PELAWAT MAYA

Monday, October 24, 2011

MENYULAM KARYA PUISI e.sastera.com / Komuniti Penyair BULAN SEPTEMBER 2011



MENYULAM KARYA PUISI e.sastera.com / Komuniti Penyair BULAN SEPTEMBER 2011

Oleh Puzi Hadi 


KANDUNGAN 

  1. PRATEKS 
  2. PENGENALAN 
  3. DUATEMA PILIHAN BULAN SEPTEMBER 2011 
  4. PENYAIR SIBER DAN PUISI DALAM BULAN SEPTEMBER 2011 
  5. PUISI PILIHAN PUZI HADI – SEPTEMBER 2011 
  6. SENARAI TEMA KARYA PUISI SIBER eSastera.com/Penyair – SEPTEMBER 2011 
  7. PENYAIR SIBER – SEPTEMBER 2011 
  8. STOP PRESS 
  9. PENUTUP 

Bismillahir Rohmaanir Rahiim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani 
SEPANJANG September 2011, sejumlah 118 puisi terpapar di e.sastera.com / Penyair (Lihat: Lampiran I) oleh 35 penyair siber Malaysia [Lihat: Lampiran II]. Bagi September 2011, dengan purata 3.9 buah puisi setiap hari. 
Data harian bilangan puisi (Januari – September 2011): 
HB
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
JAN
7
6
7
5
5
3
3
3
3
3
7
5
4
4
4
5
3
6
4
4
6
4
2
4
8
6
6
7
6
8
6
FEB
6
11
8
5
6
6
8
5
6
8
6
8
7
8
9
11
10
7
8
9
5
5
4
4
2
4
4
7
-
-
-
MAC
4
6
7
4
9
5
8
4
3
6
1
8
1
4
3
7
4
9
6
5
8
9
3
3
7
5
4
6
4
2
5
APR
5
2
4
3
9
6
3
2
4
3
7
5
3
5
5
5
4
5
3
2
4
3
1
7
2
2
3
2
2
3
-
MEI
5
2
-
4
5
2
5
6
7
1
3
4
4
3
3
4
2
5
3
3
6
5
8
2
2
2
-
2
4
6
7
JUN
5
4
2
8
3
4
6
4
3
3
4
5
6
5
5
5
6
3
5
4
3
4
4
7
6
2
7
3
6
8
-
JUL
4
3
6
6
4
7
5
5
7
5
4
2
2
3
6
3
3
4
2
4
1
7
3
8
6
8
5
4
5
8
3
OGS
4
6
6
4
7
3
6
2
4
2
2
5
3
4
5
6
6
3
3
3
2
2
7
4
4
6
7
6
7
2
4
SEP 
T
5
2
2
6
6
5
2
3
2
2
4
5
3
4
4
4
7
4
2
6
6
5
4
2
2
3
3
3
5
7
-

Data bulanan bilangan penyair, karya puisi dan purata harian karya (Januari – September 2011): 
Tajuk
JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
JUL
OGS
SEPT
Bil. Penyair
55
48
46
45
41
51
44
35
35
Bil. Karya
154
187
159
114
115
140
143
135
118
Purata Karya
4.9
6.6
5.1
3.8
3.7
4.6
4.6
4.3
3.9


2.0 PENGENALAN 

Khamis, 1 September 2011, portal e.sastera.com / komuniti Penyair dikunjungi oleh penyair siber, ibnu din assingkiri (Pulau Pinang) dengan puisinya “Sumpahan Sang Bumi” pada 12:51:03 AM. Dan langsung 30 hari berikutnya disinggahi 35 penyair siber dengan 118 puisi diwarnai secara kreatif dan inovatif (sama ada puisi siber dan/atau puisi siber primitif). Layar puisi bulan September ditutupi oleh penyair mokhtarahman (Kedah) dengan puisi “BONGKAH YANG RETAK” pada Jumaat, 30 September 2011 jam 11:37:06 PM. 

SEPANJANG bulan September ini, para penyair e.sastera peka kepada beberapa peristiwa penting melalui 23 pecahan tema. Daripadanya paling menonjol ialah puisi perkasihan (13 buah atau 11 peratus), kembara (12 buah atau 10.2 peratus), kemerdekaan Malaysia (11 atau 9.3 peratus), peribadi (10), kritik sosial (sembilan), seputar alam dan anekdot (masing-masingnya, lapan), renungan dan moral (masing-masingnya, enam). Diikuti lain-lain tema di antara satu hingga lima buah puisi sahaja. [Lihat: Senarai Tema Karya Puisi e.sastera.com / Penyair]. 





3.0 DUA TEMA PILIHAN BULAN SEPTEMBER 2011


SEMPENA sambutan dua dalam satu, Hari Merdeka ke-54 dan Hari Malaysia pada 16 September, mengujakan enam penyair iaitu mansor a.hamid (empat puisi), yajuk (3), alyssa ezzura, ariselba, brirasa dan puzi hadi (masing-masing sebuah puisi). 

PENYAIR mansor a.hamid dengan empat puisinya “BAB DEMI BAB”, “MEMBACA SEBUAH LUKISAN”, “ANAK BERBAJU PUTIH” dan “PEJUANG”.

Pertama, “BAB DEMI BAB” berkisar Jalur Gemilang (penyair menyebutnya ‘bendera’) punya keraguan tersendiri: 

Sekarang, kita menyandang sehelai
bendera, berjalan dan berjalan dan
berjalan, sambil bertanya dan
bertanya, ke mana arahnya… 

Kedua, “MEMBACA SEBUAH LUKISAN” mengimbau makna kemerdekaan sebagai respons yang tercatat pada pengenalan, “benarkah negara kita tidak pernah dijajah” iaitu hujahan cendekiawan Melayu di menara gading! Tegas penyair menafikannya: 


Hanya yang hanya tinggal bagai
dongengan, kini reput digigit petualang,
menjadi parut, di perut zaman. 

Ketiga, “ANAK BERBAJU PUTIH” ialah anak dan cucu kita yang tidak mengerti apa-apa perlu diberikan pengharapan makna sebuah kemerdekaan: 


Anak berbaju putih, dunia ini rumahnya,
aman merdeka, dibiar siang berganti
malam, kiranya bulan jatuh ke riba… 

Dan keempat, “PEJUANG” punya semangat seperti puisi “MEMBACA SEBUAH LUKISAN” tapi kurang berkesan penyampaiannya. 

XXXXX 

PENYAIR yajuk melalui tiga puisi iaitu “54 Tahun Menyulam Merdeka”, “Kau Kibarkan Bendera” dan “Bila Kau Laungkan Merdeka”. 

Pertama, “54 Tahun Menyulam Merdeka” tidak setakat menyulam tenunan kemerdekaan tapi turut ada cengkaman pedih: 


54 tahun menyulam merdeka
54 tahun mencengkam kuasa (Baris 1 & 2; Stanza I dan IV) 

Situasi mutakhirnya (tahun 2011) kepada penyajak: 


berhembus angin memupuk cinta
telah carik bendera
tergigit taring serigala. (Baris 3 – 5, Stanza I)

//
terkapar benang-benang cinta
tinggal telanjang tiang-tiang perlembagaan
merepuk dibaham jaguh-jagug puaka. (Baris 3 – 5, Stanza II) 

Kedua, “Kau Kibarkan Bendera” memfokus Jalur Gemilang (penyair menyebutnya ‘bendera’) tapi menyentuh sifat kepimpinan pemimpin Malaysia dalam percaturan politik mereka sepanjang 54 tahun: 


Kau kibarkan bendera, panji-panji kuasa, 54 tahun mencengkam kuasa, 54 tahun kami mengulum janji merdeka, lara dalam janji pilihan raya, bumi kontang akan kuning berbunga emas, rupanya itulah upti hamba kepada penguasa. 

Dan ketiga, “Bila Kau Laungkan Merdeka” sangat bernas penyampaiannya berbeza dengan olahan dua puisi lainnya, iaitu “54 Tahun Menyulam Merdeka” dan “Kau Kibarkan Bendera”. Ada monolog kau-aku, antaranya: 
Bila kau laungkan Merdeka
aku tahu maknanya (Baris 1 – 2, Stanza I)
//
Bila kau laungkan Merdeka
aku mengerti hasratnya (Baris 1 – 2, Stanza II)
// Bila kau laungkan Merdeka
aku pasti niatmu (Baris 3 – 4, Stanza III) 

XXXXX 

PUISI “Anak merdeka kini” (alyssa ezzura) hilang imbangan mesejnya dek pertentangan dua imej. Didahului ‘seorang tua’ (Stanza I, II dan IV) diikuti ‘anak-anak bangsa’ (Stanza III). Seharusnya lebih fokus kepada, ‘anak-anak bangsa’ secara menyeluruh. 

XXXXX 

KARYA “TATKALA MENYEDUT PIPA ASAPNYA MENJEREBU BUMI MALAYSIA” (ariselba) begitu panjang prosanya lagak baca cerpen, meliputi lima para sehingga ke noktah terakhir. Gaya penyampaian puisi prosa kini makin diminati. Karyawan esastera azmi rahman memulai prose poem pada halaman e.sastera.com telah ada pengikutnya (seperti ariselba, ibnu din assingkiri dan s.syahmi). 

XXXXX 

PENYAIR brirasa dengan “Catatan Tentang Sebuah Desa Pada 16 September” bagaikan sebuah potret foto/video menangkap landskap tepat pada pagi 16 September. Melalui foto itu ianya bercerita secara langsung kepada khalayak penonton (Stanza I, II dan III) tanpa menyata secara langsung dan tidak langsung tentang kemerdekaan. Juru kameranya (brirasa) memberi perumusan via touch up: 


Dan aku kira matahari pagi ini lebih mengerti
memulangkan kebenaran
sejarah peradaban
sebuah desa sematang budi
yang dikembirikan kanun dan teori
haloba yang rakus kuasa. 

XXXXX 

PUISI konkrit oleh puzi hadi, “Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Ke-54 (2011) Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka Ke-500 (1511)” bermain dengan angka meliputi 46 baris. Memaparkan retrospektif kemerdekaan baru berusia 54 tahun (1957-2011) berbanding kejatuhan kesultanan Melayu Melaka menjangkau usia 500 tahun (1511-2011). 



3.2 TEMA PILIHAN II – KEMBARA

DUA penyair siber menggarap tema kembara iaitu ibnu din assingkiri dan s.iqram (masing-masingnya dengan enam buah puisi). 
KARYA puisi kembara ibnu din assingkiri ialah “Senja Di Teluk Nipah”, “AMERIKA, “BIN” DAN BOM”, “SUVARBHUMI – BUMI YANG SUBUR”, “BABAK-BABAK WAYANG SILAM”, “DALAM DINGIN - TERASING” dan “BIANGLALA PUNCAK BERASTAGI”. 

Pertama, “Senja Di Teluk Nipah” perlu dinayata tempat/negeri secara spesifik! Ada pulau dinyatakan dalam teks misalnya Pangkor Laut dan Pulau Karang Batu (mungkin di Perak). Mesej sebuah senjanya ada hubung kait manusia-alam-Tuhan: 


Camar pun pulang
maghrib kembali
aku tenggelam dalam rindu
sujudku pada keagungan-Mu 

Kedua, “AMERIKA, “BIN” DAN BOM” kisah kembara penyair via Singapura (Changi) ke Amerika Syarikat (O’hare). Secara peribadi judulnya memukau berbanding teks puisinya. 

Ketiga, “SUVARBHUMI – BUMI YANG SUBUR” menguliti pembangunan pesat di Thailand. Saya masih tercari simbolik ‘ular’untuk dikait dengan pembangunan. Apakah Suvarnabhumi sebenarnya (selain ‘bumi yang subur’) kerana maklumat tempat di bawah puisi sebagai Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand – sebuah pusat pameran perdagangan atau apa? Maaf kerana bertanya. 

Keempat, “BABAK-BABAK WAYANG SILAM” di Hanoi, Vietnam lebih berkesan penaympaiannya berbanding kembara ke Amerika dan Thailand. Reaksi spontan penyair kepada penduduk tempatan (Stanza I) diimbas ke belakang era perang Amerika di Vetnam (Stanza II). Langsung hakikat Hanoi di utara Vietnam kini berdepan musuh baru dari kepesatan industrinya: 


Oh Hanoi
sebutir mutiara yang tersembunyi
dalam cengkerang di karang sunyi
dikupil industrialisasi kian dengki
wayang silammu pasti berakhir tragis
dibunuh polusi angkara globalisasi. 

Kelima, “DALAM DINGIN - TERASING” menjadi kenangan manis penyair dan sesiapa yang berkesempatan ke Negara Matahari Terbit. Setidaknya penyair terpaku kepada mentari yang terbit paling timur dunia dan didakap cuaca sejuk (Stanza I), nikmat makanan tempatan yang tidak serasi (Stanza II) serta alam floranya (Stanza III). 

Dan keenam, “BIANGLALA PUNCAK BERASTAGI” sebuah catatan pendek semasa berada di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia. 

XXXXX 

PENYAIR s.iqram dengan puisi-puisi kembara berikut iaitu “Bukit Layang-layang”, “Kuala Penyu”, “Marib di Kota Klias!”, “Sajak di tebing Sungai Perak”, “Tawajjuh Gunung Jerai” dan “Hujan pagi di Alor Setar”. 

Pertama, “Bukit Layang-layang” di Sabah (mengikut catatan tempat di bawah puisi). Sebuah kembara pagi merentasi belantara untuk mendaki Bukit Layang-Layang – perjalanan (Stanza I) / pendakian (Stanza II) / puncak bukit (Stanza III). Dan di puncak bukitnya, penyair menemui: 


Di puncak Layang-Layang
misteri semesta rimba
terbungkus rahsia alam
kami merafak tulus tasbih
mendaki puncak takwa. 

Kedua, “Kuala Penyu” tidak dinyata tempat dan negerinya (dan menyukarkan pembaca!). Menariknya pada Stanza II: 


demikian sungai hayati
mengembara dan menempuh
segala liku dan lubuk
di kuala pertemuan itu
akhirnya tersimpul firasat 

Ketiga, “Maghrib di Kota Klias!” di Sabah (berdasar foto mencatatkan no. telefon 088-773066 dan www.borneo.authentic.com). Puisi ini bermain perulangan “seperti …” di awal baris stanza-stanzanya: 


Seperti burung-burung
//
seperti matahari kelesuan
//
seperti keluh angin
//
seperti runduk ombak
//
seperti siang mengengsot 

Keempat, “Sajak di tebing Sungai Perak” mengujakan penyair monolog dua tebing Sungai Perak, bahagian utara dan selantan yang terpisah oleh lebar sungainya. Sanya tiada dalam teks puisi iaitu pertemuan sebenarnya berlaku via jambatan yang mencantumkannya , tapi ada dalam foto iringan! 

Kelima, “Tawajjuh Gunung Jerai” perlu dinikmati secara tersirat dan tidak via kaca mata luaran keindahan Gunung Jerai di Yan, Kedah. Tersiratnya semestinya pula aspek dalaman seperti mana ungkapannya bersifat kerohanian. 

Dan keenam, “Hujan pagi di Alor Setar” bukannya situasi untuk penyair bergelisah bersama mendung langit. Dia meliahat hujan iaitu ‘kebasahan’ yang punya rahmat untuk manusia dan alam. 


4.0 PENYAIR SIBER DAN PUISI DALAM BULAN SEPTEMBER 2011


ABDULLAHJONES 


  • “melayu.sepuluh tahun setelah usman awang”, 20 September 2011

PENYAIR dan pelukis abdullahjones (Pahang) dengan puisi kritik sosial “melayu.sepuluh tahun setelah usman awang” sudah terang lagi bersuluh. 

Penyair meminjam tajuk puisi “Melayu” oleh penyair Sasterawan Negara Dato’ Usman Awang (12 Julai 2009 – 29 November 2001) yang ditulis pada 26 Disember 2008. Dato’ Usman Awang penyair tersohor meninggal dunia sepuluh tahun lampau; abdullahjones menamakan judul puisinya “melayu.sepuluh tahun setelah usman awang”. 

Mari kita nikmati semangat puisi asal Dato’ Usman Awang untuk memahami puisi abdullahjones iaitu perbandingan situasi lampau-kini, sebagai iktibar: 


Melayu itu orang yang bijaksana 
Nakalnya bersulam jenaka
 
Budi bahasanya tidak terkira
 
Kurang ajarnya tetap santun
 
Jika menipu pun masih bersopan
 
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah 
Kecut takut kerana benar,
 
Janji simpan di perut
 
Selalu pecah di mulut,
 
Biar mati adat
 
Jangan mati anak
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: 
Jawa itu Melayu,
 
Bugis itu Melayu,
 
Banjar juga disebut Melayu,
 
Minangkabau memang Melayu,
 
Keturunan Acheh adalah Melayu,
 
Jakun dan Sakai asli Melayu,
 
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
 
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
 
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya 
Melayu itu pengembara lautan
 
Melorongkan jalur sejarah zaman
 
Begitu luas daerah sempadan
 
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya 
Kias kata bidal pusaka
 
Akar budi bersulamkan daya
 
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak 
Terlalu ghairah pesta temasya
 
Sedangkan kampung telah tergadai
 
Sawah sejalur tinggal sejengkal
 
Tanah sebidang mudah terjual
 
Meski telah memiliki telaga
 
Tangan masih memegang tali
 
Sedang orang mencapai timba
 
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi 
Walaupun sudah mengenal universiti
 
Masih berdagang di rumah sendiri
 
Berkelahi cara Melayu
 
Menikam dengan pantun
 
Menyanggah dengan senyum
 
Marahnya dengan diam
 
Merendah bukan menyembah
 
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan 
Setia dan sabar tiada sempadan
 
Tapi jika marah tak nampak telinga
 
Musuh di cari ke lubang cacing
 
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan 
Hebat amuknya tak kenal lawan
 
Berdamai cara Melayu indah sekali
 
Silaturahim hati yang murni
 
Maaf diungkap sentiasa bersahut
 
Tangan dihulur sentiasa disambut
 
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan 
Selagi yang ada sanggup diberikan
 
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan 
Suami pulang lapar tak makan
 
Kera di hutan disusu-susukan
 
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu 
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
 
Jangan takut melanggar pantang
 
Jika pantang menghalang kemajuan;
 
Jangan segan menentang larangan
 
Jika yakin kepada kebenaran;
 
Jangan malu mengucapkan keyakinan
 
Jika percaya kepada keadilan
 
Jadilah bangsa yang bijaksana
 
Memegang tali memegang timba
 
Memiliki ekonomi mencipta budaya
 
Menjadi tuan di negara merdeka.
 

AHKARIM

 


  • “SYAIR SITI AMINAH”, 22 September 2011 

PENYAIR ahkarim (Kedah) dengan puisi tokoh “SYAIR SITI AMINAH” bemain warna fon atau teks puisi iaitu biru (Stanza I), merah tua (Stanza II), hijau muda (Stanza III) dan oren (Stanza IV). Mungkinkah puisi ini dicerna melalui imaginasi total penyair kewujudan pari-pari di dalam hutan (tempat berkarya puisi di Titi Hayun, Yan, Kedah). Ataukah adunan separuh realiti wanita yang ditemui bercampur separuh imaginasi. Karya sebegini jarang ditemui dalam perpuisiam Malaysia kecualilah dalam cerita berunsur seram sama ada TV dan filem! 

ALI BENZ 


  • “Berharap malaikat singgah.”, 3 September 2011

PENYAIR baru, Ali Benz (Tiada maklumat tempat) dengan puisi kritik sosial “Berharap malaikat singgah”. Pelbagai rencam isu dan masalah disatukan ke dalam sebuah puisi – peperangan / pembunuhan / bencana alam / … – perlu dikemaskini secara berfokus. Di samping aspek ejaan yang betul, contohnya: agnostik / timor / bharat / nenenda / cengcang. 

AIRMAS_SZ 


  • “selamat dan salam”, 4 September 2011 
  • “Tanpa henti”, 21 September 2011

DARI Perak, airmas_sz dengan puisi Aidilfitri “selamat dan salam”; dan puisi perkasihan “Tanpa henti”. Puisi pertama “selamat dan salam” bersempena Hari Raya Aidilfitri untuk bersilatul rahim antara satu dengan lain. 

Puisi kedua “Tanpa henti” ada keintiman cinta penyair dengan unsur alam (bertanda garisan) yang kuat mengalir lewat puisi ini: 


Di mana sirna cahaya itu
Ditelan malam sepi yang cemburu




semangat matahari menyinari ruang hati




pelangi akan menghiasi

langit bening ini




bumi terhenti kala kita dibasahi hujan



Seperti air sungai yang mengalir 

ALYSSA EZZURA 


  • “Dalam pencarian”, 17 September 2011 
  • “Marah yang tak berwajah”, 24 September 2011 
  • “Anak merdeka kini”, 30 September 2011

PENYAIR Alyssa ezzura (Selangor) dengan puisi peribadi “Dalam pencarian”; puisi anekdot “Marah yang tak berwajah”; dan puisi kemerdekaan “Anak merdeka kini” (Lihat: Tema Pilihan Bulan September 2011). 

Puisi “Dalam pencarian” terlalu diberati perulangan kata ‘aku’ (iaitu 11) dan ‘ku’ (dua) yang boleh diperkemaskan lagi. 

Puisi “Marah yang tak berwajah” bersifat psikologi daripada tenang (Stanza I) kepada diam terpendam (Stanza II), bertukar tekanan fasa awal (Stanza IV) langsung bertukar tekanan atau stress (Stanza V). 

ARISELBA




  • “KUALA LUMPUR”, 11 September 2011 
  • “TATKALA MENYEDUT PIPA ASAPNYA MENJEREBU BUMI MALAYSIA”, 20 September 2011 
  • “PEMIKAT DAN MERBUK”, 23 September 2011

PENYAIR mapan, ariselba (Pahang) dengan puisi kritik sosial “KUALA LUMPUR”; puisi merdeka “TATKALA MENYEDUT PIPA ASAPNYA MENJEREBU BUMI MALAYSIA” (Lihat: Tema Pilihan Bulan September 2011); dan puisi alam “PEMIKAT DAN MERBUK”. 

Puisi “KUALA LUMPUR” mengujakan dalam mentafsir kota kosmopiltan Kuala Lumpur dari sisi gelapnya: 
KUALA LUMPUR negara serigala
KUALA LUMPUR alam bapak-bapak serigala
KUALA LUMPUR dunia ibu-ibu serigala
KUALA LUMPUR buana anak-anak serigala 

Seterusnya “PEMIKAT DAN MERBUK” menarik mendekati gelagat si pemikat mengguna denak merbuk untuk menjebak merbuk liar dari pagi-petang-senja apatah berhari-hari pula mengumpannya. 

AZMI RAHMAN 
  • “DI TAMAN LANGIT”, 29 September 2011

ADMINISTRATOR Komuniti Biografi, azmi rahman (Kedah) dengan puisi perkasihan “DI TAMAN LANGIT”. Struktur puisi prosa ini lari dari kebiasaan sebuah paragraf bila azmi rahman memecahkan susun atur puisinya sebegini: 


kekosongan diri. Kesepian diterjemahkan
dengan aksara pelangi
di awan perasaan. Siapakah yang membunuh


 

BRIRASA 


  • “Meminjam Rahsia Diam Bendang Pak Lang”, 5 September 2011 
  • “Catatan Tentang Sebuah Desa Pada 16 September”, 20 September 2011

ADMINISTRATOR Komuniti Resensi, brirasa (Kedah) dengan puisi alam “Meminjam Rahsia Diam Bendang Pak Lang”; dan puisi merdeka “Catatan Tentang Sebuah Desa Pada 16 September” (Lihat: Tema Pilihan Bulan September 2011). 

Puisi “Meminjam Rahsia Diam Bendang Pak Lang” meneruskan ikonik Pak Lang yang sinonim dengan brirasa. Dia kembali ke halaman bendang dari perantauan mencari kecintaan sebuah desa permai dan damai dalam kesunyiannya. Di manakah Pak Lang: 

Engkau
masihkah di penjuru bendang itu? 

DAHNA 
  • “KUMASUKI RUMAHMU”, 1 September 2011

PENYAIR wanita Kedah, DAHNA dengan puisi Aidilfitri “SYAWAL YANG PASRAH”. Cetusan idea menarik, khususnya di Stanza I diikuti puisi prosa pada Stanza II dan III. Mari kita lihat persembahan pada Stanza I: 


Angin mati seketika di sini. Daun-daun bersisipan luruh menujah heningmu Syawal, kumandang azan dari masid ke masjid, memasuki pintu pagi yang diam sejenak,


air mata
pasrah
sayu
kasih
cinta
akrab
tulus
akur
doa
puji
harap
silaturrahim
bersatu menggauli jerit di jiwa hingga aku tersimpuh redha. 

DAHRIE 


  • “Sesudah 16 September”, 22 September 2011
PENYAIR Selangor, dahrie (nama pena: Mohd Dahri Zakaria) dengan puisi protes “Sesudah 16 September” secara jujur menempelak tokoh politik pembangkang yang pernah menjaja ke seantero ceruk dan rantau akan tarikh keramat ’16 September’ untuk bawa angin perubahan menakluk Putrajaya (P.S.: ini andaian saya bukan dinyatakan oleh penyair!). Penyair secara sinis menyindir si ‘dia’: 


yang jujur hanya dia
yang suci hanya dia
yang benar hanya dia
yang arif hanya dia
yang wahid hanya dia
yang layak hanya dia
yang malaikat hanya dia
mengaku dan mengaku,
tanpa malu

tanpa silu. 

DR.IRWAN 


  • “PELANGI BERIAS”, 30 September 2011

FOUNDER e-sastera.com, dr.irwan atau Irwan Abu Bakar dengan puisi alam “PELANGI BERIAS” yang mengujakan. Puisi ringkas dua rangkap ini seharusnya diteladani – aspek ekonomikal kata-kata tapi mampu melebar makna penghayatan penyair: 


Turun derai gerimis senja
naik sinar mentari subuh
ada rerona pelangi dinihari

ada air tangan Tuhan. 

Warna pelangi di mata raga
tangan Tuhan di mata jiwa. 

EZIZ SHUKMAN 


  • ”NUR QALBUN”, 7 September 2011 
  • ”BUIH RINDU”, 16 September 2011 
  • ”CINTA”, 21 September 2011

PENYAIR Selangor, eziz shukman dengan puisi kerohanian “NUR QALBUN”; dan dua puisi perkasihan “BUIH RINDU” dan “CINTA”. 

Pertama, “NUR QALBUN” punya semangat kerohanian tinggi mengarah keesufian. Para Stanza I memerlukan orang berilmu mentafsir dengan sepurna. Sebaliknya, stanza II punya semangat puisi yang lazi untuk dihayati. 

Kedua, “BUIH RINDU” metafora menarik bercerita kerinduan mudah terlerai: 


Buih di hujung daun waktu




beku, gelembong dan pecah




lalu buih-buih pun pecah. 

Ketiga, “CINTA” tajuknya kurang puitis untuk menjelaskan mesej khusus teks puisi. Ada persamaan tajuk puisi karya ridh_idris, iaitu “CINTA”. 

HAS1MAH





  • “SPONTAN PATAH-PATAH PUISI”, 10 September 2011

ADMINISTRATOR Komuniti Sajen, has1mah (Kuala Lumpur) dengan puisi hari kelahiran “SPONTAN PATAH-PATAH PUISI”. Bertuah menemu puisi sempena hari kelahiran daripada seorang ibu (Baca: mama) untuk anaknya (Baca: Ilya). Puisi ini tiada pengharapan tinggi, memadai mengimbas kenangan lampau tuika mama melahirkan Ilya (Stanza II): 


Saat berderai tangisanmu dalam ucap 10 September, ayah
buat Ilya
saat kami berenungan
tumpah rasa sayang di patah-patah puisi

pujian pada Ilahi, pada seluruh jadi

dirinya Ilya
dan, saat kau mendewasa
mekar bahagia meranumi semua. 

Saya teruja dengan judul “SPONTAN PATAH-PATAH PUISI” yang mengaburi mesej dalam teks puisi. 


IBNU DIN ASSINGKIRI





  • “Sumpahan Sang Bumi”, 1 September 2011 
  • “Wajah-wajah Hambar Di Pagi Lebaran”, 2 September 2011 
  • “Di Balik Wajah Paling Suci”, 3 September 2011 
  • “Di Ambang Kejatuhan Seorang Diktator”, 4 September 2011 
  • “Berkunjung ke Teratak Inspirasi: mansor a.hamid”, 5 September 2011 
  • “Selamat Tinggal Kemarau Panjang”, 6 September 2011 
  • “Senja Di Teluk Nipah”, 7 September 2011 
  • “AMERIKA, “BIN” DAN BOM”, 9 September 2011 
  • “SUVARNABHUMI – BUMI YANG SUBUR”, 9 September 2011 
  • “BABAK-BABAK WAYANG SILAM”, 10 September 2011 
  • “DALAM DINGIN - TERASING”, 11 September 2011 
  • “BIANGLALA PUNCAK BERASTAGI”, 12 September 2011 
  • “Sandiwara Pemimpin Kita”, 13 September 2011 
  • “Sebuah Tanya Di Penghujung Usia”, 14 September 2011 
  • “Terpasung Dalam Dinginmu”, 15 September 2011 
  • “Cinta Yang Terlampau”, 17 September 2011 
  • “Parut Lelaki”, 18 September 2011 
  • “RAPAT PAGI (SEBUAH PENTAS SANDIWARA)”, 19 September 2011 
  • “Gang Berujung Buntu”, 20 September 2011 
  • “Dendam Biru Lebam”, 21 September 2011 
  • “NIKMAT DIBALAS ONAR”, 22 September 2011 
  • “JIWA MERAH PUTIH”, 23 September 2011 
  • “BELATI RINDU”, 24 September 2011 
  • “Naga Sakti”, 25 September 2011 
  • “BONDA”, 26 September 2011 
  • “AKU JATUH CINTA LAGI”, 27 September 2011 
  • “AKU JUGA INGIN HIDUP”, 28 September 2011 
  • “DIA, DI SEBUAH TITIK HITAM”, 29 September 2011 
  • “Berkata Jelas”, 30 September 2011

PENYAIR ibnu din assingkiri (Pulau Pinang) mendendang 29 buah puisi pelbagai tema, iaitu: 

> Puisi alam “Sumpahan Sang Bumi” menyentuh isu pencemaran alam sekitar dan dicerna dengan baik. Sesuatu perlu dilakukan oleh manusia menjaga kerahmatan Allah SWT sebelum bumi bersumpah kepada kita melalui bencana alam. 

> Puisi Aidilfitri “Wajah-wajah Hambar Di Pagi Lebaran” dari sisi yang lain dalam kemeriahan Hari Raya yang lazim. 

> Tiga puisi moral “Di Balik Wajah Paling Suci”, “Cinta Yang Terlampau” dan “Dia, Di Sebuah Titik Hitam”; Pertama, “Di Balik Wajah paling Suci” mengingati khalayak berhati-hati daripada menjadi mangsa ‘serigala bertopeng’ di sekeliling kita. 

Kedua, “Cinta Yang Terlampau” ada mesej kerohanian di sebalik unsur moralnya; tapi kurang jelas penceritaannya, antara cinta diri yang terlampau (dalam Stanza I) untuk disepakati kepada hanya Tuhan Maha Besar (Stanza II). 

Ketiga, “Dia, Di Sebuah Titik Hitam” bergaya prosa berkisahkan laluan noda (“titik hitam”) yang tidak terubat: 


… kata suara itu, “menutup malu atau menahan dingin takkan dapat menebus lautan api yang menantimu kelak. tetaplah di titik hitammu … 

> Dua puisi tokoh “Berkunjung ke Teratak Inspirasi: mansor a.hamid” diiring lagu ‘Kau, Kawan, Sahabat & Teman’ (nyanyian kumpulan Unic) dan “BONDA”. Pertama, “Berkunjung ke Teratak Inspirasi:…” membuah pertemuan penyair dengan rakan disanjunginya iaitu penyair mansor a.hamid pada Hari raya Aidilfitri y.l. 

Kedua, “BONDA” khusus untuk ibu penyair iaitu Ku Leha pasti lebih berkesan diberi persona di bawah tajuk, tidak di dalam Pengenalan. Sebuah rakaman bernostalgia penyair-bonda ini bakal dikongsi ke anak cucu untuk memahami rutin harian ibu penyair menyara hidup sebuah keluarga – suri rumah, menorah, penjual kain batik. Penyair secara takzim dan kudus menghargai ibunya berdoa: 


Ya Ilahi!
amanahmu dijunjung bonda
melebihi apa jua
Ya Robbi!
rehatkan bondaku yang kelelahan
di taman abadimu buat selamanya 

> Puisi Timur Tengah “Di Ambang Kejatuhan Seorang Diktator” dengan teks putih berlatar merah serta foto pemimpin Libya dan perusuh mahukan perubahan juga sedutan peta Libya. Begitu adat dunia, sifat manusia (pemimpin) dalam dua alam antara dipuji (di masa suka) dan dikeji (di masa duka) (Stanza I). Selanjutnya bumi Libya di persimpangan antara kerahmatan (untuk rakyat dizalimi) ataukah mainan politik Barat (tak semestinya Amerika) (Stanza II). 

> Dua puisi anekdot “Selamat Tinggal Kemarau Panjang” dan “RAPAT PAGI (SEBUAH PENTAS SANDIWARA). Pertama, “Selamat Tinggal Kemarau Panjang” kepada kerjaya Pramusaji Diraja dan VIP (Februari 1988 – Mei 1992). Penyair merai kebebasan kepada kerjaya yang disifatkan penuh kekontangan serta noda. Ada ketakutan mencengkam: 


Terbayang jelas hujan api-Nya
dalam lintasan petunjuk
berupa sebilah jarum tajam
menusuk ke jantung hitam,
retakkan kemarau panjang. 

Kedua, “RAPAT PAGI (SEBUAH PENTAS SANDIWARA)” bergaya prosa ini sesuai untuk ditelaah para kuasawan, pentadbir, usahawan serta peminat bidang pengurusan untuk melihat warna politik pejabat. 

> Enam puisi kembara “Senja Di Teluk Nipah”, “AMERIKA, “BIN” DAN BOM”, “SUVARNABHUMI – BUMI YANG SUNUR”, “BABAK-BABAK WAYANG SILAM”, “DALAM DINGIN – TERASING”. “BIANGLALA PUNCAK BERASTAGI” (Lihat: Tema Pilihan Bulan September 2011). 

> Tiga puisi kritik sosial “Sandiwara Pemimpin Kita”, “NIKMAT DIBALAS ONAR” dan “AKU JUGA INGIN HIDUP”; Pertama, “Sandiwara Pemimpin Kita” secara jelas kisah gelagat dan serakah para pemimpin kita (termasuklah pemimpin kiri dan kanan!). Judul puisinya tidak mencalar pengertian istilah politik yang murni falsafahnya! 

Kedua, “NIKMAT DIBALAS ONAR” melihat gejala negatif peringkat global (Bangkok / Washington / Macau / Sierra Leone) pada Stanza I turut ada di negaranya – bunuh bayi, korupsi, politik kotor, kematian – dalam Stanza II. Puncanya dinyatakan penyair pada Stanza III, iaitu: 



Masjid-masjid agam berkubah emas dipenuhi hanya sepertiga saf.

Ulama dibenci, ular dan keldai diangkat memimpin negeri.

Kitab suci dan pesan nabi semuanya tersimpan di laci dan dikunci.


 

Ketiga, “AKU JUGA INGIN HIDUP” sesuai dengan berleluasa gejala pembuangan anak. Puisi ini mengingatkan saya kepada puisi “Aku Enggan Dilahirkan” (karya mokhtarahman) dan dilagu puisi oleh SAS anbakri dalam album Cinta dan Aku (terbitan eSastera Enterprise, 2011). 

> Dua puisi kekeluargaan “Terpasung Dalam Dinginmu” dan “Parut Lelaki”. Pertama, “Terpasung Dalam Dinginmu” dalam dwi bahasa Melayu/Inggeris. Sukar (Baca: Silap) ditelah mesej sama ada ‘aku’ (penyair) berinteraksi dengan ‘mu’ (siapa dia?). Hanya dibantu oleh mesej/komen penyair ianya berkaitan kehidupan suami-isteri. 

Kedua, “Parut Lelaki” dalam dwi bahasa iaitu Melayu/Inggeris kepada anak lelakinya, Muhammad Zubair Tsaqif (Eh berapa usianya?). Rakaman mesejnya berciri falsafah untuk direnungi oleh anaknya sebaik mungkin. 

> Puisi renungan “Sebuah Tanya Di Penghujung Usia” sesuai dengan ungkapan tepuk dada tanya selera! 

> Dua puisi peribadi “Gang Berujung Buntu” dan “Dendam Biru Lebam”. Pertama “Gang Berujung Buntu” berada dalam situasi lorong buntu (mungkinkah buntu fikiran!) sehingga mematah semangat juang. Stanza I telah memaklumkan puncanya, iaitu “… panahan selumbar / menjadi sayatan wasangka / meruyak luka lama”. 

Kedua, “Dendam Biru Lebam” sukar menangkap mesejnya dek ungkapan ‘di suatu sudut purba’. 

> Puisi bencana alam “JIWA MERAH PUTIH” dalam bentuk prosaik untuk negara jiran kita, Indonesia yang sering dilanda bencana seperti letusan gunung berapi dan tsunami. Sebagai umat muslim sentiasa mendoakan kerahmatan: 

Ilahi Ya Robbi. Pulangkanlah kembali, rahmat sejahtera ke bumi tetanggaku. 

> Tiga puisi perkasihan “BELATI RINDU”, “AKU JATUH CINTA LAGI” dan “Berkata Jelas’. Pertama, “BELATI RINDU” berciri konkrit melakar potret sebuah pisau. Sanya symbol belati mahu dikaitkan dengan perkasihan apatah isteri sesuatu yang mengkagetkan. Tapi itulah kerinduan tidak tahan teruji bila mana empat jam t ‘hp’ diancam oleh lowbat dan karenah pulsa! 

Kedua, “AKU JATUH CINTA LAGI” bergaya prosa tentang isteri penyair (Noriati) dengan ganti nama ‘perempuan itu/yang …’ (sebanyak 13 kali). Hebatnta rasa jatuh cinta pada 6.15 pagi @ 27 September 2011 mencapai angka 733,104,000 kali! 

Ketiga, “Berkata Jelas” bersama terjemahannya “Crystal-clear”. Puisi perkasihan ini memperkasa puisi “AKU JATUH CINTA LAGI” khusus untuk isterinya. Penyair mengimbas kenangan perkasihan lampau (“pada rindu kemarin’) bermain di minda: 


aku kehabisan tinta
dalam lemari kata
secupak kujelaskan
jadi segantang persoalan. 

> Puisi aspek perpuisian “Naga Sakti” dari ibnu din assingkiri begitu dinamik sehubungan kreativiti berpuisi, antaranya: 


Aku bisa terbang walau tanpa sayap (Baris 1, Stanza I)

Diriku bebas berekspresi (Baris 1, Stanza II)

Aku bebas melakar amarah dan ghairah (Baris 1, Stanza III) 

KRIEY 
  • “Catatan Si Peraih Malam Ajaib”, 6 September 2011

KRIEY (kini kembali ke Jordan dan sempat bersama dalam majlis Wow Raya Esastera di TTDI Kuala Lumpur) dengan puisi Ramadan “Catatan Si Peraih Malam Ajaib”. Puisi sempena Ramadan y.l. menguliti rahasia Lailatul Qadar dan tidak terlepas begitu sahaja: 


Lailatul Qadar
Tunggu aku!
Tidakkan ku kalah apa lagi menyerah dalam kelemasan cabaran mencari-Mu. 

MANSOR A.HAMID 


  • “MALAM ITU SUNYI, LAGI SAYU”, 1 September 2011 
  • “SEKELUMIT NYANYIAN SILAM”, 2 September 2011 
  • “SAJIKAN AKU SECANGKIR KOPI”, 4 September 2011 
  • “TANGGA”, 8 September 2011 
  • “SAMPAH”, 9 September 2011 
  • “BAB DEMI BAB”, 13 September 2011 
  • “MEMBACA SEBUAH LUKISAN”, 15 September 2011 
  • “ANAK BERBAJU PUTIH”, 17 September 2011 
  • “JIKA”, 21 September 2011 
  • “PESAN HUJAN”, 23 September 2011 
  • “BENDANG PAK SU”, 26 September 2011 
  • “BUAH RINDU”, 27 September 2011 
  • “ANAK SIAPAKAH ITU”, 28 September 2011 
  • “PEJUANG”, 29 September 2011

PENYAIR Kedah, mansor a.hamid membawa pelbagai tema iaitu: 

> Dua puisi nostalgia “MALAM ITU SUNYI, LAGI SAYU” dan “SEKELUMIT NYANYIAN SILAM”. Pertama, “MALAM ITU SUNYI, LAGI SAYU” lebih berkesan daripada puisi “SEKELUMIT NYANYIAN SILAM”. Lebih ringkas dan fokus apa yang mahu dipuisikan. 

Kedua, “SEKELUMIT NYANYIAN SILAM” bersarat kenangan lampau dalam perjalanan kehidupan yang panjang, dari muda ke dewasa ke tua – tidak lagi secebis atau sekelumit kenangan. 

> Puisi peribadi “SAJIKAN AKU SECANGKIR KOPI” untuk penyair menyendiri tanpa diganggu. Dia mahu berpuisi … “aku hanyalah kertas dan kalam” sepuas-puasnya dek katanya pada para terdahulu … “Aku tahu tidak seorang pun akan mengerti …”. 

> Dua puisi anekdot “SAMPAH” dan “TANGGA”. Pertama, “SAMPAH” tidak sekadar sampah sarap kotoran (dalam Stanza I). Banyak unsur ‘sampah’ dalam masyarakat kita seperti ungkapan fitnah (Stanza II), gejala rasuah (Stanza III). Secara sinis kita suka bergelumang dengan sampah: 

- Sampah seperti mainan harian, kerana semua ingin menjadi johan - 

Kedua, “TANGGA” mengisah satu sudut yang diabai iaitu tangga, sama ada kita naik dan turun; masuk dan keluar melalui pintu rumah. Bermula dari tangga jugalah: 

Langkah pertama, bermula lalu berakhir
tidak asing siang bertemu malam, ketika senja. 

> Empat puisi kemerdekaan “BAB DEMI BAB”, “MEMBACA SEBUAH LUKISAN”, “ANAK BERBAJU PUTIH” dan “PEJUANG” (Lihat: Tema Pilihan Bulan September 2011). 

> Puisi kehidupan “JIKA” tajuknya kurang puitis memapar kerahsiaan teks puisi.