya Hoa Ha Ho ha – Tag mania”, Ahad, 23 Januari 2011 4:44:56 AM.103. mawarhalis, “Kasihku seharum mawar”, Ahad, 23 Januari 2011 10:35:06 PM.24 JANUARI 2011 (ISNIN)104. dr.irwan, “Sejambak Tahi Ayam Buat Wanita Pertama”, Isnin, 24 Januari 2011 12:50:23 AM.105. Haizamolek, “Sebungkus Teh Tarik”, Isnin, 24 Januari 2011 6:17:34 AM.106. mansor a.hamid, “SEKELUMIT KENANGAN LALU”, Isnin, 24 Januari 2011 11:50:49 PM.107. mudin001, “Bulan Tenang”, Isnin, 24 Januari 2011 8:48:03 PM.25 JANUARI 2011 (SELASA)108. dangwangi, “SONATA UNTUK ANAKKU”, Selasa, 25 Januari 2011 9:24:52 AM.109. mdshahid_talib, “GURINDAM JANGAN LUPA”, Selasa, 25 Januari 2011 11:14:43 AM.110. nmohd77, “TERIMA KASIH AYAH DAN BONDA”, Selasa, 25 Januari 2011 11:26:18 AM.111. mdshahid_talib, “DOMINASI PERAKUS”, Selasa, 25 Januari 2011 11:30:52 AM.112. yajuk, “Londehkan Semua”, Selasa, 25 Januari 2011 11:36:10 AM.113. Kamal Sujak, “HUJAN LOGAM DI MUSIM SEPI”, Selasa, 25 Januari 2011 5:03:36 PM.114. hasmoramasnuri, “Rona-Rona Remaja”, Selasa, 25 Januari 2011 7:57:01 AM.115. mansor a.hamid, “HANYA SECEBIS KENANGAN”, Selasa, 25 Januari 2011 6:10:23 AM.26 JANUARI 2011 (RABU)116. Haizamolek, “Bersarapan Nasi (Lemak)”, Rabu, 26 Januari 2011 9:11:43 AM.117. has1mah, “NONTON NGANGKUNG LAGI BERMAKNA”, Rabu, 26 Januari 2011 9:31:13 AM.118. ria asmira, “SENJA YANG MANIS”, Rabu, 26 Januari 2011 4:09:16 PM.119. mudin001, “Burung besi adalah saksi”, Rabu, 26 Januari 2011 4:45:16 PM.120. eziz shukman, “Penjara Batu Berdinding Seribu Liku”, Rabu, 26 Januari 2011 8:20:59 PM.121. Dahna, “BUKAN RUANG UNTUKNYA, DI SINI”, Rabu, 26 Januari 2011 11:44:23 PM.27 JANUARI 2011 (KHAMIS)122. Haizamolek, “Tionghoa”, Khamis, 27 Januari 2011 7:07:29 AM.123. mansor a.hamid, “SIFIR PENYAIR”, Khamis, 27 Januari 2011 8:29:34 AM.124. dangwangi, “KUNTUMAN CINTA DI TAMAN SYAHDU”, Khamis, 27 Januari 2011 10:11:09 AM.125. suci_ilhami, “Desa Kuno yang Terbilang”, Khamis, 27 Januari 2011 1:00:39 PM.126. Kalamutiara, “basboosa – khabar di kawat yang terlewat”, Khamis, 27 Januari 2011 2:43:11 PM.127. eziz shukman, “Terbanglah Tinggi Dalam Keindahan Warnamu”, Khamis, 27 Januari 2011 9:22:25 PM.28 JANUARI 2011 (JUMAAT)128. pena romantis, “KEBENARAN YANG DIDUSTAI”, Jumaat, 28 Januari 2011 1:25:24 AM.129. nfaizal, “Setubuhilah pelacur-pelacurmu, Kuala Lumpur”, Jumaat, 28 Januari 2011 3:45:13 AM.130. Ciung Winara Singapura, “Salam Ukhuwah”, Jumaat, 28 Januari 2011 6:34:41 AM.131. Haizamolek, “Meneroka peneroka”, Jumaat, 28 Januari 2011 6:03:05 AM.132. Kamal Sujak, “BULAN DI ATAS BARA”, Jumaat, 28 Januari 2011 11:20:25 AM.133. s.iqram, “Harapan yang masih terbengkalai”, Jumaat, 28 Januari 2011 9:40:31 PM.134. Haizamolek, “Belajar Menerima Seadanya”, Jumaat, 28 Januari 2011 11:20:32 PM.29 JANUARI 2011 (SABTU)135. Ciung Winara Singapura, “ANAK ALAM”, Sabtu, 29 Januari 2011 2:39:51 AM.136. mansor a.hamid, “HARAPAN DI TENANG”, Sabtu, 29 Januari 2011 9:35:58 AM.137. zaidinabadi, “INA, JAWABLAH PERTANYAANKU ITU”, Sabtu, 29 Januari 2011 10:23:10 AM.138. azmi rahman, “KALIAN DI GELANGGANG (II): JELIRA INTERLOK”, Sabtu, 29 Januari 2011 12:32:03 PM.139. yajuk, “Banjir Di Tenang”, Sabtu, 29 Januari 2011 12:59:35 PM.140. zaitonmdtawil, “Kembali”, Sabtu, 29 Januari 2011 10:17:56 PM.30 JANUARI 2011 (AHAD)141. Ciung Winara Singapura, “API JIWA”, Ahad, 30 Januari 2011 4:36:15 AM.142. Haizamolek, “Kemenyan Di Tenang”, Ahad, 30 Januari 2011 6:53:10 AM.143. puteri idayu laili, “Puisi Rindu Untuk Ibu”, Ahad, 30 Januari 2011 11:48:07 AM.144. zaidinabadi, “INA, AKU AKAN TERUS MENANTI”, Ahad, 30 Januari 2011 4:04:54 PM.145. mansor a.hamid, “ARAH”, Ahad, 30 Januari 2011 5:09:22 PM.146. liana_lily, “lihat dasar itu…temui pangkalnya~”, Ahad, 30 Januari 2011 7:53:30 PM.147. eziz shukman, “Berdendang Lagu Merpati Putih”, Ahad, 30 Januari 2011 10:52:31 PM.148. pena romantis, “MATAHATI”, Ahad, 30 Januari 2011 11:28:26 PM.31 JANUARI 2011 (ISNIN)149. nfaizal, “Semalam, kini dan nanti”, Isnin, 31 Januari 2011 1:19:57 PM.150. mokhtarahman, “PAHALA VS SYAITAN”, Isnin, 31 Januari 2011 1:39:35 PM.151. ria asmira, “DALAM RENYAI HUJAN”, Isnin, 31 Januari 2011 1:53:40 PM.152. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “AKU MENANTIMU DI PANTAI KENANGAN”, Isnin, 31 Januari 2011 3:53:51 PM.153. sarikeisarawak, “Hidup dalam senyum”, Isnin, 31 Januari 2011 6:02:10 PM.154. Dahna, “PENJARAH SEJARAH”, Isnin, 31 Januari 2011 11:25:24 PM.Lampiran II: SENARAI PENYAIR SIBER DAN PUISI DALAM BULAN JANUARI 2011• ahkarim, “Dari dalam kaca”, Rabu, 19 Januari 2011 3:16:05 PM.• • Al Ghazali Sulaiman, “Di Hujung Lautan”, Sabtu, 1 Januari 2011 11:06:49 PM.• • anbakri, “SUNYI KE SEPI”, Rabu, 12 Januari 2011 9:57:45 PM.• • ariselba, “MERANTAU ITU IBADAH”, Khamis, 6 Januari 2011 11:51:02 PM.• ariselba, “AZAM 2011”, Sabtu, 8 Januari 2011 11:08:01 PM.• • Ayu Jamilah, ”Rahsia si mata lidi si hati biskut”, Jumaat, 21 Januari 2011 7:32:39 PM.• • azmi rahman, “LAPAR DAN SABAR DAN GUSAR DAN NANAR”, Selasa, 4 Januari 2011 11:53:09 PM.• azmi rahman, “SUARA TANPA WAJAH”, Isnin, 10 Januari 2011 8:57:25 AM.• azmi rahman, “DI HOTEL BUSTANI; JUGA TEMUCARA KEMANUSIAAN SALEHA”, Selasa, 18 Januari 2011 3:06:45 AM.• azmi rahman, “KALIAN DI GELANGGANG”, Jumaat, 21 Januari 2011 9:03:28 PM.• azmi rahman, “KALIAN DI GELANGGANG (II): JELIRA INTERLOK”, Sabtu, 29 Januari 2011 12:32:03 PM.• • Bukunota, “Dang Wangi Jadi Saksi”, Selasa, 11 Januari 2011 10:13:17 AM.• • brirasa, “Roman Lelaki Di Pantai Disember”, Rabu, 5 Januari 2011 12:27:51 PM.• brirasa, “Kebenaran Yang Tak Didoakan”, Khamis, 20 Januari 2011 12:51:45 PM.• • citranalis, “Meniti Azam”, Selasa, 11 Januari 2011 8:07:04 PM.• • Ciung Winara Singapura, “Salam Ukhuwah”, Jumaat, 28 Januari 2011 6:34:41 AM.• Ciung Winara Singapura, “ANAK ALAM”, Sabtu, 29 Januari 2011 2:39:51 AM.• Ciung Winara Singapura, “API JIWA”, Ahad, 30 Januari 2011 4:36:15 AM.• • Dahna, “DUSTA PESTA TAHUN BARU”, Ahad, 2 Januari 2011 10:28:09 AM.• Dahna, “DI ANTARA CAHAYA DAN API PELITA ITU, ADA RAHSIA DARI TAJAM RENUNGMU (AYAH)”, Selasa, 11 Januari 2011 10:32:34 PM.• Dahna, “ADALAH KAU SEORANG WAK ITU”, Khamis, 13 Januari 2011 6:39:23 PM.• Dahna, “DI KANAN BULAN-MU ITU, MENJADIKAN AKU TERDIAM”, Sabtu, 22 Januari 2011 1:55;47 PM.• Dahna, “BUKAN RUANG UNTUKNYA, DI SINI”, Rabu, 26 Januari 2011 11:44:23 PM.• Dahna, “PENJARAH SEJARAH”, Isnin, 31 Januari 2011 11:25:24 PM.• • dangwangi, “SONATA UNTUK ANAKKU”, Selasa, 25 Januari 2011 9:24:52 AM.• dangwangi, “KUNTUMAN CINTA DI TAMAN SYAHDU”, Khamis, 27 Januari 2011 10:11:09 AM.• • dewipenyair, “MULAI DARI HITUNGAN HARI INI”, Sabtu, 15 Januari 2011 10:18:50 PM.• • dr.irwan, “Jannah (Sebuah sajak visual berbahasa Inggeris dari You Tube)”, Sabtu, 1 Januari 2011 9:09:30 AM.• dr.irwan, “Azam 1.1.11”, Sabtu, 1 Januari 2011 10:15:09 PM.• dr.irwan, “TIDAK MAHU KUWARISKAN DERITA DARAH INI”, KATANYA”, Selasa, 18 Januari 2011 5:44:50 PM.• dr.irwan, “Sejambak Tahi Ayam Buat Wanita Pertama”, Isnin, 24 Januari 2011 12:50:23 AM.• • eziz shukman, “Syahdad Kepada-Mu Rabb.”, Ahad, 16 Januari 2011 11:48:19 AM.• eziz shukman, “Sekeping Nota Buatmu Teman.”, Khamis, 20 Januari 2011 12:02:08 PM.• eziz shukman, “Merah Bunga Di Laman Hujan.”, Khamis, 20 Januari 2011 10:40:39 PM.• eziz shukman, “Penjara Batu Berdinding Seribu Liku”, Rabu, 26 Januari 2011 8:20:59 PM.• eziz shukman, “Terbanglah Tinggi Dalam Keindahan Warnamu”, Khamis, 27 Januari 2011 9:22:25 PM.• eziz shukman, “Berdendang Lagu Merpati Putih”, Ahad, 30 Januari 2011 10:52:31 PM.• • Guriz_9229, “Aku mencaridiriKu”, Khamis, 6 Januari 2011 8:27:50 PM.• • Haizamolek, “Merah Kuning”, Khamis, 6 Januari 2011 11:03:43 PM.• Haizamolek, “Rantai Mula Melibas”, Isnin, 10 Januari 2011 9:31:30 AM.• Haizamolek, “Masih seperti asal”, Rabu, 12 Januari 2011 8:55:19 AM.• Haizamolek, “Tersungkur Sembah”, Khamis, 13 Januari 2011 8:01:40 AM.• Haizamolek, “Menolak 1 Semberono”, Sabtu, 15 Januari 2011 4:23:15 AM.• Haizamolek, “Gelamai Bulan Gundu”, Isnin, 17 Januari 2011 3:50:53 PM.• Haizamolek, “Suara Tenang Terpinggir”, Rabu, 19 Januari 2011 8:11:58 AM.• Haizamolek, “Di Lahir Untuk Kegagalan”, Jumaat, 21 Januari 2011 4:46:31 PM.• Haizamolek, “Sebungkus The Tarik”, Isnin, 24 Januari 2011 6:17:34 AM.• Haizamolek, “Bersarapan Nasi (Lemak)”, Rabu, 26 Januari 2011 9:11:43 AM.• Haizamolek, “Tionghoa”, Khamis, 27 Januari 2011 7:07:29 AM.• Haizamolek, “Meneroka peneroka”, Jumaat, 28 Januari 2011 6:03:05 AM.• Haizamolek, “Belajar Menerima Seadanya”, Jumaat, 28 Januari 2011 11:20:32 PM.• Haizamolek, “Kemenyan Di Tenang”, Ahad, 30 Januari 2011 6:53:10 AM.• • has1mah, “Sabtu satu.satu. Satusatu”, Sabtu, 1 Januari 2011 10:51:01 PM.• has1mah, “SALEHA CUMA BERTANYA”, Rabu, 5 Januari 2011 2:23:10 PM.• has1mah, “Budaya Hoa Ha Ho ha – Tag mania”, Ahad, 23 Januari 2011 4:44:56 AM.• has1mah, “NONTON NGANGKUNG LAGI BERMAKNA”, Rabu, 26 Januari 2011 9:31:13 AM.• • hasmoramasnuri, “Kitakah tuan?”, Isnin, 17 Januari 2011 12:18:41 AM.• hasmoramasnuri, “Rona-Rona Remaja”, Selasa, 25 Januari 2011 7:57:01 AM.• • jihadinsan, “KALUT MATI RASA”, Jumaat, 7 Januari 2011 3:08:02 PM.• • Juariah, “khilaf”, Isnin, 3 Januari 2011 8:40:53 AM.• • kablam_22, “Selamat Datang Kejora”, Sabtu, 1 Januari 2011 1:24:59 AM.• • Kalamutiara, “CINTA – TANPA HUJUNG DAN SYARAT”, Rabu, 5 Januari 2011 2:17:09 AM.• Kalamutiara, “c’est la vie”, Selasa, 11 Januari 2011 1:22:25 AM.• Kalamutiara, “basboosa – khabar di kawat yang terlewat”, Khamis, 27 Januari 2011 2:43:11 PM.• • Kamal Sujak, “DUNIA TAPIR”, Ahad, 2 Januari 2011 9:27:38 PM.• Kamal Sujak, “HUJAN LOGAM DI MUSIM SEPI”, Selasa, 25 Januari 2011 5:03:36 PM.• Kamal Sujak, “BULAN DI ATAS BARA”, Jumaat, 28 Januari 2011 11:20:25 AM.• • Khalil Zaini, “Dilema Berjalan di Malaysia”, Isnin, 3 Januari 2011 11:39:55 PM.• Khalil Zaini, “SEMUT HITAM MAHU JADI SEMUT API”, Rabu, 12 Januari 2011 8:54:19 PM.• Khalil Zaini, “TUNISIA, BERIKAN KAMI SEORANG PEMUDAMU”, Jumaat, 21 Januari 2011 3:33:17 PM.• • lexradz, “Demi Masa Ini”, Isnin, 3 Januari 2011 1:24:43 AM.• • liana_lily, “lihat dasar itu…temui pangkalnya~”, Ahad, 30 Januari 2011 7:53:30 PM.• • mansor a.hamid, “DEBAR OKTOBER 2011”, Isnin, 3 Januari 2011 1:22:15 AM.• mansor a.hamid, “MALAM BASAH KUYUP”, Ahad, 9 Januari 2011 10:22:58 PM.• mansor a.hamid, “MARAK DI API”, Rabu, 12 Januari 2011 8:56:24 AM.• mansor a.hamid, “JIKA BESOK JUMAAT”, Sabtu, 22 Januari 2011 7:37:18 AM.• mansor a.hamid, “SEKELUMIT KENANGAN LALU”, Isnin, 24 Januari 2011 11:50:49 PM.• mansor a.hamid, “HANYA SECEBIS KENANGAN”, Selasa, 25 Januari 2011 6:10:23 AM.• mansor a.hamid, “SIFIR PENYAIR”, Khamis, 27 Januari 2011 8:29:34 AM.• mansor a.hamid, “HARAPAN DI TENANG”, Sabtu, 29 Januari 2011 9:35:58 AM.• mansor a.hamid, “ARAH”, Ahad, 30 Januari 2011 5:09:22 PM.• • mawarhalis, “Kasihku seharum mawar”, Ahad, 23 Januari 2011 10:35:06 PM.• • mdshahid_talib, “GURINDAM JANGAN LUPA”, Selasa, 25 Januari 2011 11:14:43 AM.• mdshahid_talib, “DOMINASI PERAKUS”, Selasa, 25 Januari 2011 11:30:52 AM.• • mokhtarahman, “PAHALA VS SYAITAN”, Isnin, 31 Januari 2011 1:39:35 PM.• • mudin001, “sajak klise tahun baru satu satu satu satu”, Ahad, 2 Januari 2011 2:05:43 PM.• mudin001, “tiaga hari selepas satu satu satu satu”, Isnin, 3 Januari 2011 1:23:40 PM.• mudin001, “lima hari selepas satu satu satu satu”, Rabu, 5 Januari 2011 11:32:05 AM.• mudin001, “Bulan Tenang”, Isnin, 24 Januari 2011 8:48:03 PM.• mudin001, “Burung besi adalah saksi”, Rabu, 26 Januari 2011 4:45:16 PM.• • muzasa, “Akan Aku”, Selasa, 11 Januari 2011 7:51:43 PM.• • nfaizal, “Hitam putih hidup”, Selasa, 11 Januari 2011 1:43:01 AM.• nfaizal, “Sebuah sajak etnik kreatif tentang inter-lokal”, Jumaat, 14 Januari 2011 2:33:22 PM.• nfaizal, “Aku”, Rabu, 19 Januari 2011 12:12:53 AM.• nfaizal, “Setubuhilah pelacur-pelacurmu, Kuala Lumpur”, Jumaat, 28 Januari 2011 3:45:13 AM.• nfaizal, “Semalam, kini dan nanti”, Isnin, 31 Januari 2011 1:19:57 PM.• • nmohd77, “TERIMA KASIH AYAH DAN BONDA”, Selasa, 25 Januari 2011 11:26:18 AM.• • pena romantis, “PASRAH”, Isnin, 3 Januari 2011 11:28:41 PM.• pena romantis, “PASRAH SEORANG SUAMI”, Isnin, 17 Januari 2011 12:13:35 AM.• pena romantis, “KEBENARAN YANG DIDUSTAI”, Jumaat, 28 Januari 2011 1:25:24 AM.• pena romantis, “MATAHATI”, Ahad, 30 Januari 2011 11:28:26 PM.• • pid rapied, “sayang”, Selasa, 4 Januari 2011 1:36:30 AM.• pid rapied, “rakus dunia”, Selasa, 4 Januari 2011 12:57:17 PM.• • puisi watan, “sayup rasian”, Jumaat, 7 Januari 2011 10:44:25 PM.• puisi watan, “nuansa berulang kembali”, Selasa, 11 Januari 2011 9:39:34 PM.• puisi watan, “retak dalam wajah”, Selasa, 18 Januari 2011 9:22:45 PM.• • puteri idayu laili, “Puisi Rindu Untuk Ibu”, Ahad, 30 Januari 2011 11:48:07 AM.• • puzi hadi, “MEMBAKAR INTERLOKAL INTERLOK”, Sabtu, 15 Januari 2011 7:48:09 AM.• • ramy0722, “Donutku semakin enak”, Ahad, 2 Januari 2011 10:50:55 AM.• ramy0722, “Musim Cinta: Terkenang”, Selasa, 4 Januari 2011 10:56:39 PM.• ramy0722, “Hujan ini”, Sabtu, 8 Januari 2011 10:58:03 AM.• ramy0722, “Bila cinta membisu”, Ahad, 16 Januari 2011 12:30:52 AM.• ramy0722, “Menelan janji”, Sabtu, 22 Januari 2011 5:06:16 PM.• • ria asmira, “SAUJANA RINDU”, Jumaat, 14 Januari 2011 8:34:34 AM.• ria asmira, “DI RUMAH-MU”, Selasa, 18 Januari 2011 4:28:25 PM.• ria asmira, “JANGAN BERDUKA, BUNG!”, Selasa, 18 Januari 2011 11:44:19 AM.• ria asmira, “SENJA YANG MANIS”, Rabu, 26 Januari 2011 4:09:16 PM.• ria asmira, “DALAM RENYAI HUJAN”, Isnin, 31 Januari 2011 1:53:40 PM.• • Roslan Daud, “BAYI SEPTEMBER”, Sabtu, 1 Januari 2011 12:46:04 AM.• Roslan Daud, “Permata Bongsu”, Sabtu, 1 Januari 2011 11:21:05 AM.• • ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “OH ALANGKAH HIBANYA”, Ahad, 16 Januari 2011 12:26:19 AM.• ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “AKU MENANTIMU DI PANTAI KENANGAN”, Isnin, 31 Januari 2011 3:53:51 PM.• • S. FATIMAH, “BICARAKAH LAGI WAKTU ITU”, Ahad, 2 Januari 2011 1:54:14 AM.• • s.iqram, “Tengkujuh januari ini”, Selasa, 4 Januari 2011 7:38:00 PM.• s.iqram, “Camar putih dan doa pelaut”, Jumaat, 7 Januari 2011 10:18:01 PM.• s.iqram, “Timugon”, Ahad, 9 Januari 2011 8:43:58 AM.• s.iqram, “Balada tukang sapu di kaki lima”, Isnin, 10 Januari 2011 9:31:48 PM.• s.iqram, “Sepanjang jalan pulang”, Isnin, 17 Januari 2011 5:37:42 PM.• s.iqram, “Mantera cinta”, Khamis, 20 Januari 2011 5:26:40 AM.• s.iqram, “Mencari Tuhan di sebalik wajah Murugan”, Jumaat, 21 Januari 2011 11:16:47 PM.• s.iqram, “Harapan yang masih terbengkalai”, Jumaat, 28 Januari 2011 9:40:31 PM.• • s.syahmi, “Maka kebenaran yang tinggal Cuma…”, Ahad, 16 Januari 2011 2:53:39 AM.• • salman_sulaiman, “TIADA LAIN YANG KUCARI, KAWAN”, Isnin, 3 Januari 2011 6:57:17 PM.• salman_sulaiman, “Entah Ke Mana Aku Ingin Pergi”, Khamis, 13 Januari 2011 6:52:45 PM.• • sarikeisarawak, “punah”, Jumaat, 21 Januari 2011 10:39:30 AM.• sarikeisarawak, “Hidup dalam senyum”, Isnin, 31 Januari 2011 6:02:10 PM.• • seruling emas, “LAPAN BELAS MUSDIM BERKELANA DI DAERAH-MU”, Ahad, 2 Januari 2011 11:51:41 PM.• seruling emas, “MELEWATI TIKUNGAN KEBENARAN”, Khamis, 13 Januari 2011 12:16:43 AM.• seruling emas, “CERMIN, REMBULAN KUNING, DAN TANAH LUMPUR”, Jumaat, 14 Januari 2011 11:48:17 AM.• seruling emas, “TIMBUNAN MIMPI YANG BERKELANA DI DAERAH FATAMORGANA”, Sabtu, 15 Januari 2011 1:57:11 AM.• • suci_ilhami, “Desa Kuno yang Terbilang”, Khamis, 27 Januari 2011 1:00:39 PM.• • wan may, “Langkah”, Jumaat, 14 Januari 2011 9:07:00 PM.• • yajuk, “Denai Yang Kulalui”, Rabu, 5 Januari 2011 10:58:47 AM.• yajuk, “Derap Langkah 2011”, Sabtu, 8 Januari 2011 4:53:01 PM.• yajuk, “Sebatang Lilin”, Rabu, 12 Januari 2011 9:01:12 AM.• yajuk, “Yang Kubaca Adalah catatan Sejarah Hitam Bangsa”, Ahad, 16 Januari 2011 7:58:28 PM.• yajuk, “Londehkan Semua”, Selasa, 25 Januari 2011 11:36:10 AM.• yajuk, “Banjir Di Tenang”, Sabtu, 29 Januari 2011 12:59:35 PM.• • zaidinabadi, “SIANG TANPA BULAN DAN MALAM TANPA MATAHARI”, Ahad, 9 Januari 2011 2:58:19 PM.• zaidinabadi, “TAK USAH BERTANYA”, Rabu, 19 Januari 2011 2:47:38 PM.• zaidinabadi, “DIA SEORANG PEMALU”, Sabtu, 22 Januari 2011 12:20:25 AM.• zaidinabadi, “INA, JAWABLAH PERTANYAANKU ITU”, Sabtu, 29 Januari 2011 10:23:10 AM.• zaidinabadi, “INA, AKU AKAN TERUS MENANTI”, Ahad, 30 Januari 2011 4:04:54 PM.• • zaitonmdtawil, “Kembali”, Sabtu, 29 Januari 2011 10:17:56 PM.Lampiran III: SENARAI PENYAIR SIBER BULAN JANUARI 2011 (MENGIKUT ABJAD)1. ahkarim 2. Al Ghazali Sulaiman 3. anbakri 4. ariselba 5.Ayu Jamilah 6. azmi rahman 7. Bukunota 8. brirasa 9. citranalis 10. Ciung Winara Singapura 11. Dahna 12. dangwangi 13. dewipenyair 14. dr.irwan 15. eziz shukman 16. Guriz_9229 17. Haizamolek 18. has1mah 19. hasmoramasnuri 20. jihadinsan 21. Juariah 22. kablam_22 23. Kalamutiara 24. Kamal Sujak 25. Khalil Zaini 26. lexradz 27. liana_lily28. mansor a.hamid 29. mawarhalis 30. mdshahid_talib 31. mokhtarahman 32. mudin001 33. muzasa 34. nfaizal 35. nmohd77 36. pena romantis 37. pid rapied 38. puisi watan 39. puteri idayu laili 40. puzi hadi 41. ramy0722 42. ria asmira 43. Roslan Daud 44. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH 45. S. FATIMAH 46. s.iqram 47. s.syahmi 48. salman_sulaiman 49. Sarikeisarawak 50. seruling emas 51. suci_ilhami 52. wan may 53. yajuk 54. zaidinabadi 55. zaitonmdtawilLampiran IV: SENARAI PENYAIR SIBER BULAN JANUARI 2011 (MENGIKUT NEGERI)KEDAH: ahkarim, azmirahman, brirasa, Dahna, mansor a.hamid, mdshahid_talib, mokhtarahman, puisi watan, puzi hadi, suci_ilhami dan, zaidinabadi.PERAK: Guriz_9229, liana_lily, Muzasa dan, S. FATIMAH.SELANGOR: eziz shukman, Haizamolek, Kamal Sujak, pena romantic dan, s.syahmi. KUALA LUMPUR: Ayu Jamilah, Bukunota, citranalis, dr.irwan, has1mah, kablam_22, Kalamutiara, Khalil Zain, imudin001 dan, s.iqram.PUTRAJAYA: mawarhalis.MELAKA: wan may dan, zaitonmdtawil.JOHOR: Al Ghazali Sulaiman, jihadinsan, ria asmira dan, Roslan Daud.PAHANG: ariselba, dangwangi, pid rapied dan, ROSLINA SHEIKH ABDULLAH.TERENGGANU: Juariah dan, seruling emas.KELANTAN: anbakri, hasmoramasnuri, nfaizal, ramy0722, salman_sulaiman, sarikeisarawak dan, yajuk.SABAH: puteri idayu laili.SINGAPURA: Ciung Winara Singapura. TIADA MAKLUMAT NEGERI: dewipenyair, lexradz dan, nmohd77.

Sunday, January 9, 2011

AZAM 2011




AZAM 2011


: Retrospeksi Diri


Sajak: Arisel Ba

Ya ALLAH, ini doa aku sesudah aku berzikir memuji membesarkan zat ALLAH, dan tatkala aku mencetak azam tahun 2011, aku masih memikirkan usia semakin singkat, nafas semakin semput, tubuh semakin renta, gigi semakin luruh, mata semakin rabun, telinga semakin pekak, adakah kurniaan dan rahmat daripada ALLAH atau sekadar petunjuk?, dan bila aku menulis sajak perihal diri, aku menjadi gelisah resah ilu sepi dan vakum kerana dosa kepada ALLAH berada di depan mata, sedang rahmat dan pahala dari ALLAH membuatkan aku tidak sesekali ponteng solat, dan biar apa pun terjadi aku tetap berusaha tiga kali lipat bagi mendapatkan keampunan dari ALLAH.



1 Januari 2011 Tranum,Raub, Pahang

MERANTAU ITU IBADAH


MERANTAU ITU IBADAH
Sajak: Arisel Ba

Berkeras leher berhujah menegak basah benang
Dalam merungkaikan salasilah dan akar warisan
Mencari asal usul Orang Melayu Rao:
Dari manakah sebenarnya mereka itu datang
Adakah sisa perjuangan Empayar Rao, India
Atau pelarian daripada pembunuhan etnik Champa?
Beribu tahun merentasi pancaroba peradaban zaman

Puluhan debat ratusan hujah diterima disanggah
Ribuan teori tamadun etnik rupa bangsa di tafsir
Realitinya: Orang Melayu Rao dari lereng Bukit Barisan
Berakit buluh bukit dari hulu Batang Rokan
Bagai pahlawan pedang terhunus di tangan
Sundang panjang tersisip di pinggang kanan
Badik Rao tersisip di pinggang kiri
Merempuh jeram tajam tebing berliku
Sampai ke muara Batang Rokan, menerpa lautan
Memperkasa falsafah Orang Melayu Rao:
’ Merantau itu ibadah, mencuba nasib di tempat baru”

Setelah lama aku keliru membaca nasab
Mentafsir hujah daripada pengisahan dan seminar
Aku pun bertemu asal usul di Mapattunggul
Termenung di Jambatan Asyik aku tidak keliru
Mengingatkan aku balada Sekondak Hati:

” Sekondak Hati, melinteh tibo dari seborang membawo hati, dongen tangisan, berbalut luko
Sekondak Hati, jiwonyo gigih lalu merantau meninggal kampuung, sanak saudaro jauh di mato
Sekondak Hati, membuko tanah, karangen baru merodah donai, menyuluh arah jalen berliku merantau laei, mencubo nasib, di tompek lain dongen harapen, anak cucunyo, hidup bahgio
Kami yang ado, tak melupoken pengorbanenmu Sekondak Hati, jasomu totop aken dikonang
Sekondak Hati, membuko tanah, karangen baru merodah donai, menyuluh arah jalen berliku duhai anakku, ingetlah dikau asal usul mu mengalir darah di tubuh diko, Seko ndak Hati”

Akhirnya aku mengingat dan menghafal:
Gulai Asam Keli, Gulai Pisang Muda,
Gulai Pucuk Paku, Gulai Rebung Buluh,
Gulai Rebus Rao, Goreng Sepat Ronggeng,
Serabai, Kelamai, Sambal Rom, Sambal Hitam
Adalah makanan pusaka dari Mapattunggul,
Padang Nunang, Padang Metinggi, Langsat Kodok,
Tarung-Tarung, Tanjung Betong, Tanjung Alai,
Padang Gelugor, Bonjol, Lubuk Sikaping, Panti,
Lougo, Lubuk Layang, diserap kepada warisan ku


5 – 6 Januari 2011
Kuantan, Pahang

IKLAN CARI SUAMI


IKLAN CARI SUAMI
Sajen: Arisel Ba

Seorang gadis seusia 40-an
Masih bujang trang tang tang
Pamer iklan di laman sosial fesbok
Perlukan suami, dengan pensyaratan:

-Bukan seorang yang mata keranjang
-Bukan seorang yang ringan tangan
-Bertanggungjawab, patuh, setia, penyayang
-Plus fizikal dan emosinya: JANTAN
Sebulan kemudian tanpa diduga
Datang seorang lelaki tua
Berkerusi roda berkondisi payah
Dia membalun keras pintu rumah
“Maaf”, kata lelaki tua itu
“Apakah adik manis pamer iklan di fesbok?
Mahu berkahwin dengan JANTAN!”“Betul, ohya, kamu mahu melamar saya?
Apakah kamu ada kriteria itu?” kata si gadis“ Ya.. aku tidak mungkin mata kerajang
Kerana kedua belah mata ku rabun
Aku juga tidak ringan tangan
Kerana kedua tangan ku kudung”.
Kata lelaki tua itu sepenuh harapan
Tanya si gadis lagi dengan yakin,
“Apa kamu mampu bertanggung jawab?”

“Apakah adik manis tidak melihat,
Aku datang dengan kerusi roda
Untuk berjumpa kamu?, “ kata lelaki tuaGadis itu mengomel sendirian,
Dia yakin kriteria terakhirnya
Pasti lelaki tua gagal menepatinya.
“Baiklah, apakah kamu JANTAN?”,
Soal si gadis dengan senyum sinis
“Kamu jangan cuba menghina ku,
Kamu jangan perlecehan OKU
Sejak dilahirkan nama ku: JANTAN
Kamu fikir aku ketuk pintu rumah
Menggunakan apa?, aku guna ini!”,
Sambil dagunya mengangguk ke bawah

“Tidak….tidak”, jerit gadis itu
Lalu menutup pintu rumahnya

JANTAN terkedu dan hairan
Lalu beredar dengan penuh tanda tanya

1 Januari 2011,
Kuantan, Pahang

TUHAN: TUHE, TUHANG



TUHAN: TUHE, TUHANG
Sajen: Arisel Ba

Hari ini sekolah mula sesi belajar
Murid darjah satu semua sudah mendaftar
Hanya ada lapan tetapi bising bergegar
’Borok’ dialek Pahang bagi tiga murid di rumah
’Kecek’ dialek Klate bagi tiga murid di rumah
’Bual’ dialek Ganu bagi dua murid di rumah

Selepas waktu rehat masuk seorang guru
Bertubuh gemuk pendek tak cukup lima kaki
Kepala botak silau cahaya boleh buat cermin
Di dagu berjanggut lagak alim dan warak
Sebab mulut berkumat-kamit, tasbih di jemari

” Selamat pagi, murid-murid,”
Sambil mata guru mengimbas muridnya
” Selamat pagi, cikgu,”
Suara lapan murid membingitkan bilik

Cikgu menuturkan, ” Rukun Pertama:
Kepercayaan Kepada Tuhan, ” sambil di eja:
K.e.p.e.r.c.a.y.a.a.n. K.e.p.a.d.a T.u.h.a.n

Cikgu meminta murid barisan depan menyebut:
”Kepercayaan Kepada Tuhan...”

Cikgu meminta murid barisan tengah menyebut:
”Kepercaya’e Kepado Tuhe...”

Cikgu meminta murid barisan belakang menyebut:
”Kepercayaang Kepade Tuhang...”

Tiba-tiba berbunyi siren sekolah
Guru keluar dari bilik darjah
sekejap senyum, sekejap gelisah
sambil melangkah rasa serba salah

3 Januari 2011
Kuantan, Pahang