PELAWAT MAYA

Monday, July 4, 2011

MENOREH KARYA PUISI e.sastera.com / Komuniti Penyair BULAN JUN 2011



MENOREH KARYA PUISI e.sastera.com / Komuniti Penyair BULAN JUN 2011

Oleh Puzi Hadi


SEPANJANG Jun 2011, sejumlah 140 puisi terpapar di e.sastera.com / Penyair (Lihat: Lampiran I) oleh 51 penyair siber Malaysia [Lihat: Lampiran II]. Bagi Jun 2011, dengan purata 4.6 buah puisi setiap hari.

Data harian bilangan puisi (Januari – Jun 2011):

HB 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31
JAN 7 6 7 5 5 3 3 3 3 3 7 5 4 4 4 5 3 6 4 4 6 4 2 4 8 6 6 7 6 8 6
FEB 6 11 8 5 6 6 8 5 6 8 6 8 7 8 9 11 10 7 8 9 5 5 4 4 2 4 4 7 - - -
MAC 4 6 7 4 9 5 8 4 3 6 1 8 1 4 3 7 4 9 6 5 8 9 3 3 7 5 4 6 4 2 5
APR 5 2 4 3 9 6 3 2 4 3 7 5 3 5 5 5 4 5 3 2 4 3 1 7 2 2 3 2 2 3 -
MEI 5 2 - 4 5 2 5 6 7 1 3 4 4 3 3 4 2 5 3 3 6 5 8 2 2 2 - 2 4 6 7
JUN 5 4 2 8 3 4 6 4 3 3 4 5 6 5 5 5 6 3 5 4 3 4 4 7 6 2 7 3 6 8 -

Data bulanan bilangan penyair, karya puisi dan purata harian karya (Januari – Jun 2011):

Tajuk JAN FEB MAC APR MEI JUN
Bil. Penyair 55 48 46 45 41 51
Bil. Karya 154 187 159 114 115 140
Purata Karya 4.9 6.6 5.1 3.8 3.7 4.6


PENGENALAN

RABU, 1 Jun 2011, portal e.sastera.com / komuniti Penyair dikunjungi oleh penyair siber, Ciung Winara Singapura (Singapura) dengan puisi “Usia Remaja” pada jam 1:18:47 AM. Dan langsung 30 hari berikutnya disinggahi 51 penyair siber dengan 140 puisi diwarnai secara kreatif dan inovatif (sama ada puisi siber dan/atau puisi siber primitif). Tirai puisi bulan Jun ditutupi oleh penyair yajuk (Kelantan) dengan puisi sensasiber “Setia Sebatang Pokok Getah” pada Khamis, 31 Jun 2011 jam 11:54:20 PM.

SEPANJANG bulan Mei ini, para penyair e.sastera tergugah dengan pelbagai peristiwa baik diri mahupun luar dirinya melalui 27 pecahan tema. Daripadanya paling menonjol ialah puisi kerohanian (22 puisi), seputar alam (17), perkasihan (13), peribadi (11), kritik sosial (9), anekdot (8), kehidupan (6), nostalgia (6), ayah dan Hari Bapa (5), protes (5), puisi dan penyair (5) serta, renungan (5). Diikuti lain-lain tema di antara satu hingga empat buah puisi sahaja. [Lihat: Senarai Tema Karya Puisi e.sastera.com / Penyair].


TEMA PILIHAN BULAN JUN 2011


PUISI KEROHANIAN dalam komuniti eSastera PENYAIR bagi Jun 2011 menguasai 22 puisi daripada 140 puisi keseluruhan (15.7 peratus). Berbanding tema seputar alam (17 buah; 12.1 peratus); perkasihan (13 buah; 9.2 peratus); dan, peribadi (11 buah; 7.8 peratus).

Seramai 14 penyair memaparkan 22 buah puisi kerohanian pelbagai topik untuk direnungi dan menghayatinya. Darinya, amran81 (1 puisi), ariselba (1), Ciung Winara Singapura (2), dr.irwan (1), eziz shukman (1), iriema (1), longhussain (1), mansor a.hamid (1), putriizzabella (2), s.iqram (6), saifun AK (1), seruling emas (1), Teratai (1) dan yajuk (1).

Daripada 22 puisi kerohanian terbahagi kepada enam topik, iaitu aspek akidah (enam buah), sembahyang (tiga), doa (tiga), kematian (dua), bulan-bulan Islam (tiga) dan kesufian (lima).

(i) AKIDAH Islamiah daripada CIUNG Winara Singapura menyajak dua puisi “CAHAYA” dan “HIDUP DALAM NAUNGAN AL-QUR’AN”; longhussain menyaji “TAUHIDIYAH”; putriizzabella dalam “Bila Iman Di Hati” dan “Sebait Tersurat”; dan, Teratai mengintai “KAU Yang Satu”.

Hanya sebuah dibicarakan iaitu puisi “KAU Yang Satu”, penyair Teratai sentiasa yakin kehadiran Ilahi dan berterkad:

Akan kulakarkan
Kasihku
Cintaku
Rinduku semuanya
Buat-Mu jua
Tiada dua dan tiganya
Kau Yang Satu. (Stanza IV)

(ii) ASPEK solat disentuh oleh amran81 dengan “Barisan Khalifah Himpunan Nazofah”; Founder dr.irwan dengan sajaknya “SEBATANG TURUS DI JALAN LURUS”; dan, s.iqram melalui “Sesudah subuh Jumaat ini”.

Karya “SEBATANG TURUS DI JALAN LURUS” garapan puisi kerohanian terbaik. Penyair dr.irwan bawa gaya nukilan mirip puisinya “Sebaris Penyair, Sepadang Penonton, Sebatalion Malaikat” (esastera, Februari 2011). Puisi “SEBATANG …” diawali sejarah arahan melaksana “Tiang ini datangnya terus dari arasy Allah” iaitu solat lima waktu kepada Nabi saw semasa peristiwa Israk Mikraj (Stanza II dan III). Kaedah bersembahyang mengikut tertibnya daripada azan, berwuduk dan bersolat (Stanza IV – IX), seterusnya tertib gerakan sembahyang (Stanza X – XII), berkaitan ritual solat harian, mingguan, tahunan dan sunat (Stanza XIII) dan rumusannya pada stanza XIV:

Sebatang turus di jalan lurus
tanda tegaknya agama yang kudus
di dalam diri, di dalam negeri.

(iii) DOA penzikiran mansor a.hamid dalam “DOA”; s.iqram dengan “Sepotong doa dan seberkas cahaya dian”; dan, seruling emas dengan “MENGETUK PINTU KATARSIS”.

Penyair seruling emas menzahir serangkap puisi prosa berupa doa dengan ayat panjang tanpa noktah di antara, dan berakhir dengan tanda baca (…). Antaranya:

… dan segala-galanya pun terbuktilah bahawa laman Islami yang kulalui ini benar-benar mewangi dengan debunga kebahagiaan dan di sinilah gua katarsis yang kudiami dengan penuh kemakmuran…

(iv) AJAL kematian adalah pasti, eziz shukman menyampai “Di Sinilah Berakhir Hayat Kita” dan, Saifun AK berkisah “Cinta Bersahadat”.

Karya “Di Sinilah Berakhir Hayat Kita” (eziz shukman) tentang kematian dalam hidup makhluk manusia (termasuk bukan manusia) sebagai iktibar kita semua:

Di sinilah berakhir hayat kita tiada guna lagi sanjungan manusia agung apabila sehelai kain putih telah membalut badan tangisan isteri, anak-anak dan saudara hanya sampai ke kubur sahaja … (Stanza I)

(v) BULAN Islam Ramadan dibawa iriema menderu nyanyian “DERUAN RAMADHAN”; Bulan Rejab dibawa masshah “Nikmat Rejab”; sambutan Israk dan Mikraj oleh s.iqram dengan “Mikraj”.

Peristiwa besar kalendar Islam antaranya ialah Israk dan Mikraj pada Jumaat, 27 Rejab, tahun ke-11 Kenabian; peristiwa spiritual Nabi saw melaksana perjalanan malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dan diangkat ke langit ke Sidratul Muntaha.

Mari ikuti intisari Mikraj tanggarapan s.iqram:

mencari rendang pepohonan taqwa untuk bertengger
sebelum ikraj ke hadirat semesta ihsan Ilahiah
mengharap janji pertemuan agung
menyingkap mukjizat rahsia makrifat. (Stanza III)

(vi) KESUFIAN daripada ariselba menabur puisi “GARAM SEGENGGAM”; s.iqram dengan tiga puisi iaitu “Inilah tasawuf…,” dan “Pada sekebun nurani” dan “maka berpesan-pesanlah”; dan yajuk mencuba deria “Kudengar Suara Daun”.

Nada sufi bawaan ariselba menemui guru tarekat (Mualim) di Mapattunggul-Rao, Sumatera Barat perlu dihayati secara cermat dan berguru serta beramal:

Anakku, kata Mualim: hidup kita bagai masin garam
Kalbu kita dijadikan Allah, bagai gelas atau danau
Dari itu kau pilih danau di kalbumu, itu qadar Allah
Redalah rezeki dari-Nya, bermunajat dan bersyukurlah (Stanza V)

Wallahualam.


PENYAIR SIBER DAN PUISI DALAM BULAN JUN 2011

AHKARIM – 1 puisi



Sdr Tadrinz (kiri) dan sdr Ahkarim tersenyum tanda gembira berkarya di esastera.com

• “PENSIONOPHOBIA”, 19 Jun 2011

KENAPA “PENSIONOPHOBIA” dan tidak sebagai ‘PENSIUNOFOBIA’ hanya cerpenis/penyair mapan Kedah, ahkarim boleh menjelaskan. Tersirat bertulis “PENSIONOPHOBIA” kerana tokoh dalam imej foto (baca: dalam puisi) menukar penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek sains dan matematik, “… walau telah kunyahkan bahasa ibu mereka” (stanza IV).

Secara khusus tajuknya membawa maksud ketakutan yang amat sangat dalam hidup selepas bersara. Tapi ianya tidak menepati dengan teks puisi yang secara khusus bercerita berkaitan si ‘dia/aku’ yang dipapar imej dalam foto iaitu seseorang daripada Perdana Menteri Malaysia yang lampau.

Penyair memeperihal setentangan duaan (binari oposisi) iaitu si pesara (dia/aku) yang,

• “terasa risau gelisah bercempera” lawan “… merasa lega berlapang dada” (dalam stanza I);
• si ‘dia’ yang “… meracau tak tentu hala …” (stanza II) lawan “’Ah, aku benar dan telus…” (stanza III);
• “aku pencipta maruah dan masa depan bangsa” lawan “melihat bodohnya bangsa yang diperbodohkannya” (stanza III).

Puisi selayak sajen (sajak jenaka) ini senada dengan karya kartun politik oleh kartunis Zunar tapi sukar ditemui dalam bentuk puisi, diterokai oleh ahkarim. Betapa jelasnya “aku mahu terus ketawa!” (stanza IV) bukanlah ahkarim tapinya ‘dia’ dalam foto yang tidak dinamakan dalam teks puisi tapi tersohor seantero Malaysia.

AINZUBAIDAH93

• “NAFASKU”, 24 Jun 2011
• “MENITI SINAR”, 24 Jun 2011

PENYAIR muda Selangor, ainzubaidah dengan puisi perkasihan “NAFASKU” dan puisi peribadi “MENITI SINAR”.

Puisi pertama, “NAFASKU” lebih bertenaga daripada puisi keduanya. Dalam puisi “MENITI SINAR” penyair boleh membuat semakan pengunaan ganti nama ‘ku/aku’ yang berlebihan untuk memantapkan penyampaian puisi; tiga (dalam stanza I), enam (stanza II), empat (stanza III), satu (stanza IV) dan, tiga (stanza V). Begitu juga singkatan perkataan ala bahasa SMS seperti ‘yg’ (stanza III) dan ‘dr-Mu’ (stanza IV). Malah lebih berhati-hati aspek ejaan yang betul (cuba penyair menatap semula puisinya).

AIRMAS_SZ – 2 puisi



Sdr Airmas memiliki bakat besar dalam penghasilan Lagu Puisi

• “Dinding”, 11 Jun 2011
• “Sajak orang darah tinggi”, 29 Jun 2011

PENGALAMAN perit (?) di hospital, penyanyi lagu puisi dan penyair dari Perak, airmas_sz dengan puisi keras “Dinding”. Ada keresahan menikam mindanya menyukar untuk menikmati puisi berbaur pelbagai imej luaran sehingga semangat dinding hanya berada pada baris 1 stanza I (iaitu “dinding ini”) dengan baris akhir stanza IV (iaitu “menerajang dinding itu”).

Menikmatinya puisi harus dibaca setiap barisnya berdiri sendiri. Misalnya pada stanza I, perlu dirasai semangatnya sebagai: dinding ini / penuh dengan lalu // (dinding ini) manusia lalang // (dinding ini) kita penumpang”. Mula lancar pada stanza-stanza berikutnya.

Bagaimanapun stanza II turut menyulitkan dek imej dan diksi yang beragam – pengemis / dosa noda / buih-buih / benua / cinta / -Nya. Betapa sukar pula memahami karektar sebenar antara – kita / sayang / aku / kamu. Tapi saya suka turutan ayat pada stanza IV:

setelah tewas
telah tewas
tewas …

PUISI keduanya “Sajak orang darah tinggi” ada kritikan tajam antara ‘Engkau/kau/kamu’ (Stanza I, III dan IV) dan ‘kami’ (Stanza II, III dan IV) sebagai “dunia kita berbeza” (Baris 5, Stanza I). Siapakah orang darah tinggi? Meleset, bukannya pesakit darah tinggi tapinya orang berdarjat tinggi:

Engkau sudah terlalu lama tertawan di atas awan
sering kau lupa pada rasa tanah (Stanza I)
kami ini anak anak kecil terlalu tinggi memandangmu

tak pernah kamu mahu mengerti kami di sini (Stanza III)
kamu pentingkan kapitalis memeras keringat kami (Stanza IV)

ALYSSA EZZURA – 1 puisi

• “SYAIR MAWAR BERDURI”, 30 Jun 2011

TAHNIAH buat warga penyair baru, alyssa ezzura (Selangor) dengan puisinya “SYAIR MAWAR BERDURI”.

Persembahan bercorak syair ini sesuai dipindahkan ke komuniti Sastera tradisional. Seperkara lagi tidak perlu berhuruf besar untuk keseluruhan teks puisinya.

AMRAN81 – 2 puisi



Sdr Amran kerap mengambil bahagian dalam segmen persembahan Grup Lagu Puisi esastera, dan katanya dia akan terus memajukan diri dalam acara deklamasi dan nyanyian lagu puisi.


• “Rimbun Bersih”, 30 Jun 2011
• “Barisan Khalifah Himpunan nazolah”, 30 Jun 2011;

PENYANYI Kumpulan Lagu Puisi E-Sastera, amran81 (Kuala Lumpur) dengan dua puisi iaitu puisi patriotisme Melayu dalam “Rimbun Bersih” dalam lima stanza dengan naratif yang menarik. Ada sinis kritik sosial bila orang Melayu kini berdilema:

Angin sepoi-sepoi bahasa Hang Tuah berlagu pilu
daun-daun sejarah Salatus Salatin berguguran menyembah bumi bertuah
redup pilu damai peribadi
bergadai budi diwarisi terus berbakti
pada tanah pusaka bercambah tunas perjuangan
rela Melayu demi parasit
rela Melayu demi kesetiaan
rela Melayu demi kuasawan. (dalam Stanza III)

Kedua, puisi “Barisan Khalifah Himpunan Nazofah”. (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

SAS ANBAKRI – 1 puisi


Sdr Anbakri teguh bersama esastera dan kata beliau, "Saya sentiasa bersandar di esastera. Bangun atau duduk, mahupun berbaring, saya bersama esastera."

• “BERCINTAKAH DIA?”, 26 Jun 2011

SAS anbakri (Kelantan) melontar tanya “BERCINTAKAH DIA?”. Ramai teruja dengan ketrampilan stail anbakri berpuisi (dan berlagu puisi) dek kedalaman pemikirannya. Izinkan saya mengedit puisi yang sedia kuat untuk tampak lebih indah bila tercetak ke dalam antologi puisi (rujuk tambahan dalam kurungan):

Sekemas itu(kah) kasihnya? (Baris 2, Stanza I)
seakrab itu(kah) janjinya? (B 4, S I)
digegar(kah) riben jingga? (B 2, S III)
ditabur setangg(i) (B 4, S IV)
siap(kah) berkepak? (B 4, S V)
bukankah cinta berbelikat(?) (B 2, S VI)

ARISELBA – 5 puisi

• “GARAM SEGENGGAM”, 5 Jun 2011
• “AWAK-AWAK LAUT DALAM”, 12 Jun 2011
• “PEMBURU SAJAK”, 15 Jun 2011
• “BULAN GERHANA PENUH”, 16 Jun 2011
• “AKU DALAM SAJAK 20”, 19 Jun 2011

PENYAIR mapan, ariselba (Pahang) dengan lima puisi, iaitu puisi kerohanian “GARAM SEGENGGAM” (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

PUISI protes “AWAK-AWAK LAUT DALAM” melayari kesempitan hidup nelayan 100 bot laut dalam di pantai Balok bermogok tiga hari. Isunya kenaikan 60 sen harga diesel RM1.20 kepada RM1.80 (dalam stanza I). Mogok itu tindakan para tauke nelayan laut dalam untuk perhatian pihak kerajaan; akibatnya nelayan terpaksa memukat di pantai (bersama penyair memancing ikan!) tanpa mendapat hasilnya (Stanza II). Para nelayan dirundung malang itu hanya mampu ditilik penyair (Stanza III):

Aku di pantai merenung jauh laut kosong
Helang pantai melayah rendah, mencari
Anak ikan buluh tidak lagi bermain buih petang

KREATIVITI ariselba berpuisi selama 40 tahun tersimpul pada stanza II dalam “PEMBURU SAJAK”:

Empat puluh tahun berteman sunyi
Memburu kata dengan rakus sekali
Aku pemburu sajak mata kata menyala
Menganyam gelombang dalam dada
Menjinaki taufan dalam kepala
Menjernihkan hati daripada pancaroba dunia

PUISI alam “BULAN GERHANA PENUH” oleh ariselba lebih padat hanya empat stanza dengan dua baris setiap rangkapnya. Lebih fokus kepada kejadian gerhana penuh tanpa kemasukan unsur-unsur luaran mahupun unsur dalaman penyair.

SEMPENA Hari Bapa dan bersifat kekeluargaan, puisi “AKU DALAM SAJAK 20” bergaya puisi prosa merungkai sisi menarik salasilah sebuah ‘kulawarga’ besar daripada moyangnya Ibrahim al-Rawi, datuknya Jaafar al-Rawi dan, ayahnya Lebai Ahmad (dalam stanza I). Turun sehingga kepada penyairnya, ariselba (kini 58 tahun) mempunyai tujuh anak dan lima cucu (Stanza II). Selanjutnya persembahan menarik berupa dialog antara penyair dengan gurunya berkaitan tanggungjawab seorang ayah.

AZMI RAHMAN – 6 puisi

• “CINTA; TUTY TIDAK BERDUSTA”, 14 Jun 2011
• “SEMUANYA MAHU MENYONSANG”, 15 Jun 2011
• “HANTU DI NEGERI WAILOL”, 20 Jun 2011
• “LANDSKAP USIA DALAM FRAGMEN SUNGAI DIRI”, 22 Jun 2011
• “AKAR POHON SUARA”, 28 Jun 2011
• “WAHAI”, 30 Jun 2011

ENAM puisi penyair APAS 2010, azmi rahman (Kedah) iaitu puisi perkasihan “CINTA; TUTY TIDAK BERDUSTA”; tiga puisi kritik sosial “SEMUANYA MAHU MENYONGSANG”, “HANTU DI NEGERI WAILOL” dan “AKAR POHON SUARA”; puisi peribadi “LANDSKAP USIA DALAM FRAGMEN SUNGAI DIRI”; dan, aspek puisi/penyair “WAHAI”.
Puisi-puisi nukilan azmi rahman berciri prose poem yang deskriptif dan naratif penceritaannya. Ini memerlukan ketajaman daya deria dan pemikiran tinggi untuk menghubungkait pelbagai unsur luaran/dalaman secara teliti dan berfokus. Seharusnya menjadi contoh untuk dipelajari selok belok perpuisian prose poem yang sewajarnya.

HANYA tiga puisi ingin saya sentuhi iaitu “LANDSKAP USIA DALAM FRAGMEN SUNGAI DIRI”, “AKAR POHON SUARA” dan “WAHAI”.

Puisi pertama “LANDSKAP…” mempunyai 11 paragraf yang setiapnya didahului: “Usia membenih … / Usia tumbuh … / Usia menjadi … / Usia berterusan … / Usia diam … / Usia masih … / Usia tumbuh … / Usia menjalar … / Usia menyepi … / Usia mengalir … / Usia pasti …”. Tiap paragrafnya ada anjakan transformasi makna kehidupan penyair sedari alam rahim ibu (Stanza I), remaja (Stanza II) dan dewasa (S III).

Seterusnya liku-liku kehidupan seorang manusia yang rencam ini sama ada bersifat kejiwaan dan kehidupan luaran. Landskap kehidupan biasanya menuju sebuah perhentian ke tanah jasad (Stanza X dan XI). Penyair mengambilunsur alam iaitu sungai sebagai pengkisahan landskap hidupnya, dengan pemilihan diksi yang bersesuaian: “berenang / sungai / air / lumpur / arus / muara / batu-batu berlumut / mengalir / tanah”. Turut diselitkan unsur alam sekitaran iaitu tumbuhan (Stanza II dan III).

KEDUA, serangkap paragraf “AKAR POHON SUARA” berupa kritik kepolitikan berkaitan hak bersuara. Gaya bahasa tersirat dengan jahitan diksi berunsur alam tumbuhan memenuhi teks puisi: “benih / pohon / pucuk / duri / daunan / akar / bunga / ranting / dahan”.Kebangkitan rakyat – pohon-pohon suara / akar diam / akar berbicara / akar peribadi / akar berakar. Namun ianya mendepani tantangan sang penguasa.yang memusnahkan dek andaian yang keliru:

… bunga-bunga busuk dikecai-kecaikan oleh tangan resah gelidah. Ranting dan dahan yang rapuh dipatah-patahkan oleh tangan rakus. // dahan-dahan yang mengganggu lalu lintas dicantas”.

KETIGA, “WAHAI” bermirip dengan “LANDSKAP…” bila lapan paragrafnya dimulai: “Wahai hati … / Wahai penyajak … / Wahai kawan … / Wahai suara … / Wahai malam … / Wahai orang di langit … / Wahai orang di tanah … / Wahai sajak …”. Penyair sebagai memberi pesan – hati, penyajak, kawan, suara, malam, orang di langit, orang di tanah dan sajak – seharusnya bagaimana! Hanya orang yang arif berani memberi pesan sebegini.

BRIRASA – 3 puisi



Percubaan Sdr Brirasa dalam mengangkat sastera siber di persada puisi tanah air, selalu tidak menghampakan

• “Hipotesa Seorang Lelaki Tua Terhadap Anak Muda”, 1 Jun 2011
• “Lelaki Melayu Dan Jam”, 14 Jun 2011
• “Di Klinik Haiwan, Hari Itu”, 22 Jun 2011

PENYAIR brirasa (Kedah) berkarya tiga puisi iaitu merai Hari Belia dengan puisi “Hipotesa Seorang Lelaki Tua Terhadap Anak Muda”; puisi anekdot “Lelaki Melayu Dan Jam”; dan, puisi kisah binatang “Di Klinik Haiwan, Hari Itu”.

SESUAI dengan perayaan Hari Belia Negara 2011 (27-29 Mei yang lalu), brirasa beri sudut pandang berbeza dalam “Hipotesa Seorang Lelaki Tua Terhadap Anak Muda”:

Hidup ini bukan sekadar
catatan ilusi di papan iklan
cantik hiasan warna warninya
menggoda nafsu
untuk satu waktu
dipuja dan digilai,

tapi brirasa berpesan:

Cuba menjadi sehelai daun
hijau dipandangan
bening menadah titis embun
tega dibakar matahari

DALAM “Lelaki Melayu Dan Jam” ada sesuatu mahu diketengah perihal ‘jam Melayu’ (“tanda aras kehodohan sebuah janji”) dek tidak menepati temu janji (dalam stanza III); berbanding kesetiaan sebuah jam dan mekanisme yang tepat putarannya (stanza I dan II).

KITA dibawa berkongsi prosedur kembiri haiwan (atau kasi) dalam “Di Klinik Haiwan, Hari Itu”. Ada unsure dramatiknya, Peggy (anjing jantan) yang siap untuk dikembirikan (Stanza I) tiba-tiba membantah kepada doktor haiwan (!) enggan dikembirikan; sebaliknya mahu ditukar menjadi kucing iaitu Katty. Tersiratnya: Lelaki menjadi wanita! Puisi ini sesuai berkategori sajen (sajak jenaka).

CIUNG WINARA SINGAPURA – 7 puisi




Sdr Ciung Winara teguh bersama esastera dalam santai atau sibuk kerja beliau di Singapura

• “Usia Remaja”, 1 Jun 2011
• “CAHAYA”, 2 Jun 2011
• “ANGIN MALAM DARI SUATU KERAHSIAAN”, 3 Jun 2011
• “TANGISAN DI KAMAR HATI”, 4 Jun 2011
• “SUARA CINTA DAMAI”, 6 Jun 2011
• “SUARA CINTA DAMAI” (versi 2), 8 Jun 2011
• “HIDUP DALAM NAUNGAN AL-QUR’AN”, 9 Jun 2011

CIUNG Winara Singapura (Singapura) penyair/penyanyi lagu puisi dengan tujuh puisi didahului puisi isu para belia “Usia Remaja”. Diikuti dua puisi kerohanian “CAHAYA” dalam dua versi (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

PERKASIHAN dalam “ANGIN MALAM DARI SUATU KERAHSIAAN” begitu melankolis. Memadai judulnya sebagai “DARI SUATU KERAHSIAN” tanpa ‘angin malam’ hanya muncul di baris 1, stanza I; apatah muncul baris “di bawah mentari mula bersinar” (Baris 2, Stanza III).

RATAPAN kehidupan “TANGISAN DI KAMAR HATI” berpenuh penderitaan seseorang yang berterusan hanya mampu menangisinya. Penyair muncul pada stanza IV menasihati agar si dia pasrah kepada Tuhan.

RASA kemanusiaan “SUARA CINTA DAMAI” dalam dua versi iaitu 6 Jun 2011 dan 8 Jun 2011. Versi kedua selepas pembetulan tampak lebih berkesan penyampaiannya. Mesej menarik bersifat sejagat mengimpikan:

Dunia yang senyum kita miliki
di mana perdamaian persaudaraan
menjadi lambing abadi.

Puisi kerohanian “HIDUP DALAM NAUNGAN AL-QUR’AN” (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

DAHNA – 2 puisi




Sdri Dahna (kiri) bersama sdri Nordarus ceria berkarya di esastera dan pada 16-21 Julai 2011 mereka akan menyertai esastera dalam acara sastera di Palembang

• “SEPI”, 10 Jun 2011
• “BUNTU”, 27 Jun 2011

ANAK Terengganu kini di Kedah DAHNA dengan puisi peribadi bertajuk mudah “SEPI” tapi sukar menemui rasa kesepiannya. Tak pasti keperluan menukar judulnya agar menepati teks puisi.

Penyair (aku) dalam puisi berkeadaan gelisah – rindu merusuh / nanar geloraku (dalam stanza I) // nafasku berputar sesak / -cemas-lemah-lemas- (stanza II) // tangisku / membakari / api semangatku (stanza III). Sehingga sukar dikaitkan teks dengan judulnya secara langsung.

Puisi kedua, “BUNTU” ada percubaan pelbagai struktur: gaya prosa (Stanza I, II dan V) dan gaya biasa (stanza III dan IV). Susunan diksi menarik dengan turutan konsonan pada stanza I (…hitam / …menikam / …pulang / …-awang) dan stanza II (…roh / …bergemuruh / …bergetar / …gusar):

Saujana padang hitam, duri resah menikam, hilang jalan pulang, aku terawang-
awang. (Stanza I)

Berselerak gumpalan roh, alur darah bergemuruh, nadi dan urat bergetar, sungguh aku terdampar gusar. (Stanza II)

DR.IRWAN – 1 puisi



Drirwan sedang mendeklamasi puisi dari buku Seribu Seratus Ekar Puisi

• “SEBATANG TUBUH DI JALAN LURUS”, 24 Jun 2011

IRWAN Abu Bakar, founder e.sastera lebih mesranya dr.irwan menghadiahi kita puisi kerohanian “SEBATANG TUBUH DI JALAN LURUS” (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

DURATUL KAMIL – 1 puisi

• “Sambutan yang Kunantikan”, 28 Jun 2011

TAHNIAH untuk penyair muda Perak, duratul kamil menjadi warga eSastera. Puisi perkasihan “Sambutan yang Kunantikan” membayang kepenyairan yang boleh dicanai dalam masa singkat. Puisi prosa ini enak dibaca bergaya baca cerpen dengan adanya unsur kejutan di penghujung puisinya.

EZIZ SHUKMAN – 6 puisi



Sdr Eziz tetap memilih esastera sebagai medan berkarya beliau

• ”Gagasan Sejuta Harapan Bangsa”, 4 Jun 2011
• “Bacalah Fahrasat Hatimu”, 13 Jun 2011
• “Pimpinlah tangan kami Wahai Ayahbonda!”, 17 Jun 2011
• “Selamat Tinggal Tanjung Pagar”, 18 Jun 2011
• “FLOTILLA”, 20 Jun 2011
• “Di Sinilah Berakhir Hayat Kita”, 21 Jun 2011

PENYAIR Selangor, eziz shukman dengan enam puisi diawali puisi merai Hari Belia Negara pada Mei lalu melalui “Gagasan Sejuta Harapan” bernada patriotik. Kini belia Malaysia menjangkau jumlah 11.5 juta (sumber akhbar); turut dikenali sebagai generasi Y merujuk yang lahir selepas 1980 dan di bawah usia 30 tahun merangkumi 40 peratus penduduk negara ini (Sumber akhbar).

Puisi eziz shukman “Gagasan…” sesuai dibaca bagi mengobar semangat anak muda dengan menyuntik ungkapan bertenaga:

biarpun onak dan lautan ganas merempuh benteng juang ini (Baris 3, Stanza I)
biarpun tsunami kuning bergerak dari Barat (B 3, S II)
Biarpun kapalmu ditembak berjuta kali dari setiap sudutnya (B 1, S III)

FAHARASAT atau ‘fahrasat’ yang betul bagi puisi “Bacalah Fahrasat Hatimu”. Penyair tidak mahu tertipu lagi dalam melayari perkasihan (Stanza I). Seterusnya saya sukar menikmati puisi dek imej yang pelbagai untuk diserasi pemahamannya. PUISI Hari Bapa “Pimpinlah Tangan Kami Wahai Ayahbonda” lebih mudah didekati berbanding “Bacalah…”.

PENUTUPAN stesyen kereta api di Singapura “Selamat Tinggal Tanjung Pagar” menjadi dokumen penting peta puisi Malaysia. Sejak 1932, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di Stesen Tanjong Pagar dan Stesen Bukit Timah di Singapura selama 79 tahun. Kerajaan Malaysia bersetuju menyerah tapak dua stesyen itu kepada Singapura mulai 1 Julai 2011. Penyair mengucap nostalgia selamat tinggal terakhirnya dengan mengumpul pelbagai nostalgia.

ISU bantuan kemanusiaan antarabangsa untuk rakyat Palestin di Gaza kembali hangat dengan siri kedua pelayaran flotilla pada Jun 2011. Penyair merakam puisi “FLOTILLA” tanpa menyatakan maklumat Gaza dan Palestin. Secara peribadi tajuknya perlu diubah suai lebih spesifik, contoh ‘FLOTILLA II GAZA’.

Terakhir, puisi kerohanian “Di Sinilah Berakhir Hayat Kita” (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

HAIZAMOLEK – 8 puisi

• “Layu Retorik”, 8 Jun 2011
• “Nostalgia Di Tangga”, 12 Jun 2011
• “Rentak Membaham”, 13 Jun 2011
• “Tiang Kayu Usang”, 17 Jun 2011
• “Jubah Terjahit Cacat”, 18 Jun 2011
• “Dalam Gentar Menurut Menyusur”, 21 Jun 2011
• “Cili Api”, 27 Jun 2011
• “Unggun”, 29 Jun 2011

DARIPADA enam puisi, penyair Haizamolek (Selangor) menyampai tiga puisi protes “Layu Retorik” dengan isu dua pihak (kerajaan dan pembangkang) berbicara tentang negara berkebajikan. Penyair melihat dari sudut rakyat marhaen.; “Rentak Membaham” membawa prosa aksi dua strata antara ‘si kerdil jelata’ dengan ‘persada’ dengan kisah kejahilan menjijikkan.

Dan protes “Unggun” bernada keras lewat kata-kata: “Membara .. / membahang … / menyala… / terpanggang… / memanggang…” dalam membicara isu semasa iaitu Bersih 2.0 (berdasar lampiran foto) sehingga secara ironi menantikan:

Sayup-sayup kedengaran, katak busuk, lagi kotok, jijik berpuru, terlompat-lompat, memanggil hujan (dalam Stanza III)

Puisi nostalgia “Nostalgia Di Tangga” sebagai imbauan penyair tahun 2010 yang berlalu (tahun persaraannya). Dia masuk alam baru, antaranya:

… berbekal bersapa di siber, coret-coretan aku dek terasa, membaca aku rasa mereka, menghayati menumpang, diam tak diam terasa kemesraan itu.

KEHIDUPAN bertani “Tiang Kayu Usang” dengan berkebun (Stanza I) berdepan pula masalah banjir (Stanza II) dan kemarau (Stanza III) tidak mematahkan semangat bergotong-royong (Stanza IV).

DUA puisi kritik sosial “Jubah Terjahit Cacat” berkaitan pakaian jubah dengan pelbagai warna kegunaan dan sindiran; dan “Cili Api” didahului baris pertama sebagai rumusan teks puisinya dengan ayat ‘Cili api ubat pencarut’, makanya memahami puisi harus kembali kepada maksud baris pertamanya.

KEPOLITIKAN “Dalam Gentar Menurut Menyusur” mengajak khalayak merenung situasi dalaman negara yang boleh “Berubah, bertukar …” (Stanza I) dengan “… ingat-ingat yang bulat, tunggu-tunggu guliran pula, sebelum bulan mengambang jaya.” (Stanza III). Apapun: “Tenung-tenung sebelum terlambat.” (Stanza IV).

HASIMAH – 1 puisi

• “Sekalian Jalan Penulisan Bermula Dengan Puisi di Tangan”, 27 Jun 2011

PENYAIR has1mah (Kuala Lumpur) menyajikan perihal puisi dalam “Sekalian jalan Penulisan Bermula Dengan Puisi di Tangan”.

Puisi bulan Jun ini, seramai lima puisi sekitar proses menulis puisi iaitu ariselba “PEMBURU SAJAK” (oleh ariselba), “WAHAI” (azmi rahman), “Sekalian Jalan Penulisan Bermula Dengan Puisi Di Tangan” (has1mah), “DIARI SEBUAH SAJAK” dan “SAJAK DALAM SANJAK” (mansor a.hamid).

Puisi has1mah membawa suasana berbeza proses kreativiti dilaluinya iaitu kadang kala rasa rajuk serta sorong tarik antara berpuisi dengan tidak, tapi berpuisi itu mengatasi segalanya:

Rajuk puisi di tangan (Baris 1, Stanza I)

berubah kepada:

Rajuk menipis. puisi memaafkan (B 1, S III)
Rajuk mengundur. di hati ada senyuman. (B 1, S V)

Ada iktibar dalam berpuisi:

Hidup adalah memerhati, mendengar, hidu dan rasa
sekalian jalan penulisan, dengan puisi di tangan bermula
seperti perzikiran memuji keindahan
haruskah berhenti? (dalam Stanza IV)

IJAMALA – 1 puisi

• “ABADI KE NEGERI SATU”, 12 Jun 2011

IJAMALA (Selangor) merakam puisi gemulah “ABADI KE NEGERI SATU” atas pemergian penyair muda Perak iaitu Amirul Fakir buat selamanya – ke negeri satu – sekian lama, “resah dulu berselimut diri / derita dari alpa perjalanan / pasrah dalam resah”.

Amirul Fakir (nama sebenarnya Amiruddin Hussin) berasal dari Ipoh, Perak lahir pada 8 April 1967 dan kembali ke negeri abadi pada 10 Jun 2011 dalam usia 44 tahun. Dua esei mengenainya, “Belasungkawa Amirul Fakir” oleh Raja Ahmad Aminullah (Mingguan Malaysia – 19 Jun 2011: 18) dan “Meneroka puisi Amirul Fakir” (Mingguan Malaysia – 1 Ogos 2010: 20). Al-Fatihah.

IRIEMA – 1 puisi

• “DERUAN RAMADHAN”, 28 Jun 2011

PENYAIR Sarawak (?), iriema dulunya belajar di UitM Puncak Alam denfan sajaknya “DERUAN RAMADHAN” (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

JEBAT SARAWAK – 5 puisi

• “Sepetang di Jalan Alor”, 14 Jun 2011
• “Pesanan Sang Angin”, 15 Jun 2011
• “Selamat Pagi Puteriku”, 16 Jun 2011
• “Syair Anak Derhaka”, 17 Jun 2011
• “Malam dan Bulan”, 21 Jun 2011

LIMA puisi Sarawak oleh penyair Jebat Sarawak dimulai rasa nostalgia “Sepetang di Jalan Alor” iaitu di Jalan Alor (Kuching, Sarawak?).

SEPUTAR alam “Pesanan Sang Angin” dengan kisah si angin malam; dan “Malam dan Bulan” tentang ruang malam dan bulan.

KEKELUARGAAN “Selamat Pagi Puterku” dengan pesanan motivasi kepada anak mendepani hidup dengan adunan unsur alam; dan, Hari Bapa melalui “Syair Anak Derhaka” rasa rendah diri dan pasrah kepada bapanya.

Jebat Sarawak memberi animasi menarik teks puisi dalam foto dinamik pada sajak-sajak “Sepetang di Jalan Alor”, “Pesanan Sang Angin” dan “Selamat Pagi Puteriku”.

KABLAM_22 – 1 puisi




Sdri Kablam bagai bunga matahari di esastera.

• “DARI SUARA SEBUAH LUKA”, 30 Jun 2011

AKTIVIS E-Sastera, kablam_22 (Kuala Lumpur) meluah suara luka via “DARI SUARA SEBUAH LUKA”. Puisi difahami berserta foto perhimpunan Bersih sekali gus berkait rapat dengan perhimpunan Bersih 2.0 (Sumber PDRM: Perhimpunan haram!) akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.

Puisi protes dan kritik sosial sebegini sentiasa menggugah penyair Malaysia sekian lama. Antaranya peristiwa pra-merdeka iaitu menentang gagasan Malayan Union cuba menghapus kuasa Raja-Raja Melayu dan kesamarataan rakyat Malaya waktu itu; isu kedaulatan Bahasa Melayu lewat antologi Keranda 152 dan isu tanah dalam antologi Teluk Gong; seterusnya pelbagai isu sosial dipertikai rakyat yang peka pada hak mereka. Kini di alaf ketiga pelbagai isu dalaman dan luar negara meruntun hati nurani para penyair tanah air.

Puisi kablam_22 “DARI SUARA SEBUAH LUKA” tidak berkhutbah serta tidak didaktik tapi meluahkan rasa dalaman hatinya via puisi protes penuh tersirat. Puisi ini berpihak kepada perulangan iaitu ‘jeritan’ dan ‘jerut’ kepada ‘suara sebuah luka’ yang:

jeritan-jeritan yang disekat (Baris 2, Stanza I)

jeritan-jeritan yang dibebas (B 2, S II)

dijerit pilu
dijerut kelu (B 2 dan 3, S III)

dijerit ragu
di jerut dungu (B 5 dan 6, S III)

jeritan-jeritan yang disekat (B 2, S IV)

jeritan-jeritan yang dibebas (B 4, S IV)

dijerit pilu
di jerut kuasa (B 2 dan 3, S V)

di jerit ragu
di jerut dosa (B 5 dan, S V)

Puisi ini turut bermain kata-kata, perulangan antara ‘luka’ dan ‘leka’ bertujuan menghindar klise sambil memperkuat penyampaiannya sekali gus enak dilagu puisi:

Dari suara sebuah luka (Baris 1, Stanza I)
Dari sebuah leka (B 1, S II)
Terus yang luka (B 1, S III)
terus yang luka (B 4, S III)
Dari suara sebuah luka (B 1, S IV)
Terus yang luka (B 1, S V)
terus yang leka (B 4, S V)

KHALIL ZAINI –1 puisi


Sdr Khalil Zaini bersih berkarya dengan kreatifnya di esastera

• “DAN KAU MEMANG BERTUAH”, 12 Jun 2011

KHALIL Zaini (Kuala Lumpur) menguliti tokoh sejarah lampau dalam puisi “DAN KAU MEMANG BERTUAH” yang diselitkan lukisan pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat (?).

Memahaminya secara kontekstual bukannya strukturalis kerana berkaitan unsure luaran iaitu sejarah Melaka yang lampau. Menariknya puisi ini menghubungkait era semasa penyair bagi memahami watak berpenuh tuahnya tokoh pahlawan Melayu, Hang Tuah.

Rasa hebat dan luar biasa kepada Hang Tuah (ditulisnya hanya sebagai ‘Tuah’) dengan penegasan aksara ‘tuah’:

sungguh bertuah kau, Tuah! (Baris 4, Stanza I)
mencambahkan benih tuahmu, Tuah! (B4, SII)
namun dialah yang menuahkanmu, Tuah! (B4, SIII)
bertuahnya kau kerana tidak mati, Tuah! (B4, SIV)
dalam cereka ketuahan mereka, Tuah! (B4, SV)
dan kau memang bertuah, Tuah! (B3, SVII)

Biarpun peribadi Hang Tuah sering dipertikai riwayat oleh para sarjana dunia (!) dengan kajian ilmiah mereka, betapanya ‘Tuah’ berwajah hitam-putih – kewujudanmu / keperkasaanmu / kecerdikanmu / kecinaanmu / keperempuananmu / kehomoseksualanmu.

LONGHUSSAIN – 1 puisi

• “TAUHIDIYAH”, 25 Jun 2011

PENYAIR Kedah, longhussain dengan puisi kerohanian “TAUHIDIYAH”. (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

MAHMUD ALIAS – 1 puisi

• “SETANDAN KELAPA MALAYSIA”, 7 Jun 2011

PENYAIR Kedah, MAHMUD ALIAS dengan puisi anekdot “SETANSAN KELAPA MALAYSIA”. Struktur puisinya teks tengah (center text) mempunyai tanda baca koma (,) pada setiap akhir baris, yang boleh ditiadakan.

Puisi anekdot berunsur humor kepada politik semasa 1Malaysia dengan latar teks mengambil – sepohon kelapa … / … tandan sulung … / tempurung kelapa – melalui watak nujum. Segalanya berakhir seperti sedia maklum iaitu tempurung untuk pelbagai guna melalui anafora ‘tempurung dijadikan…’ (dalam stanza III):

Tempurung dijadikan bekas hidangan anjing,
Tempurung dijadikan senduk,
Tempurung dijadikan pembasih kaki,
Tempurung dijadikan hiasan para kraf,
Itulah hasil setandan tempurung kelapa.

MANSOR A.HAMID – 14 puisi



Sdr Mansor A.Hamid sedang berkata-kata tentang sastera dan para hadirin tekun mendengarnya. "Di esastera saya berkarya, dan saya pilih esastera.com untuk saya berkarya," kata beliau.

• “TENTANG KAMPUNGKU”, 1 Jun 2011
• “LIAR”, 4 Jun 2011
• “TENTANG MALAM”, 6 Jun 2011
• “TENTANG MATAHARI”, 7 Jun 2011
• “DIARI SEBUAH SAJAK”, 10 Jun 2011
• “MANIS-MANIS RINDU”, 11 Jun 2011
• “NYANYI SUNYI”, 13 Jun 2011
• “SETIAP KALI AKU MELIHAT API”, 15 Jun 2011
• “AKU, MALAM DAN SIANG”, 16 Jun 2011
• “SAWAH SEKANGKANG KERA”, 18 Jun 2011
• “SAJAK DALAM SANJAK”, 23 Jun 2011
• “DOA”, 24 Jun 2011
• “PERNAHKAH KAU DENGAR”, 27 Jun 2011
• “RESAH ITU AKU ADALAH WAKTU”, 29 Jun 2011

MANSOR a.hamid (Kedah) dalam 14 puisi prosa iaitu:

> Menghimbau nostalgia “TENTANG KAMPUNGKU” mengisahkan rumah, adat susila, ibu ayah dan rakan-rakan, surau, pusara, binatang ternakan, alam dan penyair sendiri.

> Membuai empat renungan “LIAR” selepas terjaga dari tidur diselimuti kegelisahan; Puisi “MANIS-MANIS RINDU” tiada rasa nikmat rindun, sebaliknya tekanan menekan; Judul “NYANYI SUNYI” begitu mengganggu dek judul bersamaan antogi sajak Nyanyi Sunyi (1937) penyair tersohor Pujangga Baru, Indonesia, Amir Hamzah (1911-1946); dan “SETIAP KALI AKU MELIHAT API” sebuah renungan yang baik di mana ‘api’ punya makna dan peran psikologi kepada manusia.

> Empat puisi alam “TENTANG MALAM” bersabit kerohanian penyair-malam diadun baik seperti mana puisi “SETIAP KALI AKU MELIHAT API”; “TENTANG MATAHARI” yang mencerah dan menceria kehidupan alam bumi; “AKU, MALAM DAN SIANG” interaksi tiga segi iaitu penyair-malam-siang; dan “PERNAHKAH KAU DENGAR” tentang pelbagai unsur alam – malam (Stanza I dan II), siang (Stanza III), daratan dan haiwan (Stanza IV). Tajuknya menyatakan “PERNAHKAH KAU…” tapi stanza I tentang “Aku lihat langit malam…” dan diikuti stanza II sebagai “Engkau enggan mendengar…” boleh mengelirukan pembaca.

> Dua kisah puisi “DIARI SEBUAH SANJAK” bagaimana dia berpuisi dengan harapan “mahu merenjis kedamaian.” (Stanza V); dan “SAJAK DALAM SANJAK” antara idea dan ilham untuk berpuisi.

> Sambutan Hari Bapa “SAWAH SEKANGKANG KERA” punya mesej menarik dan semangat yang sama seperti mana ariselba dalam “AKU DALAM SAJAK 20”.

> Puisi kerohanian “DOA” (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

> Puisi peribadi “RESAH ITU AKU ADALAH WAKTU” merenung hidup di hujung julai penuh gelisah antara mengekori jam waktu (Stanza I) atau membiar ia berlalu (Stanza III).

MASSHAH – 2 puisi

• “Bukan sasterawan…bukan ahli politik”, 29 Jun 2011
• “Nikmat Rejab”, 30 Jun 2011

SELAMAT datang ke esastera, masshah (Selangor) membawa dua puisi anekdot “Bukan sasterawan…bukan ahli politik”. Puisi pertama menggambar dua emosi dalaman penyair (sasterawan dan ahli politik) bersifat paduan iaitu – “Saling mengerti / saling memahami / Saling menyayangi”. Ini fitrah semula jadi manusia mendambakan hatinya kepada sastera dan politik, biar pun dirinya bukan sasterawan dan ahli politik. Huruf besar di awal setiap baris tidak diperlukan kecuali digubah secara berkesan dan berperanan.

Kedua, puisi kerohanian “Nikmat Rejab” (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

MOHD HANIFF – 2 puisi

• “RINTIH MAHASISWA POLITIK”, 13 Jun 2011
• “KEK EKSKLUSIF”, 13 Jun 2011

PELAJAR Universiti Utara Malaysia, Sintok iaitu MOHD HANIFF dengan puisi pendek “RINTIH MAHASISWA POLITIK” reaksi pesimif mahasiswa kepada suasana politik tanah air, sekadar: “aku terdiam, / menangis sendiri.”. Ejaan ‘cemuih’ loghat utara tidak berkesan berbanding ejaan baku ‘cemus’. Secara peribadi sukar menikmati mesej tersirat puisi kedua, “KEK EKSLUSIF” dek sukar menghadam yang tersurat.

MOKHTARAHMAN – 3 puisi



Sdr Mokhtar Rahman (kiri) bersama sahabat-sahabat esastera iaitu Sdr Drirwan dan Sdr Puzihadi. "Puisi menjadi hidup dengan iringan muzik dan imej yang sesuai. Saya berasa puas dapat berkarya di esastera," kata sdr Mokhtar Rahman apabila ditanya hal ini.

• “”JAGA TEPI KAIN BUKAN DALAM KAIN””, 7 Jun 2011
• “ANAK TEDUNG SELA DAN ANAK MANUSIA”, 19 Jun 2011
• “PENYAPU”, 19 Jun 2011

PESARA guru muzik, mokhtarahman (Kedah) dengan tiga puisi menarik. Puisi moral “”JAGA TEPI KAIN BUKAN DALAM KAIN”” tentang lumrah si badut yang suka ke dalam kain orang (Stanza I). Ini menentang arus bidalan Melayu, “jangan jaga tepi kain” (Stanza II). Puisi yang boleh dikategori sajen (sajak jenaka).

Puisi“PENYAPU” berada dalam sisi kritik sosial dan moral. Penyair merujuk kepada individu tertentu,

Aku sudah mengenali sampah sarap
Yang engkau campakkan dari kepalamu (Baris 1 dan 2, Stanza I)
Aku sudah mengenali kelibatmu (B 1, S II)

Si dia telah menyebar kekokotoran “Segala hampas, habuk dan sisa-sisa” (stanza I) dan “Mengotori ruang budi” (Stanza II) sehingga penyair telah “Sudah terpaksa aku menyapunya” (Stanza III). Stanza IV perlu diberi pengikat kata, “ ….?” untuk lebih berperanan.

Ketiga, puisi kritik sosial “ANAK TEDUNG SELA DAN ANAK MANUSIA” menuding gejala sosial buang bayi tidak berdosa. Penyair membanding anak tedung sela dan anak manusia, karektar berbeza:

Bayi manusia cuma surat nyawa
Seketul daging tidak bermaya
Bayi tedung punya kredibiliti
Punya taring dan punya bias.

MUZAF AHMAD – 1 puisi

• “Stanza Belangsungkawa”, 8 Jun 2011

PENYAIR muda Muzaf Ahmad (Selangor) merakam ingatan sedih bencana tsunami di Jepun melalui “Stanza Belangsungkawa”. Kesilapan tanpa disedari iaitu ejaan ‘belangsungkawa’ seharusnya ‘belasungkawa’ iaitu ucapan takziah.

Sajak ini telah tersiar dalam Berita Minggu (27 Mac 2011: 21) dengan tajuknya berejaan yang betul iaitu “Stanza Belasungkawa” tapi masih salah pada stanza III iaitu “Kukirimkan belangsungkawa”.

Teguran ini mengingatkan betapa boleh berlaku salah ejaan (malah kepada saya!) bila mengambil kata pinjaman luar misalnya bahasa Jawa dan lain-lain yang jarang kita berkomunikasi.

NAE AL-MIHADI – 1 puisi

• “kalam buat adinda”, 27 jun 2011

SALAM eSastera buat calon penyair dari Terengganu, nae al-mihadi dengan puisi perkasihan “kalam buat adinda”. Puisi ini menampakkan bakat berpuisi dengan secebis nasihat iaitu di akhir tiap baris tidak memerlukan tanda baca koma (,) dan pastikan tanda baca noktah (.) dan tidak sebagai (..) di akhir stanza.

NIMOIZTY – 1 puisi



Sdr Nimoiz T.Y berkata bahawa berkarya di esastera ini bagai makan minum bagi dirinya. Kalau tak berkarya, layulah perasaannya.

• “SAJAK CINTA BALASAN KATAK PURU KEPADA KATAK PISANG”, 16 Jun 2011

SAS nimoizty dari Kelantan sajak menarik “SAJAK CINTA BALASAN KATAK PURU KEPADA KATAK PISANG”. Ada anehnya untuk dijawab oleh nimoizty, iaitu kekeliruan kepada saya mengenai puisi ini, iaitu disumbang ke komuniti Penyair pada 16 Jun 2011 2:56:27 PM; catatan teks puisi pada foto iringan bertarikh 28 Jun 2011 House of Suraya, Kota Bharu; dan, sedangkan acara penutup AKSES V dan Hari Puisi Sedunia di Hotel Raudah, Kota Bharu berlangsung pada 28 Mei 2011. Ini betul-betul fakta sajen. He he.

Puisi ini semasa dibaca di Hotel Raudah amat mempesonakan ada unsur humor pada baris-baris stanza I dan II (nimoity melempar perlahan kertas-kertas puisinya ke lantai dewan:

… kertas
telah kubuang
satu
demi satu.

Tajuk puisi “SAJAK CINTA BALASAN KATAK PURU KEPADA KATAK PISANG” mengingatkan saya kepada sajen nimoizty berjudul “Ayang” pada stanza akhirnya “Kata katak pisang / kepada katak puru” (pada halaman 53 dan kulit belakang kumpulan sajennya, Tukang Auta, 2011).

NURALANA – 1 puisi


Sdri Nuralana bagai mawar berseri di esastera, karyanya berseni dan disukai ramai

• “Kala Rinduku Tumpah…..”, 4 Jun 2011

PENYAIR Negeri Sembilan, nuralana dengan puisi nostalgia “Kala Rinduku Tumpah…..”. Saya tidak menemui kosa kata ‘wisalaku’ dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga. Penyair bernostalgia perkasihan lampau kala mendepani laut berselat di suatu petang bersenja. Rasa cinta sudah tiada mainan seruling bersimfoninya.

Penyair nuralana ada idea dan mesej menarik tapi memerlukan garapan puisi lebih berkesan. Mungkin buku Kursus Kepenyairan E-Sastera: Garis Panduan dan Tip untuk Penyair dan Peminat Puisi, karangan Irwan Abu Bakar & Hasimah Harun, boleh membantu teknik menulis puisi yang berkesan.

NUR ZULAIKHA – 1 puisi

• “Han, Maafkan Aku”, 22 jun 2011

SALAM dan selamat datang adik nur zulaikha (Terengganu) ke alam sastera siber dengan puisinya “Han, Maafkan Aku”.

Dicadangkan adik nur zulaikha membaca buku Kursus Kepenyairan E-Sastera: Garis Panduan dan Tip untuk Penyair dan Peminat Puisi, karangan Irwan Abu Bakar & Hasimah Harun.

Insya-Allah adik bakal muncul sebagai penyair melalui aktiviti menulis puisi secara berterusan serta banyak membaca puisi-puisi yang tersiar dalam akhbar dan majalah khususnya majalah bulanan Dewan Siswa dan Tunas Cipta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENA ROMANTIS – 1 puisi

• “SAJAK BUAT SEORANG ISTERI”, 29 Jun 2011

PENYAIR Kuala Lumpur, pena romantis dengan puisi “SAJAK BUAT SEORANG ISTERI”. Puisi ini mencermin era alaf ketiga dengan adanya khidmat sosial facebook (“Sedang aku melayari facebook”) dan penyair terbayang pada isterinya via gambar lama (Stanza I), kenangan lama (Stanza II) serta pengucapan lama dan bayangan (Stanza III) hadir dalam pemikiran satu persatu kala dirinya keseorangan di kejauhan.

PUISI WATAN – 2 puisi

• “kehangatan kemalangan”, 2 Jun 2011
• “rosly dhoby dan rukun13”, 4 Jun 2011

ANAK muda Kedah, puisi watan dengan puisi anekdot “kehangatan kemalangan” yang kental akibat kecelakaan jalan raya:

darahmu memintal jalan
menerjah suara jiwa
dingin suria merindu usia

hanya sukar difahami dua baris terakhir (Stanza III): “di mana listriku / pemegang protagonis”.

Puisi sejarah “rosly dhoby dan rukun13” satu percubaan menarik dengan persona – Selamat Menyambut Hari Belia. Foto menarik mungkin Rosly Dhoby dan rakan-rakan era belia mereka. Dirasai perlu ada nota kaki, apakah itu Rukun 13 untuk kita lebih fahami pejuang Sarawak itu.

PUTRIIZZABELLA – 3 puisi

• “Bila Iman Di Hati”, 24 Jun 2011
• “Sebait Tersurat”, 26 Jun 2011
• “Perahu Tua”, 30 Jun 2011

SELAMAT kembali ke e.sastera, penyair Brunei, putriizzabela dengan dua puisi kerohanian “Bila Iman Di Hati” dan “Sebait Tersurat”. (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

PUISI ketiga, “Perahu Tua” berperihalan seperti mana karya penyair yajuk “Setia Sebatang Pokok Getah”. Bezanya yajuk lebih fokus tentang nasib pokok getah, sedang putriizzabella berkisah pengalaman sebuah perahu tua di lautan. Puisi sebanyak 18 baris hanya memperihal kisah ‘kayu tua/perahu’ dalam lima baris sahaja, selebihnya berfokus kepada alam lautan, unggas,Tuhan dan langit:

kayu tua di tengah lautan menantang badai
menuju ke pelabuhan abadi
tampak berkarat usang dimakan zaman
meski karang-karang laut angkuh mendakap
perahu tua tetap tenang menyusuri samudra (baris 10-14)

PUZI HADI – 1 puisi

• “99.99 PERATUS”, 25 Jun 2011

PENGULAS puisi bulanan esastera, puzi dengan puisi anek “99.99 PERATUS”. Idea asalnya berkaitan hujah peguam bela berdasar laporan dua pakar luar negara dalam perbicaraan Datuk T (Trio tiga serangkai) iaitu 99.99 peratus keirasan pelaku dalam video seks ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyair berpuisi eksperimental mahu melihat sebanyak mananya capaian 99.99 tersebut melalui andaian bermula dari 00.00 sehingga 99.99 (meliputi 109 baris). Tafsirannya terpulang kepada khalayak sama ada boleh berpegang dalam konteks pro 99.99 peratus (+ve) atau kontra 99.99 peratus (-ve) lantaran kekurangan 00.01 peratus mencukupi 100 peratus.

RAMY0722

• “Sang pari-pari botak”, 25 Jun 2011

AKTIVIS Akses V Kelantan, ramy 0722 kembali dengan puisi donut“Sang pari-pari botak” mengisahkan dewa perempuan yang cantik yang botak. Biarpun donutnya mudah dihadam tapi sukar meneka si pari-pari botak yang mana menunai hajat dengan menabur janji palsu!

ROMZI AL-JOHORI – 1 puisi

• “TEKAD”, 24 Jun 2011

PENYAIR Johor, romzi al-johori dengan puisi peribadi “TEKAD” bersifat motivasi diri untuk menggapai cita-cita. Secara peribadi penyampaian puisi ini bersifat klise apatah stanza III menjadi antiklimaks kepada tekad yang obses pada awalnya (Stanza I dan II).

ROSLINA SHEIKH ABDULLAH – 1 puisi

• “MASIH MENCARI”, 12 Jun 2011

ROSLINA SHEIKH ABDULLAH (RAS; Pahang) meluah kegelisahan “MASIH MENCARI” tak berhujung. Dia, “Masih aku termangu … / Masih aku berjuang … “ (Stanza I), “Masih mencari-cari ..” (Stanza II). Apakah masih ada cinta sepasang kekasih:

erti sebenar sebuah cinta
masih berbungakah lagi
di taman hati kita.

S. FATIMAH – 1 puisi

• “Renjisan Kasih (Kasih Belum Bertitik)”, 20 Jun 2011

PENYAIR Perak, S. FATIMAH dengan puisi perkasihan “Renjisan Kasih (Kasih Belum Bertitik)”. Secara peribadi disarankan puisi ini dikemaskini, contohnya menyambung dua baris menjadi sebaris agar berkesan mesejnya seperti berikut:

telah kau renjis aroma syahdu ke / dalam jiwaku (Cantum: Baris 2 dan 3, Stanza I)
Ah! Aku sudah bahagia di bawah jaring / kasihmu (Cantum: B 1 dan 2, S II)
/ kata kau pada saat bayangan jiwa disatukan (Cantum: B 2 dan 3, S II)

S.IQRAM – 21 puisi

• “Gua Musang”, 1 Jun 2011
• “rontok”, 2 Jun 2011
• “Inilah tasawuf…,”, 3 Jun 2011
• “Ke pelabuhan subuh”, 4 Jun 2011
• “Pada sekebun nurani”, 5 Jun 2011
• “Lelaki yang tak pernah dikalahkan”, 6 Jun 2011
• “Semasin air mata pelayar”, 7 Jun 2011
• “Setulus bulan”, 8 Jun 2011
• “Menunggang waktu”, 9 Jun 2011
• “Hutan bahasa”, 10 Jun 2011
• “Seorang tua di sebalik tiang masjid”, 11 Jun 2011
• “Sepotong doa dan seberkas cahaya dian”, 14 Jun 2011
• “Berlabuhlah (pada sebuah perahu kecil itu)”, 15 Jun 2011
• “Gerhana”, 16 Jun 2011
• “Belayar ke samudera siang”, 20 Jun 2011
• “ombak dan pantai; antaranya ada kesabaran”, 22 Jun 2011
• “Kepada malam yang sudi merawat luka”, 23 Jun 2011
• “Sesudah subuh Jumaat ini”, 24 Jun 2011
• “Riwayat sebatang sungai”, 25 Jun 2011
• “Maka berpesan-pesanlah”, 27 Jun 2011
• “Mikraj”, 29 Jun 2011

PENYAIR Kuala Lumpur, s.iqram paling menonjol kuantiti puisi bulan Jun 2011 dengan 21 buah puisi membawa keragaman idea iaitu:

> Puisi kunjungan “Gua Musang” lebih sempurna dengan mengedit kata ‘yang’ (enam di dalamnya).

> Lima puisi alam “rontok” ada persamaan idea puisi zaidinabadi “MERENUNG DAUN” tapi lebih dekriptif dan mendalam; “Setulus bulan” tidak memerlukan baris pertama iaitu “Ada kalanya kita akan menemukan”; “Gerhana” seiring kejadian gerhana bulan penuh pada 16 Jun yl (14 Rejab 1432H) pada jam 1.25 pagi dan masa kemuncak pada jam 4.12 pagi serta berakhir jam 7.01 pagi – penyair mendekatinya dari sudut kerohanian; Puisi “ombak dan pantai; antaranya ada kesabaran” beri pertautan menarik untuk diteladani manusia; Sajak “Riwayat sebatang sungai” sedari hulu ke muara lautan berpenuh cabaran untu diteladani.

> Enam puisi kerohanian “Inilah tasawuf…,”, “Pada sekebun nurani”, “Sepotong doa dan seberkas cahaya dian”, “Sesudah subuh Jumaat ini”, “Maka berpesan-pesanlah” dan “Mikraj”. (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

> Tiga puisi kehidupan “ke pelabuhan subuh” yang penuh pancaroba dengan metafora memikat – samudera malam / asin darah / duka terpendam / gelombang gelisah / selautan resah; “Semasin air mata pelayar” perlu diedit kata ‘yang’ (enam di dalamnya); dan “Berlabuhlah (pada sebuah perahu kecil itu)” ini lebih berkesan berbandingan karya putriizzabella iaitu “PERAHU TUA”.

> Dua puisi tokoh “lelaki yang tak pernah dikalahkan” sesuai Hari Bapa dan hampir sama mesej olahan Zek Marman dalam “Hari Bapa Tanpa Bapa Di Sisi”; dan “Seorang tua di sebalik tiang masjid” boleh ditanggal kata ‘di’ (tiga di dalamnya) dan tidak perlu tipografi center text.

> Dua puisi peribadi “Menunggang waktu” sebuah terbaik dari s.iqram; dan “Kepada malam yang sudi merawat luka” begitu naratif penyampaiannya (dan terikat dengan center text).

> Puisi aspek bahasa “Hutan bahasa” punyai semangat seperti seruling emas pada “RESAH BAHASA DI UFUK TIRANI” tapi tidak sekeras seruling emas.

> Puisi perjuangan “Belayar ke samudera siang” punya semangat yang sama dengan puisi-puisi beliau iaitu “Ke pelabuhan subuh”, “Semasin air mata pelayar” dan “Berlabuhlah (pada sebuah perahu kecil itu)”.

S.SYAHMI – 1 puisi

• “Senandung Seisi Alam: Katakan Malam!”, 23 Jun 2011

PENYAIR s.syahmi (Selangor) membawa puisi alam “Senandung Seisi Alam: Katakan Malam” yang ketara dengan perulangan baris “Katakan malam” (Baris 1, Stanza I, III dan IV). Secara peribadi stanza II dan VI boleh dikecualikan tanpa menjejaskan teks puisi secara keseluruhan.

SAIFUN AK – 2 puisi

• “Cinta Bersahadat”, 4 Jun 2011
• “Buat Dikenang”, 7 Jun 2011

PENYAIR Saifun AK (Pontianak, Indonesia) dengan puisi kerohanian “Cinta Bersahadat” (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011). RASA nostalgia “Buat Dikenang” bermain suku kata akhir: “… bersekat-sekat / … pelekat / … direkat” (Stanza I) dan “… menjulang / … terpandang / … dikenang / … memanjang” (Stanza II). Puisi ini bergaya ala pantun berbanding puisi bebas.

SERULING EMAS – 2 puisi

• “MENGETUK PINTU KATARSIS”, 14 Jun 2011
• “RESAH BAHASA DI UFUK TIRANI”, 17 Jun 2011

PENYAIR seruling emas (Terengganu) dengan puisi kerohanian “MENGETUK PINTU KATARSIS” (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

ISU bahasa Melayu berwajah muram dalam “RESAH BAHASA DI UFUK TIRANI” dikenangi penyair seruling emas. Penyair menggambar rasa hatinya mengguna unsure alam iaitu: “… belantara resah gelisah // … ke langit suram // … di pinggir kelam // … gerimis petang // … sungai derhaka”. Dia bertanya akan seseorang (atau lebih):

Suara siapakah yang hanyir itu
dengan lantang menabur kata,
“Mahu diterima warga sejagat
mesti fasih bahasa penjajah.”

SINRETA – 1 puisi

• “ilusi”, 17 Jun 2011

SELAMAT datang ke esastera, calon penyair sinreta (tidak diketahui tempat tinggal) dengan puisi “ilusi”. Permulaan yang baik dan hanya perlu mengedit puisi aspek panjang-pendek baris secara bersesuaian dan berkesan. Secara peribadi saya masih tertanya: “mengoyak puisi rumi” atau “mengoyak puisi Rumi”.

SJS – 2 puisi

• “PULAU ITU”, 2 Jun 2011
• “JIKA ITU TAKDIR”, 4 JUN 2011

DARI Sarawak, sjs dengan rasa nostalgia “PULAU ITU” dan renungan “JIKA ITU TAKDIR”. Puisi kedua, “JIKA …” lebih padu strukturnya berbanding puisi “PULAU ITU” yang perlu diedit panjang-pendek barisnya agar tampak tersusun dan lebih berkesan.

TERATAI – 2 puisi

• “SUNGAI CINTA”, 6 Jun 2011
• “KAU Yang Satu”, 7 Jun 2011

BENDAHARI Persatuan Aktivis Esastera Malaysia (ESASTERA) dan penyair Pahang, Teratai dengan puisi alam “SUNGAI CINTA”. Hanya serangkap puisi (bersusun center text) tapi berkesan. Ujud kesepaduan penyair dengan alam (iaitu sungai) dengan rasa kecintaan yang jitu:

Dalam dikau sedalam cintaku
air sungai yang mengalir
adalah rindu tidak akan kering selamanya
tebing kasih akan bersama
melalui arus kehidupan.

Kedua, puisi kerohanian “KAU Yang Satu” (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

YANAROZANA – 1 puisi

• “Sibuk”, 11 Jun 2011

ADIK yanarozana (Kelantan) hasil didikan dalam AKSES V 2011, di Kelantan menghasil puisi “Sibuk”. Ya jangan gusar untuk terus berpuisi di esastera. Hanya adik perlu terus menulis, menulis dan menulis sehingga membuahkan hasil. Anggaplah puisi “Sibuk” sebagai memecah tembok puisi yang manis!

YAJUK – 6 puisi

• “Kudengar Suara Daun”, 5 Jun 2011
• “Wajah Baru Pada Bulan”, 9 Jun 2011
• “Basah Lidah Pasola Menteri”, 13 Jun 2011
• “Denyut Mimpi”, 19 Jun 2011
• “Keretapi Malam”, 27 Jun 2011
• “Setia Sebatang Pokok Getah”, 30 Jun 2011

DARI Kelantan, yajuk dalam empat puisinya iaitu puisi kerohanian “Kudengar Suara Daun” (Lihat: Tema Pilihan Bulan Jun 2011).

WARNA kepolitikan “Wajah Baru Padan Bulan” setamatnya Muktamar Tahunan PAS ke-57 (3-5 Jun yl) dengan pemilihan jawatankuasa baru disahkan dalam puisi ini pada baris terakhir untuk difahami “menjulang 100 hari penuh debaran”. Kini, 100 hari pertama menjadi klise menilai keupayaan dan kejayaan seseorang, pertubuhan malah kerajaan. Apapun puisi yajuk tidak dipenuhi retorika politik tapi berkisah selamba berunsur alam langit:

Retak langit cinta
bulan disergah awan
biar berlalu meniti cahaya fajar
untuk esok bersinar terang … (Stanza II)

KRITIKAN keras yajuk dalam “Basah Lidah Pasola Menteri” meningkah pelbagai isu dalaman mutakhir. Secara sinis puisi lelucon ‘Perdana (baca: Pasola) Menteri’ menyanggah gagasan PAS ‘Membangun Negara Berkebajikan’ (tema ucapan dasar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) pada Muktamar Tahunan Ke-57.

Penyair beri respons keras kepada Pasola Menteri yang Malaysia sedia ada sebuah Negara Berkebajikan, secara sinis:

Inilah Negara Berkebajikan Pasola Menteri
menjadi pohon yang mati akar dan mati pucuk (Stanza III)

PENGUCAPAN peribadi yajuk “Denyut Mimpi” beri kelainan dirinya (berbanding puisi bernada kritik dan protes). Dia kembali kepada dirinya bila tersedar daripada mimpi sekali gus bertanya dalaman dirinya dengan Tuhan.

KUNJUNGAN dengan “Keretapi Malam” begitu ringkas dan mengasyikkan. Tiada salahnya yajuk mengguna gabungan kereta api sebagai ‘keretapi’. Dia mengibarat perjalanan berkereta api:

Keretapi Malam
laju di landasan (dalam Stanza I)

Dan aku
sebahagian perjalanan ini
di landasan suratan. (dalam Stanza III)

Puisi unsur tumbuhan “Setia Sebatang Pokok Getah” bila mana pokok getah bermonolog suka-dukanya kepada si penoreh getah – “Resah hatimu tuan” (Baris 1, Stanza I) dan “Terus kau kutip mimpi” (B1, SIII). Puisi ini ada tersirat yang tajam bila mengakhiri stanza IV di mana terselit aksara – Bersih sama sekali lari dari konteks pemerilahan hidup sebatang pokok getah penuh setia itu kepada tuannya:

Tapi aku bukan sebatang pokok getah
mimpikan hidup yang putih dan Bersih.

ZAIDINABADI – 4 puisi

• “TELAH TIBA AKU DI TAKAH INI”, 1 Jun 2011
• “MERENUNG DAUN”, 19 Jun 2011
• “DI SAMUDERA DUGAAN”, 23 Jun 2011
• “SEAKAN MAHU MEMBAKAR DINDING DAN BUMBUNG RUMAH KITA”, 25 Jun 2011

DEKLAMATOR Kedah, zaidinabadi dengan dua puisi didahului puisi peribadi “TELAH TIBA AKU DI TAKAH INI”. Dia rasai telah sampai ke destinasi dalam serba sukar pendakian berlereng (Stanza I). Di takah paling atas dia merenung ke tanah lembah bersawah (Stanza II) tapi rupa-rupanya puncaknya masih jauh dilindungi awan tebal (Stanza III) dan pendakian belum tamat (Stanza IV). Nampaknya tajuk ini memberi petunjuk yang meleset.

PUISI alam “MERENUNG DAUN” dan puisi kehidupan “DI SAMUDERA DUGAAN” lebih menarik dan berkesan iaitu sebagai iktibar dalam kehidupan manusia. Puisi “MERENUNG …” besifat fitrah semula jadi; puisi “SAMUDERA …” dugaan yang ditakdir tanpa dugaan.

Kritikan sosial isu dalaman negara khususnya perpaduan orang Melayu melalui “SEAKAN MAHU MEMBAKAR DINDING DAN BUMBUNG RUMAH KITA SENDIRI”. Puisi lebih berkesan sekiranya diasing sebagai bahagian (i) Stanza I dan II; bahagian (ii) Stanza III dan IV.

ZEK MARMAN – 1 puisi

• “Hari Bapa Tanpa Bapa Di Sisi”, 17 Jun 2011

PENYAIR Zek Marman merai Hari Bapa “Hari Bapa Tanpa Bapa Di Sisi” melalui rakaman puisi prosa kepada seseorang tiada di sisinya lagu, iaitu ayahnya – “… antara tiga tahun dulu dan dua puluh tujuh tahun sebelumnya” – usia kematian dan usia penyair (?). Segala nostalgia muncul satu persatu secara halusi dan deskriptif dipuisikan oleh Zek Marman. Di sebalik segala imbauan suka duka itu, ditutupinya:

dengan ingatan yang akan sering memanjangkan doaku kepada Tuhan
bersama titis-titis air mata di pusara yang sempat kutinggalkan.
(Dua baris akhir stanza IV)


PUISI PILIHAN PUZI HADI – JUN 2011

SEJAK Mac 2011 dimulai kategori Puisi Pilihan Bulanan, iaitu:

• Mac 2011 – “BIRU BINASA SEKELIP MATA oleh TSUNAMI DAN GEMPA” (has1mah).
• April 2011 – “BEBAYANG” (Dahna).
• Mei 2011 – “WANITA BINGKISAN SYURGA” (Rudy_bluehikari)

Terima kasih kepada e.Sastera Enterprise di atas sumbangan hadiah buku kepada para pemenang.

RETRO Puisi Menarik Tahun 2011 (Mulai Bulan Mac)

Perkara MAC APR MEI JUN
Bil. Puisi 159 114 115 140
Puisi Menarik 15 23 24 25
Peratusan 9.43% 20.2% 20.9% 17.8%

ANTARA Puisi Menarik Sepanjang Jun 2011 (Sebanyak 25 buah):

1. “PENSIONOPHOBIA” (ahkarim), 19 Jun 2011
2. “Sajak orang darah tinggi” (airmas_sz), 29 Jun 2011
3. “BERCINTAKAH DIA?’ (anbakri), 26 Jun 2011
4. “AKU DALAM SAJAK 20” (ariselba), 19 Jun 2011
5. “LANDSKAP USIA DALAM FRAGMEN SUNGAI DIRI” (azmi rahman), 22 Jun 2011
6. “Hipotesa Seorang Lelaki Tua Terhadap Anak Muda” (brirasa), 1 Jun 2011
7. “SUARA CINTA DAMAI” (Ciung Winara Singapura), 8 Jun 2011
8. “BUNTU” (Dahna), 27 Jun 2011
9. “SEBATANG TUBUH DI JALAN LURUS” (dr.irwan), 24 Jun 2011
10. “Selamat Tinggal Tanjung Pagar” (eziz shukman), 18 Jun 2011
11. “Nostalgia Di Tangga” (Haizamolek), 12 Jun 2011
12. “SEKALIAN JALAN PENULISAN BERMULA DENGAN PUISI DI TANGAN” (has1mah), 27 Jun 2011
13. “Selamat pagi Puteriku” (Jebat Sarawak), 16 Jun 2011
14. “DARI SUARA SEBUAH LUKA” (kablam_22), 30 Jun 2011
15. “DAN KAU MEMANG BERTUAH” (Khalil Zaini), 12 Jun 2011
16. “SETIAP KALI AKU MELIHAT API” (mansor a.hamid), 15 Jun 2011
17. “ANAK TEDUNG SELA DAN ANAK MANUSIA” (mokhtarahman), 19 Jun 2011
18. “SAJAK CINTA BALASAN KATAK PURU KEPADA KATAK PISANG” (nimoizty), 16 Jun 2011
19. “rosly dhoby dan rukun13” (puisi watan), 4 Jun 2011
20. “Menunggang waktu” (s.iqram), 9 Jun 2011
21. “RESAH BAHASA DI UFUK TIRANI” (seruling emas), 17 Jun 2011
22. “SUNGAI CINTA” (Teratai), 6 jun 2011
23. “Setia Sebatang Pokok Getah” (yajuk), 30 Jun 2011
24. “DI SAMUDERA DUGAAN” (zaidinabadi), 23 Jun 2011
25. “Hari Bapa Tanpa Bapa Di Sisi” (Zek Marman), 17 Jun 2011


Puisi Pilihan Puzi Hadi – Jun 2011
ialah
“Setia Sebatang Pokok Getah” (yajuk), 30 Jun 2011



Sdr Yajuk sedang mengikuti PROKSI Penulisan Blog dan Penggunaan Twitter


Resah hatimu tuan
mengoyak luka jasadku
tidak kau rasakan pedih luka ini
kerana darahku yang putih
seputih bersih hatiku
berkorban sampai mati.

Telah berdekad setiaku
kutanam sedalam akarku
tidak kurungutkan resahku
walau pedih mencengkam tulang
tidak kuwarwarkan rindu sepiku
walau sekadar sebaris mimpi
aku hanya abdi
tanpa ada pilihan diri.

Terus kau kutip mimpi
memerah putih darah
mencipta putih kehidupan
hingga tiada apa yang tinggal padaku
selain tulang-tulang telanjang.

Tapi aku bukan sebatang pokok getah
mimpikan hidup yang putih dan Bersih


SENARAI TEMA KARYA PUISI SIBER e.Sastera.com / Penyair – JUN 2011

I. Remaja dan Hari Belia – 3 puisi

• “Usia Remaja” (Ciung Winara Singapura) 1;
• “Hipotesa Seorang Lelaki Tua Terhadap Anak Muda” (brirasa) 4;
• “Gagasan Sejuta Harapan Bangsa” (eziz shukman) 19.

II. Ayah & Hari Bapa – 5 puisi

• “Hari Bapa Tanpa Bapa Di Sisi” (Zek Marman) 75;
• “Syair Anak derhaka” (Jebat Sarawak) 76;
• “Pimpinlah tangan Kami Wahai Ayahbonda!” (eziz shukman) 78;
• “SAWAH SEKANGKANG KERA” (mansor a.hamid) 81;
• “AKU DALAM SAJAK 20” (ariselba) 85.

III. Bahasa – 2 puisi

• “Hutan bahasa” (s.iqram) 41;
• “RESAH BAHASA DI UFUK TIRANI” (seruling emas) 77.

IV. Puisi dan Penyair – 5 puisi

• “DIARI SEBUAH SAJAK” (mansor a.hamid) 42;
• “PEMBURU SAJAK” (ariselba) 63;
• “SAJAK DALAM SANJAK” (mansor a.hamid) 98;
• “Sekalian Jalan Penulisan Bermula Dengan Puisi Di Tangan” (has1mah) 120;
• “WAHAI” (azmi rahman) 133.

V. Protes – 5 puisi

• “Layu Retorik” (Haizamolek) 35;
• “AWAK-AWAK LAUT DALAM” (ariselba) 51;
• “Rentak Membaham” (Haizamolek) 54;
• “Unggun” (Haizamolek) 127;
• “DARI SUARA SEBUAH LUKA” (kablam_22) 137.

VI. Isu Timur Tengah – 1 puisi

• “FLOTILLA” (eziz shukman) 90.

VII. Patriotisme – 1 puisi

• “Rimbun Bersih” (amran81) 134.

VIII. Politik – 2 puisi

• “Wajah Baru Pada Bulan” (yajuk) 39;
• “Dalam Gentar Menurut Menyusur” (Haizamolek) 91.

IX. Kritik Sosial – 9 puisi

• “Basah Lidah Pasola Menteri” (yajuk) 52;
• “SEMUANYA MAHU MENYONGSANG” (azmi rahman) 66;
• “Jubah Terjahit Cacat” (Haizamolek) 79;
• “ANAK TEDUNG SELA DAN ANAK MANUSIA” (mokhtarahman) 84;
• “HANTU DI NEGERI WAILOL” (azmi rahman) 88;
• “SEAKAN MAHU MEMBAKAR DINDING DAN BUMBUNG RUMAH KITA SENDIRI” (zaidinabadi) 113;
• “Cili Api” (Haizamolek) 119;
• “AKAR POHON SUARA” (azmi rahman) 126;
• “Sajak orang darah tinggi” (airmas_sz) 128.

X. Perjuangan – 1 puisi

• “Belayar ke samudera siang” (s.iqram) 89.

XI. Kehidupan – 7 puisi

• “TANGISAN DI KAMAR HATI” (Ciung Winara Singapura) 13;
• “Ke pelabuhan subuh” (s.iqram) 14;
• “Semasin air mata pelayar” (s.iqram) 30;
• “AWAK-AWAK LAUT DALAM” (ariselba) 51;
• “Berlabuhlah (pada sebuah perahu kecil itu)” (s.iqram) 65;
• “Tiang Kayu Usang” (Haizamolek) 74;
• “DI SAMUDERA DUGAAN” (zaidinabadi) 100.

XII. Kemanusiaan – 2 puisi

• “SUARA CINTA DAMAI” (Ciung Winara Singapura) 23 dan 34.

XIII. Renungan – 5 puisi

• “LIAR” (mansor a.hamid) 16;
• “jika itu takdir” (sjs) 17;
• “MANIS-MANIS RINDU” (mansor a.hamid) 43;
• “NYANYI SUNYI” (mansor a.hamid) 55;
• “SETIAP KALI AKU MELIHAT API” (mansor a.hamid) 67.

XIV. Pemikiran – 1 puisi

• “Dinding” (airmas_sz) 46.

XV. Kerohanian – 23 puisi

• “CAHAYA” (Ciung Winara singapura) 7;
• “Inilah tasawuf…,” (s.iqram) 11;
• “Cinta Bersahadat” (Saifun AK) 15;
• “GARAM SEGENGGAM” (ariselba) 20;
• “Pada sekebun nurani” (s.iqram) 21;
• “Kudengar Suara Daun” (yajuk) 22;
• “KAU Yang Satu” (Teratai) 27;
• “HIDUP DALAM NAUNGAN AL-QUR’AN” (Ciung Winara Singapura) 38;
• “MENGETUK PINTU KATARSIS” (seruling emas) 60;
• “Sepotong doa dan seberkas cahaya dian” (s.iqram) 62;
• “Di Sinilah Berakhir Hayat Kita” (eziz shukman) 93;
• “SEBATANG TURUS DI JALAN LURUS” (dr.irwan) 102;
• “Bila Iman Di Hati” (putriizzabella) 103;
• “Sesudah subuh Jumaat ini” (s.iqram) 106;
• “DOA” (mansor a.hamid) 107;
• “TAUHIDIYAH” (longhussain) 111;
• “Sebait Tersurat” (putriizzabella) 115;
• “maka berpesan-pesanlah” (s.iqram) 118;
• “DERUAN RAMADHAN” (iriema) 124;
• “Mikraj” (s.iqram) 130;
• “Barisan Khalifah Himpunan Nazofah” (amran81) 135;
• “Nikmat Rejab” (masshah) 138.

XVI. Bencana Alam – 1 puisi

• “Stanza Belangsungkawa” (Muzaf Ahmad) 36.

XVII. Seputar Alam Semesta, Sekitar, Haiwan & Tumbuhan – 17 puisi

• “rontok” (s.iqram) 9;
• “SUNGAI CINTA” (Teratai) 24;
• “TENTANG MALAM” (mansor a.hamid) 25;
• “TENTANG MATAHARI” (mansor a.hamid) 28;
• “Setulus bulan” (s.iqram) 33;
• “Pesanan Sang Angin” (Jebat Sarawak) 64;
• “Gerhana” (s.iqram) 70;
• “BULAN GERHANA PENUH” (ariselba) 71;
• “AKU, MALAM DAN SIANG” (mansor a.hamid) 72;
• “MERENUNG ALAM” (zaidinabadi) 82;
• “Malam dan Bulan” (Jebat Sarawak) 92;
• “Di Klinik Haiwan, Hari Itu” (brirasa) 94;
• “ombak dan pantai; antaranya ada kesabaran” (s.iqram) 97;
• “Senandung Seisi Alam: Katakan Malam!” (s.syahmi) 99;
• “Riwayat sebatang sungai” (s.iqram) 109;
• “PERNAHKAH KAU DENGAR” (mansor a.hamid) 122;
• “Setia Sebatang Pokok Getah” (masshah) 140.

XVIII. Nostalgia – 6 puisi

• “TENTANG KAMPUNGKU” (mansor a.hamid) 3;
• “pulau itu” (sjs) 8;
• “Kala Rinduku Tumpah…..” (nuralana) 12;
• “Buat Dikenang” (Saifun AK) 29;
• “Nostalgia Di Tangga” (Haizamolek) 48;
• “Sepetang Di Jalan Alor” (Jebat Sarawak) 59.

XIX. Sejarah – 3 puisi

• “rosly dhoby dan rukun 13” (puisi watan) 18.
• “DAN KAU MEMANG BERTUAH” (Khalil Zaini) 49;
• “Selamat Tinggal Tanjung Pagar” (eziz shukman) 80.

XX. Tokoh – 3 puisi

• “lelaki yang tak pernah dikalahkan” (s.iqram) 26;
• “Seorang tua di sevbalik tiang masjid” (s.iqram) 44;
• “PENSIONOPHOBIA” (ahkarim) 83.

XXI. Kekeluargaan – 1 puisi

• “Selamat Pagi Puteriku” (Jebat Sarawak) 69.

XXII. Peribadi – 11 puisi

• “TELAH TIBA AKU DI TAKAH INI” (zaidinabadi) 2;
• “Menunggang waktu” (s.iqram) 37;
• “SEPI” (Dahna) 40;
• “ilusi” (sinreta) 73;
• “Denyut Mimpi” (yajuk) 86;
• “LANDSKAP USIA DALAM FRAGMEN SUNGAI DIRI” (azmi rahman) 95;
• “Kepada malam yang sudi merawat luka” (s.iqram) 101;
• “MENITI SINAR” (ainzubaidah93) 105;
• “TEKAD” (romzi al-johori) 108;
• “BUNTU” (Dahna) 123;
• “RESAH ITU AKU ADALAH WAKTU” (mansor a.hamid) 131.

XXIII. Perkasihan – 13 puisi

• “ANGIN MALAM SARI SUATU KERAHSIAAN” (Ciung Winara Singapura) 10;
• “MASIH MENCARI” (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH) 47;
• “Bacalah Fahrasat Hatimu” (eziz shukman) 57;
• “CINTA; TUTY TIDAK BERDUSTA” (AZMI RAHMAN) 61;
• “SAJAK CINTA BALASAN KATAK PURU KEPADA KATAK PISANG” (nimoizty) 68;
• “Renjusan Kasih (Kasih Belum Bertitik” (S. FATIMAH) 87;
• “Han, Maafkan Aku” (nur zulaikha) 96;
• “NAFASKU” (ainzubaidah93) 104;
• “bercintakah dia?” (anbakri) 116;
• “kalam buat adinda” (nae al-mihadi) 117;
• “Sambutan yang Kunantikan” (duratul kamil) 125;
• “SAJAK BUAT SEORANG ISTERI” (pena romantis) 129;
• “SYAIR MAWAR BERDURI” (Alyssa ezzura) 136.

XXIV. Moral – 3 puisi

• “JAGA KAIN BUKAN DALAM KAIN” (mokhtarahman) 31;
• “PENYAPU” (mokhtarahman) 112;
• “Sang pari-pari botak” (ramy0722) 114.

XXV. Kunjungan – 2 puisi

• “Gua Musang” (s.iqram) 5;
• “Keretapi Malam” (yajuk) 121.

XXVI. Gemulah – 1 puisi

• “ABADI KE NEGERI SATU” (ijamala) 50.

XXVII. Mahasiswa – 1 puisi

• “RINTIH MAHASISWA POLITIK” (MOHD HANIFF) 53.

XXVIII. Anekdot dan Hal-hal Lain – 8 buah

• “kehangatan kemalangan” (puisi watan) 6;
• “SETANDAN KELAPA MALAYSIA” (MAHMUD ALIAS) 32;
• “Sibuk” (yanarozana) 45;
• “KEK EKSKLUSIF” (MOHD HANIFF) 56;
• “Lelaki Melayu Dan Jam” (brirasa) 58;
• “99.99 PERATUS” (puzi hadi) 110;
• “Bukan sasterwan…bukan ahli politik” (masshah) 132;
• “Perahu Tua” (putriizzabella) 139.


PENYAIR SIBER – JUN 2011

I. Mengikut Bilangan Puisi

KEGIGIHAN seramai 51 penyair siber berkarya 140 buah puisi; dapat dikesani mengikut bilangan puisi secara individu bagi Jun dan, diikuti Mei yang lalu (Lihat: Lampiran II), ialah:

• s.iqram (21/17).
• mansor a.hamid (14/17).
• Haizamolek (8/4).
• Ciung Winara Singapura (7/0),
• azmi rahman (6/4), eziz shukman (6/7) dan, yajuk (6/3).
• ariselba (5/4) dan, Jebat Sarawak (5/0).
• zaidin abadi (4/3).
• brirasa (3/3), mokhtarahman (3/2) dan, putriizzabella (3/0),
• ainzubaidah93 (2/0), airmas_sz (2/0), amran81 (2/1), Dahna (2/1), masshah (2/0), MOHD HANIFF (2/0), puisi watan (2/1), sjs (2/0), Saifun AK (2/0), seruling emas (2/2) dan, Teratai (2/0).
• ahkarim (1/1), alyssa ezzura (1/0), anbakri (1/0), dr.irwan (1/1), duratul kamil (1/0), has1mah (1/1), ijamala (1/1), iriema (1/0), kablam_22 (1/0), Khalil Zaini (1/4), longhussain (1/1), MAHMUD ALIAS (1/1), Muzaf Ahmad (1/4), nae al-mihadi (1/0), nimoizty (1/1), nuralana (1/0), nur zulaikha (1/0), pena romantis (1/0), puzi hadi (1/2), ramy0722 (1/2), romzi al-johori (1/0), ROSLINA SHEIKH ABDULLAH (1/4), S. FATIMAH (1/1), s.syahmi (1/2), sinreta (1/0), yanarozana (1/0) dan, Zek Marman (1/2).

II. Mengikut Negeri

Data penyair menigut negeri (di Malaysia) dan luar Malaysia bagi Januari – Jun 2011 (Lihat: Lampiran III):

Bulan / Negeri JAN FEB MAC APR MEI JUN
Perlis - - - - - -
Kedah 11 10 11 12 13 12
Pulau Pinang - 1 1 1 - -
Perak 4 1 1 - 2 3
Selangor 5 7 7 9 8 9
Kuala Lumpur 10 8 8 8 7 7
Putrajaya 1 1 - - - -
Negeri Sembilan - - - - - 1
Melaka 2 - - 1 1 -
Johor 4 3 2 1 - 1
Pahang 4 3 3 3 2 3
Terengganu 2 1 1 2 2 3
Kelantan 7 7 5 6 4 5
Sarawak - 1 2 1 1 3
Sabah 1 - - - - -
Labuan - - - - - -
Brunei - - - - - 1
Singapura 1 2 1 - - 1
Indonesia - 1 2 1 1 1
Tiada Maklumat 3 2 2 - - 1


III. Penyair Siber Baru Berdaftar 2011

KELANGSUNGAN itu diucapkan selamat datang kepada calon penyair ke alam sastera siber, iaitu:

• alyssa ezzura / sharifah Norbaizura Syed Mhd Safie / Selangor / 28 Jun 2011
• duratul kamil / Syarifah Duratul Kameena Syed Ahmad Kamil / Perak / 26 Jun 2011
• nae al-mihadi / fakratu Naimah Muhad / Terengganu / 20 Jun 2011
• nur zulaikha / Siti Nur Zulaikha Suhaimi / Terengganu / 23 Mei 2011
• sinreta / Mohd Mursyidan Ismail / - / 17 Jun 2011
• yanarozana / Rozana Mat Radzi / Kelantan / 11 Jun 2011

IV. Penyair Siber Berdaftar Kembali Masuk e.sastera.com / Jun 2011

• airmas_sz
• iriema
• Jebat Sarawak
• MOHD HAFIZZ
• putriizzabella (Brunei)
• Saifun AK (Indonesia)
• Teratai


STOP PRESS

• Disarankan para penyair e.sastera menelaah buku teknik menulis puisi: Kursus Kepenyairan E-Sastera: Garis Panduan dan Tip untuk Penyair dan Peminat Puisi, karangan Irwan Abu Bakar & Hasimah Harun (Terbitan kAPAS Publication, Kuala Lumpur, 2003, harga RM10).

• Salah satu komuniti yang diperkenal oleh dr.irwan dan has1mah ialah sajen (sajak jenaka) sejak tahun 2002. Puisi “Pensionophobia” (oleh ahkarim) dan “Di Klinik Haiwan, Hari Itu” (oleh brirasa) antara contoh sajen yang dibicarakan di atas. Menikmati sajen secara lengkap bolehlah membaca antologi sajen perseorangan pertama di Malaysia, iaitu Tukang Auta (oleh SAS Nimoiz T.Y) terbitan e-Sastera Enterprise, 2011 (Harga promosi RM15.00).

Kedua-dua buku di atas boleh dilanggan terus daripada eSastera Enterprise, No. 96, Jalan 7/71B, Pinggur Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. Boleh hubungi kablam_22 (Wan Nur-Ilyani Wan Abu Bakar) melalui HP: 019-2550599.


PENUTUP

Moga Allah SWT memberi kekuatan rohani dan jasmani pada bakatku untuk mentafsir puisi rakan-rakan karyawan e.sastera.com. Engkaulah pemudah ilham kepadaku kala idea berserakan. Segalanya darimu, ya Allah. Namun kekhilafan ulasan di atas adalah daripada diriku sendiri, maha kerdil dan lemah. Wallahualam.



LAMPIRAN

Lampiran I: KRONOLOGI KARYA PUISI e.sastera.com / Komuniti Penyair BULAN JUN 2011

1 JUN 2011 (RABU)

1. Ciung Winara Singapura, “Usia Remaja”, Rabu, 1 Jun 2011 1:18:47 AM.
2. zaidinabadi, “TELAH TIBA AKU DI TAKAH INI”, Rabu, 1 Jun 2011 1:59:26 AM.
3. mansor a.hamid, “TENTANG KAMPUNGKU”, Rabu, 1 Jun 2011 7:34:57 AM.
4. brirasa, “Hipotesa Seorang Lelaki Tua Terhadap Anak Muda”, Rabu, 1 Jun 2011 3:46:58 PM.
5. s.iqram, “Gua Musang”, Rabu, 1 Jun 2011 6:43:50 PM.

2 JUN 2011 (KHAMIS)

6. puisi watan, “kehangatan kemalangan”, Khamis, 2 Jun 2011 12:14:38 AM.
7. Ciung Winara Singapura, “CAHAYA”, Khamis, 2 Jun 2011 4:08:45 AM.
8. sjs, “PULAU ITU”, Khamis, 2 Jun 2011 3:10:41 PM.
9. s.iqram, “rontok”, Khamis, 2 Jun 2011 6:06:37 PM.

3 JUN 2011 (JUMAAT)

10. Ciung Winara Singapura, “ANGIN MALAM DARI SUATU KERAHSIAAN”, Jumaat, 3 Jun 2011 4:33:01 AM.
11. s.iqram, “Inilah tasawuf…,”, Jumaat, 3 Jun 2011 7:16:59 AM.

4 JUN 2011 (SABTU)

12. nuralana, “Kala Rindu Tumpah”, Sabtu, 4 Jun 2011 1:45:13 AM.
13. Ciung Winara Singapura, “TANGISAN DI KAMAR HATI”, Sabtu, 4 Jun 2011 4:12:05 AM.
14. s.iqram, “Ke pelabuhan subuh”, Sabtu, 4 Jun 2011 11:52:15 AM.
15. Saifun AK, “Cinta Bersahadat”, Sabtu, 4 Jun 2011 12:29:33 PM.
16. mansor a.hamid, “LIAR”, Sabtu, 4 Jun 2011 2:28:32 PM.
17. sjs, “JIKA ITU TAKDIR”, Sabtu, 4 Jun 2011 5:06:43 PM.
18. puisi watan, “rosly dhoby dan rukun 13”, Sabtu, 4 Jun 2011 10:49:39 PM.
19. eziz shukman, “Gagasan Sejuta Harapan Bangsa”, Sabtu, 4 Jun 2011 11:03:27 PM.

5 JUN 2011 (AHAD)


20. ariselba, “GARAM SEGENGGAM”, Ahad, 5 Jun 2011 12:50:29 AM.
21. s.iqram, “Pada sekebun nurani”, Ahad, 5 Jun 2011 7:21:41 AM.
22. yajuk, “Kudengar Suara daun”, Ahad, 5 Jun 2011 11:07:37 PM.

6 JUN 2011 (ISNIN)

23. Ciung Winara Singapura, “SUARA CINTA DAMAI”, Isnin, 6 Jun 2011 2:38:57 AM.
24. Teratai, “SUNGAI CINTA”, Isnin, 6 Jun 2011 7:45:58 AM.
25. mansor a.hamid, “TENTANG MALAM”, Isnin, 6 Jun 2011 6:18:23 PM.
26. s.iqram, “Lelaki yang Tidak Pernah Dikalahkan”, Isnin, 6 Jun 2011 6:59:54 PM.

7 JUN 2011 (SELASA)

27. Teratai, “KAU Yang Satu”, Selasa, 7 Jun 2011 9:12:26 AM.
28. mansor a.hamid, “TENTANG MATAHARI”, Selasa, 7 Jun 2011 9:34:24 AM.
29. Saifun AK, “Buat Dikenang”, Selasa, 7 Jun 2011 2:32:51 PM.
30. s.iqram, “Semasin air mata pelayar”, Selasa, 7 Jun 2011 6:58:41 PM.
31. mokhtarahman, “”JAGA TEPI KAIN BUKAN DALAM KAIN””, Selasa, 7 Jun 2011 9:08:22 PM.
32. MAHMUD ALIAS, “”SETANDAN KELAPA MALAYSIA””, Selasa, 7 Jun 2011 9:19:21 PM.

8 JUN 2011 (RABU)

33. s.iqram, “Setulus bulan”, Rabu, 8 Jun 2011 5:38:02 AM.
34. Ciung Winara Singapura, “SUARA CINTA DAMAI”, Rabu, 8 Jun 2011 3:52:18 PM.
35. Haizamolek, “Layu Retorik”, Rabu, 8 Jun 2011 6:31:22 PM.
36. Muzaf Ahmad, “Stanza Belangsungkawa”, Rabu, 8 Jun 2011 10:20:00 PM.

9 JUN2011 (KHAMIS)

37. s.iqram, “Menunggang waktu”, Khamis, 9 Jun 2011 5:43:26 AM.
38. Ciung Winara Singapura, “HIDUP DALAM NAUNGAN AL-QUR’AN”, Khamis, 9 Jun 2011 6:50:57 AM.
39. yajuk, “Wajah Baru Pada Bulan”, Khamis, 9 Jun 2011 11:45:46 PM.

10 JUN 2011 (JUMAAT)

40. Dahna, “SEPI”, Jumaat, 10 Jun 2011 1:25:17 AM.
41. s.iqram, “Hutan bahasa”, Jumaat, 10 Jun 2011 6:02:03 PM.
42. mansor a.hamid, “DIARI SEBUAH SAJAK”, Jumaat, 10 Jun 2011 6:23:50 PM.

11 JUN 2011 (SABTU)

43. mansor a.hamid, “MANIS-MANIS RINDU”, Sabtu, 11 Jun 2011 8:15:09 AM.
44. s.iqram, “Seorang tua di sebalik tiang masjid”, Sabtu, 11 Jun 2011 10:42:22 AM.
45. yanarozana, “Sibuk”, Sabtu, 11 Jun 2011 4:46:23 PM.
46. airmas_sz, “Dinding”, Sabtu, 11 Jun 2011 9:06:58 PM.

12 JUN 2011 (AHAD)

47. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH, “MASIH MENCARI”, Ahad, 12 Jun 2011 12:26:30 AM.
48. Haizamolek, “Nostalgia Di Tangga”, Ahad, 12 Jun 2011 3:57:15 AM.
49. Khalil Zaini, “DAN KAU MEMANG BERTUAH”, Ahad, 12 Jun 2011 4:56:45 AM.
50. ijamala, “ABADI KE NEGERI SATU”, Ahad, 12 Jun 2011 10:32:15 PM.
51. ariselba, “AWAK-AWAK LAUT DALAM”, Ahad, 12 Jun 2011 11:15:26 PM.

13 JUN 2011 (ISNIN)

52. yajuk, “Basah Lidah Pasola Menteri”, Isnin, 13 Jun 2011 2:05:16 AM.
53. MOHD HANIFF, “RINTIH MAHASISWA POLITIK”, Isnin, 13 Jun 2011 6:45:39 AM.
54. Haizamolek, “Rentak Membaham”, Isnin, 13 Jun 2011 7:15:53 AM.
55. mansor a.hamid, “NYANYI SUNYI”, Isnin, 13 Jun 2011 9:59:26 AM.
56. MOHD HANIFF, “KEK EKSLUSIF”, Isnin, 13 Jun 2011 11:50:47 AM.
57. eziz shukman, “Bacalah Fahrasat Hatimu”, Isnin, 13 Jun 2011 11:13:59 PM.

14 JUN 2011 (SELASA)

58. brirasa, “Lelaki Melayu Dan Jam”, Selasa, 14 Jun 2011 1:26:04 PM.
59. Jebat Sarawak, “Sepetang di Jalan Alor”, Selasa, 14 Jun 2011 3:38:08 PM.
60. seruling emas, “MENGETUK PINTU KATARSIS”, Selasa, 14 Jun 2011 4:15:35 PM.
61. azmi rahman, “CINTA; TUTY TIDAK BERDUSTA”, Selasa, 14 Jun 2011 6:03:19 PM.
62. s.iqram, “Sepotong doa dan seberkas cahaya dian”, Selasa, 14 Jun 2011 6:04:56 PM.

15 JUN 2011 (RABU)

63. ariselba, “PEMBURU SAJAK”, Rabu, 15 Jun 2011 1:14:53 AM.
64. Jebat Sarawak, “Pesanan Sang Angin”, Rabu, 15 Jun 2011 4:58:55 PM.
65. s.iqram, “Berlabuhlah (pada sebuah perahu kecil)”, Rabu, 15 Jun 2011 6:50:10 PM.
66. azmi rahman, “SEMUANYA MAHU MENYONSANG”, Rabu, 15 Jun 2011 10:23:05 PM.
67. mansor a.hamid, “SETIAP KALI AKU MELIHAT API”, Rabu, 15 Jun 2011 11:34:54 PM.

16 JUN 2011 (KHAMIS)

68. nimoizty, “SAJAK CINTA BALASAN KATAK PURU KEPADA KATAK PISANG”, Khamis, 16 Jun 2011 2:56:27 PM.
69. Jebat Sarawak, “Selamat Pagi Puteriku”, Khamis, 16 Jun 2011 4:18:57 PM.
70. s.iqram, “Gerhana”, Khamis, 16 Jun 2011 6:19:45 PM.
71. ariselba, “BULAN GERHANA PENUH”, Khamis, 16 Jun 2011 8:58:35 PM.
72. mansor a.hamid, “AKU, MALAM DAN SIANG”, Khamis, 16 Jun 2011 11:31:22 PM.

17 JUN 2011 (JUMAAT)

73. sinreta, “ilusi”, Jumaat, 17 Jun 2011 7:25:50 AM.
74. Haizamolek, “Tiang Kayu Usang”, Jumaat, 17 Jun 2011 9:09:50 AM.
75. Zek Marman, “Hari Bapa Tanpa Bapa Di Sisi”, Jumaat, 17 Jun 2011 9:23:50 AM.
76. Jebat Sarawak, “Syar Anak Derhaka”, Jumaat, 17 Jun 2011 4:54:03 PM.
77. seruling emas, “RESAH BAHASA DI UFUK TIRANI”, Jumaat, 17 Jun 2011 8:34:35 PM.
78. eziz shukman, “Pimpinlah Tangan Kami Wahai Ayahbonda!”, Jumaat, 17 Jun 2011 10:09:57 PM.

18 JUN 2011 (SABTU)

79. Haizamolek, “Jubah Terjahit Cacat”, Sabtu, 18 Jun 2011 11:55:56 AM.
80. eziz shukman, “Selamat Tinggal Tanjung Pagar”, Sabtu, 18 Jun 2011 7:58:42 PM.
81. mansor a.hamid, “SAWAH SEKANGKANG KERA”, Sabtu, 18 Jun 2011 11:38:16 PM.

19 JUN 2011 (AHAD)

82. zaidinabadi, “MERENUNG DAUN”, Ahad, 19 Jun 2011 3:32:53 PM.
83. ahkarim, “PENSIONOPHOBIA”, Ahad, 19 Jun 2011 3:38:49 PM.
84. mokhtarahman, “ANAK TEDUNG SELA DAN ANAK MANUSIA”, Ahad, 19 Jun 2011 4:38:16 PM.
85. ariselba, “AKU DALAM SAJAK 20”, Ahad, 19 Jun 2011 6:34:58 PM.
86. yajuk, “Denyut Mimpi”, Ahad, 19 Jun 2011 10:13:52 PM.

20 JUN 2011 (ISNIN)

87. S. FATIMAH, “Renjisan Kasih (Kasih Belum Bertitik)”, Isnin, 20 Jun 2011 1:01:44 AM.
88. azmi rahman, “HANTU DI NEGERI WAILOL”, Isnin, 20 Jun 2011 2:59:37 PM.
89. s.iqram, “Belayar ke samudera siang”, Isnin, 20 Jun 2011 8:42:22 PM.
90. eziz shukman, “FLOTILLA”, Isnin, 20 Jun 2011 10:49:12 PM.

21 JUN 2011 (SELASA)

91. Haizamolek, “Dalam Gentar Menurut Menyusur”, Selasa, 21 Jun 2011 2:45:19 PM.
92. Jebat Sarawak, “Malam dan Bulan”, Selasa, 21 Jun 2011 4:41:43 PM.
93. eziz shukman, “Di Sinilah Berakhir Hayat Kita”, Selasa, 21 Jun 2011 8:13:39 PM.

22 JUN 2011 (RABU)

94. brirasa, “Di Klinik Haiwan, hari Itu”, Rabu, 22 Jun 2011 1:21:19 PM.
95. azmi rahman, “LANDSKAP USIA DALAM FRAGMEN SUNGAI DIRI”, Rabu, 22 Jun 2011 2:47:44 PM.
96. nur zulaikha, “Han, Maafkan Aku”, Rabu, 22 Jun 2011 4:27:10 PM.
97. s.iqram, “ombak dan pantai; antaranya ada kesabaran”, Rabu, 22 Jun 2011 10:41:58 PM.

23 JUN 2011 (KHAMIS)

98. mansor a.hamid, “SAJAK DALAM SANJAK”, Khamis, 23 Jun 2011 7:13:04 AM.
99. s.syahmi, “Senandung Seisi Alam: Katakan Malam!”, Khamis, 23 Jun 2011 1:19:39 PM.
100. zaidinabadi, “DI SAMUDERA DUGAAN”, Khamis, 23 Jun 2011 5:31:14 PM.
101. s.iqram, “Kepada malam yang sudi merawat luka”, Khamis, 23 Jun 2011 9:30:49 PM.

24 JUN 2011 (JUMAAT)

102. dr.irwan, “SEBATANG TURUS DI JALAN LURUS”, Jumaat, 24 Jun 2011 1:22:49 AM.
103. putriizzabella, “Bila Iman Di Hati”, Jumaat, 24 Jun 2011 2:11:01 AM.
104. ainzubaidah93, “Nafasku”, Jumaat, 24 Jun 2011 2:12:44 AM.
105. ainzubaidah93, “Nafasku”, Jumaat, 24 Jun 2011 2:12:44 AM.
106. s.iqram, “Sesudah subuh Jumaat ini”, Jumaat, 24 Jun 2011 3:44:22 PM.
107. mansor a.hamid, “DOA”, Jumaat, 24 Jun 2011 6:14:09 PM.
108. romzi al-johori, “TEKAD”, Jumaat, 24 Jun 2011 10:15:56 PM.

25 JUN 2011 (SABTU)

109. s.iqram, “Riwayat sebatang sungai”, Sabtu, 25 Jun 2011 12:56:31 AM.
110. puzi hadi, “99.99 PERATUS”, Sabtu, 25 Jun 2011 4:22:40 PM.
111. longhussain, “TAUHIDIYAH”, Sabtu, 25 Jun 2011 5:01:23 PM.
112. mokhtarahman, “PENYAPU”, Sabtu, 25 Jun 2011 7:09:25 PM.
113. zaidinabadi, “TAUHIDIYAH”, Sabtu, 25 Jun 2011 7:19:31 PM.
114. ramy0722, “Sang pari-pari botak”, Sabtu, 25 Jun 2011 11:17:13 PM.

26 JUN 2011 (AHAD)

115. putriizzabella, “Sebait Tersurat”, Ahad, 26 Jun 2011 12:37:00 AM.
116. anbakri, “BERCINTAKAH DIA?”, Ahad, 26 Jun 2011 9:44:51 AM.

27 JUN 2011 (ISNIN)

117. nae al-mihadi, “kalam buat adinda”, Isnin, 27 Jun 2011 1:33:11 PM.
118. s.iqram, “Maka berpesan-pesanlah”, Isnin, 27 Jun 2011 2:38:54 PM.
119. Haizamolek, “Cili Api”, Isnin, 27 Jun 2011 6:45:50 PM.
120. has1mah, “Sekalian jalan Penulisan Bermula Dengan Puisi Di Tangan”, Isnin, 27 Jun 2011 9:34:55 PM.
121. yajuk, “Keretapi Malam”, Isnin, 27 Jun 2011 11:05:03 PM.
122. mansor a.hamid, “PERNAHKAH KAU DENGAR”, Isnin, 27 Jun 2011 11:35:25 PM.
123. Dahna, “BUNTU”, Isnin, 27 Jun 2011 11:38:18 PM.

28 JUN 2011 (SELASA)

124. iriema, “DERUAN RAMADHAN”, Selasa, 28 Jun 2011 3:52:28 PM.
125. duratul kamil, “Sambutan yang Kunantikan”, Selasa, 28 Jun 2011 4:15:53 PM.
126. azmi rahman, “AKAR POHON SUARA”, Selasa, 28 Jun 2011 5:02:51 PM.

29 JUN 2011 (RABU)

127. Haizamolek, “Unggun”, Rabu, 29 Jun 2011 9:20:31 AM.
128. airmas_sz, “Sajak orang darah tinggi”, Rabu, 29 Jun 2011 1:09:09 PM.
129. pena romantis, “Sajak buat seorang isteri”, Rabu, 29 Jun 2011 3:17:06 PM.
130. s.iqram, “Mikraj”, Rabu, 29 Jun 2011 7:16:25 PM.
131. mansor a.hamid, “RESAH ITU AKU ADALAH WAKTU”, Rabu, 29 Jun 2011 7:22:43 PM.
132. masshah, “Bukan sasterawan…bukan ahli politik”, Rabu, 29 Jun 2011 7:23:46 PM.

30 JUN 2011 (KHAMIS)

133. azmi rahman, “WAHAI”, Khamis, 30 Jun 2011 12:02:24 AM.
134. amran81, “Rimbun Bersih”, Khamis, 30 Jun 2011 10:42:21 AM.
135. amran81, “Barisan Khalifah Himpunan Nazofah”, Khamis, 30 Jun 2011 10:55:08 AM.
136. alyssa ezzura, “SYAIR MAWAR BERDURI”, Khamis, 30 Jun 2011 1:07:26 PM.
137. kablam_22, “DARI SUARA SEBUAH LUKA”, Khamis, 30 Jun 2011 6:44:23 PM.
138. masshah, “Nikmat Rejab”, Khamis, 30 Jun 2011 7:04:19 PM.
139. putriizzabella, “Perahu Tua”, Khamis, 30 Jun 2011 11:52:34 PM.
140. yajuk, “Setia Sebatang Pokok Getah”, Khamis, 30 Jun 2011 11:54:20 PM.


Lampiran II: SENARAI PENYAIR SIBER BULAN JUN 2011 (MENGIKUT ABJAD)

1. ahkarim 2. ainzubaidah93 3. airmas_sz 4. alyssa ezzura 5. amran81 6. Anbakri7. ariselba 8. azmi rahman
9. brirasa
10. Ciung Winara Singapura
11. Dahna 12. dr.irwan 13. duratul kamil
14. eziz shukman
15. Haizamolek 16. has1mah
17. ijamala 18. iriema
19. Jebat Sarawak
20. kablam_22 21. Khalil Zaini
22. longhussain
23. MAHMUD ALIAS 24. mansor a.hamid 25. masshah 26. MOHD HANIFF 27. mokhtarahman 28. Muzaf Ahmad
29. nae al-mihadi 30. nimoizty 31. Nuralana 32. nurzulaikha
33. pena romantis 34. puisi watan 35. putriizzabella 36. puzi hadi
37. ramy0722 38. romzi al-johori 39. ROSLINA SHEIKH ABDULLAH
40. s.iqram 41. S. FATIMAH 42. s.syahmi 43. Saifun AK 44. sinreta 45. sjs 46. seruling emas
47. Teratai
48. yanarozana 49. yajuk
50. zaidinabadi 51. Zek Marman


Lampiran III: SENARAI PENYAIR SIBER BULAN JUN 2011 (MENGIKUT NEGERI)

KEDAH (12): ahkarim, azmi rahman, brirasa, Dahna, longhussain, MAHMUD ALIAS, mansor a.hamid, MOHD HANIFF, mokhtarahman, puisi watan, puzi hadi, dan zaidinabadi.
PERAK (3): airmas_mz, duratul kamil, dan S. FATIMAH.
SELANGOR (9): ainzubaidah93, alyssa ezzura, eziz shukman, Haizamolek, ijamala, masshah, Muzaf Ahmad, s.syahmi dan Zek Marman.
KUALA LUMPUR (7): amran81, dr.irwan, has1mah, kablam_22, Khalil Zaini, pena romantis dan s.iqram.
NEGERI SEMBILAN (1): nuralana.
JOHOR (1): romzi al-johori.
PAHANG (3): ariselba, ROSLINA SHEIKH ABDULLAH dan Teratai.
TERENGGANU (3): nae al-mihadii, nur zulaikha dan seruling emas.
KELANTAN (5): anbakri, nimoisty, ramy0722, yajuk dan, yanarozana.
SARAWAK (3): iriema, Jebat Sarawak dan, sjs.
SINGAPURA (1): Ciung Winara Singapura.
BRUNEI (1): putriizzabella.
INDONESIA (1): Saifun AK.
TANPA MAKLUMAT (1): sinreta.


Lampiran IV: SENARAI PENYAIR DAN BILANGAN PUISI (JANUARI – JUN 2011)

Bulan / Nama JAN FEB MAC APR MEI JUN
ahkarim 1 1 1 1 1 1
Al Ghazali Sulaiman 1 - - - - -
anbakri 1 2 - 2 - 1
ariselba 2 3 7 2 4 5
Ayu Jamilah 1 - 1 - - -
azmi rahman 5 3 2 4 4 6
Bukunota 1 - - - - -
brirasa 2 5 2 1 3 3
citranalis 1 2 2 1 - -
Ciung Winara Singapura 3 19 5 - - 7
Dahna 6 5 2 3 1 2
dangwangi 2 - - - - -
dewipenyair 1 - - - - -
dr.irwan 4 2 2 2 1 1
eziz shukman 6 8 7 6 7 6
Gurlz_9229 1 - - - - -
Haizamolek 14 5 4 - 4 8
has1mah 4 3 4 2 1 1
hasmoramasnuri 2 - - - - -
jihadinsan 1 - - - - -
Juariah 1 1 - 1 1 -
kablam_22 1 - - - - 1
Kalamutiara 3 2 - - 1 -
Kamal Sujak 3 6 1 1 - -
Khalil Zaini 3 1 1 2 4 1
lexradz 1 - - - - -
liana_lily 1 - - - - -
mansor a.hamid 9 15 19 6 17 14
mawarhalis 1 2 - - - -
mdshahid_talib 2 - - 1 1 -
mokhtarahman 1 2 2 1 2 3
mudin001 5 - - - - -
muzasa 1 - - - - -
nfaizal 5 1 5 1 2 -
nmohd77 5 - - - - -
pena romantis 4 4 1 1 - 1
pid rapied 2 - - - - -
puisi watan 3 5 6 1 1 2
puteri idayu laili 1 - - - - -
puzi hadi 1 2 1 3 2 1
ramy0722 5 5 10 5 2 1
ria asmira 5 2 2 - - -
Roslan Daud 2 - - - - -
ROSLINA SHEIKH ABDULLAH 2 10 3 9 4 1
S. FATIMAH 1 - 1 - 1 1
s.iqram 8 17 16 17 17 21
s.syahmi 1 2 - 2 2 1
salman_sulaiman 2 - - - - -
sarikeisarawak 2 1 - - - -
seruling emas 4 - 5 2 2 2
suci_ilhami 1 - - - - -
wan may 1 - - - - -
yajuk 6 9 8 6 3 6
zaidinabadi 5 8 3 - 3 4
zaitonmdtawil 1 - - - - -
abdulhalim - 1 - - - -
abdullahjones - 2 3 2 - -
aliffmustakim - 1 1 - - -
amohdfahmi - 1 - - - -
amk batu - 2 1 - - -
anina sahal - 7 1 - - -
eross - 4 2 - - -
LIFFALKH - 1 1 - - -
matsemanggol - 1 - - - -
Musalmah Mesra - 1 - - - -
mutiara75 - 1 - - - -
nimoizty - 1 1 - 1 1
nur ain hanis - 2 1 1 2 -
romzi al-johori - 4 2 4 - 1
Rudy_bluehikari - 1 1 1 3 -
syafiyah - 3 - - - -
tabir khaizuran - 1 - - - -
Zamzuri Mustapha - 1 - - - -
arfani - - 1 - - -
cik zura - - 2 - - -
ijamala - - 13 1 1 1
long hussain - - 2 3 1 1
sjs - - 1 3 - 2
Teratakerapung - - 1 - 3 -
wirama - - 1 - 1 -
Zek Marman - - 1 1 2 1
ainadilah - - - 1 - -
ainzubaidah93 - - - 1 - 2
amran81 - - - 1 1 2
aNNa_KaReNiNa - - - 1 - -
farasah91 - - - 1 - -
kaleMas - - - 2 - -
kingbinjai - - - 2 - -
M_Mardzuqie - - - 1 - -
roslan jomel - - - 1 - -
rosmiatyshaari - - - 3 - -
zainallasim - - - 1 - -
aqi - - - - 1 -
MAHMUD ALIAS - - - - 1 1
MokhtarSahMalik - - - - 1 -
Muzaf Ahmad - - - - 4 1
or_there - - - - 1 -
rimanilzah - - - - 1 -
airmas_mz - - - - - 2
alyssa ezzura - - - - - 1
duratul kamil - - - - - 1
iriema - - - - - 1
Jebat Sarawak - - - - - 5
masshah - - - - - 2
MOHD HANIFF - - - - - 2
nae al-mihadi - - - - - 1
nuralana - - - - - 1
nur zulaikha - - - - - 1
putriizzabella - - - - - 3
Saifun AK - - - - - 2
sinreta - - - - - 1
Teratai - - - - - 2
yanarozana - - - - - 1


Lampiran V: ASPEK TEKNIKAL PUISI SIBER – JUN 2011

Bil. Nama Puisi (Penulis) Puisi Siber Unsur Primitif Puisi Siber Puisi Sensasiber Foto / Sketsa Animasi Muzik
1 Usia Remaja (Ciung Winara Singapura) /
2 Telah Tiba Aku di Takah ini (zaidinabadi) /+
3 Tentang Kampungku (mansor a.hamid) /+ /
4 Hipotesa Seorang Lelaki Tua Terhadap anak Muda (brirasa) / /
5 Gua Musang (s.iqram) /++ / /
6 Kehangatan Kemalangan (puisi watan) /+ /
7 Cahaya (Ciung Winara Singapura) / / / Klik youtube
8 Pulau Itu (sjs) /
9 Rontok (s.iqram) /++ / /
10 Angin Malam dari Suatu Kerahsiaan (Ciung Winara Singapura) / / / Klik youtube
11 Inilah Tasawuf…, (s.iqram) /++ / /
12 Kala Rindu Tumpah….. (nuralana) /+ / / /
13 Tangisan Di Kamar Hati (Ciung Winara Singapura) / / / Klik youtube
14 Ke Pelabuhan Subuh (s.iqram) /++ / /
15 Cinta Bersahadat (Saifun AK) /
16 Liar (mansor a.hamid) /++ /
17 Jika Itu Takdir (sjs) /
18 Rosly Dhoby dan Rukun 13 (puisi watan) /+ /
19 Gagasan Sejuta Harapan Bangsa (eziz shukman) /+ / / Klik http
20 Garam Segenggam (ariselba) /++ / /
21 Pada sekebun Nurani (s.iqram) /++ /
22 Kudengar Suara Daun (yajuk) /+ / /
23 Suara Cinta Damai (Ciung Winara Singapura) /
24 Sungai Cinta (Teratai) /+ / /
25 Tentang Nalam (mansor a.hamid) /+ /
26 Lelaki yang Tidak Pernah Dikalahkan (s.iqram) /++ / /
27 Kau Yang satu (Teratai) / /
28 Tentang Matahari (mansor a.hamid) / /
29 Buat Dikenang (Saifun AK) /
30 Semasin Air Mata Pelayar (s.iqram) /++ / /
31 “Jaga Tepi Kain Bukan Dalam Kain” (mokhtarahman) /++ / /
32 Setandan Kelapa Malaysia (MAHMUD ALIAS) /++
33 Setulus Bulan (s.iqram) /++ / /
34 Suara Cinta Damai (Ciung Winara Singapura) / / Klik youtube
35 Layu Retorik (Haizamolek) / /
36 Stanza Belasungkawa (Muzaf Ahmad) /
37 Menunggang Waktu (s.iqram) /++ / /
38 Hidup Dalam naungan Al-Qur’an (Ciung Winara Singapura) /
39 Wajah Baru Pada Bulan (yajuk) / / / /
40 Sepi (Dahna) / /
41 Hutan bahasa (s.iqram) / / /
42 Diari Sebuah Sajak (mansor a.hamid) /+ /
43 Manis-manis Rindu (mansor a.hamid) /+ / .
44 Seorang tua di sebalik tiang masjid (s.iqram) /++ / /
45 Sibuk (yanarozana) /
46 Dinding (air_mz) /
47 Masih Mencari (ROSLINA SHEIKH ABDULLAH) /+ /
48 Nostalgia di Tangga (Haizamolek) / /
49 Dan kau Memang Bertuah (Khalil zaini) /++ / /
50 Abadi Ke Negeri Satu (ijamala) /
51 Awak-awak Laut Dalam (ariselba) /++ / /
52 Basah Lidah Pasola Menteri (yajuk) / / / /
53 Rintih Mahasiswa Politik (MOHD HANIFF) /
54 Rentak Membaham (Haizamolek) /++ /
55 Nyanyi Sunyi (mansor a.hamid) /+ /
56 Kek Eksklusif (MOHD HANIFF) /
57 Bacalah fahrasat hatimu (eziz shukman) /+ /
Klik Blogspot
58 Lelaki Melayu dan Jam (brirasa) /++
59 Sepetang di jalan Alor (Jebat Sarawak) /++ / /
60 Mengetuk Pintu Katarsis (seruling emas) /++ /
61 Cinta; Tuty Tidak Berdusta (azmi rahman) /++ / /
62 Sepotong Doa dan Seberkas cahaya Dian (s.iqram) /++ /
63 Pemburu Sajak (ariselba) /++ / /
64 Pesanan Sang Angin (Jebat Sarawak) /++ /
65 Berlabuhlah (pada sebuah perahu kecil itu) (s.iqram) /++ / /
66 Semuanya mahu Menyongsang (azmi rahman) /++ /
67 Setiap Kali Aku Melihat Api (mansor a.hamid) /+ /
68 Sajak Cinta Balasan Katak Puru Kepada katak Pisang (nimoizty) /++ /
69 Selamat pagi Puterku (jebat Sarawak) /++ / /
70 Gerhana (s.iqram) /++ / /
71 Bulan Gerhana Penuh (ariselba) /++ / /
72 Aku, Malam dan Siang (mansor a.hamid) /+ /
73 Ilusi (sinreta) /
74 Tiang Kayu Usang (Haizamolek) /++ / /
75 Hari Bapa Tanpa Bapa di Sini (Zek Marman) /
76 Syair Anak Derhaka (Jebat Sarawak) /++ / /
77 Resah Bahasa di Ufuk Tirani (seruling emas) /++ /
78 Pimpinlah Tangan Kami Wahai Ayahbonda! (eziz shukman) /++ /
79 Jubah Terjahit Cacat (Haizamolek) /+ / /
80 Selamat Tinggal Tanjung Pagar (eziz shukman) /+ / /
81 Sawah Sekangkang Kera (mansor a.hamid) /+ /
82 Merenung Daun (zaidinabadi) /+
83 Pensionophobia (ahkarim) /++ /
84 Anak Tedung Sela dan Anak Manusia (mokhtarahman) /++ / /
85 Aku Dalam Sajak 20 (ariselba) /++ / /
86 Denyut Mimpi (yajuk) /+ / / /
87 Renjisan Kasih (Kasih Belum Bertitik) (S. Fatimah) /+ /
88 Hantu di Negeri Wailol (azmi rahman) /++ /
89 Belayar ke Samudera Siang (s.iqram) /++ / /
90 Flotilla (eziz shukma) /+ /
91 Dalam Gentar Menurut Menyusur (haizamolek) /++ /
92 Malam dan Bulan (Jebat Sarawak) /++ / / /
93 Di Sinilah Berakhir Hayat Kita (eziz shukman) /+ /
94 Di Klinik Haiwan, Hari Itu (brirasa) /+ /
95 Landskap Usia dalam Fragmen Sungai Diri (azmi rahman) /++ /
96 Han, Maafkan Aku (nur zulaikha) /
97 Ombak dan Pantai; antaranya ada kesabaran (s.iqram) /++ / /
98 Sajak Dalam Sanjak (mansor a.hamid) /+
99 Senandung Seisi Alam: Katakan Malam! (s.syahmi) /+ /
100 Di Samudera Dugaan (zaidinabadi) /+
101 Kepada Malam yang Sudi Merawat Luka (s.iqram) /++ / /
102 Sebatang Turus di Jalan Lurus (dr.irwan) /+ / /
103 Bila Iman di Hati (putriizzabella) /
104 Nafasku (ainzubaidah93) /
105 Meniti Sinar (ainzubaidah93) /
106 Sesudah subuh Jumaat ini (s.iqram) /++ / /
107 Doa (mansor a.hamid) /+ /
108 Tekad (romzi al-johori) /
109 Riwayat Sebatang Sungai (s.iqram) /+ / /
110 99.99 Peratus (puzi hadi) /+
111 Tauhidiyah (longhussain) /++ /
112 Penyapu (mokhtarahman) /++ / /
113 Seakan Mahu Membakar Dinding dan Bumbung Rumah Kita Sendiri (zaidinabadi) /+
114 Sang Pari-Pari Botak (ramy0722) /++ /
115 Sebait Tersurat (putriizzabella) /
116 Bercintakah Dia? (anbakri) /+ / /
117 Kalam Buat Adinda (nae al-mihadi) /
118 Maka Berpesan-pesanlah (s.iqram) /+ /
119 Cili Api (haizamolek) /++ /
120 Sekalian Jalan Penulisan Bermula dengan Puisi Di Tanganm (has1mah) /+ / /
121 Keretapi Malam (yajuk) /+ / /
122 Pernahkah Kau Dengar (mansor a.hamid) /+ /
123 Buntu (Dahna) /+ / /
124 Deruan Ramadhan (iriema) /
125 Sambutan yang Kunantikan (duratul kamil) /++ / /
126 Akar Pohon Suara (azmi rahman) /++ /
127 Unggun (Haizamolek) /+ /
128 Sajak Orang Darah Tinggi (airmas_sz) /
129 Sajak Buat Seorang isteri (pena romantis) / /
130 Mikraj (s.iqram) /+ / /
131 Resah Itu Aku Adalah waktu (mansor a.hamid) /++ /
132 Bukan Sasterawan… Bukan Ahli Politik (masshah) /
133 Wahai (azmi rahman) /++ /
134 Rimbun Bersih (amran81) /+ / /
135 Barisan Khalifah Himpunan Nazofah (amran81) /
136 Syair Mawar Berduri (alyssa ezzura) /
137 Dari Suara Sebuah Luka (kablam_22) /++ / /
138 Nikmat Rejab (masshah) /
139 Perahu Tua (putriizzabella) /
140 Setia Sebatang Pokok Getah (yajuk) / / / /


Petunjuk:

+ Fon huruf berwarna
++ Latar & fon huruf berwarna




Sdr Ahkarim dan Sdr PuziHadi sentiasa bercanda, usik gurauan dalam suasana kerja yang produktif. "Mereka penggiat esastera yang disegani," kata drirwan.

© Puzi Hadi © e-Sastera.com MALAYSIA / 4 Jun – 4 Julai 2011

No comments:

Post a Comment