PELAWAT MAYA

Monday, December 13, 2010

TEKNOLOGI MAKLUMAT
















Teknologi Maklumat






- Menjana Keilmuan Mahasiswa Berinformasi
Sajak Arisel Ba

Kerana telah wujud alam ini
Adam dan Hawa menenun cinta
Hingga lahirlah manusia insani
Habil yang berbudi dan setia
Qabil yang ganas dan durhaka
Generasi demi generasi
Empat kitab pmimpin ilmu akhirat dan dunia
Dua puluh lima Rasul Allah memimpin manusia
Dari generasi ke generasi

Alam purba manusia sengketa
Hukum rimba, yang gagah berkuasa
Alam pra sejarah mengukir komunikasi
Komunikasi berkembang membudaya
Falsafah berbicara berisi informasi
Dari generasi ke generasi

Era industri pembudaya kemajuan
Pasca industri semakin meruntuh kemanusiaan
Dari sempadan geografi antara Negara politik
Menjelma globalisasi mencanang informatik S
ekian lama kita hidup di atur analogikal E
ra milinium kita diasuh digital
Katanya, dunia tanpa sempadan

Teknologi maklumat dalam derasnya komunikasi
Menjana ilmu mahasiswa berinformasi
Pembelajaran berbantu internet dan data
Online sini online sana, kita adalah peneroka
Sejak kita mengenal ilmu komunikasi
Selepas empat tahun kita akan melangkah pergi
Jangan nanti kita tersesat di hujung jari sendiri

26 &27 September 2002
Kuantan- Kuala Lipis, Pahang

No comments:

Post a Comment